Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, June 25, 2010

ERTi SeBuaH PerKahWiNaN..

Pada 13hb jun 2010 yang lalu, sahabatku dubangku sekolah rendahku, mohd faiz bin hanafiah telah sah menjadi suami kepada sahabat di bangku sekolah menengahku, khairunnisa binti tiada.
Alhamdulillah.. sekalung tahniah buat mereka berdua.. tahniah kerana telah berjaya memusnahkan harapan syaitan yang durjana dan telah berjaya membina 'masjid' yang mulia.. semoga kalian berdua akan menjadi pasangan suami dan isteri yang bahagia dan dirahmati Allah senantiasa hingg ke akhir hayat di dunia dan di syurga...
moga kalian juga tabah dalam meneruskan pengajian yang masih panjang.. seorang di shah alam seorang lagi di melaka.. cuti pulang ke kampung pun belom tentu samakan? hehe..
buat faiz, baik2 jaga anak orang tuh.. sekarang nisa dah menjadi tanggunggan. dia bukan lagi tangungan ibu bapanya... pandai2 la bajet duit PTPTN tuh.. hehehee..

pasangan bahagia, nisa dan faiz....

dari kiri, naimah, fazlin, faiz, nisa, yana dan intan.....


sekarang ni mungkin masa dah kembali berputar seperti dahulu kala.. iya lah.. ramai yang kahwin muda termasuk la aku.. hahaha..
ada jugak kawan dan segelintir masyarakat yang bertanya bagusker kahwin awal ni... ada yang cakap, bagos kawin awal sbb boleh fokus pada pelajaran dan dapat mengelakkan maksiat, ada plak yang cakap, tak patot kahwin awal selagi belom balas jasa mak n ayah... hmm.. macam2 pendapat... bagi aku semuanya betol. terpulang lah pada kita macam mana nak menilai dan membangunkan sebuah institusi perkahwinan yang telah dibina tuh..

bila kita berkahwin, bagi seorang gadis atau perempuan, maka putus la hubungan dengan keluarga dan ibu bapa.. terlepas la dia dari beban dan tanggungan pundak si bapa dan semua berpindah ke pundak si suami... syurga beralih dari tapak kaki ibu ke tapak kaki suami.. berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan mana yang haram dan melampiaskan kehendak batin sahaja.. apabila kita bergelar suami atau isteri maka sebuah tanggungjawab lain baru sahaja bermula.. kita perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab dab peranan itu serta membina haluan hidup kita sendiri.

bagi aku... perkahwinanku diusia muda, mungkin banyak membantu diriku apabila dipertemukan jodoh dengan seorang yang telah matang, berkerjaya dan mampu untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan baik. bahkan sekarang, suamiku telah menjadi tonggak yang amat penting dalah keluargaku.. semua urusan dalam keluargaku memerlukan campur tangannya.. kerana dia lah menantu harapan stakat ini.. aku sayang suamiku.. hahahaha...
aku tak kisah terlepas peluang untuk berfoya-foya atau menghabiskan masa remaja seperti rakan yang lain.. walau setiap kali aku keluar bersama rakan, risau dan cemburu suamiku bukan main lagi... huhu.. tak pe laa.. cemburu tanda sayang.. aku tahu, suamiku seorang yang sangat rasional.


ermmmm aku bersetuju dengan dengan curahan yang diluahkan oleh sahabatku Amalina...
dia kata nak sambung belajar tinggi2 dan bahagiakan mak dahulu sebelum kahwin.... mungkin betol jugak pendapatnya tuh..
bayangkan jika kita berkahwin dengan seseorang yang sebaya dengan kita di usia yang sangat muda dimana masing-masing masih memerlukan pertolongan orang lain atau ibu bapa.. macam mana dia nak memikul tanggungjawab baru dan menerima beban baru... ouhhhh.. sangat payah untuk aku fikirkan.. melainkan dia sudah mempunyai simpanan yang utuh atau ada melakukan kerja sampingan yang menjana pendpatan yang boleh digunakan untuk menyara sebuah keluarga...
arghhh.. besar sebenarnya erti sebuah perkahwinan ini... bukan sekadar memenuhkan nafkah batin tapi nafkah zahir itu lebih payah untuk dipenuhi.. kalo belom cukup kuat untuk menempuhi ini semua, kita mesti berfikr lagi... persolaalan kahwin bukan benda yang mudah... lebih2 lagi kepada lelaki.. tak kan la kita nak tanggung bini dengan duit pinjaman atau mintak kat ayah... ish.. kalo ayah orang kaya tak pe la kot.. hahahaha...



jangan marah yer.. sekadar meluahkan rasa..


ermmm.. kepada rakan2 diluar sana, sesiapa yang sudah memasang angan untuk melangsungkan sebuah tambatan janji dan penyatuan dua hati, sekalung tahniah dan alhamdulillah saya panjatkan buat semua dan diharapkan sudah difikirkan semasak-masaknya...

kalo belom bersedia tuh, elok la menumpukan perhatian kepada perkara yang sepatutnya.. dan elakkan la diri dari terjerumus ke jurang dan gaung yang membawa kesesatan yakni maksiat.. jaga lah harga diri kita sebagai seorang muslim dan hamba ALLAH yang Esa....

moga kita semua senantiasa dirahmatiNYA.... amin..

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...