Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, March 10, 2013

RESEPI UDANG BAKAR

 DAH LAMA SANGAT RASANYA TAK UPDATE PASAL MASAK...
HAHA..
dah malas masak la tu.. hehe.. atw secara tepatnya.. dah jarang masak especially masak yg best2.... biasanya masak simple2 je.. utk makan bedua...

okeh lah... 
sekarang ni kan tengah hangat fenomena pemanggang ajaib a.k.a pemanggang cap ikan keluaran Menang Glass Wear tu.. heheehe..

soo.. aku pon tak lepaskan peluang nak masak guna pemanggang ajaib nih...
maka.................. hari ni aku nak share ngan korang resepi udang bakar yang telah dicuba beberapa hari lalu.. hehehe...

pemanggang ajaib


Actually, ada dua jenis udang bakar yang aku dah try.... biasalah makan berdua.. soo.. boleh la variasikan rasa...


RESEPI UDANG BAKAR BAWANG

bahan-bahannya :

  • beberapa ekor udang yang dibersihkan 
  • sebijik bawang besar, n sebijik bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
cara memasak :
 
tumbuk hingga halus bawang besar dan bawang putih....
kemudian lumurkan semua bahan iaitu bawang yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, sedikit garam dan lada sulah bersama udang..
kemudian.. susunkan atas pemanggang dan bakar utk 10 minit - 12 minit...
bila dah masak, boleh la makan ngan nasi panas cicah air asam........
nyummmmmmm........
udang bakar bawang



RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

bahan-bahan :


  • beberapa ekor udang yang telah dibersihkan
  • sedikit mentega/majerin
  • keju mozzarella
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
cara memasak :

mula2 sekali.. udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.........
pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam n lada sulah dalam satu bekas.......
setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang..
kemudian..... bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit juga.....
keju akan cepat cair.. jadi kalo biar lama2 nanti hangit plak keju tu...
soo.. agak2 la... bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tuh....

~ selamat mencuba.........


udang keju bakar

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...