Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, July 27, 2012

21 minggu


Perkembangan fetus - hamil 21 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan. 

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan sepertimualkencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan.


menjelang 21 minggu..
ramadhan datang berlabuh..
pengalaman pertama ibu menyambut ramadhan dengan kehadiran baby dalam perut ibu..
setakat ini, masih mampu berpuasa penuh tanpa sebarang halangan.. alhamdulillah..
cuma  isnin lepas, masa ayah pegi keje..
ibu tdo sepanjang hari..
bangun dari tdo. terasa menusuk dan tegang perut ibu..
mula la hati dihambat risau...
nasib baik dah tengah hari.. tak lama lepas tu ayah balik..
elok ayah balik, sakit pon reda...
hmm.. ayah cakap.. tu tanda baby tngah membesar..
oo.. pandai baby yer... elok tak sakit bla ayah sampai umah.. hheehe..
dan malamnya ibu balik seremban naik bas.. sampai seremban pkul 1 pagi..


sebak jugak rasanya.. berpuasa jauh dari suami..
walau bukan kali pertama, bahkan dah menjangkau kali keempat..
tp.. kali ni, terasa ingin selalu dekat dengan suami tersayang.. huhu..
semoga dapat menjalani ramadhan tahun ini dengan sempurna..
harap dapat berpuasa penuh sebulan..
insyaALLAH.. ameen...


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...