salam..
dah lame aku tinggalkan blog ni dan hanya datang menjenguk sesekali. mungkin kerana ketandusan cerita dan bahan pastu ditambah dengan masa yang agak menghimpit maka blog ni sepi sementara tanpa post yang baru.
then, sekarang I'm coming back.. cian plak kat sape2 yang bukak blog ni but nothing happen. hehehe..
hari ni, aku just nak citer pasal musim cuti yang baru berlalu ni.
kami dapat cuti selama tiga minggu ditambah plak dengan aku yang balik awal sebelum cuti bermula menjadikan cutiku selama 23 hari. hampir2 satu bulan.
kalo yang lain2 banyak menghabiskan cuti dengan berjalan2 atau melancong ke tempat orang, tapi aku banyak menghabiskan masa kat rumah je dengan suami tersayang. di tambah lagi dengan jadual dan komitmen suami pada sekolah. walau cuti, dia tetap sibuk dengan kerja sekolah. maklum la musim exam. banyak sangat paper students yang kena disemak. aku plak just tokong menyibuk je. hehehe..
pada minggu pertama kami bercuti, aku dan suami banyak kuar beli barang untuk melengkapkan isi rumah kami tu. dan kadang-kadang menghadiri jemputan kenduri kahwin. itu la bezanya aku ngan kawan2 aku yang still single ni. korang tak yah pikir samaada nak pergi kenduri atau tak tapi macam aku ni, kalau tak pergi apa plak orang cakap sebab aku dah jadi salah seorang komuniti masyarakat dan kejiranan.
ada satu hari, suami aku ajak aku gi tengok wayang. cerita 'Syurga Cinta" time tu. sebab sebelum balik rumah, kawan2 aku beriya ajak aku gi tengok sekali tapi aku tak ikut. aku bagi tau suami yang aku nak tengok ngan dia. untuk tak mengecewakan aku, tu yang kami pergi pada hari tu. ermmm, aku rasa itu lah tempat paling jauh aku pergi sepanjang cuti ni.. sian tak aku. huhuhuhu..
seminggu sebelum persekolahan bermula, suami aku jadi jurulatih pengiring ke Termasya Sukan Perak (SUPER) peringkat negeri yang berlangsung kat Stadium Ipoh.
aku habiskan masa kat rumah mak aku je.
bila masuk musim persekolahan, aku duk kat umah je. bila suami kuar berkerja, baru la aku rasa aku btol2 jadi surirumah. dari pagi buat kerja2 seperti kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan then masak makan tengahhari. memang terasa penatnya.
baru la aku paham kenapa mak aku selalu membebel bila aku tak tolong dia buat kerja. cam ne la bila aku dah ada anak nanti. hehe..
tapi bila suami balik dan makan sekali ngan kita, memang terasa sejuk hati. kadang2 tu, aku takkan makan kalau tak de suami aku teman. kalau dia dah makan kat sekolah dan tak balik makan kat rumah, maka aku pun tak akan makan. hmmm, teruk jugak penangan bersuami ni..
bila cuti aku tamat, rasa sebak plak nak balik. sian plak terpaksa tinggal suami. terpaksa lah dia iron baju kerja sendiri setiap pagi.
tapi apakan daya, aku masih ada komitmen di sini...
Followers
About Me
- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)
No comments:
Post a Comment