Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, February 27, 2012

'PERGINYA' ayah.........





gambar kat atas ni adalah gambar ayah n mak mertuaku masa baru nak pergi menunaikan haji pada tahun 2006... masa ni kami tak kawen lagi...

namun... ayah mertua saya ini telah pulang ke rahmatullah pada petang jumaat 24 februari 2012 lalu, pada jam 2.45 ptg...
aku masih di Seremban masa laki aku call dalam pkul 3.20 ptg... dalam keadaan mamai aku rasa macam mimpi je apa laki aku cakap.. lepas dua tiga detik.. baru aku sedar..
aku teros ambik beg dan berkemas untuk balik perak.. aku lupakan terus pasal mesyuarat PIBG kat sekolah pada keesokkan harinya..

berita yang diterima memang mengejutkan dan tak dijangka.. tengah hari sebelum incik balik sekolah.. dia kata nak pergi beli barang kat Teluk Intan.. jadi bla berita tu disampaikan memang agak mengejutkan..
masa laki my asben tngah smayang jumaat.. adik ipar mesej bg tau ayah tenat.. bla ditanya nak bawak ayah ke hospital atau tak, mak cakap takyah.. jadi my asben habiskan solat jumaat macam biasa. bila adik ipar mesej skali lagi yang ayah dah betul2 tenat.. my asben teros pecut kereta balik ke rumah.
sesampainya kat rumah, ayah dah terbaring ( selama ni ayah tak pernah tdo baring tapi tdo duduk atas kerusi sandar). my asben dan abg ipar pegang tangan ayah.. ajar ayah mengucap.. dan akhirnya ayah 'pergi' dengan tenang dihadapan isteri dan 3 anak lelakinya..

aku pulak terus ambik bas ke KL untuk balik ke teluk intan. tiket yang ada, aku naik bas dari KL ke T intan pkul 6.00 petang dan dijangka sampai dalam pkul 9.00 malam.. namun masa kat pertengahn jalan.. berhampiran RNR sebelah Behrang, tayar bas tetiba pancit... ya ALLAH... dgn perasaan aku nak sampai cepat ni la dia buat hal.. perjalanan tergendala hmpir satu jam.. aku mesej laki aku bg tau lambat sket.. pastu dia kata, mungkin dia tak dapat ambik aku kat stesen bas.. kat rumah tengah buat tahlil. aku cakp takpe la.. boleh suruh abah aku ambik. bla mesej abah.. rupanya kereta abah rosak. dan susah nak ambik aku.. huhuhu... aduhh.. aku sampai stesen bas pkul 10 malam.. aku terfikir suh adik ipar ambik.. mgkin dia tak bz sgt.. tp tak lama lpas tu my asben sampai dengan pak uda.. tahlil dirumah dah selesai.
abg kuar kereta dengan muka tenang... aku salam abg.. abg senyum je. terus ajak aku gi minum.. dia tahu aku blom makan seharian.. pandai abg teka keadaan isterinya ni... memang tngah lapar sangat masa tuh. hmmm...

selesai minum.. kami terus balik umah.. aku tengok kat rumah ramai orang.. mak dan abah aku pon baru je balik ke rumah. sayang tak sempat jumpa.. aku masuk dalam rumah tengok ada saudara mara terdekat. aku salam semua.. dan akhir skali mak mertuaku.. mak nangis dan peluk aku... katana ayah dah takde.. aku usap belakang mak supaya mak reda...
dengan ditemani my asben, aku tengok muka ayah buat kali terakhir di anjung rumah dan bacakan al-fatihah.. tenang muka ayah macam tngah tidur.
malam tu... saudara mara tak berhenti datang dan bacakan yassin untuk ayah sampai ke subuh.
my asben pon dah letih sgt.. bila disuruh rehat, dia tak nak.. tp dia terlena jugak bla aku urut badannya..

lepas subuh, kami balik kerumah untuk mandi dan tukar baju. kemudian urusan jenazah terus dimulakan. dari urusan memandikan dan seterusnya. walaupun ada sedikit masalah kecil timbul apabila tiada orang berpengalaman untuk mengetuai urusan. namun dapat diatasi.. alhamdulillah. semua anak2 lelaki ayah bersama menguruskan jenazah. cucu sulung ayah juga terlibat sama. aku nampak kesungguhan abg long masa uruskan jenazah atuknya. begitu juga cucu sulung dr anak kedua ayah... najmi.. dia menangis tanpa henti. walau usianya baru 9 tahun.. tapi aku tahu dia dah mulai faham erti sebuah kehilangan.. ku usap belakangnya... sedih btul dia...
masa jenazah ayah nak dibawa untuk disembahyangkan dan dikebumikan. emak tak nak ikot.. aku tau mesti mak sedih..
semua anak kecuali sorang menantu ayah ada ditanah perkuburan dan dengar ayah ditalkinkan....
itu lah pengalaman pertama aku menjejak kaki ke tanah perkuburan dan melihat proses jenazah dikebumikan.
maka selesailah urusan kami keata ayah pada hari itu...

menjelang petang, baru kakak ipar aku sampai dari johor. disusuli isteri ADUN Pasir Salak, Pengerusi Penyelaras Baiduri Kawasan Parlimen Pasir Salak, Datin Rohkiah Abdul Samat,  yang turut sama melawat mak dan menghulurkan sikit sagu hati.

untuk malam kedua dan ketiga tahlil buat ayah kami hadiahkan.. aku pulang semula ke seremban pada malam ahad tersebut.(semalam)..


AL FATIHAH..
SEMOGA ROH AYAH TENANG DISANA DAN DICUCURI RAHMAT....


Seriusnya.. ini lah pengalaman pertama aku menghadapi kematian saudara terdekat dan pebeluang melihat segala urusannya.. banyak pengalaman yang ditimba. macam ti jugak suami aku.. pesannya....
masa ni ada duit banyak pon tak penting kalau kta tak rapat dan sombong dengan orang-orang yang akan menunaikan ibadah kifayah ni... sebagai anak lelaki terutamanya anak sulung, hubungan baik dengan masyarakat sekeliling adalah amat perlu. kerana kta tidak menduga apa yang bakal kita hadapi.
rajin-rajin lah ke surau dan berbuat baik sentiasa..
waallah hualam...

Thursday, February 23, 2012

help me... ouh my hard disk...


salam semua..........

korang aku nak kabarkan kesedihan aku ni.. huhhuhu..

beberapa hari lepas.. satu kejadian yang aku paling tak sangka akan terjadi kepada aku...
sebaknya rasa hati...

lepas aku berjaya menyiapkan assignment Bimbingan dan Kaunseling dengan jayanya dan dah siap print.. fuhh masa tu lega rasanya.. rasa berhasil sbb tak kuar walau cuti. okeh sekarang masa untuk rph dan tumpu pada pnp...

malam tu, ada kawan aku nak pinjam aku punya hard disk untuk print muka depan assignment. aku pon bagi.. bla dah masuk laptop dia.. tengok semua file dalam hard disk aku jadi corrupt.. macam kena virus... 
Aku pon pindah masuk laptop aku.. tengok sama jgk... masa tu aku dah nervous.. sbb takot hilang, aku pon scan hard disk aku dengan antivirus AVIRA...
memang dia ada kuar memo untuk setuju fix the problem... aku pon klik OK..
dan...... BOOOMMM... sekali aku pandang, semua file yg corrupt tadi hilang dari simpanan..

ya ALLAH.. berdegup kencang teros jantung aku.. aku cuba bukak banyak kali n refresh.. mana tau ada miss kat mana-mana...  tapi tak berjaya.... teros holang mood aku untk wat rph hari tuh... sedih tak terkata...
aku cal abg.. tapi abg wat lawak plak.. abg ckp tak pe la.. paling tidak dah tak de la gambar abg masa gemuk. hhaha..
lawak sangat kan?? huhuhu..

aku tetap tak dapat redakan kesedihan.. macam2 ada dalam hard disk tu...
keesokkannya lepas balik skolah aku teros bawak gi kedai komputer..
sekali lagi patah hati ku bla dia kata tak dapat dipulihkan.. cina kat kedai tu tanya aku, dengan antivirus ape aku scan.. aku jawab la avira.. sbb antivirus tu je ada dalam laptop baru aku...
dia teros geleng kepala... dia kata, kalo AVIRA memang tak dapat tolong sbb dia teros buang file kta....

hmm.. sedih tak terkira aku..
terasa sangat bodoh diri ini pegi scan...
terasa sangat kecewa bila sebahagian memori dan kenangan hidup hilang sekelip mata,
terasa marah sgt pada antivirus tu...
balik ke rumah petang tu, aku terlena dalam sebak yang tak tertahan..... hampa rasanya....

tapi aku tetap tak puas hati.. yer lahh bila ktaa masukkan USB dalam komputer dan bukak dia punya properties.. ku tengok harddisk aku berisi.. maksudny ada ruang yang digunakan.. tapi bila open, kenapa kosong??????
aku syak semua file aku kena hidden oleh AVIRA...




aku cuba cari manual penggunaan AVIRA personal dan sedaya upaya cuba fahamkan.. aku masih berharap ada sinar yang menggembirakan..
tapi.................... aku tetap tak berjaya menjejaki kat mna semua file hidden dalam hard disk aku.. ada lagi ke?? dh terbuang ke? waaaaa..... aku nak tau semua tu..........................

maka dengan itu, aku merayu dan mintak tolong sesangat....
sesiapa yang tahu cam ne nak pulihkan aku punya hard disk.. tolong la bantu aku.. serius aku tak sanggup kehilangan semua file yang ada dalam tu.....

HELP ME!!!!!!




bagi la cadangan untuk selamatkan hard disk ni.. huhuhuhu...

mine!!!


Saturday, February 18, 2012

bekpes roti telur goyang


salam sabtu semua....
haii hari ni sabtu.... masa untuk bermalasan.... esok ahad masa untuk RPH dan isnin.. kembali menjadi guru.. hahaha...
sarapan ape hari ni erk korang?? makan tngah hari cam mana plak?

ermm.. sabtu ni, aku masih di seremban...
yee.... sepatutnya ni turn incik asben aku datang seremban sebab 2 minggu lepas aku dah balik kampung..
tapi apa boleh buat.. tugas perlu diselesaikan dulu..
incik asben aku ada program hari ni.. dia jadi pegawai untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah perak tengah. sekolah aku akan jadi tuan rumah untuk pertandingan peringkat negeri nanti.. soo.. banyak la keje asben aku tu sebagai pengurus dan jurulatih pasukan..
haiii sabar jer lah.. rasanya cuti bulan tiga nanti baru ketemu....

hari cuti cam ni, teringat plak kalo kat rumah mesti bekpes sesama ngan buah hati aku tu..
biasanya kalo rajin ada la makan berat, kalo malas sedia mana ada yg simple jer la.. ( biasanya mmg malas sbb yg nak makn berdua je) hihihihihih...

dan, salah satu menu bekpes yg laki aku suka adalah roti telur goyang ni...
haii.. knapa laki suka makan telur erk, lagi2 telur separuh masak.. hmmm...
pernah dulu aku terbaca, laki suka makan telur sbb telur boleh bantu lelaki bina muscle kat lengan tu..
idaman para maskulin la tuh kan? btol ke? hahaha...





hmm.. ok lah... sampai sini dulu....
selamat berhari minggu semua!!



Thursday, February 16, 2012

M.I.L.O ~ hijau lori milo


mesti ramai yang masih ingat saat kta kecil waktu zaman skolah dulu kan.. mesti ada lori makanan atw minuman macam honey star, VICO and MILO...
seronokkan... walau cuma dapat cikit jer, tapi excitednya nak beratur gi ambik... masa ni la nak lari sekejap dari kelas.
lagi2 kalo MILO.. waa.. ingat lagi masa skolah dulu, air milo dari lori MILO ni sedap sngat.. terasa pekat lemaknya.. ditambah dengan sejuk... hehe..

dan... sememangnya sampai sekarang program MILO KE SEKOLAH masih diteruskan.. maksudnya adik-adik dan anak-anak kita sekarang ni masih merasai keseronokkan mengejar lori. hihihi..

baru-baru ni, LORI MILO ni sampai SK Dato Klana Maamor...
yearghhhh.... hehehe.....
hmmm.. seperti dijangka, pasti la dapat sambutan hangat. dari murid ke cikgu ikot beratur untuk secawan milo.. lagi best cikgu-cikgu siap sanggup habiskan air dalam beka minuman masing-masing untuk diganti ngan air milo. tal cukup dengan tu, ambik plak sampai 2 jug untuk minum dalam bilik guru.. kenyang milo lah para guru.. heheheehe...

jom kta tengok gambar eh....








terima kasih MILO!!!!



haaaaa tengok ni.. sekali dengan cikgu ikot beratur.... siap bawak botol lagi tuh.... ehehe..


jom minum.. ngee....









tapi kan... LORI MILO bukan sekadar menjengah sekolah je...
maktab kami pon dah penah jadi destinasi singgahan jugak.... haaa.. ni masa majlis pelancaran kebitaraan sukan maktab kami.. alaa masa TPM, dato seri muhyiddin yassin datang hari tu, maka kami pon bersama-sama la excited. tak padan dengar besar. hihihi..





tapi.... satu je la masalah badan aku ni... tak leh minum atau makan benda bersusu ni banyak sangt. aku cuma minum satu cawan setengah je.. adoooii memulasnya perut pon menjadi -jadi la... huhuhu...
kasihan........


OK la... itu citer utk kali ni..
MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT! hehehee..

Praktikum lagi ~ fasa 3

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA..

haii.. masa-masa sibuk kembali menghantui..
sekarang saya dah masuk berpraktikum untuk fasa yang ketiga.
pada semester ini ( semester 7), aku ngan dua orang kawan lagi iaitu ilah n jaja telah digandingkan untuk menjalani praktikum versama.
sekolah yang menjadi sasaran kami adalah sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor, seremban.

kami akan menjadi warga SK dati Klana Maamor ini slama 3 bulan. sekolah ni kecik je.. dan berkongsi kawasan denga Sekolah Pendidikan KHas Seremban. sekolah Dato Klana Maamor ini hanya mempunyai 2 buah blok bangunan yang menempatan kelas dan kawasan pentadbiran. serta berkongsi padang da kantin dengan SK Pendidikan Khas.

dengan bilangan seramai lingkungan 200 orang dan 21 orang guru, membuatkan aku rasa lebih mudah untuk mesra di sekolah ini. baru masuk tak sampai sebulan tapi dah rasa cam lama duk kat skolah ni.. kelas pon ada 6 buah je.. jadi nama budak pon senang diingat..
walaupun ia sekolah kecil tapi aku rasa agak selesa juga dengan sekolah ni berbanding sekolah yang besar semasa aku menjalani praktikum sebelum ni yang bagi aku mungkin lebih cepat memeningkan kepala dengan riuh rendah murid..

pada praktikum kali ni, kami bertiga akan mengajar matapelajaran Pendidikan seni dan juga Bahasa Melayu..
dan menjadi pengalaman pertama bagi aku apabila diberi amanah mengajar sebuah kelas KSSR iaitu tahun 2 dan juga kelas peperiksaan iaitu Tahun 6. semoga semuanya berjalan lancar. doakan kami yer.. insyALLAH.. ameen...

OK...... jika ada kesempatan, aku akan sellau update pasal perkembangan praktikum erk...

sehingga ketemu lagi... ADIOS.......................

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...