Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, November 16, 2011

best AIS KACANG, LUMUT


hari tu masa teman incik asben pegi merempit ngan superbike nya ke Lumut...
soo... kami singgah sini jap nak membasahkan tekak ngan ABC.. lepas makan terus balik...
hhahaha... btol2 cuma nak test naik motor untuk jarak jauh je.. hehe....

mode : ~ praktis nak gi bercuti naik moto.. hehehe..

ermm ok lah.... haaaa... ni nak habaq ni...
kalau gi Lumut dulu.. kami mesti nak makan ABC.. tp port dulu yang kami selalu minum masa zaman aku skolah dulu dah tak menarik untuk dilawati lagi.. walaupun pemandangan menghdap jeti tu mmg menarik.. tapi... sikap jurujual yang suka berebut pelanggan kat situ buat kami decided tak mau gi medan selera tu lagi...

dann....
kami minum ais kacang dekat stall dekat laluan pejalan kaki menuju ke Jeti Lumut...
take note k... sesape yang nak ke Pangkor, mesti akan lalu laluan ni dulu sebelum naik Feri.. soo.. boleh la singgah rasa ABC dia..



ni la ABC yang aku maksudkan...
ermmm... bagi penggemar ABC.. rasanya yang ni mmg cukup best.. ditambah pulak dengan aaiskrim vanila dan lelehan coklat pekat kat atas tu...
dari segi bahan campurannya... ermmm mmg agak memuaskan sebab dia taruk macam2 dalam tu... ada kacang, jagung, pearl, nata de coco n macam2 lagi....
harga dia RM3.00...
sesapa nakk cuba.... boleh datang kat sini..
untuk lebih terperinci...
stall ni berhampiran sgt dengan bazaar Lumut.. allaaaa tempat pelancong selalu beli cenderahati tu...


masa hari tu...
kami makan ais kacang dengan nasi goreng ayam.
ermm sampai senak perut aku nak habis kan asi kacang tu...

~ tuu laaa.. cari penyakit kan.. dah tau tak leh minum manis, pi order sape suruh kan? hahahaha...

ermmm tapi itu la penangan ABC kat situ...



PERSONA menantu en Osman

menantu perempuan keluarga en Osman

salam...
haa... diatas tu memang muka menantu perempuan keluarga en osman iaitu keluarga mertua saya.. ni untuk setakat ini laa...cun tak???  insyaALLAH tambah seorang lagi menantu perempuan tak lama lagi. hheehehe..


haaa nak tau kenapa aku tetiba pos pasal menantu ni plak?
ermm aku rasa kami ada beberapa persamaan yang cam menarik je bagi aku.. hehe...


tapi sebelum tuh, meh aku kenalkan sorang demi sorang dulu..


yang pertama tu...
kak Sha atau nama penuhnya sahanura binti bakar. berasal dari Batu pahat, Johor. kak sha bukan menantu sulong tapi dia berpangkat sulong kerna dikahwini oleh abang sulong.. iaitu en azlan.


yang kedua tu...
tak baekkk sangat kalo tak kenal.. hehehe..
nama penuhnya Intan Suriana Bt Mohidin. asal dari Teluk Intan, Perak. dia memang anak sulung tapi dia dikahwini oleh anak ketiga dalam family ni iatu en Idris.


yang ketiga pula, 
muni... (dia lbh tua dr sy.. tp dia berpangkat adik kpd sy). nama penuhnya, Munirah Binti Ismail. berasal daro Changlun, Kedah. yang ni antara menantu yang paling baru setakat ini. berkahwin dengan en Azuan.


apa yang samanya??
haaaaa... ni nak kabo la ni.....


pertamanya....
kami semua bersuamikan seorang guru....


keduanya, kami pun seorang guru.... (insyaALLAH aku tak lama lagi)


  • En Azlan, seorang guru Bahasa Melayu ( cikgu BM sy dulu tau) di SMK Sungai ranggam, teluk intan, Perak dan Kak Sha, seorang guru Pengajian AM di SMK Semerah, Batu Pahat, Johor...
  • En Idris, seorang guru Biologi (cikgu math sy dulu) di SMK Sungai Ranggam, teluk intan, Perak dan saya insyaALLAH bakal jadi cikgu seni di sekolah yang bakal dipostingkan.... hehee
  • En Azuan, seorang guru PJK di SK Kampong Jawa, Klang, Selangor dan Munirah, seorang guru kimia di SMK sayong, Kuala Kangsar, Perak


persamaan ketiga,
kami adalah pasangan suami isteri masa cuti... huhuuhu.. perkahwinan jarak jauh namanya... kesiannn..


dan persamaan paling best adalah....
kami semua pakai kereta Proton Persona...
hehe...


PERSONA kami...






seronoknya rasanya.. bla konvoi.. sama je... hehe..


selain itu, perasan tak.. warna baju pengantin kami bersanding di rumah lelaki adalah sama ngan warna kereta..... haaa.. yang ni kebetulan..... tidak dirancang.. hehe


ermmm tu laa... sikit citer pasal kami..... kami keluarga bahagia.. hehe..




dan tak dlupa kepada bakal ahli keluarga baru, 
cik Rosidayu binti Azizan..... juga dengan kereta proton personanya berwarna silver.. hehehe
lepas ni boleh wat pamera atae showroom proton di laman rumah erk...


rosidayu yang lebih selalu kami panggil ayu ni,berasal dari alor setar, Kedah..
 insyaALLAH akan bersuamikan en Yunus.. seorang Tenaga Pengajar di PUsat Kraf Tangan Malaysia cawangan Negeri Pahang di Kuantan..


hmmm.. maka dengan itu... habis la anak bujang en Osman.. hehe 



Wednesday, November 2, 2011

KEMILAU BICARA


TAJUK  : KEMILAU BICARA
Oleh : Intan Isna

Aku berlari anak, mempercepatkan langkah untuk sampai ke rumah. Sampul surat yang baru ku ambil dari warung Uncle Santos ku genggam erat dan kemas. Surat yang membawa perkhabaran gembira ini akan aku tunjukkan pada mak dan bapak. Sekeping kertas yang yang menyampaikan pesan bahawa aku dipanggil untuk mengikuti kursus perguruan di salah sebuah universiti perguruan terkenal. Berita ini pasti akan membanggakan mak dan bapak. Mungkin orang kampung juga. Mana tau, mungkin bapak akan mengadakan makan besar menjamu orang kampung sempena kejayaanku ini.. tanpa aku sedari, dalam mengelamun aku sudah sampai ke laman rumah.. ku lihat mak sedang terbongkok-bongkok di bawah rumah, mengintai telur ayam barangkali.
“ Makkk.....” ku laung dari laman rumah. Mak kelihatan kaget.
“ Apa saja kau ni Ria, mau jatuh jantung mak ni kitak buat ya.. maluk di dengar jiran sebelah” mak mengomel tanda protes.
Aku lantas mencium pipi tua mak, “ mak, ni kamek mau nunjuk ni, Ria dapat dapat masuk universiti di Semenanjung..” aku menghulur sampul surat kepada mak.
“Betolkah Ria?? Alhamdulillah.. ada jugak keluarga kita yang belajar tinggi.. mak bangga sama kau Ria”. Setitis air mata gembira mak jatuh di tubir mata namun pastas di seka dengan kain baju lusuhnya.
Mak menarik tanganku pantas naik ke rumah menhadap bapak yang sedang asyik menganyam bakul rotannya.

2
Mak, bapak dan abang Rosyam menghantar aku ke Lapangan Terbang Kuching. Semalam bapak buat kenduri doa selamat buat mengiringi keberangkatanku ke tanah semenanjung demi mencari setimba ilmu dalam bidang perguruan. Para jiran tidak putus mengucap tahniah dan memberi kata semangat buatku.. maklumlah aku adalah anak jati pertama dalam kampung ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran dan merasa menaiki belon ke semenanjung.
Selepas 1 jam 40 minit penerbanganku, aku tiba di Lapangan terbangan Antarabangsa Kuala lumpur. Orang selalu menggelarnya KLIA.  Selepas melepasi pemeriksaan dan mengambil barangku, aku mengorak langkah mencari seseorang yang telah dijanjikan akan datang menjemputku untuk mendaftar di kampus nanti. Saat itu juga aku terpandang seorang lelaki berpakai kemas seperti seorang driver memegang kertas yang tertulis namaku. AZWARIA.. yaa itu lah namaku. Aku menghampiri lelaki tersebut dan melebarkan senyuman.
Setelah memastikan dengan jelas bahawa lelaki itu memang datang untuk menjemputku, aku lantas membontotinya ke kereta jenis Proton Waja berwarna putih yang jelas terlekat lambang dan lencana Universiti Perguruan Sultan Idris. Aku masuk ke perut kereta dan kereta mula bergerak menuju ke sebuah destinasi di mana aku akan mendapat sebuah pengalaman baru.

3
Setelah tamat minggu pengurusan pelajar baru, aku memulakan kuliah sebagai salah seorang pelajar jurusan bimbingan dan kaunseling. Bergelar seorang pelajar institusi pengajian tinggi, aku merasakan bahawa aku harus menyesuaikan diri dan bijak berteman. Mujurlah mulutku yang sememangya ramah ini tidak menghalangku untuk berteman dengan sesiapa sahaja.
Detik demi detik, hari terus berganti, aku semakin bergelumang dengan dunia sebagai siswi. Tugasan yang banyak memaksa aku untuk sentiasa menhadap komputer ribaku atau sesekali bersendirian di perpustakaan. Aku cepat belajar untuk menambah pengetahuan IT, kerana ia juga salah satu keperluan untuk mencakupi keperluan sebagai seorang pelajar dan bidang pendidikan yang semakin mencabar. Bebanan tugas yang banyak telah membuatkan aku mencari sesuatu untuk mengurangkan sedikit tekanan. Akhirnya aku berjinak-jinak degan laman bual di alam maya, atau nama biasanya chatting.. saban hari aku pasti akan mengunjungi laman facebook, friendster, twitter dan tagged. Tujuan Cuma satu. Mencari teman berbual tatkala rakanku yang lain sibuk dengan tugasan yang tidak pernah putus.
Sehinggalah pada suatu hari, aku disapa oleh seseorang yang menggelarkan diirinya sebagai Mr Gig. Dari perbualan kami itu, aku menganggapnya sebagai seorang lelaki yang cukup matang, memahami dan seorang pendengar yang baik. Kata-katanya sering saja bisa meredakan perasaan hatiku yang kadang kala di landa kemurungan. Cukup tiga bulan berhubungan tanpa bersua muka, Mr Gig mengajukan hasratnya untuk bertemu denganku.
“alamak..... nak jumpa pulak dah mamat nih”. Aku berkira samaada mahu berjumpa dengannya atau tidak.
“ala, jumpa je la.. siapa tahu, dia ni seorang lelaki yang handsome. Untung, boleh jadi kekasih aku”. Hatiku membuat keputusan dan tanpa disedari seulas bibirku mengukir senyum nakal.

4
Aku memakai pakaian yang aku rasa sangat cantik untuk digayakan. Aku berharap, lelaki yang bakal aku temui ini adalah seorang lelaki yang selama ini menjadi idamanku.
“mana pulak mamat ni?? Semalam bukan main beriya suruh aku datang Mid Valley ni.” Aku berguman sendiri setelah penat menunggu dalam restoran Mc Donald hampir setengah jam.
Tiba-tiba bahuku dicuit, “awak ni Sweet lady ke?”.
Aku tergamam. Dihadapanku berdiri seorang lelaki yang berpakaian selekeh dan berambut panjang paras bahu. Dia mempekenalkan dirinya sebagai Mr Gig. Aduh... rasanya mahu pengsan aku dibuatnya.
Bermula hari itu, hampir setiap hari Mr Gig atau nama sebenarnya, kamal menghubungiku. Tidak cukup dilaman chatting, dia menelefonku saban malam. Aku mula merasa rimas. Mungkinkah kerana aku sudah mengetahui penampilannya yang terlampau biasa itu.
Aku cuba untuk menjauhkan diri daripada Kamal, tapi kadang kala aku rindu untuk berbual dengannya, aku rindu untuk meluahkan segala bebanan yang aku rasa. Setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya memang benar-benar mencairkanku. Akhirnya, aku semakin rapat dengannya dan sering kali membuat temujanji. Penampilannya bukan lagi masalah buatku.
Setiap hujung minggu, aku pasti akan meninggalkan kampus untuk bertemu dengan kamal. Aku sengaja bertemunya ditempat yang jarang untuk diketahui atau dikunjungi rakan-rakanku.
Tanpa aku sedari aku semakin hanyut dengan dunia remajaku. Benih-benih cinta mula disulam, cinta yang tersemat mula ku canang. Tatkala mata bertentang mata, dua hati memadu erat  dan nafas mula berperang hebat dan akhirnya dengan rela hati, aku telah menyerahkan keperawanan padanya. Kehendak diriku telah mencalar syariat. Aku lupa sesaat pada ayah dan bondaku yang begitu mengharap padaku.
Hubunganku dengan Kamal, seolah tidak boleh dibendung, aku terlalu taksub dengan cintanya. Setiap kali bertemu, aku pasti terkulai dalam dakapananya. Memadu asmara dan terus mencipta noda-noda hitam dihatiku.
5
Empat tahun berlalu, aku kini telah selamat bergelar seorang graduan siswazah dan tidak lama lagi, aku akan menjawat jawatan sebagai seorang guru. Aku diterima untuk mengajar di tanah kelahiranku, sarawak bumi kenyalang.
Aku menjawat jawatan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah menengah di bandar Kuching. Aku seronok sekali dapat berkhidmat di sini. Menunaikan bakti kepada anak bangsa dan menjadi seorang agen perubahan yang di amanahkan mencorak murid-muridku untuk keperluan negara pada masa depan.
Kamal? Ermm kami sepakat untuk berpisah. Aku sendiri tidak pasti, entah bila aku akan kembali ke tanah semenanjung semula. Namun, sebelum berpisah aku sempat menemaninya bermalam di sebuah hotel. Malam itu, kami berdua bermesra dan menunaikan hajat yang bergolak di dada. Memang indah saat itu. Biarpun ku tahu, aku telah menambah sekarung dosa lagi. Tapi  aku seakan lupa dan mengenepikan agama. Lantaran minda dikuasai nafsu dan syaitan.
Sekarang aku dan kamal sepakat berpisah, walaupun ku tahu diriku bukan insan suci lagi, namun aku masih cantik. Pasti masih ramai lelaki yang boleh menerimaku. Aku bangga dengan keadaanku sekarang, sekurang-kurang sekarang aku sudah punya kereta sendiri, pasti ramai lelaki yang akan tergoda denganku. Sedangkan Kamal bukanlah lelaki yang berharta.
6
“Cikgu Ria, cikgu mesti tolong saya. Saya dah tak sanggup hidup macam ni. Saya dah tak mahu tinggal bersama ayah.” Itu lah rintihan daripada Jessica. Salah seorang pelajar beragama kristian atau lebih tepat klienku yang datang menerima kaunseling kerana trauma dengan kejadian sumbang mahram yang menimpanya. Dia dirogol oleh bapa tirinya sebanyak tiga kali. Aku simpati dengan kejadian yang menimpanya. Namun  satu permintaanya yang membuat aku terlopong dan tergamam. Jessica mahu memeluk agama islam. Sangat banyak pengetahuannya mengenai agama islam. Mulutnya lancar menuturkan bicara keindahan agama islam yang suci. Sedangkan aku sendiri yang beragama islam tidak menyedarinya bahkan mencalar kesuciaanya dengan palitan noda yang telah ku lakukan pada diriku sendiri. Serentak itu, air mataku jatuh tanpa tertahan. Aku bangun memeluk Jessica. Dia kelihatan kaget dan terpinga-pinga. Agrhhh.. biarlah.. yang penting pertemuanku dengan jessica dan buah bicara dari mulutnya telah meruntuhkan tembok keluli di hatiku dan membuka pintu taubat di hatiku. Aku amat sedar bahawa selama ini hidupku bergolek di lumpur hina.
Usai menyerahkan kes Jessica i ni kepada ustazah Aisah, seorang ustazah yang yang lebih berpengalaman dan mampu membantu Ria untuk menemui jalan hidayah yang dipilihnya. Moga Jessica akan menjadi seorang muslim yang mendapat redhaNYA. Aku kembali ke kamar tugasku. Aku menangis semahunya. Tidak ku kisah lagi para pelajar dan guru yang melihatku apabila merela melalui tepi bilik kaunseling itu.
Dalam hatiku Cuma ada satu tekad, aku mahu bertaubat. Patutlah selama ini hatiku sering gundah gulana dan tidak tenteram. Aku alpa dengan kewajipanku sebagai seorang hamba ALLAH yang patut menyerah diri dan menunaikan apa yang telah diwajibkan ke atasku. Sehingga lah ke hari ini, dinding keluli di hatiku roboh dengan hanya kuasa bicara yang keluar dari bibir seorang kristian. Terima kasih Jessica!

7
Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Aku membaca tulisan daripada Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani dengan penuh keinsafan dan air mata yang berguguran. Lantas dalam hatiku mengucap istigfar.
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Bermula saat ini, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak mahu menjadi seperti peribahasa ketam mengajar anak berjalan lurus. Aku adalah seorang guru kaunseling di sekolah. Pastinya aku akan sentiasa menjadi tempat rujukan dan menerima nasihat. Layakkah aku jika diriku juga tidak cukup bimbingan. Lantas mulai detik ini, aku akan menyucikan diri dan menyiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang benar-benar memahami profesien dan etikanya. Bukanlah sekadar pada nama sahaja.
Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dengan ibadat, peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat, peningkatan ilmu kerana mengkaji, peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi, peningkatan dalam hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak, peningkatan kesabaran hati kerana banyaknya musibah, peningkatan kualiti diri kerana disiplin yang kuat.
“Cikgu Ria, amboi... jauhnya Cikgu Ria ni mengelamun, teringat apa tuh?” aku tersentak dan terjaga dari lamunanku yang panjang apabila ustazah Aishah melambai-lambaikan tangannya dihadapanku.
Aku tersenyum kelat lantas mengekorinyanya menuju ke kantin sekolah.
Moga sinar yang menyinari di liku noda ini akan terus berkemilau hingga ke akhir jalan menuju rahmatNYA. Moga masih ada ruang untuk insan sepertiku menempah tempat ke syurga.




CORETAN IDEA ;

INTAN ISNA..
STUDENT OF ART.

Tuesday, November 1, 2011

amali : lukisan figuratif







Tugasan bagi subjek PSV3112 iaitu subjek Lukisan dan Penyuburan Diri kami semester ini adalah setiap pelajar dikehendaki menjalankan amali iaitu menghasilkan sebuah lukisan figuratif. Lukisan yang dihasilkan adalah sebuah lukisan figuratif yang bertajuk seorang pandai tukang sedang bekerja menyiapkan salah satu hasil kraftangan tempatan. Secara terperincinya, lukisan figuratif yang dihasilkan mestilah menampakkan kemahiran pelajar membuat pemilihan tajuk, proses pengwujudan dan perkembangan idea,penggunaan bahan dan teknik, suasana dan moo gambar serta penghasilan dan kemasan karya. Hasil lukisan tersebut mestilah kemas dan sesuai untuk dipamerkan. Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar tentang disiplin-disiplin lukisan dan menguasai kemahiran menggunakan pelbagai media kering dalam menghasilkan lukisan. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari membuat pertimbangan dan pengamatan asas berkaitan hal benda, elemen asas, prinsip dan struktur rekaan dalam menghasilkan lukisan.
Bagi menyelesaikan tugasan dan amali ini, saya telah memilih seorang tokoh dan pengusaha kraftangan yang telah pun menerima anugerah tokoh adiguru kraf. Beliau adalah Puan Hawa binti Ngah Salam. Puan hawa adalah seorang pengusaha dan pembuat labu sayong pulau tiga. Kini beliau tinggal hampir dan berdekatan dengan kawasan kejiranan saya. Saya rasa amat berbangga untuk memilih beliau sebagai subjek matter terhadap amali lukisan saya.




Proses penghasilan hasil akhir karya ini telah dijalankan secara individu selama tiga jam di dalam studio seni. Lukisan tersebut boleh dihasilkan dengan pemilihan bahan yang sesuai seperti krayon, pensil warna, pastel, pen, dakwat dan lain-lain bahan yang sesuai. Lukisan tersebut harus dibuat di atas satah permukaan yang sesuai dengan media kering seperti kertas, papan lapis dan lain permukaan yang sesuai.
Bagi hasil karya saya ini, saya telah memilih untuk menghasilkan karya di atas kertas lukisan berukuran 75cm X 50cm dengan menggunakan media pensel warna.
Amali lukisan selama 3 jam ini telah dipantau oleh ketua Jabatan Sains Sosial, Encik Norazlan Bin Ismail.
Sepanjang amali tersebut, kami telah di nilai berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kemahiran melakar dan teknik mengaplikasikan lorekan pada lakaran. Selain keupayaan kami untuk menyiapkan lukisan yang berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.  Setelah lukisan di siapkan, kami akan melekap dan membingkai lukisan mengikut saiz dan kertas lekapan yang sesuai iaitu mounting board.



Ini adalah gambar asal yang aku jadikan sebagai subjek matter dalam amali lukisan ini iaitu Puan hajah Hawa binti Ngah Salam.






ni proses sepanjang aku menyiapkan lukisan amali ni.. proses melukis dan mewarna mengambil masa lebih kurang dalam seminggu. itu pon sebab kekangan daripada assignment yang lain dan saiz lukisan yang agak besar. proses ni termasuk la dari melakar, mewarna subjek menggunakan pensel warna, mewarna latar belakang menggunakan soft pastel dan lukisan dihantar ke kedai untuk di mounting dan diframe. kos untuk frame ni mencecah RM70. itupun frame dan mounting yang biasa2 je.. kos ni tak termasuk kos kertas, pensel dan bahan warna..
ermmm bukan senang nak jadi orang seni ni tau....

ehhh... hmmm jom la tengok gambar..





































untuk tengok gambar kawan-kawan aku yang lain.. sila tunggu.. hehe......

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...