Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, February 22, 2011

DRAMA Gemilang ~ TV3

kalau korang peminat tengok drama TV.. mesti korang pernah tengok drama Gemilang yang tersiar kat tv3 setiap isnin jam 9 malam yang dah mula ditayangkan bermula 24 januari yang lalu..

Bagi peminat-peminat drama Melayu bolehlah mengikuti sinopsis drama Gemilang di bawah.

Sinopsis Drama Gemilang TV3

1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran tapi perjalanannya masih belum pasti.

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.

Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini.

Cerita ini kadangkala lucu, kadangkala menyentuh hati tetapi sentiasa memberi inspirasi. Antara pelakon dalam drama Gemilang ialah Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.



kalau korang berminat nak donwload citer ni, mungkin boleh jenguk2 kat blog SEDUT.ORG

hmm... kat sini aku nak share kan jugak OST drama ni.. iaitu lagu Suatu Ketika yang dinyanyikan oleh Adi Mentor 4....
lagu ni best.. berbentuk spiritual dan bersemangat...
aku post pasal entry ni pon sebab asben aku yang minat sesangat kat lagu ni.. dia paksa aku cari MP3 dan liriknya untuk dia..
katanya meremang bulu roma bila dengar lagu ni..

so.... jom kita dengar dan hayati lagu ni.. layanzzzzz...



ni plak lirik lagu tuh....
hope korang enjoy... betul jugak, banyak kali dengar, aku makin suka kat lagu nih.....

Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…

Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ooohhhhh……

walau seribu halangan melanda..

kita harungi tanpa lelah terasa

walau seribu halangan melanda

simpulkan di dada terus membara..






Tuesday, February 15, 2011

aku dan teman - stesen kopitiam

bila elaun dah diakaunkan dalam bank masing-masing.. maka dalam otak setiap insan2 seperti kami mesti lah apa yang akan digunakan dengan 'wang' tersebut..
nak banyar bil, nak beli baju yang dah lama diidam, nak ganti kasut yang goyang tumit, nak bayar hutang, nak cari gajet baru n macam2 lagi lah...
mengikut kesedaran, tanggungjawab dan keinginan masing-masing.. lain orang lain la cara
bahaginyer... btol tak..

maka dengan itu, seminggu lepas pulang daripada cuti raya cina ari tuh, aku ngan kawan2 aku kuar la melihat dunia luar sekejap.

kononya nak menyelesaikan segala urusan yang perlu sbb duit dah ada dalam tangan..

serius aku rasa duit mengalir macam air, senang jer.. dlam sekelip mata, nilainya susut sikit demi sedikit...

aku kuat shopping ker erk????

hmm......... tak jugak rasanya.. haha... keinginan tu memang la ada.. tapi aku jenis tak kisah walau barang tu cap siam atau cap pasar malam.. asal nampak bergaya dan mewah, it is enough...
hehehe..

last week, masa kami kuar tuh, kami lunch kat stesen kopitiam... ( citer pasal ni jer laa.. malas nak citer pasal duit yang mengalir tuh) huhuhu.

stesen kopitiam..

semua dah lapar.... jom makan....

air.... bergabung di sini.. ermm mana yang paling sedap? hahaha

aku makan nasi goreng tom yam + ice lemon tea...
ermm.. nasi goreng dia banyak, rasa tom yam n pedas sikit......
kalo ikot selera aku, aku bagi 4 bintang....

ini laa rhope nasi nyer...... ada udang..
harga : RM6.80


im makan chicken chop with fried rice...

ilah... lala set.

kami setelah kekenyangan....

habis dah............


OK habis dah... jom balik... heheheh.....
jumper lagi di post seterusnya..

p/s ; dalam tak nk pun, aku dah beanjakan hampir RM500 pada hari tersebut termasuk dengan banyar bil sekali.

Thursday, February 10, 2011

MELANGKAH KE GERBANG BARU



terlanjur bicara aku berkata pasal alam perkahwinan ni, aku rasa terpanggil nak berkongsikan sesuatu mengenai tambatan dua hati ni..

aku dah acapkali mendengar bahawa membina perkahwina
n bukanlah sesuatu yang mudah. perlu melengkapkan diri dengan banyak hal..
yaaaa.... memang tepat.. tatkala kaki melangkah ke gerbang perkahwinan.. telah terhampar dihadapan kita sebuah tanggungjawab. tanggungjawab kepada pasangan, keluarga mertua, keluarga dan ipar duai.
hmm.. betul la tu kan.. kalo orang tak bersedia lagi macam mana nak kawenkan?
tapi... sampai bila tak bersedianya??? bukan ke persediaan tu kita yang kena buat.. bukan sekadar menanti jer. aku ada seorang kawan, berjanji tak nak kawen sebab takut tidak bersedia.. tapi pada masa yang sama mempunyai kekasih hati. jadi apa kita nak labelkan dengan bercinta tanpa bernikah tuh?

kadang-kadang, mata aku ni pun dah naik bosan dan muak tengok pasangan couple tuh.. di kawasan kejiranan aku misalnya.. masih kecil umurnya, masih menyarung seragam untuk menuntut ilmu tapi saban petang berpelukan dan berdua-dua naik motor dengan orang yang bukan mahramnya.. bukankah tak manis dipandang? bahkan buat dosa kering kat orang duk mengutuk dia..
itu baru segelintir yang kita nampak yang masih di awal usia.. agaknya macam mana pulak gelagat yang lebih dewasa? dah lagi banyak terdedah dengan pengalaman demi pengalaman dan pengetahuan.. kadang-kadang aku pun sedih tengok situasi cam tuh.. tak tau la macam mana nak tegur... nak aje aku pasang lagu 'kalau Berpacaran' yang Meor hassan dan Ana Raffali nyayi tuh..

bila aku tengok pasangan yang dah sah menjadi suami isteri dan halal haknya, pasti aku tersenyum sendiri melihat kemesraan mereka. dalam hati aku berdoa moga kebahagiaannya dan kebahagiaanku berkekalan hingga ke syurga..

macam tu lah, bezanya pandangan aku..
aku selalu cakap dalam hati, biar lah mereka yang berpacaran ni, bukan sekadar nak berfoya-foya dan bermaksiat.. biar lah seiring dengan syariatNYA..

tapi sekarang, aku tengok ramai juga yang berkahwin di usia muda.. aku harap perkahwinan yang dibina tu bukan sekadar mengikit trend bahkan biarlah ikhlas kerana ALLAH untuk
memikul sebuah tanggungjawab dan amanah, serta untuk menghalalkan mana yang haram sekaligus melengkapkan fitrah manusia yang telah ALLAH kurniakan.

memang suatu ketika dulu aku pernah menulis berkaitan status, kewangan dan perkahwinan.
tapi akhirnya aku mula merubah semua persepsi tu melalui sahabatku, nisa.
sahabatku ini telah berkahwin dengan seorang lagi rakanku yang mana mereka ini sebaya dan kedua-duanya masih melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
bagi aku apa yang dia buat dan apa yang telah dia sampaikan ada kebenaranya.. bagaimana dia menerangkan pada aku tentang sebuah tarbiyah dan perhubungan.

kat sini setelah mendapat persetujuan dia, aku kongsikan sikit apa yang telah merubah persepsi aku tuh..
harap kalian dapat mengmbil iktibar dan manfaatnya..


klaw ikut pndapat kite sesiapa sahaja yg dah bercople atau dah ade pkwe dan makwe wajib berkahwen wlaupun xde duit.... so klaw xnak kawen kne putus. sbb islam
mengharamkan couple... kite rase sgt rugi sbb kite xtaw kbenarannye sblum ni
klau la kite tau awal2 kite akn berkahwen atau pn kite xkn melibatkn dri dlm percintaan... jd skang kite yg dah tau hukum wajib menyampaikan pd org lain... sesiapa yg dah ade couple silakan berkahwen.. klaw rase duit jd masalah jgn couple.. itu sahaja... mudah... tp islam itu tak membebankan... duit bkn halangn dlm perkahwinan... malah seberkat2 perkahwenan itu yg paling murah belanja atau mahar nye... itu bkn ckp kite tp Pesan dari Rasulullah SAW...
haram hukum nye klaw kite msg or call dengan orang yang bukan mahram kita tanpa perkara penting. maksud kte pakwe dan makwe.. lepas faiz ditarbiyah..dy mule sedar yg care perhubungan kitorang ni salah.. mule2 kite memang xdapat terima keputusan faiz utk xmsg or tak call kite hanye sekadar nak berbual2 kosong... kite sedeh sgt.. tp lame2 kelamaan kite mula faham... kite bersyukur sgt2 kerana faiz menyedarkan kite
akan hakikat cinta sejati.... katanye klaw berkawan dan di iringi niat utk benikah insyaAllah xde masalah.. kitorang juga sedar cinta itu anugerah dr Allah... jd sewajarnya kta mencintai Allah terlebih dahulu sblum mencintai org lain kerana Allah itulah pemberi hadiah iaitu perasaan cinta dm diri manusia...mase kite rase tertekan dan x boleh terima tindakan faiz yg cube menjarakkan perhubungan kitorang kite memang rase teruk sgt.. kite rase sedey knape dy buat mcm tu.. tp jawapan faiz ckup mudah.. dy kate pada kite.."anti...anti kena yakin..klau kite tlong agama Allah..Allah pasti akan tlong ana dan anti.." jawapan tu ckup membuka mata dan hati kite bahawasanye kita ada Allah tempat mengadu... dan faiz minta kita berdoa utk permudahkan pernikahan kitorang..pada mulanye kite kate itu musthail..tp faiz skali lg jawab"xde perkara yg mustahil pada Allah anti" setiap kali kite bersedih dy akan ckp"anti rujuk surah al baqarah ayt 216..anti pasti akan temui
jawapan pd kesedihan anti.." alhamdulillah..semakin hari kite semakin phm apa yg faiz cube lakukan.. meninggalkan larangan Allah iaitu tidak melakuakan perhubungn dgn bukan mahram dan menjaga ikhtilat itulah sdalah satu cara kita menolonh agama Allah...alhamdulillah..Allah itu maha besar..maha mendengar... Allah tahu apa yg terbaik untuk setiap hambanya..dan Allah juga lah yg berkuasa membuka hati setiap manusia..Allah jugalah yg membuka hati kedua ibu bapa kitorang utuk melihat syarak melebihi adat..



Akhirnya aku paham dan sama-sama dapat iktibarnya daripada apa yang dia katakan dan aku terima tindakan dia untuk nikah gantung itu sebgai satu langkah yang bijak..

aku masih berharap, pasangan atau couple kat luar tu pun dapat kesedaran macam ni.. mungkin kita boleh berkongsi apa yang kita tahu...

ni aku nak kongsikan satu lagi.. iaitu mengenai Nikah Gantung..

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

baca selanjutnya..........


gambar hiasan.

last but not least, aku nak ucapkan Selamat menempuhi gerbang Perkahwinan kepada semua pasangan yang telah berkahwin.. moga kita semua diredhai ALLAH senantiasa dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar.

dan semoga ada sesuatu dari entry ini yang mendatangkan iktibar buat pembaca sekalian
aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa patut dikongsi..

P/S : ermmm.. hope korang bukak la link aku bg tuh..



Wednesday, February 9, 2011

MELANGKAH KE GERBANG BARU

Pertama sekali aku nak ucapkan ;

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT MELANGKAH KE GERBANG ALAM
RUMAHTANGGA

Kepada saudari memey norsyida dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan pada o4 februari yang lalu.. Memey ni salah seorang rakan seangkatanku di maktab perguruan ni. cuma dia lain unit.
Tahniah... aku ucapkan kerana telah berjaya menyempurnakan salah satu fitrah manusia yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. semoga kita semua dipermudahkan jalan untuk mengukuhkan keimanan kepada NYA..
doaku buat kalian dan semua pasangan suami dan isteri, semoga kita semua dikurniakan kebahagian dan keharmonian berkeluarga daripada yang maha Esa. moga kita dapat melayari bahtera ini dengan aman damai serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
jadilah kita pasangan yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingat di kala bahagia dan saling membantu dan menyempurnakan ibadat kepada yang Maha Esa.. InsyaALLAH.

puan Memey Norshida dan pasangan, Ghazali


entah kenapa, aku suka tengok gambar orang sanding.. sejuk jer rasa.. seronok tengok orang bahagia.. teringat masa aku dulu.. macam baru semalam jer duduk bersanding.. hehe...
alhamdulillah rasanya aku bahagia dan semoga berkekalan hinga ke syurga.. cuma masih sabar menanti detik kemunculan cahaya mata..
walaupun adakalanya berendam air mata duka, tapi biasalah tu.. asam garam dalam kehidupan. baru lah cukup rasa.
macam orang selalu cakap, sedangkan lidah selalu tergigit inikan pula suami dan isteri.
macam tu lah.. setiap kali terjadi perkelahian, ia membuka ruang untuk kita berfikir kat mana silapnya.. bagi aku.. betapa kefahaman, sikap rasional dan persediaan serta toleransi kita amat penting untuk menjalin sebuah perhubungan kasih sayang ini..

sekadar mengimbau detik manis.. hehe


cakap pasal persediaan ni, aku selalu dengar ramai kawan-kawan aku takut nak kawen muda. kononnya tak bersedia, tak de duit, nak belajar dulu n bla bla bla.....
bagi aku alhamdulillah.. perkahwinanku bukanlah satu bebanan. cuma kadangkala kita perlu melakukan pengorbanan.. itu lah nilai yang perlu dibayar untuk satu nikmat yang lain..
bukan aku nak membangga diri bahawa aku berkahwin dengan seorang yang telah berkerja dan berkemampuan dalam segala segi untuk melengkapkan kehidupan..
tapi bagi aku.... aku percaya... ALLAH pasti akan permudahkan urusan kita dan tunjukkan kita jalannya tatkala kita mengambil sesuatu keputusan.

maka...... apa lagi yang pasangan couple selalu tunggu.. bagi aku tiada alasan untuk kita mendahulukan mana yang wajib sebagai ibadah demi untuk kebaikan kita juga..

dulu aku memang pernah berfikir bahawa berkahwin di alam pengajian tanpa pekerjaan dan pendapatan tatap mungkin akan mendatangkan kesulitan dikemudian hari. tapi bila aku refleksi balik dan setelah aku fahami apa yang dimaksudkan dengan kata-kata dari kawan aku, NISA melalui tulisannya dan luahannya padaku.. aku mula paham tentang sebuah perhubungan cinta di landasan yang betul..

InsyaALLAH, nanti aku ceritakan dengan panjang pasal ni erk..

sekian dulu... tunggu yang seterusnya..

Tuesday, February 1, 2011

'Buah hati' baharu..


buah hati?? hmmm.....
pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada incik asben yang tersayang...
seperti yang dia janji sekian lama, sempena aku nak menjalani praktikum ni, dia janji nak belikan kenderaan..
dulu, kami ada berbincang, aku cakap beli yang second pun tak per. even kete kancil pun aku terima. asalkan ada kenderaan jer.
dan bulan disember lalu, aku nampak dia makin semangat nak beli kenderaan baru.. memandangkan prestasi kereta lama kami pun dah menurun sikit. susah nak jalan jauh katanya..
my incik asben bagi aku dua pilihan samada kereta proton persona atau produa myvi.

bagi aku.. aku tak kisah pun yang mana.. aku serahkan jer pada dia.. my incik asben kata, dia dah ada kereta sedan so dia nak ada sebuah kereta compact plak..
awal januari, dia dah bulat hati nak beli kereta baru. dia nak bawak aku pergi pusat jualan tapi tak sempat coz aku dah balik maktab. hehe..

tiba-tiba, aku dapat tau dia ada kat proton edar. tengah tengok persona dan mintak aku pilih warna..
ehh.. ambik sedan ker?? hmmm.. katanya ni kereta aku.. so biar lah sedan..
hmm.. aku ikut jer.. semua keputusan di tangan dia.

dan bila aku balik rumah awal cuti hari tuh. aku nampak kereta tersebut telah berada kat rumah mak mertua aku..
dan haaaaaaaa ini lah dia....

MODEL : Proton persona
1.6 B-LINE
Automatic Tranmission
COLOR : Bronze Garnet

hmmm..... maklumat lanjut boleh tengok kat sini..
saje promote kenderaan keluaran malaysia.. hehe....


tapi... tak lupa jugak pada satu lagi buah hati aku ni.. hehehe..
motor baru yang ktaorang beli pertengahan bulan 12 hari tuh.. motor ni untuk memudahkan aku ke kedai dan kemana saja kalau incik asben aku ke sekolah. dan kalo aku masuk maktab, motor ni jadi kenderaan hambat budak berlari kat bendang.. hahahaha...

MODEL : Modenas CT 100
COLOR : solid black

lagi pasal modenas ni boleh tengok kat sini...

Haaa... dah kenal dah ngan buah hati saya....
aper2 pun paling penting,

kreadit to my incik hubby tersayang............

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...