gambar kat atas ni adalah gambar ayah n mak mertuaku masa baru nak pergi menunaikan haji pada tahun 2006... masa ni kami tak kawen lagi...
namun... ayah mertua saya ini telah pulang ke rahmatullah pada petang jumaat 24 februari 2012 lalu, pada jam 2.45 ptg...
aku masih di Seremban masa laki aku call dalam pkul 3.20 ptg... dalam keadaan mamai aku rasa macam mimpi je apa laki aku cakap.. lepas dua tiga detik.. baru aku sedar..
aku teros ambik beg dan berkemas untuk balik perak.. aku lupakan terus pasal mesyuarat PIBG kat sekolah pada keesokkan harinya..
berita yang diterima memang mengejutkan dan tak dijangka.. tengah hari sebelum incik balik sekolah.. dia kata nak pergi beli barang kat Teluk Intan.. jadi bla berita tu disampaikan memang agak mengejutkan..
masa laki my asben tngah smayang jumaat.. adik ipar mesej bg tau ayah tenat.. bla ditanya nak bawak ayah ke hospital atau tak, mak cakap takyah.. jadi my asben habiskan solat jumaat macam biasa. bila adik ipar mesej skali lagi yang ayah dah betul2 tenat.. my asben teros pecut kereta balik ke rumah.
sesampainya kat rumah, ayah dah terbaring ( selama ni ayah tak pernah tdo baring tapi tdo duduk atas kerusi sandar). my asben dan abg ipar pegang tangan ayah.. ajar ayah mengucap.. dan akhirnya ayah 'pergi' dengan tenang dihadapan isteri dan 3 anak lelakinya..
aku pulak terus ambik bas ke KL untuk balik ke teluk intan. tiket yang ada, aku naik bas dari KL ke T intan pkul 6.00 petang dan dijangka sampai dalam pkul 9.00 malam.. namun masa kat pertengahn jalan.. berhampiran RNR sebelah Behrang, tayar bas tetiba pancit... ya ALLAH... dgn perasaan aku nak sampai cepat ni la dia buat hal.. perjalanan tergendala hmpir satu jam.. aku mesej laki aku bg tau lambat sket.. pastu dia kata, mungkin dia tak dapat ambik aku kat stesen bas.. kat rumah tengah buat tahlil. aku cakp takpe la.. boleh suruh abah aku ambik. bla mesej abah.. rupanya kereta abah rosak. dan susah nak ambik aku.. huhuhu... aduhh.. aku sampai stesen bas pkul 10 malam.. aku terfikir suh adik ipar ambik.. mgkin dia tak bz sgt.. tp tak lama lpas tu my asben sampai dengan pak uda.. tahlil dirumah dah selesai.
abg kuar kereta dengan muka tenang... aku salam abg.. abg senyum je. terus ajak aku gi minum.. dia tahu aku blom makan seharian.. pandai abg teka keadaan isterinya ni... memang tngah lapar sangat masa tuh. hmmm...
selesai minum.. kami terus balik umah.. aku tengok kat rumah ramai orang.. mak dan abah aku pon baru je balik ke rumah. sayang tak sempat jumpa.. aku masuk dalam rumah tengok ada saudara mara terdekat. aku salam semua.. dan akhir skali mak mertuaku.. mak nangis dan peluk aku... katana ayah dah takde.. aku usap belakang mak supaya mak reda...
dengan ditemani my asben, aku tengok muka ayah buat kali terakhir di anjung rumah dan bacakan al-fatihah.. tenang muka ayah macam tngah tidur.
malam tu... saudara mara tak berhenti datang dan bacakan yassin untuk ayah sampai ke subuh.
my asben pon dah letih sgt.. bila disuruh rehat, dia tak nak.. tp dia terlena jugak bla aku urut badannya..
lepas subuh, kami balik kerumah untuk mandi dan tukar baju. kemudian urusan jenazah terus dimulakan. dari urusan memandikan dan seterusnya. walaupun ada sedikit masalah kecil timbul apabila tiada orang berpengalaman untuk mengetuai urusan. namun dapat diatasi.. alhamdulillah. semua anak2 lelaki ayah bersama menguruskan jenazah. cucu sulung ayah juga terlibat sama. aku nampak kesungguhan abg long masa uruskan jenazah atuknya. begitu juga cucu sulung dr anak kedua ayah... najmi.. dia menangis tanpa henti. walau usianya baru 9 tahun.. tapi aku tahu dia dah mulai faham erti sebuah kehilangan.. ku usap belakangnya... sedih btul dia...
masa jenazah ayah nak dibawa untuk disembahyangkan dan dikebumikan. emak tak nak ikot.. aku tau mesti mak sedih..
semua anak kecuali sorang menantu ayah ada ditanah perkuburan dan dengar ayah ditalkinkan....
itu lah pengalaman pertama aku menjejak kaki ke tanah perkuburan dan melihat proses jenazah dikebumikan.
maka selesailah urusan kami keata ayah pada hari itu...
menjelang petang, baru kakak ipar aku sampai dari johor. disusuli isteri ADUN Pasir Salak, Pengerusi Penyelaras Baiduri Kawasan Parlimen Pasir Salak, Datin Rohkiah Abdul Samat, yang turut sama melawat mak dan menghulurkan sikit sagu hati.
untuk malam kedua dan ketiga tahlil buat ayah kami hadiahkan.. aku pulang semula ke seremban pada malam ahad tersebut.(semalam)..
AL FATIHAH..
SEMOGA ROH AYAH TENANG DISANA DAN DICUCURI RAHMAT....
Seriusnya.. ini lah pengalaman pertama aku menghadapi kematian saudara terdekat dan pebeluang melihat segala urusannya.. banyak pengalaman yang ditimba. macam ti jugak suami aku.. pesannya....
masa ni ada duit banyak pon tak penting kalau kta tak rapat dan sombong dengan orang-orang yang akan menunaikan ibadah kifayah ni... sebagai anak lelaki terutamanya anak sulung, hubungan baik dengan masyarakat sekeliling adalah amat perlu. kerana kta tidak menduga apa yang bakal kita hadapi.
rajin-rajin lah ke surau dan berbuat baik sentiasa..
waallah hualam...
sebak bila aku baca.
ReplyDeletesabar ye intan.. moga roh arwah ayah mertua kau tenang..
al-fatihah..
yee...
ReplyDeleteselamat sudah semuanya..
insyaALLAh.
ameen
kullu nafsin zaaikatul maut..
ReplyDeletemoga paklong dtempatkan di taman2 syurga..
sdeh tak dapat balik..