Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, June 20, 2011

DI KALA CUTI..

salam..
alhamdulillah.. seemster bari bermula kini.. bermakna cuti sudah habis daaaa.... hahaha......
ermm ramai la yang bertanya dan bercerita buat apa masa cuti? melancong ke mana? dan ape2 lagi..
haaaaaa.... ni nak story sket ni... kita wat cerita ringkas jer laa..
selama 3 minggu cuti ni, boleh la kalo aku nak katakan sebagai cuti yang berkualiti..




1.  menghadiri jemputan kenduri kahwen yang berderet2.. 


hmm.... bila cuti mesti la sinonim bebenor dengan kenduri kahwen kan.. maka ramai la jemputan dan undangan yang kami terima.. ada satu hari samapi 6 buah rumah kena pergi.. tak tau la nak pergi mana dulu... kalo tak pergi kang orang cakap pe plak. termasuk la mak aku akan bising...ramai la sahabat2 aku yang mendirikan masjid dan membina mahligai rumah tangga ni.. termasuk la adik ipar aku, kawan2 aku, dan juga cikgu2 sya... kalo nak letak gambar.. aku rasa karang post aku ni jadi berjela2 panjang yer.. hehe..aku citer sket pasal kenduri kahwen adik ipar aku jer laa erk...adik ipar aku ni dapat orang kedah.. maka utk kali keduanya aku merasa ke negeri kedah menghantar mempelai.. biras baru aku kali ni, 4 tahun lebih tua dari aku.. kami pun tak tau sapa yang patut dipanggil kakak.. hehe.. last2 dua2 panggil nama jer.


yang dirai.... azuan dan munirah.. 


aku sebagai video women.... bidan terjun sbb dah tak de orang..  haha..


kat dapur pun kena wat keje jugak.... tp naseb baik katering...



2.  bercuti bersama keluarga dan incik asben tersayang

kalo nak cakap pasal bercuti ni sepatutnya kena buat post baru yang khas. tapi aku takot tak kesampaian jer.. hehe.. sooo... ni la yang mampu aku ceritakan..

pertama skali aku ceritakan pengalaman aku bercuti ke Pulau Pinang.

plan bercuti ke penang ni memang dah lama dirancang oleh incik asben aku ni sbb katanya nak memenuhi hasrat aku yang tak pernah naik atau lalu kat jambatan Pualau Pinang yang menjadi kebanggaan tu.. aku pernah ke Penang masa umur aku 6 tahun.. tu pun kat seberang sini jer..
so... lepas tamat segala kenduri yang penting soo.. laki aku pun decided nak pergi pada hari isnin. tapi terpaksa dibatalkan sebab aku tak sihat. asyik demam sbb sakit gigi. so.. lepas aku rasa kebah skit, ktaorang pergi pada hari selasa.
sampai kat jambatan tu memang  teruja la aku nak lalu.. apa agaknya rasanya.. hehe.. ceh.. sbenarnya sama jer la sbb kta duk dalam kete cuma dapat la kita tengok pemandangan selat melaka yang luas.



1st time lalu jambatan Penang..




 ktaorang sampai kat Georgetown dalam pukul 3. hujan renyai2 masa tuh. tak tau nak pergi mana, kami terus menghala ke Batu Ferringgi. perut pun dah lapar.. soo.. pekena laksa Penang kat pantai.







lepas jalan2 sket kat sekitar  KOMTAR... penat mula terasa... apa lagi.. cari hotel terus check-in.. rehat sekejap sampai lepas maghrib...
malam menjelma.. ronda2 lagi nak cari makan.. menurut kawan aku si PIkah.. katanya sedap makan Pasembor kat Padang Kota waktu malam. lepas jumpa kat mana padang kota.. kami pun berpusing2 la nak cari parking... lepas bebrapa kali buat pusingan tapi masih tak jumpe parking.. laki aku pun dah mula give up.. bila dia tengok ramai gle orang dan hampir semuanya cina....... maka dia kata.... 

"yang... jom la kita cari makan tempat lain.. lain kali kta datang lagi yer"

huhu.. dengan seribu kesalan aku merelakan.......... ( lain kali mesti datang lagi ni..) huhuhuhu..

rupanya susah jugak nak cari kedai makan melayu ek kat sini... lepas terjumpa, terus je stop kete...
sebab perut dah sangat lapar.. tengok kat dalam menu pilih makanan yang best. aku order char kue tiaw.. dah sampai penang mestila kena cuba char kue tiaw penang kan? hehe.. asben aku plak order hokkien char....... ( saje nk try la konon)..
bebrapa minit kemudian pesanan pun sampai.. aku pun pelik mana plak char kue tiaw aku.. orang ni salah hantar kot aku rasa. pastu panggil balik orang tu, dia kata btol la apa dia antar. dan confirmkan mana satu char kuew tiaw aku...
huhuhuhhu.. ohh hoo.. korang nak tau tak???? waaaa...... kecewa sangat aku makan char kuew tiaw macam tuh.. huhuhu.. hilang terus mood makan aku...

bila ditanya kenapa tak basah... orang kedaai tu jawab sbb abg tak order basah pon......

hah??? tercengang skejap aku dengar.. huhu..

lastnya balik ke bilik dengan perasaan bengang n kecewa. rasa nak nangis.. tak berkualiti btol malam tuh.. huhuuhu.



hmmmm...... orang2 penang, sila tafsirkan.... adakah ini char kuew tiaw?????



keesokan harinya nak balik dah.. sebelum balik singgah smula kat padang Kota tuh sbb asben aku dah tengok aku tarik muncung panjang.. hehe.. lepas pekena pasembor ngan nasi kandar maka kami pun bergerak pulang.








untuk balik ni kami balik guna feri plak. actually, ni pun pengalaman pertama aku naik feri.. memang sedikit jakun... siap buat video lagi.. miahahahaha....





hmm.. begitu la.. alkisah 2 hari 1 malam di Penang..





bawak adik2 dan anak buah tengok tuntong.

lepas balik dari penang.. sian plak tengok adik2 aku tak kemana-mana cuti ni.. anak2 buah asben aku pun ada kat kampung dan tak kemana2.. soo... aku n asben berhajat nak bawak gi jalan2... tapi tak tau nak kemana dan banyak sangat kekangan masa..
soo... satu petang tu, kami pergi jalan2 ke Pusat pembiakan Tuntong kat Bota, parit.. tak de la jauh sangat dari umah kami.. tapi jadi la nak jalan2.. kebetulan, mak n ayah aku pun ikot skali...










lepas tengok Tuntong, pergi makan mee kicap kat pekan Bota.. hehe..



3. Menonton wayang

dalam cuti ni jer dah 3 wayang kami tonton... heehehe..
yang pertama citer Nur kasih The Movie.... kalo korang ingat lagi aku memang nak sgt tengok citer ni.. siap laki aku dah janji lagi...
hmm.. penuh emosi la aku tengok citer ni.. nasib baik panggung tak penuh sangt.. tapi malu la jugak sbb keluar ngan mata sembab.... haha.. menangis aku dowhh tengok citer ni.. laki aku pun kata citer tu mampu buat dia sebak...


yang kedua.. kami tengok citer Pirates Of Carribean... hmmm.. bestt la jugak citer ni...

dan yang ketiga, kami tengok KL Gangster..... kami plan nak tengok wayang malam minggu.. pergi petang selepas asar. tengok kat panggung.. pergg.. laris gila citer ni... panggung asyik full. kami kena tempah untuk 3 tayangan ke depan.. baru ada... hmmmm... Kl Gangster punya pasal. pukul 12 malam baru kami sampai umah.. yang penting aku suka tengok Aaron aziz dalam citer ni.... (cair aku..... hehehe)

4. Menghabiskan masa depan TV tengok cerita n movie

Setiap hari kalo buleh mesti nak tengok citer drama Nora Elena yang tayang pukul 7 malam selama sejam tuh.. aku rasa famous kot citer ni.. ramai yang suka tengok.. lelaki pon suka.. siap ada yang bergaduh pasal citer ni.. adoooii.. kuat jugak penangan romantik aaron aziz dan siti saleha.. aku dengar citer, siap ada yang suruh buat movie macam citer drama nur kasih tuh.

lepas tu malam.. mesti nak tengok drama ANISSA.... best gak citer ni.. paling best aku suka lagu dia.. lagu dari gandingan suara 3 diva tuh..

asben aku pulak, tak habis2 nak tengok mega movie.. mesti tak nak terlepas. lagi2 kalo dia tau itu adalah beasaskan kisah sebenar.. dia kata banyak nilai kemanusiaannya cerita macam tuh...

lagi satu hobi incik asben aku ni.. suka bebenor tengok gusti. tak cukup dengan tayangan kat TV.. siap gi pasar malam cari VCD plak.. hmm.... ada satu malam tuh, dia dah tertido masa tayangan gusti kat tV. aku malas la nak kejot.. sian.. cam letih jer...
skali dia terjaga pukul 12 malam.. punya la dia hampa sbb tak dapat tengok gusti.... adoooii..

5. memasak makanan resepi baru

hmm... dalam cuti ni.. banyak gak resepi baru aku cuba.. tambah plak ngan besday incik asben masa cuti tuh.. so.. kena la masak something yang special..
alhamdulillah menjadi...




grill chicken chop utk my hubby.. hehe..

nasi ayam..


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...