yeeee sy suka tengok citer tu...
salah satu sebabnya adalah lagunya yang sedap didengar tuh... tajuknya Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin.
syahdu jer bla dengar lagu ni... cuba jugak cari MP3 dia kat internet tapi mesti ramai yang tak jumpa kan? kan?? btol tak? kalo ada pun.. mesti tak habis kan? haaaa.... ni nak story nih....
Penyanyi lagu ni adalah Pompa Bensin, suara perempuan dalam lagu tu ialah Ana Dahlia (pelakon Mantra) dan jadi kerani kepada Seth Tan dalam drama Nora Elena tu, kalau siapa masih tak tau siapa Ana Dahlia. Dalam facebook Pompa Bensin memang ada sebut nama Ana Dahlia yang menyanyi sama dalam lagu Jangan Lupa Namaku. Sedap gak suara dia kan. Pompa Bensin ni kumpulan ke apa erk? tapi dengan dalam lagu macam ada 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan yang nyanyi lagu tu. Perempuan tu dah tau Ana Dahlia, lelaki dua orang tu masih tak tau le.
Lagu penuh mp3 Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin masih belum dikeluarkan lagi. Pompa Bensin nak peminat LIKE page mereka di Facebook sampai 5,000 dulu baru lah diorang nak keluarkan lagu penuh. Haha!! ok semua peminat lagu Pompa Bensin dan drama Ramadhan Terakhir, mai ramai2 LIKE bagi cukup 5,000, kalau nak dengar penuh lagu tu.
Sebelum tu.... meh kta tengok dan hayati liriknya dulu.....lagu Jangan Lupa Namaku
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu
Andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu ….ooooo
sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati..
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa menyintaimu
No comments:
Post a Comment