Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, June 30, 2012

17 minggu - 4 bulan


Perkembangan fetus - hamil 17 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia



Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah. 

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua. 

Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini



masuk minggu ke-17 atau genap lah usia kandungan 4 bulan.
aku mula menjalani internship selama 4 minggu bermula minggu ini.
hari pertama lepas perhimpunan, guru pebimbing dah tanya, brape bulan dah kandungan..
aku jawab la dah genap 4 bulan. dia tanya lagi, ada alahan ker? ermm rasanya aku ok jer sepanjang kehamilan ni. takde masalah besar pon. 
cikgu pembimbing aku cakap, masa dia dengar taklimat program internship di maktab, pihak maktab bagi peringatan supaya pihak sekolah tak merahsiakan kalau ada guru pelatih yang hamil. tapi alhamdulillah, rasanya kak naza ( guru pembimbing ) masih mahu merahsiakan.
justeru itu, timbul sikit risau di hati ni..
yer lahh aku tau duk maktab tak leh pregnant.. aku harap kandungan aku ni boleh dirahsiakan sampai aku tamat pengajian dan aku dapat meneruskan pengajian macam biasa tanpa sebarang halangan.. 
( hahhaaaa.. tu la dulu excited sgt paksa incik asben buat baby awal2..hehehheehe, tp tak pe aku sangat gembira sekarang dan tak sabar nak jadi ibu..)
harap semuanya lancar.

dalam minggu ni, memang rasa cepat penat kat sekolah. rasa nak cepat balik rumah n tidur. nak rest sepanjang masa. pinggang pon dah semakin kerap lenguh. tidur pon dah mula tak selesa. susah nak cari posisi tidur yang selesa sebab perut dah terasa tegang. nak selunjur kaki pon dah rasa tegang dah.. 
hmmm.... dari segi gerakan, yup.. ada rasa kibasan-kibasan halus dalam perut, sesekali rasa macam blurp-blurp gelembung udara, dan sesekali rasa cam shot letrik.. kadang belah kiri, kadang belah kanan. 
hmmm.. baby dah ada gerak2... tp kekadang confius jugak.. ye ke tidah.. hehehhee..
incik asben pon dah selalu pesan  makan banyak, minum air, minum susu, makan ubat, makan buah dan macam2 lagi..
yang paling manis bila abg wish gud nite waktu malam, terselit jugak wish untuk baby.. seronok sgt baca bila terteta perkataan baby..
walau hanya take care n be good baby!.. rasa macam nak senyum sampai telinga.. bahagia kan.. alhamdulillah.

berat badan sekarang dah cecah 45.5kg.. hmm.. agak cepat berat meningkat . ok la tu.. hehe..
perut pon dh ada perubahan. seronok sgt tengok perut sendiri masa mandi. hehe.. lagi seronok bila incik asben slalu usap n tdo dekat ngan perut.. 
arghhh.. tak sabar nak jumpa abg lagi minggu depan.. huhu... 
rasa hari2 nak tdo sbelah abg...

apa2 pon semoga kandungan ni sihat dan akan lahir sebagai zuriat yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu bapanya.. insyaALLAH.. 
moga semua berjalan lancar.
ameen.

Tuesday, June 19, 2012

HAMIL MINGGU 16


Perkembangan fetus - hamil 16 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 



masuk minggu ke 16.
aku mulakan sementer baru... semester akhir dalam pengajianku.. arrghhhh.. tak lama lagi tamat la aku blajar 5 tahun setengah kat tanah beradat, bumi seremban, negeri sembilan ni.. 
ermmm.. untuk permulaan semester baru ni.. cam biasa abg akan hantar aku naik kereta tros sampai seremban.
padahal malam tu, abg baru balik dari sarawak. abang pegi sarawak untuk 4 hari.. sekolah abg buat rombongan ke sana.. seronokkan!! huhu.. tp orang luar tak leh ikot.. mulanya dulu, abg tak nak pergi sebab memandangkan abg akan sampai rumah pada hari ahad iaitu hari terakhir cuti aku dan aku perlu balik seremban. hmmmm.. tapi abg kena pergi jugak.. dan aku dah berkira2 untuk ponteng hari isnin sbb nak tunggu abg balik jugak.
namun alhamdulillah, rupanya negeri sembilan cuti pada hari isnin yakni semalam sempena cuti ganti bagi israk mikraj yang jatuh pada hari ahad. maka selamatlah aku, tak perlu ponteng kuliah..
sepanjang abg kat Sarawak.. haiii rinduuu sangat rasa hati ni.. tdo malam mesti tak lena bila abg tak de untuk dipeluk.. huhuuhu....
abg flight dari kuching pkul 7 ptg dan sampai LCCT dalam pkul 9.30 malam.. tp.. bas yang akan bawak rombongan balik ke Perak sampai lewat. pkul 11 malam baru rombongan gerak dari LCCT. sampai kat sekolah dalam pkul 3 pagi. sepanjang perjalanan abg suruh aku tdo dulu. tp tetap tak lena selagi abg tak sampai kat umah.. ( masa tu aku duk umah mak mertua)
pkul 3.30 pagi baru abg sampai umah mak mertua. sembang2 kejap.. tros kami balik umah kami. abg bersihkan badan n sempat tengok game bola EURO (Ned vs Por). hehe
pkul 4 pagi baru kami tdo.. baru lega dan lena bila tdo bawah lengan suami.. hehe.. ( itu lah nikmat kahwin.. alhamdulillah)
sian abg.. tdo sekejap.. pastu dah kena bangun pagi untuk pergi sekolah. nasib baik aku dah iron baju keje abg awal2 lagi.. 
sepanjang abg pergi sekolah, aku packing barang untuk balik seremban. kemas rumah mana yang patut.. basuh pinggan dan baju yang tertinggal... haii.. perut dah agak berat. letih pon mula cepat terasa. 
pkul 12 tngahhari baru aku siap semua dan aku kunci rumah dan gerak tinggalkan rumah ngan kereta persona ku ke rumah mak mertua.. mak dah siap masak.. hehe.. datang tros makan.. wahhh baik pnya menantu.. lpas makan.. sembang jap ngan mak, tros salam n gerak semula ke rumah mak aku kat sg ranggam.. mak mertua aku pesan, JANGAN BUAT KEJE BERAT... bg tau maktab kalo kena terlibat aktiviti lasak.... haii.. yer la mak..
lepas jumpa adik aku kat tmpat keje dia dan bg belanja skit, aku gi umah mak aku plak.. kat umah mak, makan lagi.. mak suh makan jugak walau aku dah makan.. pkul 2.00 ptg, abg habis sekolah.. aku salam mak, abah dan adik2 n ambik abg kat sekolah. hmm.. rupanya abg nak balik umah dulu sbb nak mandi n tukar baju.. kami balik semula ke rumah mak aku.. abg pn sempat makan nasi n solat dulu kat umah.. lepas tu baru kami gerak ke seremban kira-kira jam 3 ptg.. mak aku pulak pesan.. DAH TAK PAYAH PAKAI KASUT TINGGI. jangan naik turun tangga...  yee mak....


kami teros gerak ke seremban.. sebnarnya aku sian kat abg.. tengok abg drive.. aku tau abg penat.. lelah pon tak hilang lagi.. tp nak wat cam ne...  kami benti rehat 2 kali kat Hentian Ulu Bernam n Hentian seremban. kami sampai Seremban pkul 9 malam... tros ke terminal 1.. abg akan naik bas pkul 10 malam utk balik Perak.
hati aku mula sebak.. rasa tak mau pisah ngan abg.. abg cakap aku makin sensetif. bila mata selalu bergenang...
rasa tak leh dengar abg cakap I AM GONNA MISS U.. huhuhu.. cedihhh.....
masa abg naik bas.. air mata lagi tak tertahan.. tak hirau dah orang sekitar tu.. tapi aku cuba jugak tahan air mata dari mengalir.. waaaaaa... rasa tak mau bg abg balik Perak.. huuhu....
tapi nak wat cam ne.... 


hujung minggu ni, sepatutnya aku kena balik.. mak mertua buat kenduri arwah kat rumah.. tapi.. aku rasa macam terlalu rush.. baru 5 hari kat seremban dah nak balik semula.. sooo.. mungkin aku tak balik.... maaf mak.. uuhuhu
dan aku akan bersedia untuk ke sekolah untuk menjalani intership bermula isnin depan selama 4 minggu...
hahhhhhhh...

10 INFO TENTANG BAYI


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
+=============================+


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel..


SEMESTER BARU - sem 8/2012



  
salam...
alhamdulillah.. kembali memulakan semester baru yakni semester yang terakhir dalam pengajiaan ku.. 
yaa.. akhirnya pengajiaan selama 5 tahun setengah bakal sampai ke penhujungnya.. tinggal tempoh dalam masa lebih kurang 6 bulan untuk begelar pelajar. 
kembali bersama rakan-rakan menimba ilmu perguran.. hehe..
yaaaiii.. kembali ke sekolah.
semester ni akan ada intership.. aku akan kembali ke sekolah tempat aku berpraktikum pada semester lepas untuk menjalani khidmat inteship ini selama 4 minggu bermula minggu hadapan..
kembali menjadi guru pelatih. dipanggil cikgu dan kena selesaikan kajian tindakan.. 
semester ni jugalah hasil kajian tindakan akan dibentangkan dan dibawah topik pengurusan Pendidikan seni, banyak projek dan kerja lapangan yang harus diselesaikan. semoga segala hal dan urusan dapat diselesaikan dengan jayanya...















aku memulakan semester akhir ini dengan usia kandungan masuk ke minggu - 16. 
yaaaa 4 bulan dah... hehe...
perut dah makin besar, badan terasa semakin cepat letih dan sakit pinggang.. biasa la tuh.. hehe..
sebenarnya.. aku jadi semakin risau.. banyak sebab pulak jadi risau...
banyak baju kurung pon dah sempit pada kain.. adooii kena pikir altenatif pakaian plak pasni. hehe..
ermmm satu lagi, pasal kewangan....
dapat elaun semester ni, kna la bahagi duit sebaiknyaa...
mana duit nak intership, mana duit nak wat jamuan kelas dan yuran kelas, mana duit nak raya, nak beli barang baby lagi...
baru semalam check checklist untuk persiapan baby.. wauu.. bnyak sgt.. takkan nak harapkan suami sorang. aku tetap nak rasa belanja ngan duit aku sendiri.
adik2 aku pon semuanya periksa taun ni.. mesti kena hulur jugak untuk diorang..
abah nak siapkan rumah dan wat kenduri.. semua tu pakai duit. kalo harapkan gaji abah memang tak cukup... huhuuhu.. nasib baik laki aku setuju bagi aku buat loan dari dia.. sy dapat gaji nanti sy bayar yer sayang.. hehehehe..

dari segi perasaan.. incik asben aku cakpa, aku makin sensetif..
hahaha.. yeke?????
ermm.. nah la.. cuma aku rasa tak mau jauh dari suami je.. 
masa abg nak gi sarawak dan tinggal aku untuk 4 hari.. alahaii.. sedih rasa.. tak sabar tunggu abg balik..
mLm mesti tak boleh tidur.. sbb rasa janggal tidur kat bilik sendiri tapi tak de suami kat sebelah. terbau-bau suami sendiri.. haaii..
masa abg antar balik seremban, dalam hati dah terpikir.. alaaaaa nak balik seremban dah erk?? huhuu..
masa antar abang naik bas nak balik perak..
alahai sedihnyaaa hati tak terkata... rasa tak mau pisah ngan suami dah..
masa saat abg nak naik bas dah, air mata tak tertahan dah.. tak malu dah nangis depan orang.. huhuhu.
bila abg cium dahi, lagi la sebak...
adooi.. penangan baby la ni... wat ibu rinduuu kat ayah slalu.. huhu......
semoga hati ni, badan ni, jiwa ni tabah dan kuat mengharungi kehamilan berjauhan dari suami tersayang..
ibu harap baby pon kuat... 


harapannya.... semoga semester ini akan dapat dilalui dengan tabah dan lancar. biar selesai semuanya..
moga ALLAH sentiasa bukakan jalan dan membantu. dilimpahkan barakah dan rahmat..
semoga pengajianku, pengajaranku, kehamilanku, segala urusan ku dipermudahkanNYA.. insyaALLAH.. 

ameen.. 












Sunday, June 17, 2012

RESEPI - Nasi Lemak Kukus + sambal ikan bilis manis



assalammualaikum semua.....

hai teringin nak makan nasi lemak kukus? tercari2 resepi?
haaa.. meh sini.. ni aku nak share pengalaman aku masak nasi lemak kukus ni..
walaupun pengalaman pertama... alhamdulillah menjadi dan tidak menghampakan...
macam biasa lah bla aku nak start masak mesti pergi berguru ngan mr google kan.. aku search beberapa resepi nasi lemak kukus dan cuba comparekan... yer lahhh.. banyak membaca luas pengalaman.. hehehe

haaa... ni lah resepi yang aku dah dapat dan disuaikan dengan kesesuaian.. hhehe..

RESEPI / CARA MASAK NASI LEMAK KUKUS

BAHAN-BAHAN



  1. 4 cawan beras ( untuk 4-5 orang makan)
  2. santan pekat ( sebiji kelapa)
  3. beberapa keping hirisan halia
  4. garam n gula secukup rasa
  5. daun pandan
CARA-CARA

  1. Basuh beras sebersihnya.. dan rendam dalam air bersih 3-4 jam.. sehingga beras nampak sedikit memanhang dan kembang. kalo nak masak pagi, elok lah direndam dari malam.. atw semalaman.. bangun pg dah boleh teros kukus..
  2. basuh beras sepintas lalu dan panas air dalam pengukus anda.. bla air dah menggelegak, kukus beras tadi dalam pengukus yang dah dilapik daun pisang jika suka. semasa mengukus, cucuk beras dengan cari supaya nampak macam berlubang2 untuk pengewapan. kukus selama lebih kurang 20 minit.
  3. selepas 20 minit dikukus, angkat beras tadi dan gaulkan dengan santan yang telh dicampur dengan sedikit garam, gula dan hirisan halia. gaulkan keatas beras dalam keadaan panas dan biarkan beras yang telah bersalut santan seketika dalam masa lebih kurang 15 minit.
  4. setelah dibiarkan 15 minit, kukus semula beras tadi disertakan dengan beberapa helai daun pandan. kukus semula beras tadi sehingga beras kelihatan menjadi nasi, kelihatan berderai, cantik dan santan habis terserap pada beras.
  5. seperti biasa semasa mengukus, lubangkan beras dengan jari, supaya beras masak sekata...
  6. SELAMAT MENCUBA!

dah ada nasi lemak, kena lah ada sambalnya kan..
hmm.. bagi selera aku la.. makan nasi lemak sedap digandingakn dengan sambal ikan bilis yang agak manis... baru sesuai dngan rasa lemak nasi...
meh aku share resepi sambal ikan bilis aku plak..


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN



  1. ikan bilis siap dikupas
  2. bawang besar
  3. cili kering
  4. bawang merah
  5. bawang putih
  6. halia
  7. sedikit belacan
  8. 2 sudu besar gula
  9. garam secukup rasa
  10. sedikit air asam jawa
  11. minyak untuk menumis
CARA-CARA

  1. goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. tak perlu sampai garing. cukup sekadar nampak kelayuan...
  2. sementara itu, kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.
  3. tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. kacau sesekali. apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah ang kita mahu.. biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.
  4. masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. rasa disuaikan mengikut cita rasa anda. 
  5. setelah puas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi..
  6. kacau untuk seketika untuk rasa diserap..
  7. setelah sambal nampak pekat, boleh la tutup api...




Sunday, June 10, 2012

hamil 15 minggu


Perkembangan fetus - hamil 15 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. 

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama "gerakan pertama" di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.



haiii.. dah masuk 3 bulan lebih dah anak ibu ni..
minggu lepas pergi check kat klinik.. baby dah pulp.. yaii..... sbb sblm ni bla check mesti blom kelihatan lagi..
hehe.. itu maksudnya baby dah besar sket....
berat ibu pon dah naik sekilo setengah.. sblum ni sebulan cuma naik setengah kilo je.. ni dah sampai sekilo setengah..
memang badan dah rasa berat. cepat letih...
asyik nak baring jer... kadang2 cian kat incik asben.. dia plak kena urut kta.. hehehehe.. masa ni la nak manja lebih..
badan pon dah rasa lain.. ada perubahan... 
selain saiz perut yg bertambah, saiz payudara pon brtambh. dh sampai kena tukar cup bra.. hmm.. 
makna kelenja susu mula nak terbentuk dan kadang2 keluar cecair badan..
bab makan.... lebih suka makan yang ranggup2.. atw benda2 yang bergoreng... masakan sendiri pon agak kurang selera.. selera nak makan masakan orang lain. uuu..


kalau ikot kan memang baby dah start gerak.. tapi btol la.. aku sendiri pon confius.. adakah aku dah rasa gerakan.. sbb kadang2 ada rasa gerakan tp macam perut yang berkeroncong sbb lapar pon ada...
takpe tunggu lagi sampai gerakan tu dapat dirasa..
ermm.. orang cakap kta kena cakap ngan baby.. sooo.. kadang2, ada gak try cakap ngan dia.. tp tak tau nak cakap per.. nak citer masalah, suka, duka??? haii.. cam kekok la plak.. hehehehe..
ayah baby pon.. cuma selalu usap n wish gud nite sblum tdo...

HOYE-HOYE to Langkawi


selesai sudah percuti kami sekawan di Pulau langkawi bermula 27 mei smpai 30 mei hari tu..
seronik rasanya habiskan masa dengan kawan-kawan je yer..
percutian kami yang dirancang dan ditunggu sejak awal lagi ni.. akhirnya berjaya mencapai matlamatnya...
dan yang penting hajat kami nak merasa naik kapal terbang tercapai..
jakun tak jakun la dapat jejak kaki kat airport dan masuk dalam bas terbang ni.. hahah
walau hanya air asia dan masa perjalanan cuma 45 minit.. tp dapat la jugak berada beribu kaki dari tanah....
excited kot!!!!

selain kami bersembilan... kami juga ditemani oleh Adam Husaini merangkap  jurugambar pro, manager dan pemandu pelancong.. hehehehe... cian adam.... sori yer n terima kasih bebanyakk....

adam..

okeh...
dah sampai sini mestilah kena padatkan masa dan jadual dengan aktivti.. yer laa.. bukan senang nak sampai Langkawi kalau tak de hal. heheehe..
memandangkan kami sampai dah malam.. maka jadual aktiviti kami bermula keesokkan harinya pada hari kedua..

antara aktiviti menarik kami untuk menghabiskan masa bersama adalah seperti...... hehe


1. meneroka dan memantau keindahan pemandangan gunung mat chincang dengan menaiki kereta kabel... hehee   

with en cipol sblum naik kete cable.. malaysia soo hot.. wahhh.. hahaha...
jom beratur naik kete cable...
hamekkk kauu.. dalam kete cable..
we alls......

the boyz..

the girlz...

we were here!

2. menghargai dan membuat apresiasi terhadap sumbangan dan koleksi peribadi mantan Perdana Menteri, tun dr mahathir mohamad di Galeria Perdana.. wahhh.. berjiwa seni sgt! hehee




3.  'berenang' dan 'beraksi' bersama hidupan laut di underwater world... tapi.... kesian... terlepas sesi bagi makan kat penguin.. kami lewat dalam 15 minit. huhu.. kami sampai.. semua penguin tu dah kenyang dah.. kenyang kebuntat kata orang peghak. hehehe.. maleh je rope duk atas batu siap melepaskan sisa buangan lagi.. hahaha.... nak puas hati punya pasal sbb byar mahal, sampai dua kali ulang kat dalam tu..





4.   island hoping - ni antara yang paling dinanti oleh kawan2 aku ni... diorang mulanya beriya tak bagi aku join yang ni. sbb katanya nanti terlompat dan terhentak2.. bahaya utk baby... siap suruh aku pujuk n paksa laki aku ikot sekali.. aku mulanya malas nak ambik port dan malas nak bg keputusan awal. sbb kta sendiri tak penah dan tak tau cam ne lagi situasi masa tu.. bg aku. aku akan wat keptusan sama ada ya atau tidak lpas aku smpai kat tmpat tu.. karang orang cakap kta cakap tak serupa bikin plak kan? haha..... jadi.. desakan kwn2 aku yg tak bg aku join tu.. sedikit sebanyak mengguris hati kecik aku ni. buat aku patah hati... macam lah aku tak tau jaga diri... tp yer lah diorang caring la tu kan... sooo.. aku pekak telinga ajer.... buang sudahhh.. haaha

lastnyer.. aku join jugak....




antara aktiviti yg terkandung dalam island hoping ini adalah merangkumi bergerak dari satu pulau ke satu pulau

kami tngok pengalaman helang makan secara dekat...


bertamu di Pulau Tasik dayang Bunting...



naik basikal air ni.. RM20 untuk setengah jam bagi 2 orang....

mandi manda di kawasan tersedia.. satu life jacket RM5.. mandi la puas2..

ermmm.. haiii.. mak buyong ni.. tengok jer laa.. ditemani hulu balang ni.. hehhe
dah tak yah nak rasa air tasik dayang bunting.. dah sedia bunting.. haha





5.   melawat makam mahsuri.... terlepas hajat kami terutamanya aku la nak merasa aiskrim goreng kat sini. hehe..


6.  meronda di kawasan beras terbakar.. shoping mana yg tak cukup.. hehee


7.   bergambar di datarang lang.. 

haaa.. kalau nak tau.. tu semua aktiviti waktu siang.. hehee
habis malam buat per??? 
haaa.. malam adalah masa untuk SHOPPING dan melayan perut laaaa. hehehe..


begitu lahh.. sedikit sebyak trilogi masa hoye2 kami..... makin lama kat situ bleh rabak poket suar, sbb nafsu shopping tidak tertahan. hehehe....
 nama je pulau bebas cukai.. tapi dia tetap cukai duit dalam poket.. hehehe...



okeh la.. see u later.. dadaaaaaaaaaaaaaa...........................

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...