Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, July 12, 2009

JOM JALAN MELAKA - satu perasaan..

setelah merancang daripada semester yang lalu, akhirnya terlaksana impian dan hasrat unit kelas aku yang nak wat lawatan ke melaka tu. konon2 nak pergi melawat pusat kraf atau beraktiviti seni di sana.
seperti satu perasaan yang sangat mengujakan, ramai kawan2 aku tdo awal malam tu sebab nak bangun awal n kumpulkn tenaga sebab nak jalan jauh.. (jauh ke melaka dari seremban??) huhuhu....
aku tdo dalam pukul 3 pagi lepas tengok satu movie n sembang panjang ngan diorang2 nih..
tapi, pagi tu aku terjaga awal. kira0kira pukul 6.05 minit pagi. biasanya kalo nak bangun gi kelas atau perhimpunan pagi, aduhhh malasnya... hmm memang excitedkan nak gi melaka?? hehehe...
aku ngan roomateku, ilah bangun awal dan siap sempat online lagi. hehehe...
lepas semuanya siap maka kami pun gerak la ke garaj bas..



hmmm.. ayu tak kawan2 aku ni... hehehe..


kami memulakan perjalanan dari maktab dalam pukul 8.15 pagi..memandangkan hampir semuanya belum breakfast lagi, jadi kami berhenti sebentar kat perhentian rehat dalam perjalanan ke melaka tu untuk bersarapan. aku plak cam tak de rasa je nak makan. so, aku just menyebuk kat bebudak ni mintak rasa. hehehe...

waktu makan tuh, aku perhatikan seorang bapa dengan anak bayinya. bapa tu berpakaian kemas dengan baju masuk dalam seluar. mungkin dia seorang guru atau seorang pegawai kerajaan.. apa yang menarik perasaan aku untuk terus perhatikan tu adalah babynya lah... hehehe...

aku dapat rasakan, ohh such a very good father. dari riak mukanya yang jernih dan baik. memang terserlah wajah bapa penyanyang. bahagianya aku tengok seorang bapa yang mendukung dan memegang bayinya bila keluar berjalan hatta semasa makan.. sejuk mata memandang..

trus aku teringatkan my husband time tuh... betapa aku tahu dia menanti kehadiran bayi kami.. aku tahu walaupun dia selalu cakap tak kisah, tapi dalam hatinya pasti mengharap menimang zuriat secepatnya. tatkala memikirkan soal ni, pantas je hatiku menjadi sebak dan air mata bergenang.. lebih2 lagi bila husband selalu cerita kawan2 dia yang sebaya dengan dia atau lebih muda dari dia dah ada anak lebih dari 2 dan ada anak yang dah hampir melangkah ke alam sekolah menengah.. aku tau dia jeles.. tapi apalah dayaku..

kami tahu yang kami harus bersabar untuk 1 hingga 3 tahun lagi. jika difikirkan adakah usia semuda aku sudah mampu menjadi ibu terbaik?? namun perasaan dihatiku sebagai seorang wanita dan isteri, aku juga menantinya.

sayang, intan mintak ampun sangat2...

comey sangat baby tuh.....

nampak macam baby boy tapi baby girl laa.... alisa aleya namanya...

alalaa... teringin nak pegang tapi takut... yeke?? ntahlaa.. last2 ilah yang dapat gambar ngan dia.

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...