Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, August 23, 2011

shopping ~~ berbuka kat CHICKEN RICE SHOP

Bila dah masuk bulan ramadhan dan Praktikum pulak dah tiba ke musim busy dengan pemantauan,maka penat dibadan makin terasa...
tapi semangat nak sambut raya tetap menyala di hati.. hehe...
ermmm.. menjelang minggu kedua berpuasa dan kebetulan hujung minggu yangtidak begitu membebankan. maka aku pun decide la nak kuar  shopping baju raya... lepas zohor, aku, ilah n jaja pun memulakan langkah...
tempat pertama kami serbu adalah SEREMBAN PARADE.... sampai je mesti tros serbu kedai baju.. sbb dah tu tujuan utama. survey punya survey.. pandang punya pandang.... adalah yang berkenan di hati.. tapi........... alamak............ tak de saiz la plak...

hmmm.. jalan lagi... kali ni ke terminal One plak.... terus gi butik yang sama dngan harapan adalah design yang sama kat butik tu.. hahhh tu diaa.. nasib baik ada...  terus ambik and try... lepas try.... pikir2 sekejap.. ermmm boleh la ni..daripada tak de..so..gi kaunter and terus banyar.

then, jalan lagi mencari barang seterusnya. lepas solat asar. kami gerak ke KM Plaza plak.. ermm kat sini banyak baju soo.. sedap la sikit mata memandang... kat sini aku dapat la meragut 3 helai selendang... ermmmm layan jer.... huhuhhu...

jalan punya jalan... tak sedar dah masuk waktu berbuka la.. ermm... kami cam rasa tringin nak makan Chicken Rice Shop.. lagi pun seumur hidup aku.. belom pernah cuba lagi makan kat sini..
maka kami pun patah  balik semula ke Seremban Parade..
masa tu jam dah menujukan hampir pkul 7...
sesampainya kat depan restoran ni... OMG.... ramainya orang.. sampai bukak meja lain kat luar restoran... haa... mana nak duduk ni... hahahaha....

lastnya.. kami tros naik kat foodcourt dan berbuka dengan air n bekal yang sempat kami beli kat bazaar tadi.. then, aku tmbah dengan yong tau fu.. itu pun.. mak aaiii.. mahalnya.. haha..

lepas solat maghrib dan perut mula terasa lapar balik baru la kami mengunjungi restoran chicken rice shop untuk melunaskan hajat yang tergendala...

ermmmm..... jom tengok apa kami makan..............

kamo order set Triple Feast (3pax) .
dalam set ni ada...

  1. Nyonya Pai Tee (Regular)
  2. Gado-gado or Kerabu Mango
  3. Personal Portion of Chicken** Choice of Steamed, Roast or Soy Sauce
  4. Prime Honey BBQ Chicken / Nyonya Assam Fish / Hainanese Curry Chicken or Special Hong Kong Beef Stew
  5. Pak Choy with Oyster Sauce (Regular)
  6. Sai To Fish Balls (Regular)
  7. Three bowls of Chicken Rice
  8. Soup of the Dat
  9. 12oz Soft Drink (Three)
harga untuk set ni.. adalah sebanyak... RM40.99...

maklumat lanjut boleh tengok kat page menu Chicken Rice Shop..






untuk pengalaman pertama aku makan kat chicken rice ni... ermmm aku bagi 3/5 bintang la... bagi aku, tak berapa kena la ngan citarasa aku.. mungkin sbb aku kureng sket makan ayam lembek2 ni.. haha...

ermm.. tapi korang boleh cuba.. rasanya ramai juga penggemar chicken rice ni kan... ermm...

PRAKTIKUM dan RAMADHAN 2011..

sedar tak sedar, Ramadhan 2011 telah sampai ke penghujungnya.. tinggal lebih kurang seminggu je lagi umat islam dapat beribadah dalam bulan yang diberkati ini. dan sedar tak sedar juga..aku pun telah sampai ke minggu akhir aku berada di SK MANTIN. pejam celik pejam celik, dah hmpir 8 minggu aku menjadi warga SK MANTIN


banyak sangat cerita yang aku nak kongsikan sepanjang 2 bulan kebelakangan ini..takkira la cerita pose atau pun pasal sekolah.. namun apakan daya..aku ni jenis lambat and susah sket nak menulis kat blog ni..bagi aku..aku perlu masa yang btol2 lapang utk mengadap blog ni.


tapi jangan risau... insyaALLAH..ada kelapangan nanti.. aku mesti akan update story pasal ni semua.
hehehehe...


jangan lupa ikuti yer..ermm sbb aku nak share banyak pengalaman menarik semasa PRAKTIKUM dan RAMADHAN 2011..

Tuesday, August 16, 2011

Lagu OST Ramadhan Terakhir

sape suka tengok citer drama Ramadhan Terakhir sepanjang bulan pose ni??? angkat tangan...... hehehe...
yeeee sy suka tengok citer tu...
salah satu sebabnya adalah lagunya yang sedap didengar tuh... tajuknya  Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin.


syahdu jer bla dengar lagu ni... cuba jugak cari MP3 dia kat internet tapi mesti ramai yang tak jumpa kan? kan?? btol tak? kalo ada pun.. mesti tak habis kan? haaaa.... ni nak story nih....



Penyanyi lagu ni adalah Pompa Bensin, suara perempuan dalam lagu tu ialah Ana Dahlia (pelakon Mantra) dan jadi kerani kepada Seth Tan dalam drama Nora Elena tu, kalau siapa masih tak tau siapa Ana Dahlia. Dalam facebook Pompa Bensin memang ada sebut nama Ana Dahlia yang menyanyi sama dalam lagu Jangan Lupa Namaku. Sedap gak suara dia kan. Pompa Bensin ni kumpulan ke apa erk? tapi dengan dalam lagu macam ada 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan yang nyanyi lagu tu. Perempuan tu dah tau Ana Dahlia, lelaki dua orang tu masih tak tau le.
Lagu penuh mp3 Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin masih belum dikeluarkan lagi. Pompa Bensin nak peminat LIKE page mereka di Facebook sampai 5,000 dulu baru lah diorang nak keluarkan lagu penuh. Haha!! ok semua peminat lagu Pompa Bensin dan drama Ramadhan Terakhir, mai ramai2 LIKE  bagi cukup 5,000, kalau nak dengar penuh lagu tu.
Sebelum tu.... meh kta tengok dan hayati liriknya dulu.....




lagu Jangan Lupa Namaku


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu
Andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu ….ooooo
sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati..
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa  menyintaimu

Sunday, August 14, 2011

KOLEKSI DUIT LAMA EN IDRIS

HMMM... ni adinda En idris nak cerita sikit... hehe


incik asben saya ni memang seorang lelaki yang mempunyai hobi suka mengumpul barang bernilai... salah satu koleksinya adalah koleksi duit lama.
ada beberapa kategori koleksi duit lama milik incik asben sy ni...

1. koleksi syiling lama luar negara..

ermm.. yang ni adalah koleksi yang dia kumpul semenjak dia kat zaman pengajian lagi.. kalo tak silap sejak dia blajar kat kolej matrikulasi dulu kot.. maaf laa sy tak berapa pasti.. hehe.. tapi apa yang pasti incik asben sy ada koleksi syiling lama luar negara seperti negara, thai, india, brunei, arab, spain dan beberapa lagi..

2. koleksi syiling malaysia

yang ni.. memamh banyak.. pantang ada syiling dalam kereta, wallet atau kat mana2 la dia jumpa mesti masuk tabung. mula-mula masuk tabung kecik.. lepas tu masuk bekas besar sket.. ermm sekarang aku perasan hilang dah tupperware besar kat rumah kami tu... rasanya kalo timbang dan cecah 30kg kot berat duit syiling tuh... adehhh.. mungkin dah cecah ratusan ringgit...




3. koleksi duit kertas RM1

bagi aku ini adalah antara koleksi yang paling menarik dan berharga.. menurut asben aku.. dia dah mula mengumpul duit ni semenjak dia dah terdetik dalam hati dia nak berumah tangga. haha... lama dah la.. dia berhajat nak bagi mas kahwin kepada sesiapa yang dinikahi tuh dengan wang kertas RM1 lama ni.. bila dia mula mengajar, kebetulan dia telah menjadi guru koperasi. maka aktiviti mengumpul tu semakin aktif.. aku pun perasan gak dulu. bila aku bertugas di koperasi.. pantang ada duit singgit lama ni mesti dia nak tukar...
masa tuh aku pelik gak. apaa la cikgu idris ni nak buat dengan duit lama tuh....
lepas kami couple.... baru aku paham..... tak sangka.. akulah yang menjadi wanita yang akan menerima mas kahwin wang lama tersebut.  namun apakan daya.... menjelang tarikh pernikahan kami.. nilai mas kahwin kami lebih tinggi dari koleksinya tuh. mk terbatal la niat dia dan duit RM1 ni kekal menjadi koleksinya hinga sekarang...
ermmm kalo nak tau sekarang nilainya dah mencecah RM400.....

pernah juga dia buat cadangan kat aku yang dia nak jual sebahagian dari  koleksi RM1 tu...
maka.. sape yang berminat boleh la... contact en idris ni.. hehee...





4. kumpul duit RM5

ermm sejak kerajaan Malaysia keluarkan duit kertas RM5 yang baru.. yang macam plastik sikit tu... incik asben aku mesti sayang nak guna.. kalo ada duit tu kat wallet mesti simpan n sayang nak guna..
sejak kami kahwin.. dia mula kumpul duit RM5 ni dan menjelang raya taun lepas... cukup la duit tu digunakan untuk  bagi duit raya.. hehe...
berguna juga hobi asben aku ni..




aku pernah terbaca satu ketika dulu dalam majalah mingguan Wanita pasal lelaki dan hobi... menurutnya.. lelaki dengan hobi suka mengumpul ni adalah seorang lelaki dengan personaliti yang rajin, penyabar dan ada  la lagi yang aku dah tak ingat apa isinya.. dah lama dah baca.. sejak blom kahwen... tapi masa tuh, tak tau la si dia ni suka mengumpul rupanya.. hehehe...

incik asben saya ada 'orang' baru...

ermmm.... dah lama aku perasaan encik asben aku ni duk asyik mencuri pandang 'dia'..
kalo aku online kat rumah tu. pantang aku tinggal laptop.. mesti laki aku ni duk curi guna internet sbb nak serve internet tengok gambar 'dia' ni.. bla tengah drive.. hmmm sekali terpandang.... amboii tak kelip mata..
dah banyak kali asben aku ni duk mintak izin nak melamar si dia ni...
mula2.. aku pun berat ati dan pikir panjang gak nak kata yer...

tapi.. dah asyik asben aku ni merengek je dan tak renti duk ushaa si dia.. maka dengan rela hati aku mengizinkan dia 'memadukan' aku dengan moto berkuasa tinggi itu.. hahahahaa... fuyoo madu.. sensetip you dgr perkataan tu.. arrghh.. bukan madu la kan.. cuma kekasih gelap je kot.. ahaha......


AH HAAA.. Ni la dia kekasih baru incik asben sy... ---> NAZA BLADE 250r..

ni gambar ehsan en google.. tp incik asben aku punya mmg sebijik  cenggini pon..
ermmm.. setelah lama mencuri pandang jentera bermotor ni lagi-lagi kalau hantar aku balik seremban n lalu kat area kapar tu.. ermm mesti singgah sbb nak usha harga.. kalau Mudah.com tu entah dah brape kali la dia bukak. dah brape banyak kal deal ngan penjual dan akhirnya dapat la apa yang diidamkan ni.. dia beli kat Batu gajah....
seronok bukan main incik asben aku lepas kunci bertukar tangan.. dapat je.. teros call aku kat seremban.. hehe..

incik asben aku kata.. bila menginjak ke usia macam dia tu.. rasa nak memiliki moto besar tu dah membuak2 dah..

sekarang dah ada moto tu.. hmmm.. sayang bukan main la.. haha.. bukan main semangatnya dia.. dia siap beli hmpir ssemua aksesori motor dari jaket kulit, glove, helmet fullface dan termasuk la stripe pada bogy motor.. ermm.. tak per la aku tak kisah.. minat dia.. duit dia.. hehe..
jgn sampai lupa dinda dia ni sudah.. hehehe...

pernah sekali dia bawak aku membelah pekat malam.. ambik kau. pukul 12 malam duk merempit ngan moto besar.. wahhh.. sejuk gle.. seriau aku.. padahal masa tu baru bawak dalam 120km/h jer.. mak ai..... menggeletar kaki..
cam ner la orang yang memang suka merempit untuk jarak jauh tu kan.. haha..

hmmm..nak cakap pasal motor ni aku memang tak pandai la.. maka kalo nak tahu kenalah tanya pada yang pakar.. hehe..

ermm nanti aku update lagi pasal incik asben aku dengan kekasih barunya ni yer.. sbb aku pun baru sekali tngok moto ni kat umah sbb dah jarang balik kerana praktikum..
hmm okeh2.... tunggu k..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...