TAJUK : KEMILAU BICARA
Oleh : Intan Isna
Aku berlari anak, mempercepatkan
langkah untuk sampai ke rumah. Sampul surat yang baru ku ambil dari warung
Uncle Santos ku genggam erat dan kemas. Surat yang membawa perkhabaran gembira
ini akan aku tunjukkan pada mak dan bapak. Sekeping kertas yang yang menyampaikan
pesan bahawa aku dipanggil untuk mengikuti kursus perguruan di salah sebuah
universiti perguruan terkenal. Berita ini pasti akan membanggakan mak dan
bapak. Mungkin orang kampung juga. Mana tau, mungkin bapak akan mengadakan
makan besar menjamu orang kampung sempena kejayaanku ini.. tanpa aku sedari,
dalam mengelamun aku sudah sampai ke laman rumah.. ku lihat mak sedang
terbongkok-bongkok di bawah rumah, mengintai telur ayam barangkali.
“ Makkk.....” ku laung dari laman rumah. Mak kelihatan
kaget.
“ Apa saja kau ni Ria, mau jatuh jantung mak ni kitak buat
ya.. maluk di dengar jiran sebelah” mak mengomel tanda protes.
Aku lantas mencium pipi tua mak, “ mak, ni kamek mau nunjuk
ni, Ria dapat dapat masuk universiti di Semenanjung..” aku menghulur sampul surat kepada mak.
“Betolkah
Ria?? Alhamdulillah.. ada jugak keluarga kita yang belajar tinggi.. mak bangga
sama kau Ria”. Setitis air mata gembira mak jatuh di tubir mata namun pastas di
seka dengan kain baju lusuhnya.
Mak menarik
tanganku pantas naik ke rumah menhadap bapak yang sedang asyik menganyam bakul
rotannya.
2
Mak, bapak
dan abang Rosyam menghantar aku ke Lapangan Terbang Kuching. Semalam bapak buat
kenduri doa selamat buat mengiringi keberangkatanku ke tanah semenanjung demi
mencari setimba ilmu dalam bidang perguruan. Para jiran tidak putus mengucap
tahniah dan memberi kata semangat buatku.. maklumlah aku adalah anak jati
pertama dalam kampung ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran dan merasa
menaiki belon ke semenanjung.
Selepas 1
jam 40 minit penerbanganku, aku tiba di Lapangan terbangan Antarabangsa Kuala
lumpur. Orang selalu menggelarnya KLIA.
Selepas melepasi pemeriksaan dan mengambil barangku, aku mengorak
langkah mencari seseorang yang telah dijanjikan akan datang menjemputku untuk
mendaftar di kampus nanti. Saat itu juga aku terpandang seorang lelaki berpakai
kemas seperti seorang driver memegang
kertas yang tertulis namaku. AZWARIA.. yaa itu lah namaku. Aku menghampiri
lelaki tersebut dan melebarkan senyuman.
Setelah
memastikan dengan jelas bahawa lelaki itu memang datang untuk menjemputku, aku
lantas membontotinya ke kereta jenis Proton Waja berwarna putih yang jelas
terlekat lambang dan lencana Universiti Perguruan Sultan Idris. Aku masuk ke
perut kereta dan kereta mula bergerak menuju ke sebuah destinasi di mana aku
akan mendapat sebuah pengalaman baru.
3
Setelah
tamat minggu pengurusan pelajar baru, aku memulakan kuliah sebagai salah
seorang pelajar jurusan bimbingan dan kaunseling. Bergelar seorang pelajar
institusi pengajian tinggi, aku merasakan bahawa aku harus menyesuaikan diri
dan bijak berteman. Mujurlah mulutku yang sememangya ramah ini tidak
menghalangku untuk berteman dengan sesiapa sahaja.
Detik demi
detik, hari terus berganti, aku semakin bergelumang dengan dunia sebagai siswi.
Tugasan yang banyak memaksa aku untuk sentiasa menhadap komputer ribaku atau
sesekali bersendirian di perpustakaan. Aku cepat belajar untuk menambah
pengetahuan IT, kerana ia juga salah satu keperluan untuk mencakupi keperluan
sebagai seorang pelajar dan bidang pendidikan yang semakin mencabar. Bebanan
tugas yang banyak telah membuatkan aku mencari sesuatu untuk mengurangkan sedikit
tekanan. Akhirnya aku berjinak-jinak degan laman bual di alam maya, atau nama
biasanya chatting.. saban hari aku
pasti akan mengunjungi laman facebook,
friendster, twitter dan tagged. Tujuan Cuma satu. Mencari teman berbual
tatkala rakanku yang lain sibuk dengan tugasan yang tidak pernah putus.
Sehinggalah
pada suatu hari, aku disapa oleh seseorang yang menggelarkan diirinya sebagai
Mr Gig. Dari perbualan kami itu, aku menganggapnya sebagai seorang lelaki yang
cukup matang, memahami dan seorang pendengar yang baik. Kata-katanya sering
saja bisa meredakan perasaan hatiku yang kadang kala di landa kemurungan. Cukup
tiga bulan berhubungan tanpa bersua muka, Mr Gig mengajukan hasratnya untuk
bertemu denganku.
“alamak.....
nak jumpa pulak dah mamat nih”. Aku berkira samaada mahu berjumpa dengannya
atau tidak.
“ala, jumpa
je la.. siapa tahu, dia ni seorang lelaki yang handsome. Untung, boleh jadi kekasih aku”. Hatiku membuat keputusan
dan tanpa disedari seulas bibirku mengukir senyum nakal.
4
Aku memakai
pakaian yang aku rasa sangat cantik untuk digayakan. Aku berharap, lelaki yang
bakal aku temui ini adalah seorang lelaki yang selama ini menjadi idamanku.
“mana pulak
mamat ni?? Semalam bukan main beriya suruh aku datang Mid Valley ni.” Aku
berguman sendiri setelah penat menunggu dalam restoran Mc Donald hampir
setengah jam.
Tiba-tiba
bahuku dicuit, “awak ni Sweet lady ke?”.
Aku
tergamam. Dihadapanku berdiri seorang lelaki yang berpakaian selekeh dan
berambut panjang paras bahu. Dia mempekenalkan dirinya sebagai Mr Gig. Aduh...
rasanya mahu pengsan aku dibuatnya.
Bermula
hari itu, hampir setiap hari Mr Gig atau nama sebenarnya, kamal menghubungiku.
Tidak cukup dilaman chatting, dia menelefonku saban malam. Aku mula merasa
rimas. Mungkinkah kerana aku sudah mengetahui penampilannya yang terlampau
biasa itu.
Aku cuba
untuk menjauhkan diri daripada Kamal, tapi kadang kala aku rindu untuk berbual
dengannya, aku rindu untuk meluahkan segala bebanan yang aku rasa. Setiap butir
bicara yang keluar dari mulutnya memang benar-benar mencairkanku. Akhirnya, aku
semakin rapat dengannya dan sering kali membuat temujanji. Penampilannya bukan
lagi masalah buatku.
Setiap
hujung minggu, aku pasti akan meninggalkan kampus untuk bertemu dengan kamal.
Aku sengaja bertemunya ditempat yang jarang untuk diketahui atau dikunjungi
rakan-rakanku.
Tanpa aku
sedari aku semakin hanyut dengan dunia remajaku. Benih-benih cinta mula
disulam, cinta yang tersemat mula ku canang. Tatkala mata bertentang mata, dua
hati memadu erat dan nafas mula
berperang hebat dan akhirnya dengan rela hati, aku telah menyerahkan keperawanan
padanya. Kehendak diriku telah mencalar syariat. Aku lupa sesaat pada ayah dan
bondaku yang begitu mengharap padaku.
Hubunganku
dengan Kamal, seolah tidak boleh dibendung, aku terlalu taksub dengan cintanya.
Setiap kali bertemu, aku pasti terkulai dalam dakapananya. Memadu asmara dan
terus mencipta noda-noda hitam dihatiku.
5
Empat tahun
berlalu, aku kini telah selamat bergelar seorang graduan siswazah dan tidak
lama lagi, aku akan menjawat jawatan sebagai seorang guru. Aku diterima untuk
mengajar di tanah kelahiranku, sarawak bumi kenyalang.
Aku
menjawat jawatan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di sebuah
sekolah menengah di bandar Kuching. Aku seronok sekali dapat berkhidmat di
sini. Menunaikan bakti kepada anak bangsa dan menjadi seorang agen perubahan
yang di amanahkan mencorak murid-muridku untuk keperluan negara pada masa
depan.
Kamal? Ermm
kami sepakat untuk berpisah. Aku sendiri tidak pasti, entah bila aku akan
kembali ke tanah semenanjung semula. Namun, sebelum berpisah aku sempat
menemaninya bermalam di sebuah hotel. Malam itu, kami berdua bermesra dan
menunaikan hajat yang bergolak di dada. Memang indah saat itu. Biarpun ku tahu,
aku telah menambah sekarung dosa lagi. Tapi aku seakan lupa dan mengenepikan agama.
Lantaran minda dikuasai nafsu dan syaitan.
Sekarang
aku dan kamal sepakat berpisah, walaupun ku tahu diriku bukan insan suci lagi,
namun aku masih cantik. Pasti masih ramai lelaki yang boleh menerimaku. Aku
bangga dengan keadaanku sekarang, sekurang-kurang sekarang aku sudah punya
kereta sendiri, pasti ramai lelaki yang akan tergoda denganku. Sedangkan Kamal
bukanlah lelaki yang berharta.
6
“Cikgu Ria,
cikgu mesti tolong saya. Saya dah tak sanggup hidup macam ni. Saya dah tak mahu
tinggal bersama ayah.” Itu lah rintihan daripada Jessica. Salah seorang pelajar
beragama kristian atau lebih tepat klienku
yang datang menerima kaunseling kerana trauma dengan kejadian sumbang mahram
yang menimpanya. Dia dirogol oleh bapa tirinya sebanyak tiga kali. Aku simpati
dengan kejadian yang menimpanya. Namun satu permintaanya yang membuat aku terlopong
dan tergamam. Jessica mahu memeluk agama islam. Sangat banyak pengetahuannya
mengenai agama islam. Mulutnya lancar menuturkan bicara keindahan agama islam
yang suci. Sedangkan aku sendiri yang beragama islam tidak menyedarinya bahkan
mencalar kesuciaanya dengan palitan noda yang telah ku lakukan pada diriku
sendiri. Serentak itu, air mataku jatuh tanpa tertahan. Aku bangun memeluk
Jessica. Dia kelihatan kaget dan terpinga-pinga. Agrhhh.. biarlah.. yang
penting pertemuanku dengan jessica dan buah bicara dari mulutnya telah
meruntuhkan tembok keluli di hatiku dan membuka pintu taubat di hatiku. Aku
amat sedar bahawa selama ini hidupku bergolek di lumpur hina.
Usai
menyerahkan kes Jessica i ni kepada ustazah Aisah, seorang ustazah yang yang
lebih berpengalaman dan mampu membantu Ria untuk menemui jalan hidayah yang dipilihnya.
Moga Jessica akan menjadi seorang muslim yang mendapat redhaNYA. Aku kembali ke
kamar tugasku. Aku menangis semahunya. Tidak ku kisah lagi para pelajar dan
guru yang melihatku apabila merela melalui tepi bilik kaunseling itu.
Dalam
hatiku Cuma ada satu tekad, aku mahu bertaubat. Patutlah selama ini hatiku
sering gundah gulana dan tidak tenteram. Aku alpa dengan kewajipanku sebagai
seorang hamba ALLAH yang patut menyerah diri dan menunaikan apa yang telah
diwajibkan ke atasku. Sehingga lah ke hari ini, dinding keluli di hatiku roboh
dengan hanya kuasa bicara yang keluar dari bibir seorang kristian. Terima kasih
Jessica!
7
Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu
kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu
akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu
melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya,
selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih
terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan
saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa
yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis.
Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu
keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada
Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Bermula saat ini, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak mahu menjadi seperti peribahasa ketam mengajar anak berjalan lurus. Aku adalah seorang guru kaunseling di sekolah. Pastinya aku akan sentiasa menjadi tempat rujukan dan menerima nasihat. Layakkah aku jika diriku juga tidak cukup bimbingan. Lantas mulai detik ini, aku akan menyucikan diri dan menyiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang benar-benar memahami profesien dan etikanya. Bukanlah sekadar pada nama sahaja.
Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dengan ibadat, peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat, peningkatan ilmu kerana mengkaji, peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi, peningkatan dalam hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak, peningkatan kesabaran hati kerana banyaknya musibah, peningkatan kualiti diri kerana disiplin yang kuat.
“Cikgu Ria, amboi... jauhnya Cikgu Ria ni mengelamun, teringat apa tuh?” aku tersentak dan terjaga dari lamunanku yang panjang apabila ustazah Aishah melambai-lambaikan tangannya dihadapanku.
Aku tersenyum kelat lantas mengekorinyanya menuju ke kantin sekolah.
Moga sinar yang menyinari di liku noda ini akan terus berkemilau hingga ke akhir jalan menuju rahmatNYA. Moga masih ada ruang untuk insan sepertiku menempah tempat ke syurga.
CORETAN IDEA ;
INTAN
ISNA..
STUDENT
OF ART.
No comments:
Post a Comment