Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Showing posts with label DRAMA/MOVIE. Show all posts
Showing posts with label DRAMA/MOVIE. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Kerana Movie Nur Kasih The Movie

hari ni hari jumaat tapi aku rasa macam hari sabtu.. hari ni tak de exam..hmm kena baca buku untuk exam isnin nih..

im, ilah, jaja dan tasha

 lepas perjumpaan bersama pensyarah tadi, kawan aku yang empat orang ni dah semangat nak tengok movie yang dah lama diidam2 kan oleh si tasha ni iaitu filem Nur Kasih The Movie yang baru jer keluar panggung pada 19 mei iaitu semalam..

aku pon macam berminat jugak nak tengok citer tu sbb nak tau jugak apa sambungan dari rentetan drama Nur Kasih yang lalu.
tapi............................ memandangkan 'poket' aku yang semakin nipis ni. aku rasa tak mampu. walaupun Im cakap aku baru jer dapat 'hasil' tapi 'hasil' yang aku terima ni bukanlah untuk kegunaan 'berjoli' seperti ini... asben aku bg cukup2 n ngam2 je untuk hidup selama 2 minggu.. itu pun aku rasa sempit sangat dah.. nak kata aku makan banyak.. tak jugak. hohoho..
ehh melalut sudah.. ok2.. sambung balik pasal tengok wayang...
di sebabkan diorang nak kuar makan kat luar.. so, diorang cuma teman jer la aku, pikah n cipol ni makan kat kafe sampai pukul 12 t/hari.


sampai je kat bilikk.. aku terus duduk mengadap laptop. stengah jam kemudian.. tetiba asben aku mesej...

asben : sayang....
aku : yeeee.... dah balik skolah ker?
asben : ermm baru sampai umah ni... syg... ada ex-student abg pempuan ajak abg tengok wayang citer nur kasih the movie masa cuti nanti.. boleh tak??
perghh.. menyirap darah aku rasa.. lama aku tenung mesej tu..
then aku terus reply..
aku : abg... kawan sy pun ajak jugak. tuh diorang tengah siap tuh... tapi saya tak ikot tau.... tau knape? sbb sy nak tngok ngan abg.. so, abg pilih la nak tngok ngan sape.
(dalam hati dah sebak.. sob..sob..)
asben : yeke... bagus la.. abg nak tengok ngan kedua2nya.....
dalam hati aku cakap... waaa.. sampai hati dia.. huhuhu... lama aku nak balas mesej tu..sampai asben aku mesej lagi
asben : marah ker? laaaa awak ni... awak la ex-student tu.... hehehehe... jgn marah ek.. abg gurau jer..

cehh.. betapa la tadi aku rasa sebak nak nangis macam ada batu besar atas kpala rupanya terkena aku hari ni.. adoooiiii.. nak kena btol asben aku nih.. huhu.. 
pelik kan? macam mana asben aku boleh baca fikiran aku pasal nak tngok citer tu masa ni..
hmmm.... ni la orang cakap 'serasi' kot.. perkara ni dah banyak kali berlaku kat kami...
moga-moga ALLAH kekalkan keserasian kami nih....

ermmm.. cakap balik pasal Nur Kasih ni... ramai yang dah pergi memnonton citer ni kata citer ni best!! soo.. tu yang buat sedikit tergoda nak tengok jugak citer ni..


meh kita selongkar ape sangat yang buat orang tertarik nih..

''Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta"   nantikan Nur Kasih The Movie



penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.


ehsan sensasi selebriti

Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni… hehe...
Tiz Zaqyah yang membawa peranan Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.










Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?


ermmmm cam best jer kan??? OK.. soo.. nantikan komen aku lepas tengok citer ni.. tapi ntah sempat ke tidak... hope sembat.. aku tak kira.. asben aku kena bawak jugak.... hohoho....


k... adios!

Friday, March 25, 2011

jalan2 di stadium dan menonton Hikayat Merong Mahawangsa...

sehari selepas balik dari kedah.. my incik asben terus bergegas pulak ke Ipoh.. bawa atlet untuk untuk kejohanan negeri perak ( SUPER)..
sepatutnya asben aku kena tinggal di sana untuk 3 hari 2 malam bersama atlit sampai kejohanan selesai.. tp memandangkan dia tak sanggup meninggalkan isterinya ini... ( cewahh... hahhaaha) maka dia berulang saja dari rumah ke ipoh... kadang2 tengok jadual atlitnya tu, bila ada pertandingan jer baru dia ke stadium.. hehehe..

so pada ketiga kejohanan aku bercadang nak ikot ke kejohanan.. venue di tuju mestilah stadium... tempat acara olahraga.. nak tengok bekas junior aku di sekolah menengah dan junior aku sekarang di maktab...
junior aku dimaktab ni nama dia jevaniswary.. kami sama2 rumah hijau.. aku tau dia ni orang perak bila dia selalu pakai track bottom negeri perak.. macam laki aku pnya. so dari situ, aku tau ni mesti atlit negeri perak. bila kau tanya pasal budak sekolah aku yang pernah mewakili perak, semua dia kenal.. hahaha.. bagos... so, sejak hari tu, kitaorang selalu bertegur sapa bila jumper.

waktu kejohanan SUPER ni, dia masuk 3 acara iaitu 400m, 4x400m dan 800m.. masa aku tengok petang tu adalah acara final 800m wanita.. dan dia yang mewakili daerah kerian dapat tempat ketiga... sori la terlupa nak snap gambar dalam stadium.. hihihihi..




habis acara di stadium untuk sesi pagi... kami suami isteri pun santap la makan tengahhari.. hehe.. lepas perut kenyang.. tengok jam, masih awal lagi... so.. kami pun mengorak langkah ke Jusco Ipoh dengan hasrat nak menonton filem terbaru, Hikayat Merong Mahawangsa..
lepas beli tiket, ada 2 jam lagi sebelum masuk panggung... maka, aku seret tangan asben aku ni pegi cari kasut untuk aku praktikum nanti... tapi biasa lah.. perempuan bila memilih memang la lambat.. selagi tak berkenan, selagi tu la duk pusing cari yang sesuai.. asben aku plak ikot aku dengan muka tak de perasaan jer.. cehh.. hmmm... lastnya aku cakap, biar lah aku pusing jusco tu sorang2.. asben aku pegi la kat surau Jusco.. sempat dia tido 1 jam sampai waktu zohor... hahahha.. nasib la badan..
dan akhirnya.. aku pun tak dapat jumpa jugak kasut idaman yang dicari.. lepas solat zohor, kami pun berpusu-pusu la ke panggung untuk menjamu mata.. hehe..

berbekalkan couple set of pop corn, kami masuk panggung n duduk kat seat couple.. baru aku tahu panggung TGV ada seat macam tuh.... isshhhh..... kurang sesuai aku rasa.... menggalakkan maksiat sungguh.. huhuhhuuhu....





maka selama 2 jam, kami pun menonton filem yang di beri judul 'Hikayat Merong mahawangsa' tersebut....

|
|
|
\/

SINOPSIS

Filem ini berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. stephen rahman yang merupakan tunggak filem ini mendukung watak dengan baik, amat bersesuaian dengan karakter beliau yang berimej keperkasaan.

mimik muka, gestur badan di lihat selari dengan wataknya. Begitu juga dengan watak Khir Rahman (Kamawas) yg berjaya membawakan watak antagonis Watak 'hitam' nya sangat berkesan di hati saya. Dan untuk Wan Hanafi Wan Su (Taji), Nell Ng (Ying Ying) dan Ummi Nazeera (Embok) telah menambahkan lagi warna filem ini. filem ini agak berat kerana berkait rapat dengan sejarah langkasuka iaitu negeri Kedah pada masa sekarang. maka tidak boleh sewenangnya memutarbelitkan faktas sejarah. puka Garuda dalam filem tersebut melambangkan seekor burung garuda yang pernah menghantui dan menjadi ketakutan kepada masyarakat pada masa itu. dan KRU telah berjaya menggarap peranan tersebut dalam filem ini.

|
|
|
\/

PERKAITAN SEJARAH



|
|
|
\/

perkaitan sejarah

hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

komen asben aku selepas tamat citer ni, dia kata bagus dan bagi 4 bintang!!!!

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...