ketibaan aku dan rakan-rakan lain dari IPRM yang sama menjalani praktikum kat sini di sambut deruan ibu bapa dan murid-murid yang berpusu-pusu datang ke sekolah selepas seminggu bercuti.
murid-murid sekolah nak berhimpun pagi. kami pun memaniskan muka. senyum dan salam ngan mana2 cikgu yang lalu dekat ngan ktaorang.. sampai la ada seorang cikgu jemput kami ke dewan tempat berlangsungnya perhimpunan.. hahh.. amik ko.. duk depan sekali.. alasannya senang nanti Guru Besar nak perkenalkan.
selain kami yang menjalani praktikum fasa 1 yang seramai 8 orang ni, ada akak senior kami 2 orang, ada akak KPLI PJ 2 orang dan ada 3 orang maktab lain yang datang buat PBS kat sini.
lepas tamat perhimpunan, kami semua diarah menunggu di bilik gerakan untuk di taklimatkan.
sekali tu masuk lah si Guru Besar. aku tengok namanya, Encik Tamyes Bin Saimun, Guru Besar Cemerlang SKKGV.. hahaha.. tu yg tak tahan..
kami dengar taklimatnya.. perkara pertama yang diberitahu adalah prestij SKKGV. betapa sekolah ini menjadi rebutan ibu bapa untuk menghantar anak menutut ilmu. sekolah Cluster Cemerlang.. itu lah katanya.
pada hari tersbut selesai lah semua urusan awal kami, kami mendapat guru pembimbing dan jadual waktu mengajar pada hari yang sama. hmm.. terima kasih hajh Paridah..
dan aku telah memulakan sesi pengajaran aku yang pertama pada hari pertama masa terakhir.
No comments:
Post a Comment