Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, February 16, 2012

Praktikum lagi ~ fasa 3

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA..

haii.. masa-masa sibuk kembali menghantui..
sekarang saya dah masuk berpraktikum untuk fasa yang ketiga.
pada semester ini ( semester 7), aku ngan dua orang kawan lagi iaitu ilah n jaja telah digandingkan untuk menjalani praktikum versama.
sekolah yang menjadi sasaran kami adalah sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor, seremban.

kami akan menjadi warga SK dati Klana Maamor ini slama 3 bulan. sekolah ni kecik je.. dan berkongsi kawasan denga Sekolah Pendidikan KHas Seremban. sekolah Dato Klana Maamor ini hanya mempunyai 2 buah blok bangunan yang menempatan kelas dan kawasan pentadbiran. serta berkongsi padang da kantin dengan SK Pendidikan Khas.

dengan bilangan seramai lingkungan 200 orang dan 21 orang guru, membuatkan aku rasa lebih mudah untuk mesra di sekolah ini. baru masuk tak sampai sebulan tapi dah rasa cam lama duk kat skolah ni.. kelas pon ada 6 buah je.. jadi nama budak pon senang diingat..
walaupun ia sekolah kecil tapi aku rasa agak selesa juga dengan sekolah ni berbanding sekolah yang besar semasa aku menjalani praktikum sebelum ni yang bagi aku mungkin lebih cepat memeningkan kepala dengan riuh rendah murid..

pada praktikum kali ni, kami bertiga akan mengajar matapelajaran Pendidikan seni dan juga Bahasa Melayu..
dan menjadi pengalaman pertama bagi aku apabila diberi amanah mengajar sebuah kelas KSSR iaitu tahun 2 dan juga kelas peperiksaan iaitu Tahun 6. semoga semuanya berjalan lancar. doakan kami yer.. insyALLAH.. ameen...

OK...... jika ada kesempatan, aku akan sellau update pasal perkembangan praktikum erk...

sehingga ketemu lagi... ADIOS.......................

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...