Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, March 20, 2013

perjalanan aku ke interview SPP

hehe... memang dah lambat pon nak citer pasal temuduga tu.. ialah.. dah sampai hujung bulan baru mau citar ka.. aiyoo...
hmm.. tak kira.. nak citer gak walau dah hmpir basi.. hehe...

aku menajalani temuduga suruhanjaya perkhidmatan pendidikan pada 5 march 2013..
bertempat di kompleks perdana menteri, blok B3, Putrajaya.. jam 9.30 am.. bilik 8
hari temuduga tersebut adalah hari selasa dan pastinya incik asben aku kena la bercuti pada hari tersebut untuk antar aku kan........
namun....... tugas incik asbenku sebagai Pegawai teknik merentas desa daerah perak tengah, membuatkan dia sangat sibuk.... dan kebetulan, hari aku ditemuduga adalah hari pertama kejohanan merentas desa di seri Iskandar..

rancangan kami untuk bermalam di putrajaya sebelum tiba hari temuduga terpaksa di batalkan.. 
akhirnya.. kami membuat perancangan tentatif penuh satu hari..
kami bergerak dari rumah menuju putrajaya pada hari kejadian jam 3.30 pagi...
aku bawak jugak babyku, Irdina... sedang dia lena tidur di tengah pagi.. aku angkat dia masuk kereta dan sambung tidur dipangkuan ku.. 
laki aku pon gigih la drive walau kekadang mata disapa ngantuk..
kami tiba di perhentian rehat dan rawat dengkil pada jam 5.45pg... masa untuk mandikan Irdina dan siapkan diriku jua...

                                   

yearghh.. Irdina anak yg kuat.. dia tak nangis mandi air sejuk dari sink tu.. sementara aku mandikan dan siapkan Irdina, incik asben ku tungu subuh dan terus solat subuh..
selesai dia solat subuh, dia pulak jg dina dan aku pulak pergi solat dan tukar baju..
biasa la.. abg cepat gabra bila Dina mula merengek.. sudahnya dia call aku suruh cepat.. adooiii.. nak make cantik2 pon tak sempat.. ahaha....

lepas bekfast n pekena nasi lemak, kami teruskan ke Putrajaya dengan bantuan GPS...
kami sampai di bangunan Blok B3 tepat jam 8.15pg... masa tu la sibuk calling sana, calling sini.. tanya sapa dah sampai sape blom sampai..
ijad n nina dah sampai sebelum aku masa tu.. 
aku call tasha, dia baru nak bersiap... yelah.. tasha duk sewa homestay di Persint 9.. tak kisah la siap lambat sikit.. hiihi..
akhirnya aku daftar masuk sama ngan tasha... masa tu dapat la jumpa semua kawan IPG yang ditemuduga sama... ati.. elyn.. azni.. nina.. tia.. suhaib.. n ada la lagi..
azni makin comei sbb dia prgnant nak masuk 7 bulan..


suasana dalam tempat menunggu giliran temuduga memang sesak.. masing2 duk risau apa bakal dilalui dan ditanya oleh ahli panel.. masing2 sibuk sembang tukar pendapat dan pengalaman...


bagi aku.. alhamdulillah.. urusan temuduga aku bersma rakan sekumpulan boleh dikatakan mudah...
tiada soalan pengetahuan am ditanya. soalah hanya lebih menjurus kepada pengkhususan bidang pengajian iaitu PSV..
keputusan kami terserahlah pada panel...


tempoh urusan temuduga yang agak lama iaitu hampir 4 jam lebih sedikit sebanyak memenatkan dan merunsingkan incik asbenku yang aku tinggal diluar bangunan dengan Dina.. hahhaha... ( baru dia tahu, susahnya jga anak...) siap kena saman sbb tak letak tiket parking... hehehehe
dalam tempoh tu, dia duk mesej.. bila aku nak hbs.. anak dah merengek... adoooii... mujur lah aku bukan jenis kalut.. aku fikir nak interview je.. biarlah abg jg dina.. semua aku dah sediakan.. susu perah, susu formula, lampin kalau dia dah tak selesa... pandai2 la sendiri..



menjelang tengahari... masih tak selesai semua temuduga... akhirnya, aku tak sempat nak tunggu tasha di temuduga.. aku tinggalkan dia ngan atie.. sbb laki aku dah sibuk suruh cepat...
masa aku sampai, tengok dina dah muka monyok dah.. merah n berpeluh.. ciaaannn anak ibu... rupanya dia dah berak.. n ayah dia tak tukar lampin pon... adooiii... abg nih.....
sempat la jugak dina jumpa ngan pakcik ijad n mucik Nina...


pastu... tak tahan dah.. kami terus gerak ke masjid Putra yg letaknya cuma 3 minit dari situ.. hehe..
sampai masjid Putra, aku mandikan dan tukar lampin dina.. kami rest dan solat zohor sekali kat situ........
lepas jalan2 n tangkap gambar sekitar masjid Putra, kami gerak balik.. sebelum tu, gi cari kios Majlis Perbandaran Putrajaya untuk bayar saman.. kena la Rm10.. hehe..
pastu, pusing2 sekitar Percint 3.. n lalu kat jambatan sembilu tu.. hehe
sebenarnya.. aku berhajat nak pegi JJCM kat Taman Warisan Percint 16.. baru la syok.. cuba tempat baru untuk isi perut..
tapi............... permintaan tak dilayan.. laki aku cakap, kita makan je kat RNR.. huhuhuhuhu.......
kami berhenti makan di restoran jejantas sungai buloh..
kami sampai rumah mak aku tepat pkol 6 petang.............. itu pon sempat singgah umah mak mertua plak.. then baru balik rumah malamnya..............
keesokkan hari.. abg kemas2 barang then pergi menginap di stadium.. untuk kejohanan smpai hari jumaat...


hermmmmmm.. begitu lah cerita dan penglaman temuduga saya!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...