Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, April 20, 2012

klinik check and scan - 7 minggu

hari rabu lepas sepatutnya appoinment aku di Klinik Rasah, tp pada hari yang sama adalah hari aku kena observengan pensyarah BM untuk kali kedua.
mula2 aku dah pikir nak tukar tarikh appoinment.. tp.. macam susah je nak ke KLinik Sikamat dan tukar tarikh.. satu lagi ia akan turut menyusahkan pihak klinik.

soo. hari tu, aku ke sekolah macam biasa. pagi tu ada gerko uniform. lepas gerko sepatutnya lepas gerko terus kelas aku. pkul 8.40 sampai 9.40.. tapi.. pensyarah tu call. dia kata tak dapat nak datang awal dan mintak aku anjak waktu kelas jadi pukul 9.10 sampai 10.10...
hmm.. aku dah pikir.. habis la.. mesti lambat ni..
tapi cam mana pon, aku setuju je.. terus ceal ngan cikgu yang sepatutnya dan kelas aku bermula jam 9.10...
alhamdulillah kelas berjalan lancar.
markah pon alhamdulillah..

lepas tamat je kelas, aku tros berkira-kira nak jumpa GB nak mintak eluar sekolah. tapi aku tengok ada slip kelas ganti.. adooyaiii.. cam ne nak kuar skolah.. huhu..

dengan terpaksa, aku serah kelas ganti tu aku kpd kawan aku.. hmm.. cian dia.

aku kuar sekolah untuk ke klinik pkul 11.00.. sampai klinik, aku tngok ramainya orang. nak cari parking pon susah. yer lah.. kawasan rasah memang besar.
lepas buat pendaftaran, kena tunggu sekejap untuk ambik darah. lepas selesai ambik darah, tunggu lagi untuk buat scan.
pengalaman pertama buat ultra scan, nampak baby sy.. kecik aje... panjang diameternya baru 13 mm..
doktor cakap, denyutan jantung dia dah mula bkmbng dan normal. alhamdulillah..

lpas dapat gambar scan, kena keluar dari klinik kesihatan dan pergi ke klinik pergigian untuk check dentist.
ambik nombor dan tunggu lagi....
haaii.. banyakkan proses nak jadi ibu ni.. heheh

pkul 1ptg baru settle... lepas settle, singgah kedai beli air dan balik semula ke sekolah untuk gerko dan 1 murid 1 Sukan.. sampai pukul 4.
hmm.. letih.....


Perkembangan fetus - hamil 7 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. 

Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim

Saturday, April 14, 2012

terlaksana sudah hajat makan UDANG GALAH BESAR!


Sempena cuti hari Pertabahan Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong ke 14 pada hari rabu hari tu.. incik asben aku dah hanguskan satu hari CRK dia semata-mata nak datang seremban....

abg gerak datang seremban naik bas pada pagi hari selasa. aku plak sekolah hari tu.. waktu abg sampai seremban pkul 3, aku pulak tengah bertungkus lumus siapkan proposal Kajian tindakan untuk hantar petang tu jugak.. lepas tu kena jumpa lecturer penyelia plak sampai pukul 5.30 ptg.. maka terpaksa la abg check-in hotel sesorang dulu. habis jumpa lecturer, aku teros pegi stesen minyak, isi minyak.. beli makan dulu.. baru masuk hotel.. arghh.. penat sangat rasa.. tapi seronok dapat jumpa incik asben tersayang...


tetiba my incik asben tunjuk ice box kat tepi dinding.. hairan juga cam ne bleh ada ice box kat situ.. lepas bukak rupanya UDANG GALAH... besar punya.. waaa.... gembira rasa... hehehe..
rupa-rupanya sebelum abg naik bas untuk ke seremban, sempat lagi dia jalan-jalan kat pasar selasa changkat lada... memang aku pernah cakap.. teringin nak makan udang galah.. tapi tak mau yang kecik.. nak besar. dpat seekor pon jadi lahhh.. haaa... ambek kau.. abg beli sampai 4 ekor udang galah saiz gred B... RM35 harganya......
ermmmm.. seronok rasa!

fresh dari sungai perak... Yaiiyeeee...






malam tu, kami bawak ke restoran Imani seafood, Jalan Klawang, seremban. lepas duduk kat meja, tukar ambik order pon datang nak menjalankan tugasnya..  kami teros tanya boleh tak tolong masakkan..
dia tanya nak masak pe... kami bukak ice box n tunjuk udang galah.. dia senyum je.
dia kata kalo udang galah ni masak goreng pedas la sdap...
hmmmm.. itu lah yang aku nak dengar..
maka dengan perasaan gembiranya kami menyerahkan ice box berisi udang galah tersebut.. hehehee...

lepas beberapa ketika menunggu, nasi ngan beberapa lauk lain pon sampai.. haii.. tak sabar nak tunggu hidangan utama sampai...
bila udang kami sampai, ramai lah pengujung restoran yang menjeling ke arah meja kami.. ada abg kat meja sebelah dah macam berkenan n macam nak order benda sama...
nasib baik dia tak order sbb menu ni tak de dalam list... special.. hehehehee....


udang galah masak goreng pedas.... nyumm




apa lagi... masa santap dengan gembira! tak lupa ucapan trima kasih buat suami tersayang.. hehee


tak habis makan kat situ sbb macam kurang sopan dan tidak selesa untuk makan secara ganas dan bersungguh bila orang pandang.. maka 2 ekor lagi, bungkus n bawak balik makan kat bilik.... baru bleh makan ngan senang hati...


begitu lah alkisahnya pasal udang galah..
hmm.. tapi sebenarnya.. ada lagi yang incik asben sy bawak dari kampung.. abg beli macam2 jenis buah kat pasaraya.. dia kata bagus untuk baby.. haiii.. macam lah kat sini tak de.. tapi aku amat hargai, ketulusan dan keikhlasan abg yang sanggup memberatkan beg naik bas sbb isterinya ni...
salah satu buah yang paling special abg bawak adalah buah delima... mak mertua sy cakap.. baby dalam kandungan suka makan buah delima..
tapi... memandangkan kandungan saya baru berusia 6 minggu... rasanya... ibunya lah yg dapat kelebihan tu.. hehehehe... abg pilih buah delima yg terbaik tau.. RM7 sebiji...
tengok aje warna isinya.. merah dan cantik..
sbb tu orang cakap, merah mekar bak delima!... hehee... ada ke?? ngeeeee...
tak kira lah.... tp seronok rasa dihargai suami macam tu, siap makan suap lagi.. hehehe...





keesokkannya... abg terus balik teluk intan naik bas pkul 11.30 pagi.. lepas kami sarapan sama-sama..
hmm.. jadilah.. sehari bersama suami tersayang..
dapat lah tahan rindu untuk 2 minggu akan datang.....
adat lah jadi suami isteri macam kami.
husband and wife masa cuti......

semoga berbahagia selalu...

Monday, April 9, 2012

HAMIL 6 MINGGU..



Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda. 

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.



SUMBER INI DIAMBIL DARI : http://www.babycenter.com.my

ELAUN BAUCER BUKU!


Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di salah sebuah instutusi pengajian di Malaysia ni, kami warga penuntut IPG akhirnya dapat jugak baucer buku.. walaupun dapat last minit.. macam mabgsa kasihan je.. hehe.. tapi tak pe lah... asalkan dapat... terima kasih Malaysia! hehehe...


masa yang diberi kepada kami untuk membelanjakan RM200 ini adalah hanya dalam masa sebulan je.. sampai penghujung april.. maka, macam ktaorang yang sedang berpraktikum ni.. maka hujung minggu je la masa kami untuk bershopping.


so.. hujung minggu lepas.. berhabisan wang lah kami.. ehehehe...
dengan RM 200, tengok apa yang aku dh dapat........................................

1. persediaan untuk baby saya... hehe.. sangat teruja cari buku ni... okeh.. pasni catat diari hamil tiap minggu yer.. hehe....



2. buku-buku dan sikit cenderahati untuk adik2ku yang bakal menduduki peperiksaan... dari UPSR sampai SPM.. banyak dah buku aku beli untuk adik2 aku ni.. harap diorang baca dan gunakan la.. semoga berjaya adik-adikku....



3. tak dilupa... untuk anak-anak murid aku... beli lah jugak... sikit.. untuk lancarkan proses PNP aku.. hehehe..



hmmmm.. inilah je lah yang aku belanjakan stakat ini, bru habis RM150 sbenarnya.. ada lagi RM50.. tak tau la nak beli apa lagi... mungkin akan digunakan untuk banti kelengkapan AR.. insyaALLAH...


1st TIME BUAT BUKU MERAH


SALAM...

okeh hari ni hari isnin.. lepas habis perhimpunan kat sekolah, aku kuar untuk pegi appointment dengan klinik Kesihatan sikamat. aku sampai kat klinik dalam pkul 8.45pg.. aku tngok dah ramai yang menunggu.. aku ambil nombor giliran.. nombor 1023 dan nombor sekarang adalah 1009...
hmmm... menunggu lama lah jawabnya....

lepas menungu untuk setengah jam, nama aku dipanggil. pergi kat kaunter satu, untuk buat buku merah. check urine test, timbang berat, ukur tinggi, check tekanan darah. semua ok. alhmdulillah. cuma berat badan je ringan sangat.. kurang berat badan.. since pregnant, berat badan aku cuma naik setengah kilo....


selesaikan stage yang pertama tu, kena bawak kad untuk pemeriksaan setrusnya... hmmm.. menunggu lagi....
sampai lenguh pinggang rasanya menunggu... duk belek kertas nombor bila la nak sampai giliran kita.. pening dah rasa bau ubat... huhu....

tengok la.. ramainya yang menunggu...



lepas angka giliran keluar, aku masuk bilik pemeriksaan 4 untuk buat check..  akak nurse yang cantik tngah tunggu. hehe.. lepas dia tanya 2-3 soalan dan bagi tau aku dah pregnant 6 minggu, dia kata nak buat check darah.. alhamdulillah, kepekatan darah aku normal. 14.4.....
kemudian, wat internal check, iaitu pemeriksaan payudara dan perut.. akak tu ajar untuk buat pemeriksaan payudara sendiri. kemudian, aku tandatangan untuk ujian pap smear lepas kelahiran nanti...
hmmmm... okeh... selesai peringkat kedua....

pergi pulak ke pemeriksaan yang ketiga iaitu untuk berjumpa doktor. aku tunggu lagi setengah jam.. dan nama aku dipanggil untuk jumpa doktor. Pegawai perubatan lelaki. seorang cina. mukanya persis pelakon korea.. miahahaha... handsome la jugak.. cewaahhhh... marah laki aku.. hehehe...
doctor ni cuma check masalah yang biasa, macam pernafasan, mata, leher dan bengkak kaki kalo ada...

selesai jumpa doctor ni, maka selesai lah... pukul 12.00 tngah hari baru selesai semuanya.. adehhh.. penat jugak rupanya buat urusan buku merah ni.... hmmm..
doctor sarankan untuk wat follow up sebulan lagi dan minggu depan hari rabu kena pergi Klinik Kesihatan Rasah untuk buat pemeriksaan gigi dan scan perut....



oohh yeargh....

SAYA HAMIL 6 MINGGU.. 
hehe..

Thursday, April 5, 2012

konfem 5 minggu


lepas kenduri kat umah mertua hari sabtu, aku ajak incik asben pegi klinik untuk wat confirmation...
dia dah kata ok.. kta pegi lpas zohor..
sampai lepas zohor, dia duk sibuk pergi kenduri lagi.... 
lastnya bawak sampai ke asar... masing2 dah penat... tdo sampai petang.. bangun tdo tros pegi umah mak aku..
lastnya tak gi check pon..
keesokannya, sebelum aku balik seremban, cuba lagi untuk pegi klinik.. tapi hari ahad kebanyakkan klinik tutup.. ermmm dengan nak kejar masa lagi.. lastnya tak pergi juga...
soo.. macam tak lengkap kalo tak pegi wat confirmation... hhuhuhu..

mujur lah.. pada hari isnin tu, lepas balik sekolah, kawan-kawan aku sudi nak temankan aku wat check.. maka.. dari klinim 1 malaysia kat jalan pantai ke klinik kesihatan ampangan kat paroi dan balik ke klinik kesihatan kat sikamat..
maka dapat la aku buat confirmation.. POSITIVE PREGNANT...
hehehee.....

okehh.. hari isnin ni kena datang semula ke klinim untuk buat buku merah.. hope guru besar bagi keizinan dan semua urusannya lancar...
insyaALLAH..

~~~~~ 5 weeks sudah...




semoga ALLAH permudahkan segala urusan. baik kehamilan, keluarga dan pengajianku...
ameen...









Wednesday, April 4, 2012

Result UPT..... dub dab dub dab....

salam sayang......


rentetan daripada keadaan badan yang aku rasai, aku mula mengesyaki sesuatu. aku mula search kat internet tanda-tanda awal kehamilan.. dan rasanya beberapa tanda yang dinyatakan memang ada pada aku.
lagipon hubungan suami isteri kami 2 minggu lepas masa cuti penggal tu memang antara yang terbaik dan dalam keadaan aku tengah subur. memang aku dah tekad tak mau merancang lagi. memandangkan aku dah di tahun akhir dan perasaan jeles yang sangat sukar aku bendung bla tengok orang pregnant.. maka... aku syorkan kat incik asben aku yang aku dah ready nak hamil..
mulanya memang laki aku agak tak setuju.. tapi aku bulatkan tekad.. akhirnya laki aku setuju..
maka slama seminggu itu, kami tak sia-sia kan.. kalau selama ini kami bazirkan dan buang semua benih anak2 kami.. tp kali ni tidak lagi..
buat pertama kalinya.. laki aku rasai pengalaman seperti para suami lain.. memancutkan air mani dalam rahim isterinya. dengan harapan ianya akan membenihkan hasil.

seminggu lepas cuti, aku mula terfikir andai aku pregnant.. aku buat UPT sendiri kat rumah. masa tu aku buat masa petang lepas balik sekolah. tapi hasilnya negatif.. nak kata kecewa tu memang la kecewa tapi aku belom putus harapan... selagi belom period.. aku tau masih ada harapan...

masa berlalu.. tanda2 hamil seperti yang search kat internet memang ada.
aku mula check satu persatu 10 tanda awal kehamilan...


1. Rasa lapar yang berpanjangan

yang ni memang ada.. memang aku cepat lapar.. tapi orang tak pregnant pon boleh cepat lapar gak kan.. hmm..

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

yang ni aku kurang pasti masa tu.. sbb rasanya cam sama je.. huhu

3. Kerap membuang air kecil

yang ni.. memang yee.. aku perasan aku kencing lebih 6 kali sehari.. tak macam kebiasaannya... mula aku gembira sket.

4. Merasa tidak bermaya


rasa penat ni memang ada.. kadang2 tu bukan main lama aku nak siapkan 1 RPH.. buat sikit pastu rest pastu sambung balik.. lastnya tak siap.. sambung kat sekolah.. huuhu

5. Sakit dan tegang pada buah dada

sakit breast ni btol skali.. aku memang rasa breast aku jadi sensetif skit bla disentuh. selain aku rasa semakin berisi dan tegang... ermm tanda makin kuat.. hehe.


ermmm cukup la 5 erk.. nak tau lebih lanjut tengok kat link tu.. hehe.. 
seminggu kemudian iaitu seminggu lepas aku buat UPT yang pertama... aku buat sekali lagi UPT... kali ni aku buat awal pagi lepas bangun tdo... dengan perasaan bedebar aku tengok result dia POSITIF......
rasa cam tak percaya.. aku tngok banyak kali... memang positif.. 2 line yg sangt jelas.. lembik lutut rasa masa tuh.. sepanjang mandi aku tersengih sorang2...

habis mandi.. aku bagi tau housemate aku... yeargg... diorang bakal jadi mak cik....
hehehe..
aku mesej laki aku yang tengah cuti hari tu.. aku cuma mesej.. mintak dia senyum sepanjang hari.. mungkin dia pon blur apa tujuan aku tapi biarlah suprise.. hehe

kebetulan hari tu adalah hari jumaat dan aku akan balik kampung untuk kenduri naik buai Haziq dan tahlil arwah ayah...
tak sabar rasanya nak balik bg tau kat incik asben..

petang tu sempat lah aku jumpa pensyarah penyelia untuk kajian tindakanku..

aku nak bas dari seremban pkul 8 malam.. tapi malam tu rasanya perjalanan paling lama penah aku naik.. seremban-kl-ipoh-manjung... ambik masa selama 7 jam.... dah macam perjalanan pegi balik je.. sakit pinggang duduk dalam bas tu bukan main lagi... huhuu..
pukul 4 pagi baru aku sampai kat manjung... sian laki aku tunggu lama kat stesen bas tu dengan keadaan hujan renyai-renyai... ermmm keciannnn diaa...

dari stesen bas nak balik umah ambik masa 45 minit lagi....
adooi..
kat umah baru aku sampaikan brita tu.. seperti dijangka laki aku cuma senyum sbb dia memang dah jangka akan dikhabarkan dengan berita tu.. dia senyum tak habis sambil mengeluarkan kata-kata chentanya... hahaha....

dah dekat subuh baru ktaorang tdo sekejap..
then bangun dan prepare untuk majlis naik buai yang start pukul 10 pagi.

itu lah alkisah aku dah positif hamilku... ehhehe..



to be continue.......


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...