Perkembangan fetus - hamil 20 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang37 minggu kehamilan, sebab pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa. Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain, daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan dengan zat besi. Lihatlahpanduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.
masuk 20 minggu ni..
seperti yang tertulis dalam appointment, minggu ni kena wat check up lagi.. yer la.. sbb masa gi klinik waktu 18 minggu hr tu.. berat badan ibu statik jer..
hb darah pon low...
so minggu ni pergi klinik lagi..
ramainya orang...
sakit pinggang n ngantuk tunggu giliran..
lepas check berat.. yesss alhamdulillah.. nurse cakap berat meningkat... tapi... agak mendadak.. drastik sampai 2 kg dalam masa 2 minggu. sepatutnya bla dah masuk usia kandungan cam ni, normal hanya naik dalam 0.5kg jer seminggu..
hb darah tak leh nak check lagi sbb blom ckop sebulan..
soo.. lagi 2 minggu kena gi check up lagi..
haiii.. penat lah ibu nak ulang alik klinik jer...
tapi.. alhamdulillah.. baby sihat jer..
degup jantung baby pon makin laju.. minggu ni.. 142 dsm.. laju tu.. hehe..
baby pon dah makin aktif..
ibu dah makin kerap rasa gerakan..
minggu ni.. minggu akhir menjalani internship..
alhamdulillah tamat sudah.. dah boleh menghitung hari untuk tamatkan pengajian pulak...
tamat jer waktu sekolah pada hari jumaat, ibu teros naik bas balik kampung..
yeeee.. sambut awal ramadhan...
dapat sambut 1st pose kat umah ngan ayah.. hehe....
No comments:
Post a Comment