Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, March 21, 2013

cucu 2012


ingat lagi tak saya pernah pos pasal pesona menantu encik osman...
nak baca lg?? klik sini......... dalam post tu.. saya citer kan pasal persama kami sebagai menantu kepada keluarga almarhum hj osman...

haaaaaaaa.. hari ni, sy nak share satu lg persama antara kami.....
|
|
V

alhamdulillah... dengan izin ALLAH.. kami telah menjadi ibu pada tahun yang sama iaitu tahun 2012.......
walau ada yang awal tahun dan hujung tahun........ tp............. anak-anak sulung kami sebaya................

anak-anak tahun naga 2012





~ Baby haziq ~

      

NAMA : muhammad 'Aisy Haziq Bin Azlan
baby of : Sahanura Abu Bakar
Tarikh Lahir : 04 Januari 2012


 ~ baby Irdina ~














nama : Irdina Safiyya Bt Idris
baby of : Intan Suriana Mohidin
tarikh lahir : 25 Oktober 2012


~ baby Auni ~








nama : Nur auni Alisya Bt Mohd Azuan
baby of : Munirah Ismail
tarikh lahir : 14 september 2012


yaiiii............... kami sepupu setahun!!
nanti kami masuk skolah tahun yang sama....
mama2 jgn nak banding2 yer........... semua anak cikgu la katakan.. hihi...


ALHAMDULILLAH....................


Wednesday, March 20, 2013

panas membahang....



sejak dua tiga hari ni.. rasa keadaan panas berbahang sanagt... haii.. malaysia is hot... hahaha...
yer lah apa tidaknya.. siang malam terasa panas.. pasang kipas pon pakai speed maksimum..
rasa macam nak pasang aircond setiap penjuru umah.. haha...
rasanya.. kat mna2 tempat pon sama jer...

kat umah ni, kami dah tak tdo kat bilik dah.. tdo luar bilik jer.. senang n lapang..
Irdina pon yang selalunya tdo mesti pakai stokin n selimut tebal. skrang ni. tdo berpeluh2..
bangun tdo, tengok bantal n tilam basah peluh.. eeeiii.. macamnya anak ibu.. ahahaaaa...
siang pon kadang2 tak berbaju..
ayahnya pon sama....................

hai.. kenapa yer???
nak kata nak hujan, tak jugak...
fenomena pemanasan global ker?
haiiiii............ ntah la................
huhu..

hai sedappnyaaaa.. kalo dapat minum 100 plus masa2 cam ni.. hehhee..
arghhhhhhhh.. FRESH!!!


~ ermm.. ni baru bahang panas dunia............. akhirat nanti ALLAH saja yang tahu...... sanggup ker kita??? 

PETUA HILANGKAN SELSEMA ANAK




Selsema pada bayi dan kanak-kanak pasti buat mummy2 runsing... Antara petua lama utk mengurangkan dan menghilangkan selsema anak-anak adalah dgn menggunakan Kunyit Hidup (bkn kunyit serbuk tu yer)
Bahan-bahannya:
Kunyit hidup
Lesung batu/bucu yang tajam (untuk dijadikan tempat asah)

Cara-caranya:
Kupas kulit kunyit. Basuh dengan bersih.
Asah kunyit di permukaan kasar untuk mendapatkan sedikit cecair dari kunyit tersebut
Sapu kunyit yang telah diasah tadi pada batang hidung anak. Jangan lupa selawat ke atas Nabi 3x ya mummy .. (harus yakin pada Allah SWT. Hanya Dia shj yang mampu menyembuhkan sebarang penyakit)

nota: muka anak akan nmpak comot skit...kalau ini yg membantu menyelesaikan masalah selsema tu , y not kita sbg mummy cuba kan..lama2 nanti hilanglah kesan kunyit tu ^__~

Selamat Mencuba :) 

Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  •  Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9. Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10. Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11. Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

12. Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

perjalanan aku ke interview SPP

hehe... memang dah lambat pon nak citer pasal temuduga tu.. ialah.. dah sampai hujung bulan baru mau citar ka.. aiyoo...
hmm.. tak kira.. nak citer gak walau dah hmpir basi.. hehe...

aku menajalani temuduga suruhanjaya perkhidmatan pendidikan pada 5 march 2013..
bertempat di kompleks perdana menteri, blok B3, Putrajaya.. jam 9.30 am.. bilik 8
hari temuduga tersebut adalah hari selasa dan pastinya incik asben aku kena la bercuti pada hari tersebut untuk antar aku kan........
namun....... tugas incik asbenku sebagai Pegawai teknik merentas desa daerah perak tengah, membuatkan dia sangat sibuk.... dan kebetulan, hari aku ditemuduga adalah hari pertama kejohanan merentas desa di seri Iskandar..

rancangan kami untuk bermalam di putrajaya sebelum tiba hari temuduga terpaksa di batalkan.. 
akhirnya.. kami membuat perancangan tentatif penuh satu hari..
kami bergerak dari rumah menuju putrajaya pada hari kejadian jam 3.30 pagi...
aku bawak jugak babyku, Irdina... sedang dia lena tidur di tengah pagi.. aku angkat dia masuk kereta dan sambung tidur dipangkuan ku.. 
laki aku pon gigih la drive walau kekadang mata disapa ngantuk..
kami tiba di perhentian rehat dan rawat dengkil pada jam 5.45pg... masa untuk mandikan Irdina dan siapkan diriku jua...

                                   

yearghh.. Irdina anak yg kuat.. dia tak nangis mandi air sejuk dari sink tu.. sementara aku mandikan dan siapkan Irdina, incik asben ku tungu subuh dan terus solat subuh..
selesai dia solat subuh, dia pulak jg dina dan aku pulak pergi solat dan tukar baju..
biasa la.. abg cepat gabra bila Dina mula merengek.. sudahnya dia call aku suruh cepat.. adooiii.. nak make cantik2 pon tak sempat.. ahaha....

lepas bekfast n pekena nasi lemak, kami teruskan ke Putrajaya dengan bantuan GPS...
kami sampai di bangunan Blok B3 tepat jam 8.15pg... masa tu la sibuk calling sana, calling sini.. tanya sapa dah sampai sape blom sampai..
ijad n nina dah sampai sebelum aku masa tu.. 
aku call tasha, dia baru nak bersiap... yelah.. tasha duk sewa homestay di Persint 9.. tak kisah la siap lambat sikit.. hiihi..
akhirnya aku daftar masuk sama ngan tasha... masa tu dapat la jumpa semua kawan IPG yang ditemuduga sama... ati.. elyn.. azni.. nina.. tia.. suhaib.. n ada la lagi..
azni makin comei sbb dia prgnant nak masuk 7 bulan..


suasana dalam tempat menunggu giliran temuduga memang sesak.. masing2 duk risau apa bakal dilalui dan ditanya oleh ahli panel.. masing2 sibuk sembang tukar pendapat dan pengalaman...


bagi aku.. alhamdulillah.. urusan temuduga aku bersma rakan sekumpulan boleh dikatakan mudah...
tiada soalan pengetahuan am ditanya. soalah hanya lebih menjurus kepada pengkhususan bidang pengajian iaitu PSV..
keputusan kami terserahlah pada panel...


tempoh urusan temuduga yang agak lama iaitu hampir 4 jam lebih sedikit sebanyak memenatkan dan merunsingkan incik asbenku yang aku tinggal diluar bangunan dengan Dina.. hahhaha... ( baru dia tahu, susahnya jga anak...) siap kena saman sbb tak letak tiket parking... hehehehe
dalam tempoh tu, dia duk mesej.. bila aku nak hbs.. anak dah merengek... adoooii... mujur lah aku bukan jenis kalut.. aku fikir nak interview je.. biarlah abg jg dina.. semua aku dah sediakan.. susu perah, susu formula, lampin kalau dia dah tak selesa... pandai2 la sendiri..



menjelang tengahari... masih tak selesai semua temuduga... akhirnya, aku tak sempat nak tunggu tasha di temuduga.. aku tinggalkan dia ngan atie.. sbb laki aku dah sibuk suruh cepat...
masa aku sampai, tengok dina dah muka monyok dah.. merah n berpeluh.. ciaaannn anak ibu... rupanya dia dah berak.. n ayah dia tak tukar lampin pon... adooiii... abg nih.....
sempat la jugak dina jumpa ngan pakcik ijad n mucik Nina...


pastu... tak tahan dah.. kami terus gerak ke masjid Putra yg letaknya cuma 3 minit dari situ.. hehe..
sampai masjid Putra, aku mandikan dan tukar lampin dina.. kami rest dan solat zohor sekali kat situ........
lepas jalan2 n tangkap gambar sekitar masjid Putra, kami gerak balik.. sebelum tu, gi cari kios Majlis Perbandaran Putrajaya untuk bayar saman.. kena la Rm10.. hehe..
pastu, pusing2 sekitar Percint 3.. n lalu kat jambatan sembilu tu.. hehe
sebenarnya.. aku berhajat nak pegi JJCM kat Taman Warisan Percint 16.. baru la syok.. cuba tempat baru untuk isi perut..
tapi............... permintaan tak dilayan.. laki aku cakap, kita makan je kat RNR.. huhuhuhuhu.......
kami berhenti makan di restoran jejantas sungai buloh..
kami sampai rumah mak aku tepat pkol 6 petang.............. itu pon sempat singgah umah mak mertua plak.. then baru balik rumah malamnya..............
keesokkan hari.. abg kemas2 barang then pergi menginap di stadium.. untuk kejohanan smpai hari jumaat...


hermmmmmm.. begitu lah cerita dan penglaman temuduga saya!!!!!!!!

Sunday, March 10, 2013

RESEPI UDANG BAKAR

 DAH LAMA SANGAT RASANYA TAK UPDATE PASAL MASAK...
HAHA..
dah malas masak la tu.. hehe.. atw secara tepatnya.. dah jarang masak especially masak yg best2.... biasanya masak simple2 je.. utk makan bedua...

okeh lah... 
sekarang ni kan tengah hangat fenomena pemanggang ajaib a.k.a pemanggang cap ikan keluaran Menang Glass Wear tu.. heheehe..

soo.. aku pon tak lepaskan peluang nak masak guna pemanggang ajaib nih...
maka.................. hari ni aku nak share ngan korang resepi udang bakar yang telah dicuba beberapa hari lalu.. hehehe...

pemanggang ajaib


Actually, ada dua jenis udang bakar yang aku dah try.... biasalah makan berdua.. soo.. boleh la variasikan rasa...


RESEPI UDANG BAKAR BAWANG

bahan-bahannya :

  • beberapa ekor udang yang dibersihkan 
  • sebijik bawang besar, n sebijik bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
cara memasak :
 
tumbuk hingga halus bawang besar dan bawang putih....
kemudian lumurkan semua bahan iaitu bawang yang telah ditumbuk, serbuk kunyit, sedikit garam dan lada sulah bersama udang..
kemudian.. susunkan atas pemanggang dan bakar utk 10 minit - 12 minit...
bila dah masak, boleh la makan ngan nasi panas cicah air asam........
nyummmmmmm........
udang bakar bawang



RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

bahan-bahan :


  • beberapa ekor udang yang telah dibersihkan
  • sedikit mentega/majerin
  • keju mozzarella
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
cara memasak :

mula2 sekali.. udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.........
pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam n lada sulah dalam satu bekas.......
setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang..
kemudian..... bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit juga.....
keju akan cepat cair.. jadi kalo biar lama2 nanti hangit plak keju tu...
soo.. agak2 la... bila udang dah keperangan tu maksudnya dah masak la tuh....

~ selamat mencuba.........


udang keju bakar

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...