Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, April 16, 2011

satu ketika di KGV..







<----- penghargaan dan cendemata sebagai kenangan untukku...








Tamat sudah praktikum fasa 1 saya selama 4 minggu di SK king George V, Ampangan, seremban, Negeri Sembilan..

banyak suka dukanya sepanjang kat sini.. pengalaman pertama bertemu murid dan mengajar secara terus...
4 minggu menjadi guru si SKKGV ni memang banyak pengalamannya.. setiap minggu setiap hari ada saja programnya.. sekolah tak pernah senyap..

melihat kerenah budak2.. ada yang baik, ada yang nakal, ada yang low
profile ada yang kerek dan advance.. macam2 ada...
melihat kerenah ibu bapa yang 'setia' menjaga anak mereka tak kira waktu.. memang satu fenomena baru kepada aku bila waktu rehat di sekolah turut dikunjungi ibu bapa.. masih ada murid yang 'mahu' waktu rehatnya di sekolah di temani ibu bapa...

satu yang mungkin aku tak kan lupa mengenai KGV adalah lagi sekolahnya...... lagu sekolah ni rasa macam ada satu aura bila dinyanyikan... bersemangat dan padu. aku sangat suka dengar
budak2 ni menyanyi lagu sekolah setiap hari perhimpunan isnin..

LAGU RASMI SEKOLAH

KGV Sekolahku

Tempat Menuntut Ilmu

Berdisiplin Berharmoni

Jadi Amalan Kami

Guru-Guru Yang Arif

Disanjung Dihormati

Jasamu Dan Budimu

Semoga Diberkati

Pasukan Olahraga

Jaya Terus Berjaya

Sepakat Sekata

Jujur Apa Sahaja

Inilah Ikrar Kami

Putra Putri KGV

Tekun Dalam Bekerja

Bermain Adil Pula

Agama Tak Dilupa

Pada Allah Bertakwa

Patuh Pada Ibu, Bapa

dan Juga Guru

Marilah Wahai Kawan














lagi pasal KGV.. jom baca kat sini..

½

¯













then.... jangan tak tahu, sekolah ni juga ada lagu kokurikulum yang dinyanyikan setiap hari rabu ketika sesi kokurikulum.. lagu ni pun bersemangat jugak tau. bunyinya dengar macam lagu nasyid tapi serius aku akui dia boleh meningkatkan semangat..
tapi sori laa.. tak da MP3 nak bagi you all dengar...

sepanjang sebulan menjadi warga KGV.. aku akui emosi aku sering sgt kurang stabil. kadang2 masuk kelas dengan keadaan tertekan dan terpaksa memaniskan muka.. yg penting aku tak kan penah lekang utk tersenyum.. cuma bila kesabaran aku makin kurang.. aku akan tinggi suara juga kat budak2...... atau aku akan senyap.. tanda aku dah tak tahan dngan keadaan kelas tuh..

aku seronok bla tengok budak berderet 'mengekor' kawan praktikal aku macam yuni ngan riza..... tanda budak2 sangat sayang kat diorang....

bila ada budak masuk bilik gerakan utk tanya benda yg tak faham pada dura atau kak roza aku selalu bayang adik aku.. nak pulak perangai dan muka diorang sama... ya ALLAH... masa tu rasa nak menitik air mata.... teringat kat adik2.... terfikir dalam hati.. sempurna kah aku sebagai kakak..

masa hari terakhir di KGV.. seronok tengok yuni, dura, kak roza, riza dan e lyn dapat hadiah macam2 dari students...... memang la ada gak yg bagi kat aku.. bukan hadiah tu yang aku persoalkan tapi sebuah penghargaan murid kepada gurunya..

meh tengok sket antara gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang 4 minggu berada di KGV...



ni masa hari kokurikulum kat skolah aku.. akak kpli yang praktikum sekali buat "hari Bebeas Dadah" seperti yang terkandung dalam tugasan praktikum diorang... maka, cikgu BNK kat skolah tu dah suruh aku n E lyn handle bahagian cenderamata.....







haaaa.. ni laa cenderamata yang aku ngan elyn dah sediakan untuk penceramah dan prang luar yang datang.. ada tiga sebenarnya... hamper buah jer.. RM50 tau setiap satu..

½

¯


ni plak masa bebudak ni tengan perhimpunan... masa ni... ada student tengah bercerita kat depan tuh..

dah nama guru praktikal.. maka kena la tinggalkan sikit kenangan dan 'tanda tangan' kat skolah.. maka, kami telah 'menconteng' dinding skolah dengan mural.. hahaha



ni antara guru pelatih yang telah menjalani praktikum kat sini termasuk yang buat ROS a.k.a PBS a.k.a SBE...

haaaa.... sempat jugak aku, yuni, n dura latih budak2 main bola jaring tau.. tapi apakan daya.. tak kesampaian nak dapat johan.. hehehe....

aku dan segelintir students.. budak2 ni.. pantang nampak aku bawak kuar kamera.. hbs aku dikerumun.. waktu akhir aku kat sini.. sanggup tunggu lepas waktu tamat skolah smata2 nak bergmbar....

yang ni.. sekolah tengah menjalankan latihan kebakaran... fire!!! fire!!! hehe


sebelum berpisah... skolah buat sikit jamuan untuk kami yang akan menamatkan sesi praktikum.. m akan soto.. ermmm.. best!!! i like.. hehehee


rasanya sampai sini jer.. sebenarnya banyak lagi nak cerita.. tapi tengok la jika ada kelapangan pada masa akan datang..... INSYAALLAH..

kalo nak tengok gambar sepanjang aku berpraktikum.. boleh la jenguk album Praktikum aku ni.

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...