Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, October 13, 2012

selesai sudah VIVA ~ Seminar penyelidikan tindakan sy ~

alhamdulillah selesai sudah sesi pembentangan penyelidikan kajian tindakan bagi pelajar2 PISMP IPG PSV sesi ambilan januari 2009 yang telah selamat berlangsung di kompleks pusat kraf cawangan negeri sembilan, seremban...
alhamdulillah juga, rasanya semuanya berjalan lancar.. tiada masalah teknikal yang besar terjadi..
terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung..
sedar tak sedar, kami telah selangkah lagi menghampiri garisan penamat kepada pengajian kami di IPG.

TAHNIAH juga buat semua kawan2 sepejuangan...

bakal guru-guru seni




Seminar Penyelidikan tindakan kami yang bertemakan ' ideologi Terkini Pemacu Pembangunan Kualiti Pengajaran PSV' ini telah selesai berlangsung dalam 2 sesi di dua buah bilik yang bertempat di kompleks kraf negeri sembilan.
rasanyanya rata2 dah rasa lega.... yang dah lepas biarlah berlalu.. nak wat cam ne kan..
sebenarnya seminar penyelidikan ini adalah rentetan dan salah satu program dalam minggu jabatan sains sosial iaitu jabatan kami...

nanti sy story plak pasal Minggu Jabatan Sains Sosial yang bertemakan Legasi sains Sosial tu yer. hihihi..
busy la skrang.. kerja bertimpa2.. huhu

okeh.. masuk balik bab pembentangan penyelidikan saya....



giliran pembentangan aku adalah pada slot kedua dengan giliran no 8 atau orang ketiga dalam slot kedua tu.



bila dah masuk je kat bilik seminar tu, sementara menunggu pembentang slot 1 selesai, memang terasa debar... baby moving non stop... dia pon nervous jugak agaknya.. yer lah... banyak darah pam ke dia sbb jantung ibu tengah kencang. hihi.. aku usap perut sambil baca pemplate slide aku.. wat prepare terakhir.. masa tu macam-macam perasaan ada.. nak berak la, nak kencing la.. nak makan la.. adooi... tp wat biasa je. sembang ngan kawan n adik2 junior yg datang menonton..
lepas tamat sesi pembentangan yang pertama.. ada rehat.. soo.. gi makan n alas perut.. then, ambik mood n get ready utk giliran kta plak...


sebaik tiba giliran aku n berdiri depan penilai tu.. masyaALLAH.. dia punya dup dap dup dap tambah laju.. mintak nyawa rasanya.. semput... haha... untuk 10 minit pertama memang semput... nafas tak teratur.. tp masih bleh control n teruskan pembentangan.. cuma agak terkilan, bila ada yang aku prepare nak cakap.. tak tercakap....


ermmm.. apa2 pun alhamdulillah, aku masih boleh jawab soalan2 daripada penilai dan audien..
lantak la.. yang dah lepas biar la lepas.. itu lah yang terbaik mampu dipersembahkan.. selebihnya bergantung la pada nasib.. tak kisah la nak dapat markah brape.. yang penting dah lepas.

lepas ucap je trima kasih n bergerak ke belakang.. fuhh lega rasanya.. lepas dah satu.. biar la apa keputusannya.. tawakal je la.. hehe..


DONE!!!!

TAHNIAH SEMUA!!!

Cenderamata disampaikan oleh ketua jabatan sains sosial...


kenang-kenangan bersama sebahagian pensyarah dan pengarah kompleks kraf negeri sembilan..



No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...