Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, July 28, 2009

SIRIH BERLIPAT PINANG BERKACIP

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN
antara

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2009

anjuran bersama
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
dan
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 20-23 julai 2009
TEMPAT : Golden Strait Villa, Port Dickson
sejambak bicara, serentetan ceretera............

kami peserta dari IPRM adalah peserta yang terawal tiba di tempat pertandingan. ye laa kami kan tuan rumah.. lepas check in, duduk2 kejap pastu lecturer pengiring kami, Puan Siti ajak kami gi jalan2 kat pantai sambil ambik kesempatan memperkukuhkan pantun2 kami tuh... hehehe....
rupanya, kat dewan tengah berlangsung sesi briefing dan cabutan undi. so, takde la wakil dari IPRM just urus setia tu je yang tolong cabut untuk kami.. hehehe... ramai orang ingat peserta dari seremban tak sampai lagi time tuh...


malamnya berlangsung majlis perasmian pembukaan yang diadakan dengan agak gilang gemilang.. ramai wakil DBP membuat persembahan dan menunjuk bakat seni masing-masing.
lepas majlis tamat dan minum malam. ramai pasukan yang berlatih dan membuat persedian untuk pertarungan esok hari.. kami juga tak ketinggalan..


malam tu, kami baiki pantun kami supaya menjadi sebuah karya dan persoalan yang sedap didengar..





lepas minum malam prepare pantun...

menjelang masa perlawanan pertama pada jam 8.30 pagi. kami yang dalam kumpulan F akan bertemu dengan perserta IPGM kampus IPIS yang juga dari kumpulan yang sama. mula2 tu, debarnya bukan main, takut tak bleh kawal pertandingan tu.. mana la tau tetiba je otak blank ke..... pastu bertambah psiko bila tengok peserta lain berpakaian yang bukan main grand lagi . yang laki berpkaian melayu dan haya pahlawan siap dengan tanjak dan keris lagi. yang perempuan dengan baju kebaya berlabuci dan manik penuh pastu siap dengan selendang di bahu. sedangkan kami hanya pakai baju batik je.. hhehe

so time tu, baca la apa yang patut nak hilang nervous... fuh..... huhuhu...




bila dah duduk dikerusi sebagai peserta yang menyahut cabaran, aku dah mula reda.. aku yakin aku boleh.. lepas beri pantun memperkenalkan diri, aku semakin yakin..

ini adalah lebih kurang pantun pembukaan yang aku baca... dah tak ingat sangat laa. hehehe..

semarak senyum untaian kata,
hadir berhajat harapan ditonggah,
intan suriana penyeri pesta,
di pentas warisan membina ukhwah..

adegan seterusnya bertambah rancak. pada pusingan pertama menetang IPIS kami bertanding dalam 3 kategori tema iaitu, budi bahasa, adat dan ekonomi.
memang tak percaya, aku boleh menjawab dan membeli pantun yang dijual kepadaku dalam masa kurang 60 saat. time tu, aku cool je.. hehehe...


cuma mungkin nasib tak menyebelahi kami bila satu pantun yang dijual tak dapat dibeli oleh salah seorang ahli kami...
lepas tamat pusingan tuh, seorang lecturer dari IPSAH tepuk bahu aku... bagus katanya.. pantas dan bermakna pantun yang aku buat. alhamdulillah...
pusingan seterusnya kami menentang pesera dari kampus IPDA dengan tiga tema iaitu, kesihatan, cinta keluarga dan integriti..


pasukan dari kampus IPDA

masa ni, aku rasa pujian yang diberi pada aku sebelum ni tak berjaya membuat aku lebih kuat. aku jadi agak blur dan aku tau pantun aku tak berkualiti time tu walaupun semua soalan kami dapat beli dalam masa 45 saat setiap seorang..

masa sesi penentuan markah dan keputusan antara IPRM dan IPDA, juri hakim ambik masa yang sangat lama untuk buat keputusan sape yang akan ke pusingan seterusnya.. sampai juru pantun pun dah senyap dan tak tau nak cakap apa lagi... kami yang menantu hampir 15 minit ni lagi laa... dalam hati hanya mampu berdoa, semoga menang dan dapat gi sarawak..

akhirnya, keputusan dibacakan. dan mungkin bukan rezeki kami. kami kecundang akhirnya. harapan ke sarawak terus kelam. tu laaa, salah pasang niat. hehehe.. bukan niat nak memartabatkan warisan cuma nak gi sarawak je.. hehehe....

kami terima dengan redha walaupun dalam hati tak puas hati sebab kami rasa sekiranya diberi peluang sekali lagi, kami juga layak ke peringkat seterunsya.. tapi apa nak buat...... perlawanan bertemu dengan IPDA sangat sengit.. ramai yang cakap kami berada di level yang sama cuma IPDA lebih bernasib baik.

malas nak balik ke maktab, kami menghabiskan masa sementara menanti perasmian penutup umpama bercuti. makan dan tidur.. hehehe...
siap bleh mandi kolam lagi. hehee...

ira, syafiq,intan dan hasni.....

ubati kecewa, jalan2 kat pantai wat sesi luahan perasaan...

dengan pensyarah pembimbing, puan siti namiseh.....

sedih2 jugak tapi makan tetap semangat... hehehehe


malam lepas kalah, jalan2 gi makan kat luar...

sempat lagi gi main air kat kolam....

tiba hari penutup, keputusan yang layak ke sarawak diumumkan iaitu IPSAH,IPDA, IPTAA dan IPBM. mereka akan ke pusingan separuh akhir dan akhir pada bulan oktober nanti.


sebelum balik semula ke maktab masing2....

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...