Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, November 21, 2010

Aku ?? -----> INTELORANSI LAKTOSA ?????


pasti sedap apabila menikmati secawan teh tarik ketika minum petang atau menyedut minuman sejuk teh ais tatkala menikmati makan malam atau tengahhari...
ermmmm mesti sedapkan...
bukan setakat teh tarik atau teh ais, kebiasaanya kita selalu memesan minuman berunsur susu seperti milo, nescaffe susu, kopi susu, horlick, bandung, dan macam2 lagi minuman berunsur susu di kedai.. kemudian sebeluk tidur ada yang menjadikan amalan minum susu sebelum tidur..
ermmm.. pasti nikmat agaknya menikmati susu pada bila-bila masa kita mengkenhendakinya..

tapi.....
tidak bagi aku...
tak tahu la kenapa setiap kali aku menikmati minuman atau apa sahaja yang berunsurkan susu seperti creamer, biskut keju, cheese cake atau apa sahaja yang melibatkan produk tenusu, perut aku sering sahaja seolah tidak dapat menerimanya.. biasanya aku terpaksa menahan sakit perut atau mual selama setengah jam sebelum keadaan perut aku kembali normal.
sebab itu lah, aku amat mengelakkan memesan minuman bersusu bila keluar makan..
arrghh... kadang2 bosan jugak ngan minuman yang sama setiap hari..
tapi bila hati dah teringin sangat nak minum, aku belasah jer.. kononnya nak melatih perut untuk menerima susu. lepas tu, terpaksa la aku menahan sakit perut atau mungkin akan terasa seperti angin tak lepas dalam badan....
leceh sangat.. huuhhuhu..

padahal masa aku kecik dulu, setiap hari aku mesti minum soya.. kalau mak ajak pergi pasar sehari.. cukup sudah kalau belikan aku air soya.. waktu mak menandungkan aku pun mak mmg suka minum air soya.. sebab tu ramai yang cakap aku berkulit cerah sebab suka minum air soya..
(hehehe... kulit cerah erk.. bajet putih la tuh..) haha

ermmm itu dulu laa... sekarang ni cari nahas la aku kalau minum soya banyak2.. aku pun pelik kenapa ini terjadi pada aku..
dalam keinginan yang teramat sangat dalam hati aku nak tahu apa sebenarnya yang aku hadapi sehingga tak tahan dengan produk tenusu ni, aku terjumpa dengan satu perkataan iaitu
Inteloransi Laktosa..
iaitu satu masalh dalaman yang menyebabkan perut tidak dapat mencerna laktosa atau susu paling ringkasuntuk disimpan dalam hati.

kat sini aku share sikit maklumat pasal masalah ni..

Intoleransi terhadap Laktosa (Lactose Intolerance, LI). LI adalah kondisi di mana seseorang tidak mampu mencerna laktosa, yaitu bentuk gula yang berasal dari susu. Ketidakmampuan ini bisa disebabkan oleh kurangnya atau tidak mampunya tubuh memproduksi LAKTASE, yaitu salah satu enzim pencernaan yang diproduksi oleh sel-sel di usus kecil yang bertugas memecah gula susu menjadi bentuk yang lebih mudah untuk diserap ke dalam tubuh. Kondisi ini disebut juga Defisiensi Laktase (Lactase Deficiency).
Dalam kondisi normal, ketika laktosa mencapai system pencernaan, enzim lactase akan segera bekerja memecah laktosa menjadi glukosa dan galaktosa. Galaktosa sendiri oleh hati akan diubah menjadi glukosa, thus meningkatkan kadar gula dalam darah. Oleh karena itu, tidak meningkatnya kadar gula darah setelah minum susu bisa dianggap sebagai diagnosa adanya intoleransi laktosa.

Gejala Intoleransi Laktosa

Laktosa yang tidak tercerna akan menumpuk di usus besar dan terfermentasi, menyebabkan gangguan pada usus seperti nyeri perut, keram, kembung dan bergas, serta diare, sekitar setengah jam sampai dua jam setelah mengkonsumsi produk laktosa. Gejala-gejala ini kadang-kadang disalahartikan sebagai gangguan saluran pencernaan. Tingkat keparahan gejala-gejala tersebut bergantung pada seberapa banyak laktosa yang dapat ditoleransi oleh masing-masing tubuh. Gejala-gejala ini mirip dengan reaksi alergi susu, namun pada kasus alergi, gejala-gejala ini timbul lebih cepat, kadangkala hanya dalam hitungan menit.

Jika seseorang yang menderita defisiensi lactase tidak menghindari produk-produk yang mengandung laktosa, lama kelamaan orang tersebut dapat kehilangan berat badan dan menderita malnutrisi.


UUhhuu... agak sedih di situ... patut la badan aku kurus and kurang kalsium.. huhu (ada kaitan ke erk?) hahah..
susah la aku nak minum susu ANMUM bila mengandung... cian baby aku nanti..
susah la aku nak minum susu ANLENE bila aku tua nanti.. tak kan nak biar tulang bongkok?? alaa tak cun la.. hahaha.....

ermmm.... apa2 pun sekarang aku kena pandai pilih produk apa yang aku nak makan. then kena banyak gantikan dengan makanan yang kurang mengandungi laktosa tapi mempunyai khasiat yang sama contonya, tempe.. ( ermmm I LIKE..), sayuran (boleh laa), ikan (Ouhh ikan kah?? uhuhuu) dan produk kaya kalsium yang lain..

kesimpulannya.. makan la selagi boleh.. hehe.. dan jaga lah kesihatan diri sebelum terlambat..


Saturday, November 20, 2010

Aidil Adha 2010

bunga kemboja kembang pagi,
harum mewangi kuning warna,
sinar aidiladha menjelma lagi,
miskin dirai, korban dilaksana..

memasang lukah dihujung tanjung,
menahan pukat tepian telaga,
Tanah Mekah diidam kunjung,
mencari berkat mendamba redha..

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA....

tahun ni aidiladha aku sambut sederhana.. takpe janji beraya jugak. hehe..
lepas exam tamat, maktab terus sunyi.. aku pun tak nak ketinggalan. malam tu jugak aku bla balik kampung.. arahan untuk hadir ke maktab pada 2 hari selepas aidiladha, aku pandang sebelah mata jer.. orang lain pun aku kira macam tu jugak. saper la yang sanggup hadir semula ke maktab selepas tiba di kampung halaman semata-mata unyuk memenuhi kehadiran yang cuma dua hari sebelum bercuti panjang..
ada kawan aku cakap, walaupun rumah dia kat belakang maktab jer pun, belum tentu dia akan
datang.....
jadi kami yang jauh ni, lagi laaa... hahaahha

incik asben aku cuma cuti 2 hari iaitu sebelum dan ketika hari raya.. then 2 hari lagi tuh, sekolah buat majlis korban dan kesyukuran serta doa selamat untuk pelajar2 yang bakal menduduki SPM. maka tak kemana-mana lah kami melainkan duk rumah dan ke rumah mak n rumah nenek aku. itu pun cuma jarak 5 minit jer dari rumah.

tema baju kami tahun ni, warna HITAM PUTIH..
Ermmm sekali pandang cantik dan bergaya jugak erk.. patut la ramai yang suka pilih warna tema hitam dan putih.... hehehehe...



menu hari raya.. laki aku teringin sangat nak rasa sup tulang yang aku buat. sebelum hari raya, dia beli 2 kg tulang lembu sampai hbs dekat RM40.. aku buat sup tulang dan dilawankan dengan mee kuning untuk hidangan pagi raya..
hmm... betapa nak sangat laki aku makan sup tulang.. rasanya hari raya nih puas laa dia makan sup tulang, mak aku, mak mertua, kakak ipar sampai la ke jamuan sekolah semuanya hidang sup tulang.. hhmmm.. jenuh nak makan..



akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT BULAN HAJI DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH QORBAN....
MAAF DIPINTA ANDAI ADA YANG KURANG BERKENAN DI HATI...
semoga pengorbanan yang kita lakukan benar dari segi pengertiannya dan mendapat restu dan limpah rahmat yang maha ESA...

my family... semua ada kecuali seorang adik lelaki aku...


SALAM AIDILADHA SEMUA!!!!

Wednesday, November 3, 2010

liguistikku....


salam..

dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.. banyak cerita nak kongsi sebenarnya tapi masa agak kurang mengizinkan.
semester ni, dengan jadual dan takwim yang padat ditambah pulak dengan pengajaran mikri yang sangat banyak untuk dikendalikan. lepas tu, dengan projek seni lagi...

oh ya.. saya lupa nak cerita pasal projek seni saya semest
er ni kan.. ermmm.. di entry yang lain yer..

hari ni rasa macam nak share tentang kebolehan liguistik yang saya ada ni.... hahahah.. cewahhh....
bukan la mahir atau advance sangat cuma rasanya memang amat bertepatan dengan jiwa saya...
yer laa... dari dulu lagi saya impikan nak jadi seorang penulis... masih belom tercapai.. masih dalah keadaan merangkak dan sedikit demi sedikit ke arah itu...
masa juga yang menjadi penghalang di sini..

ermm.. berbalik pada cerita tadi..
pada 12 hingga 14 oktober yang lalu, sempena memartabatkan Bulan Bahasa kebangsaan, aku sekali lagi terpilih untul mewakili maktab dalam pertandingan pantun zon tengah dan zon selatan 2010 anjuran bersama IPG kampus Bahasa Melayu dengan IPG Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung IPG KBM tersebut.

cuma nasib kami tak baik.. kami kalah pada pusingan pertama pertandingan kalah mati itu dengan pasukan dari IP temenggung ibrahim..
satu pengalaman yang baru, aku merasa memakai pakaian tradisi adat minangkabau yang melambang negeri kami iaitu Negeri Sembilan.


sempena bulan bahasa kebangsaan itu juga, maktab kami telah menjalankan pertandingan mencipta sajak yang dianjurkan oleh persatuan bahasa melayu.
aku yang telah diamanatkan untuk menjadi wakil kelas ni, terpaksa mencipta sajak pasal bahasa tu satu jam sebelum aku gerak meninggalkan maktab untuk pertandingan pantun tersebut.
banyangkan lah dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku cuba jugak untuk menyusun idea dan ilham yang terlintas di kepada saat tuh. aku amanatkan kawan aku untuk hantar kepada urussetia memandangkan memang tak sempat untuk menghantarnya sendiri.
pada minggu hadapannya, selepas kembali dari pertandingan pantun di kuala lumpur dan sempat pulang ke kampung menjenguk suami n family, aku dapat tahu, sajak aku tuh pun tak sempat juga dihantar ke pihak urus setia... aduhh.. lalu aku hantar sendiri. hahaha.. kiranya aku la orang yang paling akhir menghantar karya selepas tamat tarik tutup.

beberapa hari kemudian, bulan bahasa pun sampai ke penghujungnya.. aku mendapat panggilan telefon mengatakan yang aku diminta mendeklamasikan sajak aku tuh sempena majlis penutup bulan bahasa kerana telah terpilih menjadi johan.
wahhh... macam satu keajaiban aku rasa.. sajak yang aku karang dalam keadaan tergesa-gesa dan dihantar selepas melewati tarikh tamat tu akhirnya terpilih menjadi juara.
apapun alhamdulillah.. syukur...

sekurang-kurangnya.. ini lah langkah demi langkah yang aku gilap untuk menjadi seorang penulis...
isyaALLAH satu hari nanti aku akan jadi seorang penulis...

kat sini aku sertakan secebis nukilan yang telah curahkan.....

EPILOGI TEROMBA MELAYU

Aku lahir dari jiwa seorang penutur

Berpindah dari mulut ke mulut

Dari rumpun ke rumpun

Belayar bersama bahtera liguistik

Menongkah arus masa menuju santun di Nusantara

Meninggalkan jauh Melanisia, Polinesia dan Austronesia

Yang selama ini menjadi kerabat

Mengharung selat dan pantai

Mencipta identiti sebuah bangsa

Mencambah serumpun manusia di panggil Melayu.

Aku lah bahasa mu.....

Aku terus meluncur laju dari bibir ke bibir

Menjadi agen penghubung

Menjadi tongkat berdiri sebuah kegemilangan lampau

Menjadi kunci pelepasan sangkar hegamoni

Mengangkat sebuah daulat

Menjulang sebuah darjat

Menjadi teras maruah bangsaku

Membentuk gagasan nan unggul

Ungkapan “ sayangi bahasa ibunda’’ terus berkumandang....

Argghhhh... aku bangga sekali.

Namun, masa pantas berlalu

Perjalananku kian perlahan

Neokolonialisme menerjah gelombang globalisasi..

Bahtera ku naiki di perairan pertiwi,

Karam tiba-tiba dilanggar kapal Vernakular Eropah

Kononnya dia pengerak adidunia...

Aku kelemasan, tangan-tangan mula menuding jari

Katanya aku semakin ketinggalan

Mereka sering bertelagah mencipta istilah

Dan aku tidak mampu membantu

untuk mereka berdiri sama tinggu dengan taksonomi barat

Kelompok puris-konsevatif dan kalangan liberal tidak lagi serasi

Golongan kolonis dan nasionalis tidak lagi sebulu

Pertembungan terjadi antara frasi

Penggila fonetik, penganut morfologi....

Semuanya kecundang..

Anglofilik berdiri mendabik dada bangga

Akhirnya aku mati dalam keranda ilmiahku

Kematian yang tidak diratapi

Bahkan, wacana apresiasi juga dilarang

Minda ini bertambah sedih dan sayu

Alam cerah dulu bagaikan kelabu

Sinarnya semakin suram dan pudar

Bangsaku telah leka.. khayal dan ghairah di pesta globalisasi.

Bangunlah anak bangsaku,

Sirami semula pertiwimu..

Jangan kau kotori fiksasi mindamu

Mari kita belayar lagi di perairan keagungan melayu

Sedar lah bangsaku...

Kerana aku ini semantikmu...

Aku lah Bahasa mu...

Layak kau julang dan tunduk taat..

Kembalikan karma yang dulu

Laksana gemilangnya Kota Melaka..

Kerana aku lah Bahasa mu...........



Dicipta oleh:


INTAN SURIANA BINTI MOHIDIN

890521-08-5888

PISMP PSV SEMESTER 4 ( AMBILAN JANUARI 2009)



mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...