Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, September 21, 2012

kejang kaki ~ di serang simpul mengkarung... hihi



haaa.. korang pernah rasa kejang betis tak?? atw bahasa omputih ye cropped muscle cramp... atw cakp penghaknye simpul mengkarong.. hehee... ni saje nak story sket.

sejak kehamilan aku dah memasuki trimester kedua dulu, aku slalu kena kejang betis ni.. terutamanya masa nak bangun tdo ataw secara tapatnya waktu subuh n waktu pagi..
kalau dah kena... sakitnyaa... aduhh.....
terpaksa la dengan muka berkerut.. tahan sakit.. urut kat betis yang kejang tu....

tapi kalau kat rumah, bila kena sakit cam tu, kita cuma merengek sket je...
dengan pantasnya suami kat sebelah akan bergegas bangun walau dalam mamai, tros gi tutop kipas, ambik minyak panas n urut betis isterinya ini... haiii... bahagianya rasa... tu sbb nak slalu dekat ngan suami..
sebelum tdo, incik asben mesti make sure, aku tdo berselimut n kaki sntiasa tertutup.. kadang2 sedar yang incik asben tersedar tngah malam, mesti baiki selimut isterinya ini.. hehe.... macehh sgat2 ye abg!

tapi bila kat seremban, kena la tahan n urut sendiri... pastu mesti teringat, apa incik asben cakap..

" sayangg... awak ni sblum tdo kena sapu minyak panas dulu.. ataw tdo pakai stokin cam abg.. baru la tak sejuk.. baru la tak kejang... " 

huhuuhu......


dan... ni nak share skit input yang aku dapat pasal kejang betis ni..
moga berguna untuk bakal2 mommy kat luar sana!



Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? 

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang itu.

  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Baca artikel kami tentang kaedah rawatan tradisional bagi kejang kaki untuk mendapatkan lebih banyak tip berguna. 

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan? 

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;

  • betis anda membengkak.

hamil 29 minggu


Perkembangan fetus

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. 

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asidzat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.



memasuki minggu ke 29
bermakna ibu dah memasuki fasa 3 atau trimester 3 kehamilan..
ibu dapat balik kampung sempena cuti Hari Malaysia...
seronok sangat rasa.. dah janji ngan ayah nak beli keperluan baby n ibu..
ibu balik hari khamis... hehe.. jahatkan.. ibu ponteng kelas hari jumaaat.. ayah pon terkejot bla tau ibu dah gerak balik hari khamis.
hari jumaat ayah skolah cam biasa..
hari sabtu ayah ada kursus Biologi di Bota.. pada hari sabtu jugak, ibu dapat makan pengat pisang... yeeeee... mak ibu buat... ( ermm.. baby nak panggil apa yer?? embah la kot kan? baby kan nak jadi cucu jawa..... hehehe) tak sangka, mak aku nak jadi embah dah.. hehehe...
petang sabtu, ibu, ayah n opah ke gopeng.. ada kenduri.. malam baru balik.. arghh... letih sebenarnya....
hari ahad... ibu bangun dengan malas tapi seronok sbb excited nak shopping utk baby...
ibu masak nasi goreng utk bekfast. ayah basuh baju.... hehehe...
tengah hari baru ibu n ayah kuar.. ehehe... bergerak ke manjung n shopping kat pasaraya BILLION baru kat manjung..
ayah excited sgt.. hehe.. ibu siap bawak list barang apa yg perlu utk baby..
tak tak u nak pilih baju boy atau girl... huhu...
ibu n ayah rasa cam dah beli banyak dah barang utk baby.. tp bila ayah kuar minum ngan kawan dia malam tu, rupanya banyak lagi yg perlu ibu n ayah sediakan.. nanti nak shopping lagi.. hehee...
ouhh lupa.. katil baby pon ibu n ayah tak beli lg..
keesokkannya, hari isnin.. ibu dah kena balik seremban.. haii kejapnya rasa...
tak puas lagi bersantai  ngan ayah. huhu..

sampai kat seremban, bermula la episod sibuik ibu menjelang bulan2 akhir pengajian ibu kat sini...
hari selasa, ibu ada presentation.. ibu terjatuh masa nak berjalan ke depan..
semua orng risau kat baby tau... mulanya.. ibu rasa cool lagi sbb tu bukan kali pertama ibu jatuh.. tp lama2 ibu jd risau sama.. malam tu ibu cal n nangis2 kat ayah.. ayah suh gi check.. tp ibu ckp.. tak de pon bleeding kuar.. dan baby masih gerak macam biasa..
lastnya.. ibu tak gi check pon.. sbb ibu yakin, baby ibu ni kuat... kan.... hehe....

tu laa.. ibu harap.. baby akan teros sihat n kuat dan lahir jadi anak ibu n ayah yang akan sentiasa membahagiakan ibu n ayah di dunia dan akhirat... insyaALLAH... ameen..

Wednesday, September 19, 2012

memasuki 3rd trimester ~ semakin sibuk


Pejam celik.......
my pregnancy dah memasuki ke trimester yang ketiga..
yaa.. masa terasa pantas.. mungkin dengan beban tugas pon dah makin banyak menjelang penghujung semester pengajian ni.. yer laa tengok la.. blog pon tak sempat nak hupdate...

 TRIMESTER


okeh.. nak tau ape citer terbaru dah citer pasal how excited my incik asben... nanti i story k.. hehehe....





mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...