Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, June 27, 2010

Masam dan Manis dUniaKu..

Esok bermula la semester baru.. dah semester empat rupanya.. mmg pantas masa berlalu..
rasanya sekejap sangat cuti 3 minggu...
terasa rindu pula pada sang suami... huhu..
dua hari lepas aku telah membuat dirinya berkecil hati.. katanya kau lebih mementingkan rakan-rakan daripada dirinya yang sepatutnya diletak di tempat yang pertama.. semuanya gara-gara aku asyik dengan facebookku.
arghhh.. bersalah rasanya... malam tuh, dia senyap jer tanpa jenaka yang biasanya tak penah lekang dari bibirnya.. aku tau mesti dia sedang marah. aku tak betah dengan situasi itu... tapi seperti biasa, terlalu sukar untuk aku melafaz maaf.. keesokkannya, aku masak makanan kegemarannya.. dia makan dengan berselera tp masih tak banyak bicara. hatiku sedih.. aku menangis..
macam mana caranya untuk aku mula berbicara dengan keadaan ketika itu.. arghh....
petangnya, dia datang memelukku dengan mata yang merah.. aku tahu dia menangis.. dia sanggup merendahkan egonya untuk mendamaikan keadaan.. sedangkan aku amat kekok untuk berbicara.. aku menangis semahunya... segalanya ku curah dengan air mata.. aku tahu, aku bersalah..
katanya, dia menyayangiku lebih dari segalanya.. dia sanggup melepaskan kelas tambahan yang banyak semata-mata untuk menghabiskan masa denganku.. terharu aku mendengarnya..
aku melafaz maaf dengan terketar...
jenakanya membuatkan hatiku segera terpujuk... aku amat menyanyangi suamiku. dialah penentu jatuh dan bangunku...

mengimbas memori itu, aku teringat moment yang dicipta sempena hari jadi kami...
hari itu, 5 jun.. aku baru sampai dari seremban.. badan pun masih letih.. aku terus terbaring lena lepas sampai rumah.. jam 10 malam, dia kejutkan aku.. katanya jom minum sebb dia dah buat air.. aku bangun ngan mamai, aku tengok atas meja makan kosong... pelik...
dia tarik tanganku ke luar rumah.... la rupanya, dia dah bentang tikar n susun banyak lilin kecil. rupanya dia dah merealisasikan hajat aku nak buat cam dalam citer "tasbih Cinta" tuh...
argghh.. ni yang sayang lebih kat suami aku nih..hehe.. dia siap buat air jus nanas lagi.. rajinnya dia.. ingatkan minum biasa jer.. rupanya dia bg hadiah birtday aku sekali walaupun dah lama berlalu, yer laa masa tuh tak sempat nak sambut..
dia bagi coklat n satu kad.. aku suka baca kad tuh.. sweet sangat ayat dalam tu semanis coklat hazelnut yang dia bagi...




aku pun tak nak ketinggalan, aku keluarkan hadiah yang dah siap aku bungkus untuk hari jadinya.. walaupun masanya belum tiba tp apa salahnya bg awal dan moment yang macam tuh..
satu kucupan singgah di dahiku..
arghh.. aku suka saat itu...

yee sayang, saya berjanji... tak mau buat abang kecil hati lagi... saya janji akan perbaiki diri... saya tahu, saya dah tak sama cam kawan2 saya kat sini.. saya tahu.... abang lebih penting..
abang jangan risau dan khuatir kerana saya sangat sayang abang.. abang la satu2nya.. pertama dan terakhir... dunia dan akhirat.. time kasih untuk segalanya.. sepanjang cuti ni, abang dah berusaha supaya masa cuti saya tidak kosong.. yee.. thanx a lot..

I LOVE MY HUBBY..............

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...