Sebelum im kuar g latih gamelan, dia cakap kat aku yang diorang ajak dia g overnight malam nanti. Tp dia sendiri tak sure sama ada nak pegi atw tak. Aku iye kan aje. Terpulang la kat dia..
Tetiba tasya msj im. Dia mintak im pujuk aku supaya join diorang. Aku ckap yang aku mungkn tak nak pegi..
Malam tu, aku wat macam biasa je sementara im ngan bebudak tu pegi gamelan.
Aku makan macam biasa, tengok tv macam biasa dan msj tunang aku macam biasa…
Sampai la, waktu im dah balik. Dia cakap dia dah nak pegi. Aku Nampak muka dia ajak aku sekali. Tp dia tak memaksa. Aku tau Im paham situasi aku…
Nina, azni n mira datang kat aku dan mintak aku sertai diorang. Mulanya aku berbelah bahagi. Samada aku nak ikut atw tak. Lame aku pikir. Btol ke apa yang akan aku buat nih….
Aku tak sampai hati tengok diorang merayu kat aku sampai mcm tu..
Diorang cakap diorang wat semua ni, khas untuk aku. Menjadi sungguh azni pujuk aku. Tau je la aku jenis yang tak sampai hati nak susahkn orang lain. Sebolehny, aku nak orang selesa ngan aku.. oleh kerana diorang bg jaminan yang diorang akan jaga aku, aku pn setuju. Sbenarnya aku kesian kat diorang. Bersungguh2 mintak aku ikut. Diorang cakap, diorang wat semua ni sama macam mane diorang surprise kan aku ngan sambutan beday aku yang aku akan ingat sampai bla2 tuh..
diorang nak aku rasa semuanya sebelum aku melangkah ke 'dunia baru'. Yang akan membezakan status aku dan diorang.. aku paham mgkn lepas ni aku akn berbeza sedikit dari diorang. Jd diorang guna kesempatan yg masih ada ni untuk aku sntiasa dekat ngan diorang. aku tak sangka diorang 'sayang' aku sampai mcm ni skali.. betapa aku rasa dihargai dikalangan diorang.. diorang nak jugak aku rasa apa yg diorang rasa walaupun hanya untuk sekali.
So malam tu kami gerak ke port Dickson. Dah lebih pkul 12 malam time tuh. Kami naik dua buah kerata kancil. Siap deal ngan pak guard lagi. hehehee.. Rupanya diorang nak sambut beday wak skali. Ala 'wak' budak KS thun satu tuh..
Sepanjang perjalanan tuh, aku plak jd serba salah. Banyak benda aku pikir sepanjang perjalanan tu.. Tunang aku tak tau pun, aku pergi overnight macam ni.. aku takut nak bagi tau dia. Aku tau mesti dia akan risau.. aku jadi tak sampai hati.
Sampai kat PD pkul 1 pagi. Ktaorang turun btol2 depan resort yang penah kami g untuk kem ibadah hari tu..
Aku try call tunang aku. Kalo bleh aku nak cakap jgk. Tp aku tau mesti dia dh tido time tuh. Takut menganggu dan akan buat dia terkejut ngan apa yg aku buat ni, aku batalkan niat aku nak beritahu dia… aku janji tetap akan bagi tau dia jgk nanti…
Sampai je kat situ, diorang suh aku wat unggun api. Amboi2,….. mentang2 la aku ngan Saiful je yg anak jati PLKN, so diorang suh la kami gunakan kemahiran kami tuh. Hehehee..
Bila ungun api siap, ktaorang duk kat situ smbl Im main fluet sementara azni ngan wak main gitar… aduhh… macam tragis je malam tuh… byangkan la, tengah2 malam buta duk ramai2 depan pantai sambil makan2 n wat sesi luahan perasaan yang terpendam. Memang aku akui, situasi tu tenang je…
Wak pun nampk terharu je bla kami sambut beday dia yang ke-20 tuh.. sblum tiup lilin, dia buat wish percepatkan la jodoh sebanyak 3 kali sambil jelling kat im. Hahaha… maksdnya???? Bahaya ni Im…. Hehehe….
Diorang luah apa yang diorang rasa. Katanya teringin nak berbual ngan aku.. wak pn ada cakap, dia ucapkan terima kasih tak terhingga sebab ajak dia skali kerana saat ni, dia perlu seseorang untuk berkongsi cerita.. lepas dia kongsi apa yang dia rasa dan dah penat petik gitar untuk dua-tiga buah lagu, dia terus terbaring. Tdo bersaksikan bintang la konon. Hehe.. poyo la mamat sorang ni.. yela tp maybe dia nak cari ketenangan kot. Hehehe..
diorang datang sini sebab nak cari ketenangan waktu malam. Aku pun same ke??? Yela, maybe memang ada smthing yg buat aku kusut. Sebab diorang slalu tngk aku monyok. Tp sorry, I don't know how to say that night.. aku just menjadi pendengar yang baik. Mgkn itu lebih selesa untuk diorang. Apa yang bleh aku share, aku share la…
Lame kami duduk kat situ,duduk keliling api sambil makan dan kongsi cerita..
Bla hari dah nak masuk subuh baru kami balik. Kami gerak balik ke maktab pkul 4 pagi. Sampai maktab pkul 5 pg…
Diorang berterima kasih kat aku sebab aku sudi teman diorang. Mulanya aku risau gak tengok azni n mira drive malam2. bdk tu nak pempuan drive malam2.. nasb baik jalan lengang je. Itu pun nyaris je azni kena speed trap.. kalo tidak…… huhuhuhu…
Tp aku tetap bangga ngan diorang nih, pandai jaga diri. Tak melencong kemana2 pun.. alhamdulillah..
Anyway, aku dah janji ngan diri aku. Mgkin ini yang pertama dan terakhir aku wat macam ni.. aku janji aku tak nak buat lagi..
Lepas ni, aku sedar that I'm belongs to smbody…
No comments:
Post a Comment