Nampaknya semakin panas kisah keretakan rumahtangga antara dua orang dramatis popular ini. Boleh dikatakan semua suratkhabar dan media begitu fokus dengan memaparkan berita Abby Abadi dan Norman Hakim. sampaikan aku pun tertarik nak meluahkan sesuatu. seharusnya, tragedi sebegini dijadikan iktibar untuk kita semua, bukan sebagai setakat pandai melontar komen dan menyalahkan mana-mana pihak. kalo ikut pandangan dan pendapat aku ni, dalam hal ni kita memang tak patut salahkan mana2 pihak. masing2 ada kelemahan..
mesti you all pun dah baca dan mengikuti kisah ni yang dah selalu keluar dan terpampang kat akhbar, tv atau internet.. saya bukan nak cakap lebih2 tapi ada satu perasaan dalam diri saya yang aku rasa perkara macam ni tak sepatutnya berlaku..
Sebagai seorang isteri, walaupun masih baru bergelar isteri, saya mengerti perasaan Abby. Namun sebagai isteri, seharusnya dia menjaga aib suaminya walau dalam apa jua keadaan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui balasan untuk seorang isteri. Kepada Norman, Abby dan anak2 adalah amanah Allah untuk dijaga. Buruk baik mereka, mereka lah keluarga anda. Merekalah orang yang menyokong anda dalam apa jua keadaan. anda yang bertanggungjawab membimbing mereka. Kenapa harus mencari pasal?
semua orang paham, sedang lidah lagi tergigit, inikan pulak suami dan isteri.. lautan mana lah yang tak di landa gelora.. itu semua lumrah..
adakalanya bila di dlm keadaan demikian, seseorang tu boleh bertindak di luar pemikiran kita…berat lagi mata memandang..berat lagi bahu yang memikul…kadang2 kesabaran boleh tercabar tapi kita sebagai org luar hanya boleh menasihatkan abby bersabar…tapi jika kita di tempat dia…entah bagaimana lagi yang kita lakukan..entahkan kuat..entahkan tidak…doakanla mereka supaya mendpt jalan penyelesaian yang terbaik…bukan hanya untuk abby..tapi juga untuk norman dan anak2…si baby terlalu kecil untuk semua nie…semoga abby beroleh kekuatan dan ketenangan untuk mengharungi dugaan ini…
adegan waktu Abby mengamuk dan serang Norman kat lokasi penggambaran.. dalam kes ni, norman sampai menitiskan air mata...
kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tuhan kurniakan kita dengan akal so mesti la bijak selesaikan masalah dan buat keputusan dengan bijak bukan ikut hati dan perasaan je.. tengah bengang memang la semuanya pahit tapi akhirnya menyesal. kan rugi macam tu....
Memey Suhaiza....... baru lagi jadi artis. umur pun baru 20 tahun..
saya bukan la nak cakap ape, tapi rasanya tak baik rosakkan rumah tangga orang. kalo rasa keadaan boleh diperbetolkan.. jangan lah rumitkan lagi keadaan.. memang saya tak tau keadaan sebenar tapi semua orang paham apa rasanya bila orang yang kita sayang dirampas orang lain..
lu pikir la sendiri....saya benci perkataan cerai. bila kita jadi isteri orang ni.. rasa macam tak nak dengar langsung perkataan tu... hope diorang ni, jangan la sampai nak bercerai berai.. mungkin hati tengah sakit dan rasa tak sanggup lagi, tapi Abby kena kuatkan semangat dan bersabar.. Norman plak kena sedar tanggungjawab.. itu le la yang mampu saya katakan sebagai orang yang masih amatur ni......
belajar la menghargai apa yang kita ada. kerana apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita adalah yang terbaik untuk kita....
No comments:
Post a Comment