Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, July 15, 2012

minggu 19


Perkembangan fetus - hamil 19 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. 

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami. 

ermmm.. minggu ni adalah mingu ketiga aku kat skolah untuk intership.. minggu yang agak sibuk sebenarnya dengan kekangan nak buat pameran, hari sukan sekolah dan aktiviti program senamrobik 1 Malaysia.
penatnya bukan main.. sakit badan rasa.. sengal seluruh otot... balik je sekolah mesti nak letak badan...
pinggang rasa nak cabut.. adoooii sengal bukan main.... best sangat kalo ada yang nak urutkan.. huhu..
sabar jer la..
harap baby pon kuat n teros sihat..

tapi.. suka sangat sebab incik asben tersayang datang melawat hari sabtu n ahad hari tu.. dapat la hilang rinduu n tdo nyenyak dalam pelukan. hihi..
dan satu lagi dapat makan KFC falming crunch sebelum duit elaun masuk ke akaun. terlepas hajat nak rasa dari duk tngok iklan kat tv jer slama ni.. hhehe


malamnya pulak, abg ajak gi makan kerang rebus bnyak2 sebab kononnya nak tambah darah..
tapi sayang.. sampai kat kedai.. kerang pulak habis.. ermmm.. nasib la... takpe lain kali cari lagi..


dah masuk minggu 19 ni, tapi perut ibu tak nampak besar sangat lagi..
cuma tegang perut dah terasa.. ok la.. maksudnya bla masuk kuliah masih boleh cover lg... hehehe....

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...