Jadi sekarang aku rangkumkan semua cerita dan kisah yang terjadi sepanjang tempoh keterlanjuran aku tidak mengemaskini blogku ini.
Upss… aku lupe nak citer pasal majlis persandingan aku. Pasti kawan2 aku yang tak dapat datang nak tau ceritanya..
Persandingan kami berlangsung sederhana je tapi tetap ada meriahnya.. sewaktu majlis persandingan kat belah puhak perempuan iaitu di rumahku, kami mengenakan tema warna purple. Setelah berbincang, kami berkenan mengenakan busana songket tabuh. Nampak simple je. Tapi ok la kan, janji puas hati..
Mak ayah aku pun buat sepasang baju warna ungu untuk nampak secocok dengan temanya. Begitu jugak dengan adik beradik dan family aku yang lain. Kawan2 aku pun sama.. walaupun, ramai kawan aku yang tak dapat datang kerana disebabkan oleh musim peperiksaan penting ketika itu iaitu STPM dan peperiksaan IPT lain, aku tak kisah. Aku paham kondisi tersebut.
Bebalik pada majlis aku. Pada hari kejadian, memandangkan syamimi dah pakai baju songket purple sedondon dengan baju pengantin ketika itu, jadi dengan kuasa veto yang aku ada, aku telah memaksa syamimi menjadi pengapit aku.. sian dia.. hehehe..
Syamimi nampak sepadan apabila pengapit belah pihak lelaki turut mengenakan sepasang baju melayu berwarna purple..
Memang lega bila satu majlis dah settle.. petang tu, apa lagi lepas semua orang dah mulai meninggalkan rumah aku, jadi aku dan suami pun menyinsing lengan membasuh periuk dan kuali..
Malam di rumah aku, tak berlangsung apa2 majlis pun, walaupun aku dah menempah kek 2 tingkat seberat 3kg. akhirnya, nasib kek hanya dibiarkan layu sahaja. Lepas membuka hadiah yang kami terima pada hari itu, kami terus berehat untuk majlis esok hari pula iaitu persandingan di rumah belah pihak lelaki..
agak2nya kalo im dipadankn dengan pengapit ni padan tak? hehehe..
ini la 2 orang adik iparku.. yunus n wan
Untuk majlis persandingan di belah pihak lelaki, kami memakai pakaian ala jawa Indonesia kontemperari berwarna brown+gold yang ditempah di bandung, indonesia. Bila pakai, memang terasa macam puteri.. hehehe.. alaa raja sehari la tu kan.. mak andam kami iaitu merangkap kakak ipar suamiku datang tepat jam 11 pagi dan menyiapkan kami.. setelah siap di touch up, kami bersama pengiring terus bertolak ke rumah pengantin lelaki yang terletak kira 20 minit perjalanan. Tambah menjadi ingatan bila suamiku memandu keretanya sendiri dengan berpakaian pengantin siap dengan tengkolok. Sekali pandang, nampak kami macam nak kahwin lari je…
ketibaan di rumah pihak lelaki
Sampai disana, kami disambut dengan paluan kompang dan rebana. Memang nampak meriah. Persandingan dirumah suami lebih unik dan meriah apabila abang iparku merangkap guru sekolah ku menjemput kumpulan tari bimbingannya membuat persemban ketika kami sedang menikmati hidangan makanan. Memang menyeronokkan. selain turut diadakan majlis menepung tawar pengantin.. sian kat im,tasya, mira, n ijad yang kempunan nak menepung tawar hari ti waktu majlis kat umah aku...
tarian from my old school..... nice performance..
bondaku menepung tawar....
Pada malam harinya, diadakan majlis memotong kek dan saling berkenalan dengan seisi ahli keluarga… kami juga membuka hadiah dan pemberian untuk kami itu. Majlis di rumah suamiku, membolehkan aku untuk saling berkenalan dengan keluarganya…waktu ni, ada adat 'bersalam' iaitu tetamu yang datang bersalam dengan pengantin dan saling berkenalan. selain pengantin dapat sedikit wang sebagai 'hadiah', pengantin jgk dapat la berkenal2lan.. majlis tamat menjelang tengah malam..
Aduhh.. memang letih.. leganya bila dapat membaringkan diri atas tilam….
my mother-in-law
bukak hadiah...
ucapan penutup from my hubby sebelum majlis tamat...
Begitulah sedikit sebanyak rentetan tentang majlis persandinganku yang telah selamat berlangsung pada 22 & 23 november 2008 lalu.
gud experiences..
ReplyDelete=)
hehee.. thanx....
ReplyDeletepray for us...