Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, December 4, 2012

IRDINA and her Prolongne Jaundise

my lil princess ;
IRDINA SAFIYYA IDRIS
day 5
selepas kelahiran puteri kami ini dan doktor bagi tahu bacaan TSB (Total Serum Bilrubin) Irdina agak tinggi dan perlu diletakkan dibawah cahaya UV, untuk rawatan fototerapi...

seperti sudah menjadi kebiasaan kepada bayi zaman sekarang.. apabila dilahirkan mesti akan diserang jaundis atau demam kuning atau masalah lain seperti sakit G6PD iaitu masalah kekuarang enzim dalam badan. kajian menunjukkan Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning. lagi tentang Jaundis dikalangan bayi baru lahir.

hmmm... bg kes Irdina yang lahir pra matang, tempoh penyembuhannya mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding bayi normal. 
seperti biasa, pesan doktor teruskan beri susu ibu dengan kerap.. jangan beri minum ape2 termasuk air masak dan paling penting .. jangan jemur bayi....

29 okt - 02 nov : sehari selepas irdina keluar dari wad dan balik ke rumah kali pertama, aku dah tinggalkan dia dab balik ke seremban untk ambik exam ( final exam in last semester). aku tinggalkan susu badan utk baby tp mungkin tak ckup dan baby minum susu formula. abg ipar n mak aku tolong bawak ke klinik utk cek kuning di klinik ksihatan. nurse di klinik suruh datang keesokkannya utk cek sklai lagi. kali kedua ni, adik ipar dan mak aku pulak bawak ke klinik. ttiba pihak klinik cakap, bacaan TSB tinggi dan mesti admit ke hospital. aku pula masih di seremban. periksa pulak waktu petang.. hati dah jadi tak tenang.. tak tau nak pikir yg mana, dua2 penting.. laki aku siap cakap.. tak yah la hbskan paper, keluar awal supaya boleh gerak balik cpt.... tp aku hbskan jugak. tamat exam pd pkul 5, aku n incik asben terus gerak balik. kami terus menuju ke hospital. sampai hospital pkul 9.30 malam. terus naik wad penjagaan rapi kanak2. masa sampai tengok my baby dah diletakkan bawah dua buah lampu LED. aku terus disuruh menyusukan bayi. malam tu, aku diberi katil tp tak dibenarkan baby bersma. pagi keesokkannya, doktor datang bg tau, bacaan TSB my baby sangat tinggi dan telah diletakkan di bawah 3 buah lampu LED. jika keadaan ni berterusan, mungkin akan melibatkan proses pertukaran darah. seriau betul aku dengar. namun alhamdulillah.. menjelang petang, bacaannya menurun dan dibenarkan balik keesookan hari tp masih perlu follow up dengan klinik kesihatan..



03 nov - 05 nov : beberpa hari lepas keluar wad dan follow up di klinik kesihatan, aku harus ke seremban sekali lagi untuk paper akhir dalam pengajianku. aku berhajat nak bawak Irdina sekali. selain nak tunjuk kat kawan2 di seremban, irdina akan lebih mudah menyusu kalo dibawa sama. tp family aku macam tak bg.. yer lahh baby masih dalam pantang. incik asben aku yg mula setuju dan izinkan nak bawak skali akhirnya mula berubah keputusan. marah2 tak bg bawak baby sekali.. aku kecik hati sangt. 3 hari bergenang air mata. aku malas nak melawan suami tp aku btol2 kecik hati walau aku tahu ada risiko utk bawak baby ke seremban. mak mertua pon berkeras tak bg bawak. aku diamkan je.... 
sehari sebelum ke seremban, aku kemaskan baju utk ke sana.. baju baby pon aku kemaskan. laki aku geleng kepala je. pg tu sebelum bertolak, aku bgun dengan mata sembab.. aku tetap nak bawak baby.. mungkin kerana kesian, suami aku turutkan jugak utk bwk baby sama...
akhirnya Irdina sampai ke seremban dalam umur 11 hari.....






6 nov - 8 nov : suami aku tak nak lama2 sngt di seremban.. lg pon baby ada appointment dengan Klinik pd 6 hb. sampai je perak dari seremban, terus ke klinik. nurse cakap bacaan kuning meningkat dan kami dirujuk ke hospital desa changkat melintang. incik asben aku pulak dah kembali bekerja pada hari tu. terpaksa la dia keluar guna time slip. dari hospital changkat melintang, bacaan TSB irdina naik lagi dan harus admit semula ke wad. kami request utk admit di hospital teluk intan. petang itu, aku n baby admit sekali lagi di wad 3D, HTI... nasib baik cuma sehari dan masih perlu follow up dengan klinik kesihatan.

11 nov : masih follow up di klinik kesihatan, dan bacaan TSB masih belum stabil. kami disarankan ke hospital sekali lg. kami ke hospital dan baby diletakkan di bawah 2 buah lampu LED selama 2 jam. alhamdulillah tak kena admit wad dan boleh discharge hari tu jugak..

16 nov : usia baby 26 days of life... kami disarankan ke hospital desa changkat melintang sekali lagi apabila diarahkan untuk membuat ujian darah, ujian air kencing, ujian T4 dan TSH ( Tyroid Stimulating Hormon). bayangkan lah.. cam ne nak kumpul kencing baby girl. kesian tengok baby bila kami tampal plastik khas utk kumpul air kencing kat pepek dia.. mesti tak selesa.. huhu..
kami diminta datang 2 minggu lagi untk sesi result reading...

27 nov : usia baby 34 days of life.. irdina dah cukup sebulan dan dapat suntikan hipetetis B yang kedua.. berat badannya pon dah cecah 3Kg... seronok rasanya bila baby dah makin besar. kami juga dapat keputusan ujian T4 dan TSH.. ujian ni adalah menguji kndungan item iodine dalam darah yang berkaitan dengn perkembangan fizikal dan otak pd manusia terutamanya bayi. bacaan mendapati kandunan iodin sdikit rendah. laki aku naik marah sebab aku kurang makan makanan beriodin.. yer laa.. iodin banyak terdapat dalam seafood... --> orang dalam pantang tak leh makan seafood.. kalo boleh pon hanya ikan2 yg tertentu.. --> aku plak bkan lah pemakan ikan yg tegar.. huhuhuhu... sudahnya dia suruh aku minum air garam beriodin sekali sehari.. haha....

3 dis : usia baby 40 days of life... kami ke hosp chngkat melintang bertemu dengan dr Iskandar utk result reading.. dan.... alhamdulillah semua keputusan adalah baik. Irdina buat TSB sekali lagi.. snurse yang nak cucuk tangan dia sampai tak jumpa urat yang sesuai.. yer la dah banyak kali sangat kena cucuk... irdina nangis sekuatnya.. sampai keluar air matanya.. dah dapat urat, darah plak lambat keluar.. haii.. terseksa tengok..
tapi apa yang menggembirakan.. bacaan TSB tersebut rendah dan stabil iaitu hanya 4.3... akhirnya irdina dah boleh discharge dari sakin prologne jaundice dia ni... syukur!
akhirnya dah tak payah ulang alik klinik dan hospital lagi.. 

sepanjang tempoh 40 hari tu, macam2 cara tradisional dah dicuba utk mengubati sakit kuning ni.. semua petua orng tua dah dibuat walau doktor pesan hanya susu ibu boleh mengubatinya....

mak saya cakap.. bagi minum air sengkuang cina... kemudian mandi plak dengan air sengkuang parut..
mak mertua sy cakap, mandi ngan air daun inai n daun belimbing buluh.
kawan saya cakap, titiskan air anggur hitam..
mak cik sy cakap, beli bunga cina dan buat mandi airnya..
abah cakap... tu.. carikan susu kambing bagi dia minum..
embah pulak pesan.. setiap pagi jgn lupa jemur, bg kena cahaya matahari...
adik ipar cadangkan beli serbuk mutiara di kedai sensei dan campur dalam susu.. 
akak kat klinik kata mandikan dengan air daun kucai...
opah kata.. mandikan n bg minum air zam-zam...

yeee.. semua dah dicuba walau kadang2 aku tak tau kat mana rasionalnya petua tu.. orang paling risau adalah suamiku.. kesana kemari bertanya.. setiap petua tu dia ikhtiarkan termasuklah keluar awal pg untuk dapatkan susu kambing segar dari gembala india. risau dia bukan main....

dan sekarang... alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega sikit.. 
cuma masih kena follow up dengar doktor pakar setiap bulan.... termasuklah merujuk ke doktor pakar kanak2 di hospital ipoh pada bulan april nanti...

semoga Irdina safiyya baik2 sahaja dan membesar dengan sihat.. ameen..



No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...