apa lagi, kami pun main la sesuka hati kami. rasanya geng kami la yang paling bising dalam tu time tuh..
Followers
About Me

- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Friday, July 31, 2009
A moment at Genting Highland.. (first Day)
apa lagi, kami pun main la sesuka hati kami. rasanya geng kami la yang paling bising dalam tu time tuh..
Tuesday, July 28, 2009
SIRIH BERLIPAT PINANG BERKACIP
antara
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2009
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
TEMPAT : Golden Strait Villa, Port Dickson
kami peserta dari IPRM adalah peserta yang terawal tiba di tempat pertandingan. ye laa kami kan tuan rumah.. lepas check in, duduk2 kejap pastu lecturer pengiring kami, Puan Siti ajak kami gi jalan2 kat pantai sambil ambik kesempatan memperkukuhkan pantun2 kami tuh... hehehe....
rupanya, kat dewan tengah berlangsung sesi briefing dan cabutan undi. so, takde la wakil dari IPRM just urus setia tu je yang tolong cabut untuk kami.. hehehe... ramai orang ingat peserta dari seremban tak sampai lagi time tuh...
malamnya berlangsung majlis perasmian pembukaan yang diadakan dengan agak gilang gemilang.. ramai wakil DBP membuat persembahan dan menunjuk bakat seni masing-masing.
lepas majlis tamat dan minum malam. ramai pasukan yang berlatih dan membuat persedian untuk pertarungan esok hari.. kami juga tak ketinggalan..
malam tu, kami baiki pantun kami supaya menjadi sebuah karya dan persoalan yang sedap didengar..
menjelang masa perlawanan pertama pada jam 8.30 pagi. kami yang dalam kumpulan F akan bertemu dengan perserta IPGM kampus IPIS yang juga dari kumpulan yang sama. mula2 tu, debarnya bukan main, takut tak bleh kawal pertandingan tu.. mana la tau tetiba je otak blank ke..... pastu bertambah psiko bila tengok peserta lain berpakaian yang bukan main grand lagi . yang laki berpkaian melayu dan haya pahlawan siap dengan tanjak dan keris lagi. yang perempuan dengan baju kebaya berlabuci dan manik penuh pastu siap dengan selendang di bahu. sedangkan kami hanya pakai baju batik je.. hhehe
so time tu, baca la apa yang patut nak hilang nervous... fuh..... huhuhu...
bila dah duduk dikerusi sebagai peserta yang menyahut cabaran, aku dah mula reda.. aku yakin aku boleh.. lepas beri pantun memperkenalkan diri, aku semakin yakin..
ini adalah lebih kurang pantun pembukaan yang aku baca... dah tak ingat sangat laa. hehehe..
semarak senyum untaian kata,
hadir berhajat harapan ditonggah,
intan suriana penyeri pesta,
di pentas warisan membina ukhwah..
adegan seterusnya bertambah rancak. pada pusingan pertama menetang IPIS kami bertanding dalam 3 kategori tema iaitu, budi bahasa, adat dan ekonomi.
memang tak percaya, aku boleh menjawab dan membeli pantun yang dijual kepadaku dalam masa kurang 60 saat. time tu, aku cool je.. hehehe...
cuma mungkin nasib tak menyebelahi kami bila satu pantun yang dijual tak dapat dibeli oleh salah seorang ahli kami...
lepas tamat pusingan tuh, seorang lecturer dari IPSAH tepuk bahu aku... bagus katanya.. pantas dan bermakna pantun yang aku buat. alhamdulillah...
pusingan seterusnya kami menentang pesera dari kampus IPDA dengan tiga tema iaitu, kesihatan, cinta keluarga dan integriti..
pasukan dari kampus IPDA
masa ni, aku rasa pujian yang diberi pada aku sebelum ni tak berjaya membuat aku lebih kuat. aku jadi agak blur dan aku tau pantun aku tak berkualiti time tu walaupun semua soalan kami dapat beli dalam masa 45 saat setiap seorang..
masa sesi penentuan markah dan keputusan antara IPRM dan IPDA, juri hakim ambik masa yang sangat lama untuk buat keputusan sape yang akan ke pusingan seterusnya.. sampai juru pantun pun dah senyap dan tak tau nak cakap apa lagi... kami yang menantu hampir 15 minit ni lagi laa... dalam hati hanya mampu berdoa, semoga menang dan dapat gi sarawak..
akhirnya, keputusan dibacakan. dan mungkin bukan rezeki kami. kami kecundang akhirnya. harapan ke sarawak terus kelam. tu laaa, salah pasang niat. hehehe.. bukan niat nak memartabatkan warisan cuma nak gi sarawak je.. hehehe....
kami terima dengan redha walaupun dalam hati tak puas hati sebab kami rasa sekiranya diberi peluang sekali lagi, kami juga layak ke peringkat seterunsya.. tapi apa nak buat...... perlawanan bertemu dengan IPDA sangat sengit.. ramai yang cakap kami berada di level yang sama cuma IPDA lebih bernasib baik.
malas nak balik ke maktab, kami menghabiskan masa sementara menanti perasmian penutup umpama bercuti. makan dan tidur.. hehehe...siap bleh mandi kolam lagi. hehee...
ira, syafiq,intan dan hasni.....
ubati kecewa, jalan2 kat pantai wat sesi luahan perasaan...
dengan pensyarah pembimbing, puan siti namiseh.....
sedih2 jugak tapi makan tetap semangat... hehehehe
malam lepas kalah, jalan2 gi makan kat luar...
sempat lagi gi main air kat kolam....
tiba hari penutup, keputusan yang layak ke sarawak diumumkan iaitu IPSAH,IPDA, IPTAA dan IPBM. mereka akan ke pusingan separuh akhir dan akhir pada bulan oktober nanti.
sebelum balik semula ke maktab masing2....
Thursday, July 23, 2009
karya seni - melarik kayu
cuti baru-baru ni, dia bawa sekali beberapa hasil kraf yang dia buat sepanjang dia mengisi masa lapangnya disana.

bongkah kayu dipasang di mesen pelarik untuk kerja-kerja membentuk....
bongkah kayu diputarkan dan mata pahat dihalakan untuk mendapatkan bentuk yang diingini....
pasu yang hampir siap, digosok dengan kertas pasir untuk tujuan kemasan....
kemudian, barulah bahagian dalam dilarik mengikut kedalaman yang dikehendaki..

3)kayu chengal, ni pun kayu gred A. berkualiti dan warna akan berubah dan kelihatan semakin mewah bila usianya meningkat..
4) kayu akasia.. kayu jenis gred C.. biasanya pokon ni banyak dijadikan sebagai penghias jalan.
6) kayu tembusu dengan NC sealer
ini plak sebahagian daripada koleksi hasil seni kayu yang terdapat di perbadanan kraf tangan Malaysia negeri pahang...
sesiapa berminat untuk memiliki koleksi ini, bleh la tinggalkan komen...
pasal harga, jangan risau.... semua boleh runding....
hanya mata seni memandang keindahan!!!!!!!!!!!
sekadar intro.... :o)
nak tau kisah pantun???
ermmm nanti dulu la ek... coz banyak gambar sedang dalam proses penapisan. rasa cam tak best plak kalo citer tanpa gambar kan??? tak jelas gitu.. hehehe..
so, dalam masa yang terdekat ni, seandainya punyai kelapangan waktu, aku postkan story mory pasal pantun tuh..
but........... untuk pengetahuan korang, tak tercapai hasrat kami nak sampai ke Kuching. tu la, pasang niat tak betok kan? orang pasang niat nak menang. ni tidak, aku pasang niat, lawan pantun coz nak pergi kuching.. huhuhu... tak pe... anggaplah tahun ni sebagai pengajaran dan pembelajaran menimba pengalaman.. tahun depan masih ada. hehehee...
eh banyak plak cerita ni........
nanti la aku cerita ngan lebih lanjut k! just wait n see........
Sunday, July 19, 2009
cuti + pantun
ermm cepat je rasanya dah dua hari aku duk kat umah. esok dah nak balik maktab balik. lawan pantun. hahaha...
duk kat umah ni, aku jadi lost sikit. tak sentuh dah pantun2 aku tuh. walaupun abang iparku cekgu bahasa dan pernah jadi juri pantun sekolah-sekolah.
bila kat umah, banyak sangat perkara yang selalu terlintas di fikiranku ini. aku jadi cepat di buai perasaan dan selalu jadi tak de mood. tak semena-mena senang je air mata jatuh. walaupun aku di depan suami. kenapa ek??
hmm... perasaan memang sukar di ramal.
k la, mungkin untuk seminggu ni,mungkin aku x dapat nak mengepost. mungkin setelah aku balik dari port dickson nanti. itu pun, aku ngan bebudak kelas dah plan nak bercuti ke genting highland untuk 2 hari. nway, doakan aku dan kumpulan pantun IPRM dapat melepasi semua pusingandalam pertandingan peringkat liga ni ek.. so, tercapai la hasrat nak naik belon ke Kuching. hehehe.....
all da best to you all!!!
Monday, July 13, 2009
JOM JALAN MELAKA - Taman Mini Malaysia
selamat datang.....
waktu mula2 sampai, kami disajikan dengan persembahan yang dipersembahkan oleh kakitangan taman tersebut... nampaknya diorang nih 'kusyuk' tengok persembahan ni.. hehehe...
just enjoy urself.....
seterusnya kami teruskan lawatan ke rumah2 mengikut negeri yang terdapat kat taman tuh.. kami mulakan dengan taman suku kaum di sarawak.. boleh la tau cam ne rupa sebenar rumah panjang kat sarawak tuh..
seterusnya rumah sabah... banyak tembikar kat rumah sabah ni...
seterusya adalah rumah kat semenanjung ni.. semua negeri ada... jadi kami tak ketinggalan merakamkan kenangan disetiap rumah tersebut....
seterusnya, shopping time.. walaupun tak de duit yang mewah.. jadi kami setakat widow shopping je.. bergambar pun jadi laa... tapi aku tak melepaskan peluang beli sorvenior, jadi lah untuk my mom...
JOM JALAN MELAKA - sekitar bandar hilir
kereta api.. pernah menjadi alat perhubungan darat.. waktu dulu..
tangga untuk sampai ke gereja st Paul yang pernah menjadi orang berpengaruh sekitar abad ke-17
dengan saiful depan pintu A Famosa.. kubu pertahanan portugis sewaktu memerintah melaka sekitar abad ke 16
waktu sembahyang zohor, kami pergi masjid terapung. indah sangat kat sini.. mesti best kalo duk petang2 kat sini, ditiup angin selat melaka..
banyak lagi gambar, tapi tak dapat nak post semua....
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)