Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, June 24, 2009

PAK KADUK >>>> disebalik kisah

"Menang sorak kampung tergadai" sering kali diucapkan oleh ramai orang. Apabila berlaku sesuatu yang diandaikan menggugat kepentingan orang Melayu di negara ini, frasa inilah yang dilafazkan.

Ikon yang acap kali dikaitkan ialah Pak Kaduk, watak 'bodoh lurus' dalam sastera Melayu dan dianggap sebagai setaraf dengan Lebai Malang dan Pak Pandir. Walaupun kisah Pak Kaduk dilihat sebagai kisah teladan dalam cerita rakyat, namun kewujudan Pak Kaduk di alam nyata turut diakui oleh penduduk sekitar Lambor di Parit, Perak. Tanyalah individu yang lahir di Lambor atau yang pernah hidup di situ. Adakah mereka berani memakan ikan tapah?
Pak Kaduk dan ikan tapah amat sinonim kerana menurut cerita lisan masyarakat tempatan, di dalam perut ikan tapah itulah Pak Kaduk diketemukan dengan emas yang membantunya untuk menebus kampungnya yang telah tergadai. Atas �sumbangan� ikan tapah itu, Pak Kaduk bersumpah agar keturunannya tidak boleh memakan dan memegang ikan itu. Sekiranya sumpah tersebut dilanggar, beberapa kesan fizikal seperti gatal-gatal akan dialami.
Sama ada terdapat kebenaran pada kisah tersebut, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Penulis bagaimanapun pernah dibekalkan salasilah keturunan Pak Kaduk dan dimaklumkan bahawa saki-baki emas itu masih diwarisi keturunannya hingga kini.
Signifikan kisah Pak Kaduk dan "menang sorak kampung tergadai" dengan sistem pemerintahan tempatan amat jelas khususnya yang berkait dengan peranan pembesar yang menjadi penasihat istana. Pak Kaduk ialah seorang pembesar desa yang berasal dari Siak dan memiliki seekor ayam jantan yang bernama Biring Si Kunani.
Ayam ini tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan dalam acara sabung ayam. Pada masa itu, acara sabung ayam masih menjadi acara tradisi masyarakat Melayu. Ironinya, raja yang memiliki kuasa pemerintahan mutlak pada masa itu turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan ekonomi rakyatnya termasuklah acara sabung ayam.
Apabila menyedari ayam baginda tidak mungkin dapat menewaskan ayam sabung Pak Kaduk, suatu konspirasi dirancang. Perancangnya ialah golongan pembesar istana dengan objektif utamanya adalah untuk menjaga air muka raja dari segi sosialnya dan menjaga kepentingan ekonomi raja kerana setiap acara sabung ayam ada taruhannya.
Ayam Pak Kaduk ditukarkan dengan ayam raja dan taruhan acara sabung ayam itu ialah kampung halaman tanah milik Pak Kaduk sendiri (ada cerita yang mengatakan termasuk isteri dan anak-anaknya).
Mangsa dalam agenda pembesar istana ialah Pak Kaduk yang dipotretkan sebagai orang yang bodoh. Potret ini berjaya hingga kini malah tertanam dalam setiap minda orang Melayu.

Benarkah Pak Kaduk seorang yang lekeh dan bodoh?

Pak Kaduk seorang pembesar desa dan memiliki seekor ayam jantan yang tidak mampu ditewaskan oleh mana-mana ayam jantan termasuklah ayam milik raja. Jika Pak Kaduk seorang yang bodoh, mana mungkin memiliki seekor ayam yang hebat atau kampung halaman yang luas. Kekuatan ayam itu dalam masyarakat Melayu feudal melambangkan kehebatan pemiliknya.
Pak Kaduk seorang pembesar desa atau jajahan yang hebat tetapi pembesar istana pada masa itulah yang bertanggungjawab mencipta cerita negatif tentang Pak Kaduk bagi menjadikan perancangan dan konspirasi mereka halal dan wajar. Maka lahirlah frasa paling popular untuk menunjukkan kebodohan Pak Kaduk iaitu "menang sorak kampung tergadai".

Dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu, frasa menang sorak kampung tergadai masih diungkapkan sebagai suatu peringatan tentang kealpaan masyarakat Melayu dalam menangani situasi zaman yang telah berubah dan sistem pemerintahan yang jauh berbeza. Namun, tidak ramai yang cuba mengungkapkan faktor-faktor frasa tersebut boleh wujud malah kisah Pak Kaduk sering kali ternoktah di situ.

Umum dilihat sepakat tidak menyorot kisah Pak Kaduk selepas menang sorak kampung tergadai. Malah lebih malang Pak Kaduk dijadikan kambing hitam dan teladan negatif tentang kebodohan dan kealpaan manusia Melayu. Pak Kaduk hanyalah antara rakyat yang bodoh, tidak berfikiran panjang, tiada wawasan, tidak tahu berkata "tidak" dan segala bentuk kebodohan dipalitkan kepadanya.
Usaha Pak Kaduk untuk menebus semula hartanya tidak pernah dijadikan teladan positif malah yang anehnya kejelekan perancang konspirasi terhadap Pak Kaduk berjaya disembunyikan daripada penilaian dan pentafsiran umum.
Oleh itu, penulis berpandangan bahawa frasa "menang sorak kampung tergadai" berlaku disebabkan kealpaan dan kerakusan banyak pihak.
Pertamanya ialah dasar pemerintah itu sendiri. Dalam sistem yang mengamalkan raja sebagai pemerintah mutlak, peranan baginda adalah ibarat payung yang menaungi rakyatnya untuk berteduh. Sebagai payung, raja tidak harus berteduh di bawah payungnya sendiri. Dalam erti kata lain, raja tidak seharusnya terjebak atau berebut kepentingan yang sama dengan rakyatnya.
Jika rakyat pada masa itu masih mengamalkan acara sabung ayam, raja perlu mengawasinya agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti pergaduhan atau taruhan yang melampau dan bukannya bertindak sebagai salah seorang pemain. Jika berlaku perebutan kepentingan, maka rakyat akan kalah atau sengaja mengalah dan memberikan kepentingan itu untuk raja atas kapasiti tidak mahu derhaka, menerima konsep daulat dan tulah raja.
Dalam sistem pemerintahan moden, peranan raja masih sebagai payung untuk rakyatnya berteduh tanpa mengira fahaman politik, anutan agama dan kepelbagaian etnik. Peranan pentadbiran dilakukan oleh kuasa eksekutif dengan dasar-dasar yang membela rakyatnya. Dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat yang menjadi fokus.
Jika raja dan eksekutif benar-benar berpaksikan dan menjaga kepentingan rakyat, situasi "menang sorak kampung tergadai" tidak mungkin berlaku. Rakyat yang sememangnya berhak untuk mendapatkan pembelaan tanpa mengira fahaman politik, agama dan etnik perlu diberikan haknya.
Raja dan eksekutif tidak seharusnya terlibat dalam sebarang bentuk kepentingan yang sama dengan rakyat sama ada dari segi ekonomi atau sosial tetapi perlu memastikan sebarang bentuk yang mengurangkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan dalam pentadiran dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.
Keduanya ialah peranan pembesar atau penasihat istana yang tidak berfungsi untuk memperkukuh fungsi raja sebagai payung. Mereka memberi nasihat yang salah, iaitu raja perlu menjadi salah seorang pemain dalam acara tersebut dengan meletakkan taruhan sebuah kampung, iaitu simbol harta milik rakyat.
Raja perlu mengambil kesempatan ini kerana pembesar istana sedia untuk merancang konspirasi menukarkan ayam baginda dengan ayam Pak Kaduk. Pembesar istana seharusnya bersikap sokong mengukuhkan pagar dengan menasihatkan raja bahawa baginda tidak perlu masuk campur dalam acara kampung yang melibatkan kepentingan ekonomi dan sosial rakyat atau tidak meletakkan kampung halaman Pak Kaduk sebagai syarat taruhan.
Pembesar istana berselindung di belakang raja dan yang dilihat adalah pertembungan antara raja dengan rakyatnya. Mereka tergamak merampas tanah Pak Kaduk dengan cara tipu helah dan konspirasi yang licik sehingga tiada apa-apapun harta milik Pak Kaduk yang tinggal. Pak Kaduk menjadi mangsa pembesar istana untuk menambahkan koleksi harta raja dan mengekalkan kemuliaan mereka pada pandangan umum.
Dalam merancang konspirasi ini, apakah bentuk perbincangan antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk? Adakah wujud unsur-unsur ugutan hingga Pak Kaduk sanggup menukarkan ayam sabungnya dan pada masa yang sama mempertaruhkan semua hartanya?
Perkara-perkara tersirat yang berlaku antara pembesar atau penasihat istana dengan Pak Kaduk tidak pernah dibincangkan secara terbuka sedangkan pelaku utama tercetusnya menang sorak kampung adalah dalam kalangan yang rapat dengan istana. Mereka boleh sahaja menukarkan ayam Pak Kaduk tetapi tidak meletakkan kampung halaman beliau sebagai taruhan. Kenapa pembesar atau penasihat istana tidak melakukan perkara begini?
Matlamat mereka hanyalah diri mereka sendiri dengan meletakkan keselesaan raja sebagai pelindung kerana jika raja dalam keadaan selesa, mereka juga akan selesa.
Jika dinukilkan kisah ini dengan sistem pemerintahan moden, pembesar atau penasihat istana adalah kalangan mereka yang dari segi pendidikannya jauh lebih bijak. Jika "menang sorak kampung tergadai" tidak ingin diulangi, mereka seharusnya benar-benar berfungsi untuk memperkukuh institusi raja dalam konteks raja berperlembagaan.

Bagi rakyat terbanyak, walau apapun yang dilakukan oleh raja dan pembesar istana namun ketaatan dan kesetiaan kepada raja tidak terurai. Apabila Pak Kaduk bersorak melihat ayam miliknya yang telah berpindah milik itu menang, dia tetap bersorak kerana baginya yang menang ialah rajanya.
Tanahnya digadai kepada rajanya sendiri kerana Pak Kaduk sedar dalam apa-apa situasi sekalipun, rakyat akan mengalah dengan kehendak rajanya.
Oleh sebab itulah Pak Kaduk tidak pernah menyusahkan rajanya untuk merayu bagi mendapatkan semula tanah kampung halamannya kerana dia sedar jika raja berfungsi sebagai payung yang menaungi rakyatnya, raja dan penasihat baginda tidak akan tergamak mengambil hartanya.
Sesuatu yang masyarakat umum lupa atau sengaja dilupakan adalah tanah yang tergadai itu ditebus semula oleh Pak Kaduk tanpa bantuan raja atau pembesar istana. Maknanya, dalam erti kata lain rakyat sendiri yang akan menebus harta mereka akibat kerakusan pemerintah mereka sendiri.
Kisah Pak Kaduk sebenarnya tidak berakhir di situ. Setelah hartanya ditebus kembali, beliau dilantik sebagai salah seorang pembesar istana untuk membantu raja membawa balik Puteri Limau Purut.
Walaupun pelbagai interpretasi boleh ditafsirkan namun kisah Pak Kaduk dan menang sorak kampung tergadai tidak harus dilihat sebagai hanya kealpaan rakyat tetapi perlu juga ditafsirkan sebagai manifestasi kerakusan dan keegoan pemerintah serta individu di sekeliling mereka dalam melaksanakan fungsi dan peranan mereka.

fikir2kan lah.
siapakah yang anda mahu jadi, raja, penghulu , pak kaduk atau cukup sekadar sebagai rakyat jelata yang hanya tahu sekadar memandang...

coming back..

salam..

dah lame aku tinggalkan blog ni dan hanya datang menjenguk sesekali. mungkin kerana ketandusan cerita dan bahan pastu ditambah dengan masa yang agak menghimpit maka blog ni sepi sementara tanpa post yang baru.
then, sekarang I'm coming back.. cian plak kat sape2 yang bukak blog ni but nothing happen. hehehe..

hari ni, aku just nak citer pasal musim cuti yang baru berlalu ni.
kami dapat cuti selama tiga minggu ditambah plak dengan aku yang balik awal sebelum cuti bermula menjadikan cutiku selama 23 hari. hampir2 satu bulan.
kalo yang lain2 banyak menghabiskan cuti dengan berjalan2 atau melancong ke tempat orang, tapi aku banyak menghabiskan masa kat rumah je dengan suami tersayang. di tambah lagi dengan jadual dan komitmen suami pada sekolah. walau cuti, dia tetap sibuk dengan kerja sekolah. maklum la musim exam. banyak sangat paper students yang kena disemak. aku plak just tokong menyibuk je. hehehe..

pada minggu pertama kami bercuti, aku dan suami banyak kuar beli barang untuk melengkapkan isi rumah kami tu. dan kadang-kadang menghadiri jemputan kenduri kahwin. itu la bezanya aku ngan kawan2 aku yang still single ni. korang tak yah pikir samaada nak pergi kenduri atau tak tapi macam aku ni, kalau tak pergi apa plak orang cakap sebab aku dah jadi salah seorang komuniti masyarakat dan kejiranan.
ada satu hari, suami aku ajak aku gi tengok wayang. cerita 'Syurga Cinta" time tu. sebab sebelum balik rumah, kawan2 aku beriya ajak aku gi tengok sekali tapi aku tak ikut. aku bagi tau suami yang aku nak tengok ngan dia. untuk tak mengecewakan aku, tu yang kami pergi pada hari tu. ermmm, aku rasa itu lah tempat paling jauh aku pergi sepanjang cuti ni.. sian tak aku. huhuhuhu..

seminggu sebelum persekolahan bermula, suami aku jadi jurulatih pengiring ke Termasya Sukan Perak (SUPER) peringkat negeri yang berlangsung kat Stadium Ipoh.
aku habiskan masa kat rumah mak aku je.

bila masuk musim persekolahan, aku duk kat umah je. bila suami kuar berkerja, baru la aku rasa aku btol2 jadi surirumah. dari pagi buat kerja2 seperti kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan then masak makan tengahhari. memang terasa penatnya.
baru la aku paham kenapa mak aku selalu membebel bila aku tak tolong dia buat kerja. cam ne la bila aku dah ada anak nanti. hehe..
tapi bila suami balik dan makan sekali ngan kita, memang terasa sejuk hati. kadang2 tu, aku takkan makan kalau tak de suami aku teman. kalau dia dah makan kat sekolah dan tak balik makan kat rumah, maka aku pun tak akan makan. hmmm, teruk jugak penangan bersuami ni..

bila cuti aku tamat, rasa sebak plak nak balik. sian plak terpaksa tinggal suami. terpaksa lah dia iron baju kerja sendiri setiap pagi.
tapi apakan daya, aku masih ada komitmen di sini...

Friday, April 24, 2009

PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) siri 2, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ambilan Januari 2009 bagi unit Bahasa Cina Pendidikan Rendah, Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah telah dijalankan selama 4 hari 3 malam bermula pada 06 april hingga 09 april bertempat di Stesen Penyelidikan Sains Marin (SPSM), Fakulti Sains, UPM di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini dijalankan bagi menampung 35% keperluan bagi menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan kami dengan cemerlang. Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna.

REFLEKSI AKTIVITI KEYAKINAN DAN KESELAMATAN DI AIR

Aktiviti keyakinan dan keselamatan di air dijalankan pada hari kedua perkhemahan. Setelah selesai senaman pagi dan bersarapan, kami diminta untuk mengangkat kayak daripada tempat simpanan untuk aktiviti kami pada hari tersebut. Pertama kali sampai ke pantai untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya. Bunyi ombak yang kuat amat mengasyikkan. Ombak yang tinggi, besar dan kuat menyedarkan saya betapa kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Saya tidak pandai berenang, ini menambahkan lagi kegerunan saya untuk berhadapan dengan aktiviti ini. Adalakah saya mampu untuk mengatasinya.
Sebelum ini, saya pernah mengikuti aktiviti berkayak semasa saya dalam Program Latihan Khidmat Negara. Namun pengalaman yang saya dapat kali ini amat berbeza berbanding pengalaman yang saya dapat semasa PLKN dahulu. Dahulu, saya hanya berkayak dalam kolam yang tenang tanpa bergelora walau seinci pun. Kali ini, saya menghadapi alam semulajadi ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan dan juga menakutkan.
Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, kami telah dibawa berjalan hingga ke tengah lautan dengan paras air mencapai dada. Setibanya di satu kawasan, jurulatih meminta kami mengapungkan diri dan memusingkan badan di dalam air. Kemudian, saya dan beberapa orang rakan diminta menganggalkan jaket keselamatan yang saya pakai sebelum berusaha mengapungkan diri secara manual. Saya masih lagi boleh bertahan dan biasa dengan keadaan ini. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan sikap yang tabah dan dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan, tidak seperti segelintir rakan saya yang takut-takut untuk mencuba dan menjalankan aktiviti yang diarahkan biarpun air dan ombak ketika itu agak tenang. Beginilah keadaan dalam kehidupan seharian dan senario seorang guru iaitu, perlunya kita bersikap tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan kerenah orang disekeliling kita. walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan.
Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja untuk mencuba. Pengalaman yang saya lalui semasa di Kem latihan PLKN mungkin amat berbeza dengan apa yang bakal saya lalui dalam perkhemahan ini. Jurulatih meminta kami mencari pasangan masing-masing untuk berkayak dan saya telah memilih sahabat saya, Noor Fadhilah Binti Mat Hassan. Saya amat berharap, saya dapat mengharungi aktiviti ini
Saya telah menjadi pengemudi iaitu orang yang duduka di belakang kayak. Alhamdulillah, saya dapat meneruskan kayak saya biarpun ombak pada saat itu sudah mulai bergelora. Rakan saya juga mulai mengadu sakit tangan memegang pandle dan mengawal kayak. Namun bagi saya, selagi saya mampu saya cuba sehabis baik dan membantu rakan saya untuk sampai ke tempat yang dituju dan tidak hanyut di bawa ombak. Saya dapat melihat beberapa orang kayak yang hanyut ke tengah lautan dan terpaksa dipandu oleh jurulatih ke laluan yang sebenar. Disinilah saya dapat merasai perasaan bagi orang yang menjadikan lautan sebagai sumber pencarian rezeki dimana mereka terpaksa berhadapan cabaran gelora setiap hari. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman berjaya melepasi ombak-ombak. Pada masa itu, saya berasa sangat teruja dan gembira. Berkat usaha dan penat lelah, akhirnya berjaya juga. Dalam kehidupan ini, kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Walaupun, kadang-kadang kita karam seperti menaiki kayak tadi, namun kita harus bangun dan bermula semula. Jika kita tersilap mengemudikan kayak, jangan jadikan kesilapan itu kekalahan kita, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk mengubah cara kita mengemudikan kayak kita pada percubaan yang kan datang. Begitu juga dalam hidup ini, sekiranya kita gagal kerana kita tersilap langkah, maka jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang kembali kesilapan tersebut pada masa yang akan datang.
walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti berkayak ini amat berguna. Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.
REFLEKSI AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebut. Sesi LDK ini telah dikendalikan oleh ketua fassilitator, Tuan Hj Mohd Ali Bin Jaamat.
Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Setiap manusia dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari. Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan Perguruan.
Dalam sesi seterusnya iaitu sesi motivasi kepuasan kerjaya, kami telah diberikan satu senarai sebab kami memilih guru sebagai kerjaya mengikut keutamaan sebab itu. Sesi ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi diri seseorang terhadap kerjaya yang dipilihnya. Setiap orang memilih kerjaya berdasarkan Faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor inilah yang menjadi pendorong atau motivasi kepada diri seseorang untuk melakukan yang terbaik dalam kerjayanya. Faktor-faktor ini biasanya dibuat berdasarkan kepentingan, kecenderungan dan minat seseorang itu.
Daripada aktiviti ini, kami ditunjukkan dengan graf tentang hasil kerja dan hubungan kita dengan persekitaran dan rakan sekerja. Oleh itu, kita mampu mengenal diri dan cuba membaiki diri pada pada yang lemah dan kurang agar kita mampu diterima dengan baik dan dapat melaksanakan tugasasn dengan selesa bersama dengan orang lain. Ini kerana, sebagai seorang guru, kita bakal berinteraksi dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat. Betapa perlunya kita bijak mengawal keadaan dan bersedia untuk dicampakkan kemana sahaja.
Sesi terakhir adalah penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Kami diminta untuk meluahkan apa yang kami rasai dan cuba menghargai orang yang telah bersma-sama dengan kami sepanjang perkhemahan ini.
Kita haruslah menerima diri kita seadanya. Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita sendiri. Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan mantap. Oleh itu, kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita. Tidak dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar untuk diubah. Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah. Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap mereka. Orang disekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka. Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.

REFLEKSI AKTIVITI DARAT (JUNGLE TREKKING)

Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle trekking semasa Program Bina Insan Guru, saya tidak merasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti yang sama pasti memberi pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Sebelum menjalankan aktiviti jungle trekking, kami diberikan taklimat tentang apa yang patut kami lakukan sepanjang aktiviti ini dan peralatan yang patut kami bawa sebagai peralatan ketika menjalankan aktiviti di tengah hutan.
Setelah tamat menerima taklimat, kami menyiapkan segala peralatan yang perlu kami bawa seperti bekalan air bersih yang mencukupi, peralatan serta bahan untuk memasak seperti yang telah ditetapkan.
Seperti aktiviti air, kami juga turut dibahagikan kepada dua buah kumpulan besar untuk aktiviti kayak ini.
Aktiviti jungle trekking kami bermula di Taman Rekreasi dan Hutan Simpan Tanjung Tuan, Melaka. Sebelum bergerak ke dalam hutan, sekali lagi kami menerima taklimat daripada pensyarah yang mengiringi kami. Kami diberi tahu tentang adab dan pantang di dalam hutan selain kami diingatkan tentang tugasan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5 jenis tumbuhan dan lima jenis haiwan yang kami temui sepanjang perjalanan ini.
Hutan sememangnya satu ciptaan Tuhan yang amat mengagumkan. Pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan tersebut. Udara amat segar dan nyaman. Hutan yang menghijau dan cantik, di tambah dengan bunyi unggas, dan tumbuhan yang menghijau. Sepanjang perjalanan, kami meredah bukit dan lurah yang cerun dan curam, kawasan batuan yang licin dan berbahaya dan banyak lagi halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan . batu-batu yang besar dan licin amatlah berbahaya jika kita tidak berhati-hati. Ini mengajar saya tentang kehidupan kita agar jangan menilai sesuatu berdasarkan kecantikan luaran sahaja. Manusia sering terperangkap dengan kecantikan, dan terlepas pandang nilai-nilai dalaman yang jauh lebih baik. Pengajaran yang saya dapat di sini ialah jangan membuat pilihan berdasarkan rupa yang dapat kita lihat, tetapi lihatlah juga nilai-nilai dalaman yang terdapat dalam pilihan kita.
Kepenatan kami reda seketika apabila kami tiba di Rumah Api Tanjung Tuan. Kami telah disajikan dengan permandangan alam ciptaan Allah yang amat menakjubkan. Pemandangan laut selat melaka dengan air yang biru dan tompokan batu besar yang kelihatan kecil dari pandangan atas. Satu perasaan tenang dan amat indah dapat saya rasai. Saya sedar, betapa penting dan perlunya kita menjaga dan memastikan alam yang dipinjamkan kepada kita ini dijaga sebaiknya.
Kami meneruskan perjalanan kami masuk semula kedalam hutan, untuk sampai ditepi pantai dan memasak bekalan makanan yang kami bawa disana. Setibanya kami disana, kami memasak bekalan yang kami bawa dengan peralatan yang ada dan dengan keperluan yang amat terhad. Namun yang demikian, saya tetap berasa bangga kerana setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang amat baik maka setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Selesai memasak, makan tengah hari dan membersihkan peralatan yang kami telah gunakan itu, kami membersihkan kawasan sekitar dan meneruskan perjalanan kami untuk sampai ke penghujung. Saya berasa sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong menolong untuk mengangkat barang-barang. Dalam keadaan dunia sekarang, kita akan mula mementingkan diri dalam dua keadaan iaitu terlalu gembira dan kesusahan.
Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya kami telah berjaya menamatkan jungle trekking kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan pada jam 2.00 petang.



REFLEKSI AKTIVITI DARAT ( TEORI & AMALI ASAS IKATAN)

kami menjalankan program kami yang pertama iaitu aktiviti teori & amali asas ikatan dibawah seliaan Encik Ahmad Patakon Bin Karino. Aktiviti ini telah dijalankan pada sesi petang hari pertama di pusat perkhemahan tersebut.
Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan dikehendaki mendirikan satu gadget daripada 15 batang buluh yang boleh memuatkan keseluruhan ahli dalam kumpulan iaitu seramai 30 orang. Memang saya pernah menjadi seorang ahli pengakap ketika dibangku sekolah dulu, namun setelah agak lama meninggalkan sekolah dan tidak dipraktikkan, saya mulai lupa tentang asas ikatan dan cara untuk melakukannya. Kami mengadakan sedikit perbincangan ringkas dikalangan ahli kumpulan tentang bagaimana dan apa yang patut kami lakukan untuk menghasilkan gadget tersebut. Setelah lama berbincang, kami sendiri masih belum mendapat gambaran sebenar tentang apa yang akan kami dirikan. Bila melihat kepada kumpulan yang satu lagi, kami mulai risau dan gelabah apabila, kerangka binaan gadget mereka sudah mulai kelihatan dengan hasil ikatan yang kemas. Saya katakan kepada diri saya dan rakan agar melakukan sebaik mereka. Walaupun, ia dianggap sebagai meniru, tapi saya amat berharap kumpulan saya juga akan melakukan sebaik mereka. Apabila masa sudah tamat, semua peserta diminta mempamerkan hasil ciptaan dan menguju ketahanan gadget yang kami dirikan. Siapa tahu, gadget yang kami sangkakan akan roboh dan kurang berpotensi daripada kumpulan yang satu lagi ini masih mampu berdiri teguh daripada gadget kumpulan lawan yang kecundang di awal percubaan lagi. Dari sini saya mula memahami, netapa kita tidak boleh menilai sesuatu berdasarkan luaran. Luaran yang baik dan kemas tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik dan begitu kuga sebaliknya. Apa yang perlu adalah kepercayaana dan keyakinan pada diri kita sendiri. Refleksi bersama fassilitator mengenai aktiviti ini ialah, sebelum kita menghasilkan sesuatu, betapa pentingnya kita mempunyai perancangan yang baik seterusnya perlaksaan yang berkesan. Misalnya, sepanjang aktiviti kami diberikan tekanan tentang masa yang suntuk untuk menyiapkan gadget tersebut. Dari sini, kita perlu sedar tentang betapa perlunya mengawal emosi secara baik untuk mendapatkan hasil tugasan yang sempurna. Seterusnya, motif disebalik aktiviti ini ialah struktur dan asas yang kukuh itu penting untuk membina sesuatu yang mantap. Begitulah, dalam kehidupan realiti kita bahawa asas, organisasi dan stuktur yang kukuh perlu diwujudkan sebelum melakukan sesuatu. Di samping, perlunya wujud kerjasama, dan saling bantu-membantu di kalangan ahli, kerana tanpa pasak yang kuat kita tidak mungkin akan berada di atas.

projek imitasi - pencil colour drawing

ni saya nak citer n kongsi pasal salah satu projek seni kitaorang semester ni.. qctually ktarang kena wat pasal, tembikar, arca n salah satunya adalah projek imitasi ni. projek ni adalah, hasil kerja yang kita lakukan dengan meniru atau menghasilkan karya daripada karya yang telah sedia ada dengan menggunakan media yang berbeza. so, untuk projek ni, kami diarahkan membuat imitasi dari mana2 karya atau lukisan pelukis terkenal sama ada dalam atau luar negara dengan menggunakan pensel warna.
oleh yang demikian, saya telah memilih karya bertajuk, Drama Queen, Double Hibiscus oleh Fawn McNeill yang telah dihasilkan oleh beliau menggunakan media akrilik atas kanvas berukuran 24 inci X 30 inci pada bulan february 2009....

saya akan mengimitasi karya ini kepada sebuah lukisan media kering dengan menggunakan pensel warna bersaiz A3..

bukan senang nak menghasilkan sesebuah karya. nama je meniru. tapi nak meniru pun kena ada kemahiran, gaya, dan style. kalo tidak, cacat la karya kita... hehehehe..

untuk menyiapkan projek ni, semua aspek perlu diambil kira, dari berat kertas yang digunakan sehinggalah kualiti pensel warna yang akan digunakan.
















proses pertama adalah, membuat sketching atau lakaran



proses ni tak la mengambil masa yang lama. biarpun saya seorang yang amatur dalam kerja2 sebegini, tapi berdasarkan pengamatan yang agak tinggi, lakaran dapat saya siapkan dalam masa 2 jam. tapi bagi yang dah mahir 2-3 minit je pun dah bleh settle. ini memang kenyataannya.



setelah lakaran siap, proses mewarna sudah boleh dimulai.
pertama sekali adalah dengan mewarnakan pada lapisan pertama iaitu warna asas. saya menggunakan warna kuning sebagai warna lapisan pertam




seterusnya, baru la lukisan diwarnakan dengan teliti satu persatu. memang banyak gaya dan style yang boleh digunakan okeg semua orang untuk berkarya, dan ini cara saya.






saya mula mewrarnakan daun yang pertama dan berusaha untuk menghasilkan karya yang sama sepenunya dengan gambar asal namun itu agak mustahil dengan kemampuan say



proses mewarna ini memang agak mengambil masa yang lama. ini kerana untuk mendapatkan warna yang sebenar atau warna yang telah dihasilkan dalam karya yang sebenar, kita tidak boleh terus menggunakan warrna yang telah sedia ada bahkan harus mencampurkan beberapa jenis warna sebelum warna yang sebenar diperolehi. selain itu, memang dapat dilihat warna pada karya sebenar agak gelap dan seolah olah menggunakan warna hitam. namun dalam setiap lukisan, warna hitam memang tidak wujud.



setelah semua subjek siap diwarnai, barulah saya memulakan untuk mewarnai background atau lukisan datarnya.














setelah bertungkus lumus menyiapkannya dan mengadun warna entah untuk keberapa kalinya maka siaplah hasil lukisan imetasi ni...



setelah lukisan atau projek ini siap semua lukisan akan dihantar kekedai untu tujuan kekemasan dan memasang frim..



Thursday, April 16, 2009

Dari Berita Harian 11 April 2009

Nafas Ekspatriat

tatkala perjalanan merentas
ruang jasad yang terbatas
jauh fikiran mencatas
imaginasi yang luas

himpunan indah fatamorgana
di balikan serakan fana
ketika bulan dan bintang
menjadi lukisan kehidupan

di sana, di kilauan impian
ada tapak-tapak persinggahan
memanjang sebagai tetamu
di kala sepi terjamah rindu

telah musim-musim perantauan
menguntum mengharum taman
wajah-wajah dan nama-nama
mengisi waktu yang mesra
bersama sejengkal memori

di rentetan saujana hari
selangkah lagi, menapak diri
mengukur jejak mentari
ke depan atau ke belakang
meneroka atau mengulang
ekspatriat ini manis menghargai
sisa-sisa nafas duniawi!

Monday, February 23, 2009

subjek perkembangan kanak-kanak

kelas pendidikan untuk subjek perkembangan kanak-kanak berlangsung selama 4 jam pada 20hb yang lalu.. lecturer ktaorang buat kelas ganti sempena ketiadaannya minggu lepas kerana menghadiri persidangan di Genting Highland bersama DBP..

untuk pengisian sepanjang hari ni,lecturer kami yang baik dan tegas ni, iaitu pn azlina Ahmad dah sediakan beberapa aktiviti supaya kami tak bosan dan mengantuk... hehehe... itu memang penting..

pn Azlina buat satu aktiviti iaitu forum tentang teori kematangan dan perkembangan yang telah diutaarakan.
kumpulan aku dapat tajuk 'Teori kematangan biologi oleh Arnold Gisell'...
bagi aku, nasib baaik tajukni tak la begitu merumitkan... dengan bebekalkan pembacaan dan bahan yang tidak begitu mencukupi, kumpulan aku yang terdiri daripada aku, ilah, sepu dan shafikah telah berjaya menjawab semua soalan yang diutarakan dan hampir tepat.. bangga gak jadi popular sebentar. hehehe...
seperti yang diketahui, kajian Arnold Gisell lebih menekankan bahawa baka lebih penting dalam perkembangan kanak-kanak. dia terdiri daripada 5 peringkat yang merangkumi peringkat umur bayi yang baru lahir sehingga umur 5 tahun iaitu pelajar tersebut telah bersedia untuk memasuki alam persekolahan.

setelah tamat 2 kumpulan yang menjalankan forum, kami pergi melawat sekolah Pra sekolah yang berada berdekatan dengan library kampus je..
wahhhh... mcam best je, bla berada dikalangan kanak- kanak pra sekolah.. banyak ragam yang boleh diperhatikan . ada yang hyperaktif dan ada yang suka menyendiri.. rasa bangga tu lahir bla ada orang yang oanggil kta cikgu... nampaknya bertapa satu persediaaan yang begitu padu disediakan sebelum kta layak menjadi seorang guru sebenar.

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...