Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, June 20, 2011

DI KALA CUTI..

salam..
alhamdulillah.. seemster bari bermula kini.. bermakna cuti sudah habis daaaa.... hahaha......
ermm ramai la yang bertanya dan bercerita buat apa masa cuti? melancong ke mana? dan ape2 lagi..
haaaaaa.... ni nak story sket ni... kita wat cerita ringkas jer laa..
selama 3 minggu cuti ni, boleh la kalo aku nak katakan sebagai cuti yang berkualiti..




1.  menghadiri jemputan kenduri kahwen yang berderet2.. 


hmm.... bila cuti mesti la sinonim bebenor dengan kenduri kahwen kan.. maka ramai la jemputan dan undangan yang kami terima.. ada satu hari samapi 6 buah rumah kena pergi.. tak tau la nak pergi mana dulu... kalo tak pergi kang orang cakap pe plak. termasuk la mak aku akan bising...ramai la sahabat2 aku yang mendirikan masjid dan membina mahligai rumah tangga ni.. termasuk la adik ipar aku, kawan2 aku, dan juga cikgu2 sya... kalo nak letak gambar.. aku rasa karang post aku ni jadi berjela2 panjang yer.. hehe..aku citer sket pasal kenduri kahwen adik ipar aku jer laa erk...adik ipar aku ni dapat orang kedah.. maka utk kali keduanya aku merasa ke negeri kedah menghantar mempelai.. biras baru aku kali ni, 4 tahun lebih tua dari aku.. kami pun tak tau sapa yang patut dipanggil kakak.. hehe.. last2 dua2 panggil nama jer.


yang dirai.... azuan dan munirah.. 


aku sebagai video women.... bidan terjun sbb dah tak de orang..  haha..


kat dapur pun kena wat keje jugak.... tp naseb baik katering...



2.  bercuti bersama keluarga dan incik asben tersayang

kalo nak cakap pasal bercuti ni sepatutnya kena buat post baru yang khas. tapi aku takot tak kesampaian jer.. hehe.. sooo... ni la yang mampu aku ceritakan..

pertama skali aku ceritakan pengalaman aku bercuti ke Pulau Pinang.

plan bercuti ke penang ni memang dah lama dirancang oleh incik asben aku ni sbb katanya nak memenuhi hasrat aku yang tak pernah naik atau lalu kat jambatan Pualau Pinang yang menjadi kebanggaan tu.. aku pernah ke Penang masa umur aku 6 tahun.. tu pun kat seberang sini jer..
so... lepas tamat segala kenduri yang penting soo.. laki aku pun decided nak pergi pada hari isnin. tapi terpaksa dibatalkan sebab aku tak sihat. asyik demam sbb sakit gigi. so.. lepas aku rasa kebah skit, ktaorang pergi pada hari selasa.
sampai kat jambatan tu memang  teruja la aku nak lalu.. apa agaknya rasanya.. hehe.. ceh.. sbenarnya sama jer la sbb kta duk dalam kete cuma dapat la kita tengok pemandangan selat melaka yang luas.



1st time lalu jambatan Penang..




 ktaorang sampai kat Georgetown dalam pukul 3. hujan renyai2 masa tuh. tak tau nak pergi mana, kami terus menghala ke Batu Ferringgi. perut pun dah lapar.. soo.. pekena laksa Penang kat pantai.







lepas jalan2 sket kat sekitar  KOMTAR... penat mula terasa... apa lagi.. cari hotel terus check-in.. rehat sekejap sampai lepas maghrib...
malam menjelma.. ronda2 lagi nak cari makan.. menurut kawan aku si PIkah.. katanya sedap makan Pasembor kat Padang Kota waktu malam. lepas jumpa kat mana padang kota.. kami pun berpusing2 la nak cari parking... lepas bebrapa kali buat pusingan tapi masih tak jumpe parking.. laki aku pun dah mula give up.. bila dia tengok ramai gle orang dan hampir semuanya cina....... maka dia kata.... 

"yang... jom la kita cari makan tempat lain.. lain kali kta datang lagi yer"

huhu.. dengan seribu kesalan aku merelakan.......... ( lain kali mesti datang lagi ni..) huhuhuhu..

rupanya susah jugak nak cari kedai makan melayu ek kat sini... lepas terjumpa, terus je stop kete...
sebab perut dah sangat lapar.. tengok kat dalam menu pilih makanan yang best. aku order char kue tiaw.. dah sampai penang mestila kena cuba char kue tiaw penang kan? hehe.. asben aku plak order hokkien char....... ( saje nk try la konon)..
bebrapa minit kemudian pesanan pun sampai.. aku pun pelik mana plak char kue tiaw aku.. orang ni salah hantar kot aku rasa. pastu panggil balik orang tu, dia kata btol la apa dia antar. dan confirmkan mana satu char kuew tiaw aku...
huhuhuhhu.. ohh hoo.. korang nak tau tak???? waaaa...... kecewa sangat aku makan char kuew tiaw macam tuh.. huhuhu.. hilang terus mood makan aku...

bila ditanya kenapa tak basah... orang kedaai tu jawab sbb abg tak order basah pon......

hah??? tercengang skejap aku dengar.. huhu..

lastnya balik ke bilik dengan perasaan bengang n kecewa. rasa nak nangis.. tak berkualiti btol malam tuh.. huhuuhu.



hmmmm...... orang2 penang, sila tafsirkan.... adakah ini char kuew tiaw?????



keesokan harinya nak balik dah.. sebelum balik singgah smula kat padang Kota tuh sbb asben aku dah tengok aku tarik muncung panjang.. hehe.. lepas pekena pasembor ngan nasi kandar maka kami pun bergerak pulang.








untuk balik ni kami balik guna feri plak. actually, ni pun pengalaman pertama aku naik feri.. memang sedikit jakun... siap buat video lagi.. miahahahaha....





hmm.. begitu la.. alkisah 2 hari 1 malam di Penang..





bawak adik2 dan anak buah tengok tuntong.

lepas balik dari penang.. sian plak tengok adik2 aku tak kemana-mana cuti ni.. anak2 buah asben aku pun ada kat kampung dan tak kemana2.. soo... aku n asben berhajat nak bawak gi jalan2... tapi tak tau nak kemana dan banyak sangat kekangan masa..
soo... satu petang tu, kami pergi jalan2 ke Pusat pembiakan Tuntong kat Bota, parit.. tak de la jauh sangat dari umah kami.. tapi jadi la nak jalan2.. kebetulan, mak n ayah aku pun ikot skali...










lepas tengok Tuntong, pergi makan mee kicap kat pekan Bota.. hehe..



3. Menonton wayang

dalam cuti ni jer dah 3 wayang kami tonton... heehehe..
yang pertama citer Nur kasih The Movie.... kalo korang ingat lagi aku memang nak sgt tengok citer ni.. siap laki aku dah janji lagi...
hmm.. penuh emosi la aku tengok citer ni.. nasib baik panggung tak penuh sangt.. tapi malu la jugak sbb keluar ngan mata sembab.... haha.. menangis aku dowhh tengok citer ni.. laki aku pun kata citer tu mampu buat dia sebak...


yang kedua.. kami tengok citer Pirates Of Carribean... hmmm.. bestt la jugak citer ni...

dan yang ketiga, kami tengok KL Gangster..... kami plan nak tengok wayang malam minggu.. pergi petang selepas asar. tengok kat panggung.. pergg.. laris gila citer ni... panggung asyik full. kami kena tempah untuk 3 tayangan ke depan.. baru ada... hmmmm... Kl Gangster punya pasal. pukul 12 malam baru kami sampai umah.. yang penting aku suka tengok Aaron aziz dalam citer ni.... (cair aku..... hehehe)

4. Menghabiskan masa depan TV tengok cerita n movie

Setiap hari kalo buleh mesti nak tengok citer drama Nora Elena yang tayang pukul 7 malam selama sejam tuh.. aku rasa famous kot citer ni.. ramai yang suka tengok.. lelaki pon suka.. siap ada yang bergaduh pasal citer ni.. adoooii.. kuat jugak penangan romantik aaron aziz dan siti saleha.. aku dengar citer, siap ada yang suruh buat movie macam citer drama nur kasih tuh.

lepas tu malam.. mesti nak tengok drama ANISSA.... best gak citer ni.. paling best aku suka lagu dia.. lagu dari gandingan suara 3 diva tuh..

asben aku pulak, tak habis2 nak tengok mega movie.. mesti tak nak terlepas. lagi2 kalo dia tau itu adalah beasaskan kisah sebenar.. dia kata banyak nilai kemanusiaannya cerita macam tuh...

lagi satu hobi incik asben aku ni.. suka bebenor tengok gusti. tak cukup dengan tayangan kat TV.. siap gi pasar malam cari VCD plak.. hmm.... ada satu malam tuh, dia dah tertido masa tayangan gusti kat tV. aku malas la nak kejot.. sian.. cam letih jer...
skali dia terjaga pukul 12 malam.. punya la dia hampa sbb tak dapat tengok gusti.... adoooii..

5. memasak makanan resepi baru

hmm... dalam cuti ni.. banyak gak resepi baru aku cuba.. tambah plak ngan besday incik asben masa cuti tuh.. so.. kena la masak something yang special..
alhamdulillah menjadi...




grill chicken chop utk my hubby.. hehe..

nasi ayam..


Saturday, June 11, 2011

Day Five : 10 wishes

menyahut cabaran 10 hari seperti diatas, ni post hari Keempat saya..



Day Five : 
10 wishes

wishes yer?????? ermmm.... hermmmm.... errrr...... wishes ni maksudnya hajat la kan????
haha......
eeerr.. layannn jer laaa....

  1. aku harap aku akan menjadi seorang isteri, ibu, guru, anak, kakak, dan ahli masyarakat yang disenangi oleh semua orang dan memberi kebaikan.
  2. aku berharap kasih dan sayang suami berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga hendaknya. insyaALLAH.
  3. berharap dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah
  4. kalo boleh anak pertama..... aku nak anak lelaki supaya dia boleh jadi penguat semangat dan pelindung adik2nya..
  5. seronok tengok orang ada anak kembar.. semoga ALLAH kurniakan kami anak kembar yang comey juga..
  6. semoga ALLAH murahkan rezeki kami lebih2 lagi rezeki suami... cepat dia naik pangkat... buleh pindah rumah besar... hhehehee...
  7. semoga cita-cita aku sekian lama nak jadi penulis menjadi kenyataan... ameen..
  8. aku juga berharap, ALLAH tetapkan imanku dan bimbing aku untuk bertudung labuh semula... insyaALLAH... dalam proses sikit2.. hehe
  9. selain tu... aku juga berharap kadar kemiskinan di Malaysia dan seluruh dunia akan berkurang. aku sangat simpati tengok orang yang duduk dalam serba kekurangan... bukan bermaksud harus hidup mewah. tapi cukup la hidup senang dan bahagia..
  10. aku juga berharap.. ALLAH limpahkan rahmat dan barakah supaya semua manusia ni berada di jalanNYA.... tak nak la tengok kes jenayah.. tikam belakang.. penting diri sendiri.. dan berpakaian yang memalukan diri sendiri.. aduhh... huhuhuhu...

Day Four : 10 things you want to say to one person

menyahut cabaran 10 hari seperti diatas, ni post hari Keempat saya..


Day Four : 
10 things you want to say to one person

ermmm ni yang aku jadi tak tau nak cakap per ni.. hehe.
ermmm rasanya aku nak tujukan ucapan ni buat mak n abah aku laa..

  1. abah n mak.... sy nak mintak maaf banyak2...
  2. maaf kerna sy membesar jadi anak yang degil, keras kepala......
  3. tak per la.. sy tak salahkan keadaan lalu kerna ia mmg mendewasakan sy hingga tahap ini...
  4. maaf sbb dulu kta jadi anak beranak yang jarang bercakap..
  5. mak... sori.. dulu kecik2.. sy suka curi2 pakai baju ngan kasut mak waktu mak tak de. hehe..
  6. mak.. maaf sbb selalu pecah dan rosakkan barang mak dulu.. hehehe
  7. abah.. sori jugak sbb dulu selalu ambik aiskrim kat kedai tak bayar n masuk buku hutang abah.. hehehe
  8. pastikan adik2 tu jgn malas gi skolah.. hehe.
  9. jaga kesihatan diri semoga dipanjangkan umur dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat
  10. serta doakan kebaikan dan kejayaan sy juga..


Selera nak makan KANJI/BUBUR NASI

sejak aku balik cuti hari tuh.. macam2 plak sakit aku dapat.. paling serius.. masalah kulit aku ni... kulit kering n gatal.. jadi bila mak aku tengok. mak aku suruh aku berpantang.. tak leh makan benda2 gatal.. pastu tiba2.. aku kena sakit bengkak gusi plak... adooi.. yang ni seksa.. sakit sangat.. nak makan pon susah... sakit sampai menyebabkan demam... pegi klinik, bukan main banyak ubat aku kena telah setiap hari.. sampai pahit tekak... eeeuuuu... weks..huhu.. nasib baik la.. asben aku sabar je layan kerenah aku.. dia pun tak banyak kerenah...
jadi terbalik plak.. dia plak yang rajin urut badan aku masa aku demam.. hehe..

banyak tau ubat aku kena makan untuk sekali ambik.. hhuhu...

bila dah demam ni n ditambah plak kena makan berpantang... so.. asben aku suruh masak bubur nasi jer.. senang..............
lagi pun dia memang suka makan bubur nasi...
hmmm.. ni nak kongsi resepi bubur nasi dari mak mertua aku........ ni la makanan nak goda asben aku ni.. lagi2 lepas aku belajar resepi sebenar dari mak mertua aku...
aku pernah buat kat maktab.. beberapa orang kawan aku pun cakap sedap.. alhamdulillah...

jom salin resepi..


RESEPI BUBUR NASI LEMAK SERAI


Bahan-bahan


2 pot kecik beras
2 batang serai
bawang besar dan bawang merah
bawang putih
halia
sedikit rempah halba
satu kotak pati santan
satu kiub pati ayam ( Knorr atau maggie)
cendawan
garam secukup rasa
daun sup



Cara menyediakan



  1. basuh beras macam biasa dan masukkan dalam periuk kemudian rebus dengan air yang dua kali ganda lebih banyak daripada cara kita nak masak biasa tuh... lebih banyak air pun tak per.. terpulang la macam mana kita bubur kita tu pekat atau cair.
  2. tak perlu tunggu air mendidih... masukkan rempah halba, bawang yang telah dihiris, halia yang telah dipotong, dan serai yang telah dititik..
  3. biarkan sampai beras menjadi hancur. kacau sesekali untuk mengelakkan berkerak di bawah.
  4. bila dah mendidih dan beras telah hancur, masukkan pati santan.. nak guna santan biasa pun boleh... ( sy guna pati santan yang beli kat kedai tu jer)
  5. seterusnya masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
  6. akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dicarik supaya lebih kecik..
  7. kacau seketika dan masukkan daun sup....
  8. kemudian.. dah boleh dihidang dengan bawang goreng atau isi ayam.....

errr.... senangkan? main campak2 je pon boleh..........
SELAMAT MENCUBA..



kanji resepi ibu mertua

Friday, June 3, 2011

Day Three : 10 things you hate

alamak... ni dah kira bersawang dah blog aku ni.. haha...
masa kat maktab busy ngan macam2.. kat umah pun busy juga.. lagi tak de masa nak online.. haha.
ni curi-curi masa sket. hehe..
ermm hari ni nak post pasal cabaran 10 hari tu.. rasanya  dah banyak hari tertinggal. ni baru nak post untuk entry hari ketiga.


Day Three : 
10 things you hate



  1. paling aku benci dalam hidup.. mencari barang yang hilang.. serius aku paling menyampah mencari barang.. biasanya kalo barang aku hilang walaupun barang tu penting.. aku hanya mampu 'menjerit' je. tapi tangan liat nak jalan.. huhu..
  2. buat masa ni.. aku paling bosan dan tak suka bila ada orang tanya 'asyik berdua je.. bila nak bertiga..??'... apa lagi nak aku jawab.. bukan aku tak nak.. bukan aku tak mampu... masalahnya.. kami belum pernah 'mencuba'.. macam mana lagi nak aku jelaskan yang keadaan persekitaran aku sekarang masih belum mengizinkan.. tunggu je la aku habis belajar tak lama lagi.. doakan je yang terbaik untuk kami.. huhhuuhuu..
  3. aku tak suka tengok gambar pengantin yang pakai tudung tapi nampak lengan.. alahai sayang je... sbb aku suka tengok gambar pengantin lebih-lebih lagi pengantin bertudung.. soo.. sweet..
  4. aku tak suka menunggu dan kalo boleh tak nak orang menunggu aku jugak.. lsgi orang tunggu lagi kucar-kacir aku buat kerja.
  5. aku tak suka orang tengok masa aku buat keje... tolong laa... jangan tengok aku buat keje.. haha.. lagi orang tengok .. rasa  kaku, lidah kelu aku nak buat keje.. tak tau la apa masalah.. haha..
  6. aku tak suka menyambung masakan orang.. bagi aku aku kalo resepi kita biarlah kita yang siapkan.
  7. aku tak suka ada orang duk mengata or mengumpat pasal aku tapi boleh dengar sampai telinga aku ni... hisshh.. kalo nak cakap pasal aku.. pergi jauh2 la der... jgn sampai aku dengar... ko nak cakap belakang tu ikot suka la.. paling tidak.. aku dapat jigak pahala ko mengumpat aku tuh.. huh.....
  8. ermm.... ni pun satu benda aku tak suka tengok.. aku tak suka tengok budak-budak lelaki n pempuan naik motor petang2 kat kawasan perumahan aku ni.. eeeii.. gedik je rhopenya... menyampah aku nengok... tak manis la orang pandang.. yang pempuan naik motor slow2 nak usha jantan. hiss.. tolong laa..
  9. pasal binantang.. aku tak suka semua haiwan reptilia terutamanya cicak ngan ular.. arrrghh.. geelii.. huhu
  10. ermm last but not least... aku tak suka orang yang kaya, berada atau mewah... belagak dengan darjatnya.. tak biasa la.. tak selesa la konon dengan kehidupan kampung... tolong la... sesungguhnya aku amat berbangga jadi anak kampung....

ermmm tu je la kan.. tak baik cakap benda tak elok ni banyak2.. ni pun dah kira banyak aku melalut..
seribu kemaafan aku mohonnya andai ada yang mengguris hati... sorry...

k daaa... see you later...

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...