HMMM... ni adinda En idris nak cerita sikit... hehe
incik asben saya ni memang seorang lelaki yang mempunyai hobi suka mengumpul barang bernilai... salah satu koleksinya adalah koleksi duit lama.
ada beberapa kategori koleksi duit lama milik incik asben sy ni...
1. koleksi syiling lama luar negara..
ermm.. yang ni adalah koleksi yang dia kumpul semenjak dia kat zaman pengajian lagi.. kalo tak silap sejak dia blajar kat kolej matrikulasi dulu kot.. maaf laa sy tak berapa pasti.. hehe.. tapi apa yang pasti incik asben sy ada koleksi syiling lama luar negara seperti negara, thai, india, brunei, arab, spain dan beberapa lagi..
2. koleksi syiling malaysia
yang ni.. memamh banyak.. pantang ada syiling dalam kereta, wallet atau kat mana2 la dia jumpa mesti masuk tabung. mula-mula masuk tabung kecik.. lepas tu masuk bekas besar sket.. ermm sekarang aku perasan hilang dah tupperware besar kat rumah kami tu... rasanya kalo timbang dan cecah 30kg kot berat duit syiling tuh... adehhh.. mungkin dah cecah ratusan ringgit...
3. koleksi duit kertas RM1
bagi aku ini adalah antara koleksi yang paling menarik dan berharga.. menurut asben aku.. dia dah mula mengumpul duit ni semenjak dia dah terdetik dalam hati dia nak berumah tangga. haha... lama dah la.. dia berhajat nak bagi mas kahwin kepada sesiapa yang dinikahi tuh dengan wang kertas RM1 lama ni.. bila dia mula mengajar, kebetulan dia telah menjadi guru koperasi. maka aktiviti mengumpul tu semakin aktif.. aku pun perasan gak dulu. bila aku bertugas di koperasi.. pantang ada duit singgit lama ni mesti dia nak tukar...
masa tuh aku pelik gak. apaa la cikgu idris ni nak buat dengan duit lama tuh....
lepas kami couple.... baru aku paham..... tak sangka.. akulah yang menjadi wanita yang akan menerima mas kahwin wang lama tersebut. namun apakan daya.... menjelang tarikh pernikahan kami.. nilai mas kahwin kami lebih tinggi dari koleksinya tuh. mk terbatal la niat dia dan duit RM1 ni kekal menjadi koleksinya hinga sekarang...
ermmm kalo nak tau sekarang nilainya dah mencecah RM400.....
pernah juga dia buat cadangan kat aku yang dia nak jual sebahagian dari koleksi RM1 tu...
maka.. sape yang berminat boleh la... contact en idris ni.. hehee...
4. kumpul duit RM5
ermm sejak kerajaan Malaysia keluarkan duit kertas RM5 yang baru.. yang macam plastik sikit tu... incik asben aku mesti sayang nak guna.. kalo ada duit tu kat wallet mesti simpan n sayang nak guna..
sejak kami kahwin.. dia mula kumpul duit RM5 ni dan menjelang raya taun lepas... cukup la duit tu digunakan untuk bagi duit raya.. hehe...
berguna juga hobi asben aku ni..
aku pernah terbaca satu ketika dulu dalam majalah mingguan Wanita pasal lelaki dan hobi... menurutnya.. lelaki dengan hobi suka mengumpul ni adalah seorang lelaki dengan personaliti yang rajin, penyabar dan ada la lagi yang aku dah tak ingat apa isinya.. dah lama dah baca.. sejak blom kahwen... tapi masa tuh, tak tau la si dia ni suka mengumpul rupanya.. hehehe...
Followers
About Me
- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Sunday, August 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)
No comments:
Post a Comment