genap la 12 minggu aku hamil.. yeee.. tiga bula sudah..
maka, tamat lah sesi trimester yang pertama.. mungkin dah boleh lega sket.. selepas melalui fasa berhati-hati.....
minggu ni adalah minggu akhir aku di semester 7 pengajianku...
exam pon ada satu paper lagi...
lepas exam.. maka dah leh start cuti...
minggu ni jugak, encik asben datang ambik kereta bawak balik kampung....
dan.....
bakal ibu ni nak pergi berhoye-hoye laaaa...
destinasi ~ LANGKAWI...
wahhhhh....... siap naik flight lagi... bersama-sama teman... chee wahh.. nak manfaatkan zaman 'bujang' lah konon....
ermmm.. harap sangat semua berjalan lancar dan selamat...
semoga baby pon tak memberi masalah dan baik-baik sahaja....
semoga ALLAH melindungi....
ameen....
Perkembangan fetus - hamil 12 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam. Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.
Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi.
Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang.
No comments:
Post a Comment