Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, June 26, 2013

Postingku di Kuala Lumpur.



SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN LANTIKAN TETAP TAHUN 2013 AKHIRNYA TELAH DIKETAHUI.........
Hmmmm... lama betul rasanya menganggur.. yaa... 8 bulan...

hari ni, Irdina genap 8 bulan dan ibu juga dapat keputusan rasmi penempatan (posting) guru yang selama ini dinanti..
apa nak dikata, takdirnya bermula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. yee.. kota metropilitan. ibu negara Malaysia...
namun tetap bersyukur, dapat jugak sebelah semenanjung... kalo nak dibandingkan dengan rakan seangkatan terutamanya rakan sekelas yang kebanyakkannya ditempatkan jauh menaiki belon ke sabah dan sarawak.. dan kebanyakkan yg dapat posting KL ni, adalah mereka yg bergelar PUAN.. ( dah kawen la tu).. syukurlah nak!
waktu 1st time bg tau incik asben dapat KL, dia macam takleh trima... yer lah.. dah selesa duduk sama, kini nak duk asing balik... huhuhuhu.. namun apakan daya.. keputusan dah dikeluarkan.. terpaksa lah redha je...
dan sekarang teruskan lah berdoa untuk dipermudahkan urusan seterusnya.. cekal dan tabah dengan rintangan mendatang... bukak hati.... tenang lah menghadapinya....

ermmm... pertama sekali adalah masalah anak....
Irdina masih kecik, masih menyusu badan... delema jugak sebenarnya nak bawak gi KL atw tinggal di kampung... siap berebut2 dengan ayahnya.... nak kena ikot sape.... dua2 nak anak ada ngan dia.. adoii..
berat hati aku nk buat keputusan... 
nak dibawak ke Kl, aku sendiri belum tahu cam mana keadaannya.. sape nak jaga kat sini.... check up dengan hospital lg mcm mana.... hmm.. 
nak ditinggal, mcm mana pulak dengan susu dan masa tidurnya yg nak sntiasa ada ibunya... kalo ayahnya sekolah sape pulak nk jaga... boleh ke ayahnya nk urus dia.. haii.. mcm2 yg bermain...
tapi siyes aku mcm tak mampu je nak berpisah ni.. huhuhuu..

masalah kedua pulak, 
kalo aku dapat tengah bandaraya atau kawasan sekitar sekalipon.. mcm mana aku nak bergerak ni???? nak bawak kereta ke tak?? atw nak guna LRT jer? nak duduk kat mana? cam mana nak beli barang? jam ke tak?
haii... buntu juga... 

ntah lah.. apa yg termampu sekarang adalah teruskan berdoa moga semua urusan selepas ni dipermudahkan oleh ALLAH.... moga ALLAH tunjukkan jalannya...

feeling sensetip skrang ni.. touchung terlebih... huaaaaaa...

apa yg penting 1 julai akan berkumpul di JPN wilayah persekutuan Kuala Lumpur. harap sangat2 dapat sekolah yang ada persekitaran yang sgt2 positif. diterima oleh guru dan murid di sekolah tu.. harap, dapat rumah sewa dekat dengan sekolah dan kemudahan lain.. huhu.. moga ALLAH bantu diriku ini..

#arghhh.. delema guru baru!

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...