haaa.. korang pernah rasa kejang betis tak?? atw bahasa omputih ye cropped muscle cramp... atw cakp penghaknye simpul mengkarong.. hehee... ni saje nak story sket.
sejak kehamilan aku dah memasuki trimester kedua dulu, aku slalu kena kejang betis ni.. terutamanya masa nak bangun tdo ataw secara tapatnya waktu subuh n waktu pagi..
kalau dah kena... sakitnyaa... aduhh.....
terpaksa la dengan muka berkerut.. tahan sakit.. urut kat betis yang kejang tu....
tapi kalau kat rumah, bila kena sakit cam tu, kita cuma merengek sket je...
dengan pantasnya suami kat sebelah akan bergegas bangun walau dalam mamai, tros gi tutop kipas, ambik minyak panas n urut betis isterinya ini... haiii... bahagianya rasa... tu sbb nak slalu dekat ngan suami..
sebelum tdo, incik asben mesti make sure, aku tdo berselimut n kaki sntiasa tertutup.. kadang2 sedar yang incik asben tersedar tngah malam, mesti baiki selimut isterinya ini.. hehe.... macehh sgat2 ye abg!
tapi bila kat seremban, kena la tahan n urut sendiri... pastu mesti teringat, apa incik asben cakap..
" sayangg... awak ni sblum tdo kena sapu minyak panas dulu.. ataw tdo pakai stokin cam abg.. baru la tak sejuk.. baru la tak kejang... "
huhuuhu......
dan... ni nak share skit input yang aku dapat pasal kejang betis ni..
moga berguna untuk bakal2 mommy kat luar sana!
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
- Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?
Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.
Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
- Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.
Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?
Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
- Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
- Urut otot yang kejang itu.
- Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.
Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna.
Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
- Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
- Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
- Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
- Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
- Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
- Minum banyak air.
Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna.
Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?
Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
- kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
- betis anda membengkak.
baru terkena simpul mengkarung ni, sedang mengoogle mengenai punca nya.. thanks 4 da info.
ReplyDeleteBagusnya suami kalau sentiasa ada disisi kan. Dapat la tolong2 urut, kalau sorang diri tu, tahan je la jawapnya.
Jemput ke blog saya
http://rujukvitaminku.blogspot.com