sekali lagi aku dah membiarkan blog yang aku kasihi ini menjadi usang..
argghhh.. amat payah untuk mencuri masa meluangkan waktu bersama blogku ini.. yer laa.. dulu aku mmg dibebani dengan tugasan dan amali yang menjulang.. huhu
ini pun, naseb baik masih punya detik tatkala jam sudah menunjukkan 3.3o pagi..
banyak sebenarnya yang nak dikongsikan... kat mana nak start ek..
tak pe la, aku mula dari saat mana aku tinggalkan...
first skali, aku mulakan dengan lawatan kelasku ke negeri kelantan dan terengganu... lawatan atau kembara seni dah belangsung pada 8-11 april yang lalu.. kami ke sana untuk menjalankan aktiviti kembara seni.. tp sebenarnya banyak berhoye-hoye jer..kami menginap di Pantai Batu Burok.. antara tempat yang sempat kami lawati adalah ;
- kampung seberang Takir - kami melawat tempat pembuatan keropol lekor dan sempat menghasilkan karya di sini..
- masjid kristal dan taman tamadun Islam - ermm memandangkan hari itu adalah hari jumaat,maka menghabiskn masa di masjid kristal sementara menunggu yang lelaki menunaikan solat jumaat.. kemudian kami menjelajah ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan 21 monumen binaan islam dari serata dunia... cantek2 smuanya.. ( nak pegi tengok yang real entah bla... dapat tengok monumen pun jadi laa...)
- kampung losong - sempat singgah untuk menikmati keropok lekor segar n borong la keropok lekor tuh..
- tumpat kelantan - tempat penghasilan seni Perak.. dapat la tau, cam mana nak ukir kat atas perak... namun perjalanannya dari terengganu amat memenatkn..-pusat pembuatan wau, PCB - walaupun tak lama disitu, tapi sempat la sampai ke tempat pwmbuatan wau yang penghasilannya bukan hanya sekadar untuk produk jualan malah boleh diterbangkan.
- balai seni ukir wan po, besut, terengganu - hmm.. banyak ilmu yang berguna mengenai ukiran yang dapat kat tempat ni... boleh tengok sendiri macam mana produk ukiran komersial dihasilkan.
" Luv B..." di pantai batu burok....
satu pagi di tepi pantai....
sempat melawat taj mahal....
pengukir negara, Wan Po...
untuk tau lebih lanjut sila ke blog KAMI..
okeh... sekembalinya kami dari lawatan tuh, bermula la kerja2 dan usaha ktaorang nak menyiapkan amali masing-masing... kitaorang kena wat 3 amali iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan serta bidang mengenal kraf tradisional.. ia melibatkan penghasilan catan kanvas, produk 3D, dan ukiran kayu.. penilaian untuk projek tersebut telah selamat dijalankan pada 26 hingga 29 april 2010 yang lalu.. nanti kalo aku ada masa yang banyak, akan aku coretkan lagi pasal projek amali ku ini..selesai penilaian projek amali ni, kami satu kelas dengan cadangan dari pensyarah kami sepakatuntuk mengadakan potluck... kami buat makan2 sket n undang pensyarah dari jabatan kajian sosial yang mengajar kami..
hasil karyaku.......
apabila tamat minggu itu, maka tamat la sengsara kami.. sekarang cuba tinggal buat persediaan menghadapi peperiksaan pada petengahan bulan mei ni..
apabila tamat minggu itu, maka tamat la sengsara kami.. sekarang cuba tinggal buat persediaan menghadapi peperiksaan pada petengahan bulan mei ni..
namun aku sempat juga, jadi urussetia untuk kejohanan memanah MSSNS 2010.. kejohanan peringkat negeri ini telah berlangsung di padang sekolah SMK King George ke-V pada 4 dan 5hb mei yang lalu.. seronok tengok budak2 skolah yang dgn bangganya mengangkat bow dan melepaskan arrow ke sasaran..
tamat je minggu tuh, aku pun bersiap-siap pulang ke kampung bertemu keluarga terchenta... biarpun cuti sekolah bermula, aku memandai je cuti seminggu.. hehehe...
weh, ble nak jadik follower aku?
ReplyDeletehuhuhu :)