Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, June 21, 2008

Pengalaman pertama buat facial muka

Memang aku penah cakap ngan diorang yang aku nak wat facial muka pada hari ni. Tapi memandangkan hari ni aki x sihat sebab batuk and selsema, so aku decided nak cancel je program tu and nak stay je kat bilik siapkan powerpoint untuk tugasan subjek Pendidikan hari khamis ni..
Waktu aku tengah syok kumpulkan maklumat, Jaja, kawan aku tu datang and Tanya samaada aku nah pegi buat atau tak. So, nak tak aku kuar je la. Lagipun dah masuk waktu untuk lunch time tu..
Macam biasa, aku, jaja and Ilah makan kat warong depan maktab kitaorang ni. Lepas makan, diorang ajak aku pegi kedai tu. Sampai kat kedai tu, cuak gak. Btol ke nak wat ni?? Dah la sebelum ni tak penah buat langsung. Sampai kat muka pintu, pekerja kat situ sambut kami dengan mesranya..
Pekerja tu terus Tanya aku sama ada nak wat facial normal atau facial treatment. Mulanya aku jawab je nak wat yang normal memandangkan harganya yang lebih murah sebab takut lari bajet nanti. Hehehe..
Aku terus masuk ke bilik rawatan tu, sementara Jaja ngan Ilah tunggu aku kat luar sambil sembang ngan akak pekerja kat situ. Sian diorang sebab kena tunggu lama.
Melangkah je ke bilik tu , memang agak mengkagumkan sebab ia cantik dan menenangkan. Nice to see!
Then, rawatan terus dimulakan, tapi bila sampai kat tengah2, akak tu offer aku untuk wat treatment, dia cakap pasal harga dia akan bagi diskaun. Actually, bila aku tengok and dengar suara dia aku teringat kat cikgu waktu aku sekolah dulu. Cikgu Uda namanya..
Aku pun setuju je la untuk wat facial treatment tu, yela bila lagi nak rasa kan…

Yang aku ingat ada 9 step semuanya untuk wat facial ni ;
1. cleansing – mula-mula dia akan bersihkan muka kita deengan menggunakan cleansing milk, dan cuci dengan span yang direndam dalam air yang suam.
2. scrub – lepas muka kita dicuci, dia akan sapukan scrub dan buat urutan lembut, sebelum muka kita disapu sekali lagi dengan span yang direndam dalam air yang suam tadi.
3. vapour – yang ini adalah sesi wap. Mata kita akan ditutup dengan menggunakan span yang lembab sementara muka kita akan dibiarkan terkena wap yang berbeza suhunya selama 15 minit. Agak menyenangkan sebab kita rasa nyaman dengan bau herbanya.
4. pulih jerawat – muka kita akan disimbahi dengan cahaya, sebelum dia menggunakan sejenis alat untuk memicit jerawat dan membuang kotoran pada permukaan muka kita. Memang agak memedihkan sedikit.
5. serum – waktu ni, dia akan bagi kita genggam satu alat yang membantu pengaliran ion-ion positif dan negative ke muka kita. Serum akan disapukan rata ke muka dengan tujuan merawat atau melambatkan pertumbuhan jerawat ke atas permukaan muka. Biasanya, sesetangah orang akan berasa ngilu atau terasa duri-duri halus menyucuk akibat daripada pengaliran cas tersebut.
6. masker – kemudian, muka kita akan disapu rata dengan masker. Masker tersebut akan dibiarkan kering di muka kita. Kulit muka kita akan terasa tegang dan proses ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sebelum muka dibersihkan dengan air yang sejuk
7. massage – peringkat seterusnya adalah urutan. Muka kita akan diurut lembut bermula dari pangkal leher sehingga ke dahi dan sebahagian kepala. Amat menyenangkan dan terasa lega. Alangkah indahnya, kalau kita dibelai dan dimanja dengan urutan macam tu setiap hari.. hehehe..
8. Toner – seterusnya adalah, toner akan di sapukan ke muka kita. Ia bertujuan untuk mengecilkan liang-liang roma yang kadang kala menyebabkan kulit muka tersumbat akibat terkena make-up. Toner juga berfungsi untuk menanggalkan lebihan minyak dan menghidratkan kulit tanpaa menyebabkan kulit kekeringan.
9. sunblock – akhir sekali adalah, muka kita akan disapu dengan sun block. Ia biasanya berfungsi melindungi kulit wajah kita daripada pancaran matahari yang mengandungi sinar UV yang berbahaya kepada kulit wajah yang sensetif. Sunblock mempunyai nilai SPF yang berbeza untuk di sesuaikan dengan kulit yang berbeza dan bergantung kepada keadaan iklim dan cuaca Negara kita.

1 comment:

  1. tengokle sape yang teman ko g wat faciah...heheehheheheehh

    ReplyDelete

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...