Followers
About Me

- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Monday, August 25, 2008
SUAMI MITHALI IDAMAN ISTERI..
Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.
Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa. Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.
Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Tuesday, August 19, 2008
HAVE A WONDERFUL DAY!!!!
- hAve a NiCe Day!!
- MaY ALLaH BLesS YoU!!!
- MoGA HaRiMu SenTiaSa CeRia!!!!
- Semoga korang sentiasa beroleh keuntungan!!!!
- ALL Da BeST To You!!!
sori, aku tak leh nak post banyak2.. maklum la tengah busy.HEhee.. sampaikan semua keje maktab yang aku bwak blik langsung tak aku sentuh. ni pun aku curi masa satu jam g CC jap.
k, aku cau dulu...DAAaaaaaa....
Friday, August 15, 2008
perasmian kempen kibar jalur gemilang..
minggu ni ada satu assigment kena hantar. so aku ngan ilah struggle wat KKE tuh bla last minit Dr Lee cakap kerja kami salah.
ni la budak2 rajin yang duk kat balai kerapatan ptg2 tuh... (perasannya.. huhu..)
pastu...... aku, ilah, jaja n rina terus bergegas kuar bli nasi sebab nak cepat balik tengok ezora. hehe...
tapi, tetiba en Bad suruh kami pasang bendera kat tiang depan lobi tu. alamak.... dia cakap dua helai sorang je, tp bikan main banyak yg kena dipasang. huhuhuhu... pasang je la... kami kan bersemangat patriotik daan sayang kat maktab kami ni.. hehe...
tengah kami berusaha pasang bendera ni dengan cepat, bleh plak en Bad melambai mesra kat kami waktu dia kuar g ambik anak dia balik skolah. saje je... bukan dia nak blanja ke... hehehehee.. gitu la, smua nak upah kan. teruk btol la... sape tuh????
Majlis Bicara karya Sastera Negeri Sembilan....
amboi khusyuknya... weh, sape la tuh... weh bla nak insaf ni.. huhuhu...
ada cam kembar tak?? hehehe..
adik napi!!!!!!! hehe.....
ini antara ahli panel yang sangat bersemangat wat pembentangan kertas keje bicara sastera tuh. biasa la, orang sasterakn, bla bercakap memang manis. walaupun, hakikatnya diorang ni kritik penulis karya tuh....
nanti aku sambung citer lagi ek...
daaa..
Wednesday, August 13, 2008
RAHSIA WANITA...
Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.
TELINGA
Telinga anda jabing? Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.Telinga anda runcing?Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.
CUPING TELINGA
Kerut tegak di cuping telinga anda?Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.
BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah?Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.
MATA
Mata anda berdekatan satu sama lain?Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.Mata anda berjauhan satu sama lain?Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.Mata anda ke dalam?Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.Mata anda tersembul?Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.
HIDUNG
Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.
MULUT
Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.
GIGI
Berada ruangan di antara gigi depan anda?Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.
DAGU
Dagu anda runcing?Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh. Dagu anda lemah?Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.
TAHI LALAT
Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya. Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.
Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.
Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.
RAHSIA MATA...
SIFAT MATA WANITA
SIKAP WANITA
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak.
Monday, August 11, 2008
TANPA - 6ixth sense
Resah yang ku
* Tanpa..
Kini benar-benarku rasakan
Resah yang ku
(ulang chorus x2)
harian ku IPRM
hari selasa kelas sampai pkul 1.15pm, kdg2 habis lagi awal. apa lagi lepas habis bergegas la balik bilik. sebab...... hehehe..
hari rabu, ada tiga kuliah je pastu ada sesi tutorial plak. itu pun kelas slalu x de. haaaa, time ni la budak2 ni ambil kesempatan nak kuar. lagi pun kalo tengok wayang, tiket separuh harga. huh... enjoy la.. aku plak just kuar bla ada hal yang amat perlu je. lebih2 lagi dalam sem 3 ni, aku macam dah tak de rasa nak kuar. duit pun kena cut2. cedihh.......
hari khamis, kelas sampai petang gak. tapi kami slalu ganti kelas waktu pagi. padan muka bdk2 junior kena ada kelas sampai ptg. biasa la, kena la bagi peluang kat yg senior ni. hehehe.....
hari jumaat, kelas sampai 12.25pm. waktu akhir adalh waktu art. malasnya nak masuk kelas ni... tak suka la. hehehe.. jahat kan...
ni nak citer pasal kafe kat sini, cian n sedih aku rasa kat budak2 ni temasuk diriku sendiri. nak tau tak, budak2 ni slalu merungut harga mahal. sebab tu la diorang ni selalu ambik kesempatan gi makan kat luar tapi........ slalu tak bleh lepas sebab guard tu skema sangat la.. huhuhu...
ni pun waktu tunggu masa nak kuar makan ari tuh...
bla ada yang berkeras ajak aku kuar atw btol2 teringin nak kuar, baru la kau gi jalan2 menyaksikan panorama kat terminal atw JJ tuh. huhuhuu..
bab kerja n assigment ni, paham2 je la aku nih, slagi tak last minit slagi tuh tak siap. bla dah saat akhir2 baru semangat nak wat. hehehe..
itu je la, stakat ni citer aku ek...
Monday, August 4, 2008
...::: RINDU - Saiful Malaysian Idol :::...
Seakan bertanyakan berita
Apa khabar mu di sana
Moga kau bahagia sentiasa…
Reff 1;
Setiap bayu menghembus ke bumi
Seakan sentuhan jari mu
Apa kau juga begitu
Menanti penuh setia pada kasih kita
Reff 2;
Dengarkan diriku degupan cintaku bergetar
Dikala ku sebut nama mu,
Hati ku berdebar
Ingin ku salami semua apa yang kau rasa
Jarak yang memisah menguji kasih kita
Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….
Ulang reff 1
Ulang reff 2
Ku titipkan rinduku bersama bayu senja
Ku layarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia lah kiranya kau berada disisi
Sungguh kau ku kasih yang selalu ku rindui….
Sunday, August 3, 2008
kisah malam itu.....
Sebelum im kuar g latih gamelan, dia cakap kat aku yang diorang ajak dia g overnight malam nanti. Tp dia sendiri tak sure sama ada nak pegi atw tak. Aku iye kan aje. Terpulang la kat dia..
Tetiba tasya msj im. Dia mintak im pujuk aku supaya join diorang. Aku ckap yang aku mungkn tak nak pegi..
Malam tu, aku wat macam biasa je sementara im ngan bebudak tu pegi gamelan.
Aku makan macam biasa, tengok tv macam biasa dan msj tunang aku macam biasa…
Sampai la, waktu im dah balik. Dia cakap dia dah nak pegi. Aku Nampak muka dia ajak aku sekali. Tp dia tak memaksa. Aku tau Im paham situasi aku…
Nina, azni n mira datang kat aku dan mintak aku sertai diorang. Mulanya aku berbelah bahagi. Samada aku nak ikut atw tak. Lame aku pikir. Btol ke apa yang akan aku buat nih….
Aku tak sampai hati tengok diorang merayu kat aku sampai mcm tu..
Diorang cakap diorang wat semua ni, khas untuk aku. Menjadi sungguh azni pujuk aku. Tau je la aku jenis yang tak sampai hati nak susahkn orang lain. Sebolehny, aku nak orang selesa ngan aku.. oleh kerana diorang bg jaminan yang diorang akan jaga aku, aku pn setuju. Sbenarnya aku kesian kat diorang. Bersungguh2 mintak aku ikut. Diorang cakap, diorang wat semua ni sama macam mane diorang surprise kan aku ngan sambutan beday aku yang aku akan ingat sampai bla2 tuh..
diorang nak aku rasa semuanya sebelum aku melangkah ke 'dunia baru'. Yang akan membezakan status aku dan diorang.. aku paham mgkn lepas ni aku akn berbeza sedikit dari diorang. Jd diorang guna kesempatan yg masih ada ni untuk aku sntiasa dekat ngan diorang. aku tak sangka diorang 'sayang' aku sampai mcm ni skali.. betapa aku rasa dihargai dikalangan diorang.. diorang nak jugak aku rasa apa yg diorang rasa walaupun hanya untuk sekali.
So malam tu kami gerak ke port Dickson. Dah lebih pkul 12 malam time tuh. Kami naik dua buah kerata kancil. Siap deal ngan pak guard lagi. hehehee.. Rupanya diorang nak sambut beday wak skali. Ala 'wak' budak KS thun satu tuh..
Sepanjang perjalanan tuh, aku plak jd serba salah. Banyak benda aku pikir sepanjang perjalanan tu.. Tunang aku tak tau pun, aku pergi overnight macam ni.. aku takut nak bagi tau dia. Aku tau mesti dia akan risau.. aku jadi tak sampai hati.
Sampai kat PD pkul 1 pagi. Ktaorang turun btol2 depan resort yang penah kami g untuk kem ibadah hari tu..
Aku try call tunang aku. Kalo bleh aku nak cakap jgk. Tp aku tau mesti dia dh tido time tuh. Takut menganggu dan akan buat dia terkejut ngan apa yg aku buat ni, aku batalkan niat aku nak beritahu dia… aku janji tetap akan bagi tau dia jgk nanti…
Sampai je kat situ, diorang suh aku wat unggun api. Amboi2,….. mentang2 la aku ngan Saiful je yg anak jati PLKN, so diorang suh la kami gunakan kemahiran kami tuh. Hehehee..
Bila ungun api siap, ktaorang duk kat situ smbl Im main fluet sementara azni ngan wak main gitar… aduhh… macam tragis je malam tuh… byangkan la, tengah2 malam buta duk ramai2 depan pantai sambil makan2 n wat sesi luahan perasaan yang terpendam. Memang aku akui, situasi tu tenang je…
Diorang luah apa yang diorang rasa. Katanya teringin nak berbual ngan aku.. wak pn ada cakap, dia ucapkan terima kasih tak terhingga sebab ajak dia skali kerana saat ni, dia perlu seseorang untuk berkongsi cerita.. lepas dia kongsi apa yang dia rasa dan dah penat petik gitar untuk dua-tiga buah lagu, dia terus terbaring. Tdo bersaksikan bintang la konon. Hehe.. poyo la mamat sorang ni.. yela tp maybe dia nak cari ketenangan kot. Hehehe..
diorang datang sini sebab nak cari ketenangan waktu malam. Aku pun same ke??? Yela, maybe memang ada smthing yg buat aku kusut. Sebab diorang slalu tngk aku monyok. Tp sorry, I don't know how to say that night.. aku just menjadi pendengar yang baik. Mgkn itu lebih selesa untuk diorang. Apa yang bleh aku share, aku share la…
Lame kami duduk kat situ,duduk keliling api sambil makan dan kongsi cerita..
Bla hari dah nak masuk subuh baru kami balik. Kami gerak balik ke maktab pkul 4 pagi. Sampai maktab pkul 5 pg…
Diorang berterima kasih kat aku sebab aku sudi teman diorang. Mulanya aku risau gak tengok azn
Tp aku tetap bangga ngan diorang nih, pandai jaga diri. Tak melencong kemana2 pun.. alhamdulillah..
Anyway, aku dah janji ngan diri aku. Mgkin ini yang pertama dan terakhir aku wat macam ni.. aku janji aku tak nak buat lagi..
Lepas ni, aku sedar that I'm belongs to smbody…
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)