Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, July 23, 2009

karya seni - melarik kayu

ni antara kisah yang aku nak kongsi ngan pembaca semua. ideanya datang dari adik iparku waktu aku balik bercuti baru-baru ni. kebetulan dia pun balik bercuti jgk.
adik ipar aku ni berkerja sebagai tenaga pengajar dan staff di perbadanan kraf tangan Malaysia negeri Pahang yang bertempat di Kuantan Pahang..
cuti baru-baru ni, dia bawa sekali beberapa hasil kraf yang dia buat sepanjang dia mengisi masa lapangnya disana.
ikuti bingkisannya...............................................

siapa sangka kayu yang terbiar berlonggok kat tepi-tepi jalan atau di pinggiran hutan yang kita rasakan hanyalah sebagai bongkah kayu yang tidak bernilai dan menyemak serta mencacatkan pandangan itu, mempunyai nilai estetika dan nilai komersial yang amat tinggi..
siapa percaya, kayu yang sudah terbakar dan rosak misalnya sumbing atau cacat boleh mendatangkan pulangan wang hampir ribuan ringgit seunit..




seni berasaskan kayu ni, kita panggil melarik. melarik ni plak ada dua jenis iaitu melarik tegak dan melarik lintang.. biasanya proses ni mesti menggunakan mesin untuk mempermudahkan kerja. tapi jangan tak tahu, masih ada masyarakat yang menggunakan kaedah tradisional untuk melakukan kerja-kerja melarik ni... sebab tu la, rumah yang dibuat daripada kayu dan papan lebih mahal daripada membuat banglo daripada pasir dan simen.


berikut adalah sedikit gambaran tentang kerja-kerja melarik batang kayu untuk dijadikan sebagai hasil kraf yang mempunyai nilai seni dan komesial..


kerja-kerja memilih kayu dan memotong mengikut bentuk yang bakal dihasilkan.....

bongkah kayu dipasang di mesen pelarik untuk kerja-kerja membentuk....


bongkah kayu diputarkan dan mata pahat dihalakan untuk mendapatkan bentuk yang diingini....


pasu yang hampir siap, digosok dengan kertas pasir untuk tujuan kemasan....




kemudian, barulah bahagian dalam dilarik mengikut kedalaman yang dikehendaki..



biasanya barangan yang dihasilkan daripada sumber kayu ini adalah seperti pasu bunga, bekas poutpuri, pasu hiasan dan lain-lain yang boleh dijadikan sebagai penghias kediaman.


ini pulak koleksi hasil kerja tangan adik ipar aku, yunus bin osman... ia juga dihasilkan untuk tujuan komersial. siapa berminat, boleh la membeli.....






take a look...........



1) kayu merbau, PU sealer + PU top coat 100 %










2) kayu nyireh.. kayu ni gred B..











3)kayu chengal, ni pun kayu gred A. berkualiti dan warna akan berubah dan kelihatan semakin mewah bila usianya meningkat..




4) kayu akasia.. kayu jenis gred C.. biasanya pokon ni banyak dijadikan sebagai penghias jalan.










5) kayu merbau











6) kayu tembusu dengan NC sealer









ini plak sebahagian daripada koleksi hasil seni kayu yang terdapat di perbadanan kraf tangan Malaysia negeri pahang...







sesiapa berminat untuk memiliki koleksi ini, bleh la tinggalkan komen...
pasal harga, jangan risau....
semua boleh runding....




hanya mata seni memandang keindahan!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. hello dulang kayu merbau tu berapa harga- emel ke isk6708@yahoo.com

    tq

    ReplyDelete
  2. Bape rege dulang kayu merbau... klu kayu tembusu buat dulang bape regenya... email sy azam0406@gmail.com. t.ksh

    ReplyDelete

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...