Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, July 13, 2009

JOM JALAN MELAKA - sekitar bandar hilir

kami sampai kat bandaraya melaka pada jam 10.30 pagi. waktu tu hujan turun renyai2. so, pergerakan kami jadi agak terbatas kerana hujan. kami tidak terikat dengan aktiviti yang ditetapkan maka kami bebas melakukan aktiviti sendiri dan cuma perlu berkumpul semula pada jam 12.30 tengahhari..

aku ngan kawan-kawan terus berjalan meneroka bandaraya melaka terutamanya kat kawasan tumpuan pengunjung iaiti tempat yang pernah menjadi satu kawasan penting ketika kegemilangan melaka dahulu..
sekarang kebanyakkan bangunan tersebut telah dijadikan muzium untuk kunjungan orang ramai. kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat. tapi tak banyak masa yang kami gunakan untuk merasai dan mendalami apa yang terlakar untuk menceritakan sejarah dan kisahnya. banyak masa kami dihabiskan dengan menangkap gambar dan mengabadikan kenangan bersama dalam foto tersebut.

ini la sedikit sebanyak foto kenanganku sepanjang disana..


dengan replika kereta lembu yang menjadi identiti melaka suatu ketika dulu..



kereta api.. pernah menjadi alat perhubungan darat.. waktu dulu..



tangga untuk sampai ke gereja st Paul yang pernah menjadi orang berpengaruh sekitar abad ke-17
dengan ilah depan crist curch melaka yang dibina pada 1796


dengan saiful depan pintu A Famosa.. kubu pertahanan portugis sewaktu memerintah melaka sekitar abad ke 16


aku tak melepaskan peluang naik ke menara Taming sari untuk melihat pemandangan bandaraya melaka dari atas. ini adalah muzium kapal dan pemandangan sekitarnya dari atas.


tak sangka yang pada hari tersebut, krew Hits 1 yang diacarakan oleh pelakon Nabila Huda dan E One akan buat show kat sini.. so dapat tangkap gambar dengan background pun jadi laaa...


seterusnya tiba la waktu makan. kami tak banyak kuar duit kalo bab makan sebab lecturer kami sudi nak belanja... hehhee..


tapi aku tak de selera sangat nak makan time tuh... maybe coz kenyang air n kenyang makan angin.. hehehe.. so, aku just makan yang biasa je. ituoun dalam kuantiti yang sikit.



waktu sembahyang zohor, kami pergi masjid terapung. indah sangat kat sini.. mesti best kalo duk petang2 kat sini, ditiup angin selat melaka..




banyak lagi gambar, tapi tak dapat nak post semua....

http://widget-19.slide.com/widgets/slideticker.sw>" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=fr&il=1&channel=504403158312963353&site=widget-19.slide.com" width="426" height="320" name="flashticker" align="middle"/>


kami teruskan perjalanan kami pada hari itu ke Taman Mini Asean...

kita jumpa di sana..... hehehe...

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...