Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, April 16, 2011

satu ketika di KGV..







<----- penghargaan dan cendemata sebagai kenangan untukku...








Tamat sudah praktikum fasa 1 saya selama 4 minggu di SK king George V, Ampangan, seremban, Negeri Sembilan..

banyak suka dukanya sepanjang kat sini.. pengalaman pertama bertemu murid dan mengajar secara terus...
4 minggu menjadi guru si SKKGV ni memang banyak pengalamannya.. setiap minggu setiap hari ada saja programnya.. sekolah tak pernah senyap..

melihat kerenah budak2.. ada yang baik, ada yang nakal, ada yang low
profile ada yang kerek dan advance.. macam2 ada...
melihat kerenah ibu bapa yang 'setia' menjaga anak mereka tak kira waktu.. memang satu fenomena baru kepada aku bila waktu rehat di sekolah turut dikunjungi ibu bapa.. masih ada murid yang 'mahu' waktu rehatnya di sekolah di temani ibu bapa...

satu yang mungkin aku tak kan lupa mengenai KGV adalah lagi sekolahnya...... lagu sekolah ni rasa macam ada satu aura bila dinyanyikan... bersemangat dan padu. aku sangat suka dengar
budak2 ni menyanyi lagu sekolah setiap hari perhimpunan isnin..

LAGU RASMI SEKOLAH

KGV Sekolahku

Tempat Menuntut Ilmu

Berdisiplin Berharmoni

Jadi Amalan Kami

Guru-Guru Yang Arif

Disanjung Dihormati

Jasamu Dan Budimu

Semoga Diberkati

Pasukan Olahraga

Jaya Terus Berjaya

Sepakat Sekata

Jujur Apa Sahaja

Inilah Ikrar Kami

Putra Putri KGV

Tekun Dalam Bekerja

Bermain Adil Pula

Agama Tak Dilupa

Pada Allah Bertakwa

Patuh Pada Ibu, Bapa

dan Juga Guru

Marilah Wahai Kawan














lagi pasal KGV.. jom baca kat sini..

½

¯













then.... jangan tak tahu, sekolah ni juga ada lagu kokurikulum yang dinyanyikan setiap hari rabu ketika sesi kokurikulum.. lagu ni pun bersemangat jugak tau. bunyinya dengar macam lagu nasyid tapi serius aku akui dia boleh meningkatkan semangat..
tapi sori laa.. tak da MP3 nak bagi you all dengar...

sepanjang sebulan menjadi warga KGV.. aku akui emosi aku sering sgt kurang stabil. kadang2 masuk kelas dengan keadaan tertekan dan terpaksa memaniskan muka.. yg penting aku tak kan penah lekang utk tersenyum.. cuma bila kesabaran aku makin kurang.. aku akan tinggi suara juga kat budak2...... atau aku akan senyap.. tanda aku dah tak tahan dngan keadaan kelas tuh..

aku seronok bla tengok budak berderet 'mengekor' kawan praktikal aku macam yuni ngan riza..... tanda budak2 sangat sayang kat diorang....

bila ada budak masuk bilik gerakan utk tanya benda yg tak faham pada dura atau kak roza aku selalu bayang adik aku.. nak pulak perangai dan muka diorang sama... ya ALLAH... masa tu rasa nak menitik air mata.... teringat kat adik2.... terfikir dalam hati.. sempurna kah aku sebagai kakak..

masa hari terakhir di KGV.. seronok tengok yuni, dura, kak roza, riza dan e lyn dapat hadiah macam2 dari students...... memang la ada gak yg bagi kat aku.. bukan hadiah tu yang aku persoalkan tapi sebuah penghargaan murid kepada gurunya..

meh tengok sket antara gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang 4 minggu berada di KGV...



ni masa hari kokurikulum kat skolah aku.. akak kpli yang praktikum sekali buat "hari Bebeas Dadah" seperti yang terkandung dalam tugasan praktikum diorang... maka, cikgu BNK kat skolah tu dah suruh aku n E lyn handle bahagian cenderamata.....







haaaa.. ni laa cenderamata yang aku ngan elyn dah sediakan untuk penceramah dan prang luar yang datang.. ada tiga sebenarnya... hamper buah jer.. RM50 tau setiap satu..

½

¯


ni plak masa bebudak ni tengan perhimpunan... masa ni... ada student tengah bercerita kat depan tuh..

dah nama guru praktikal.. maka kena la tinggalkan sikit kenangan dan 'tanda tangan' kat skolah.. maka, kami telah 'menconteng' dinding skolah dengan mural.. hahaha



ni antara guru pelatih yang telah menjalani praktikum kat sini termasuk yang buat ROS a.k.a PBS a.k.a SBE...

haaaa.... sempat jugak aku, yuni, n dura latih budak2 main bola jaring tau.. tapi apakan daya.. tak kesampaian nak dapat johan.. hehehe....

aku dan segelintir students.. budak2 ni.. pantang nampak aku bawak kuar kamera.. hbs aku dikerumun.. waktu akhir aku kat sini.. sanggup tunggu lepas waktu tamat skolah smata2 nak bergmbar....

yang ni.. sekolah tengah menjalankan latihan kebakaran... fire!!! fire!!! hehe


sebelum berpisah... skolah buat sikit jamuan untuk kami yang akan menamatkan sesi praktikum.. m akan soto.. ermmm.. best!!! i like.. hehehee


rasanya sampai sini jer.. sebenarnya banyak lagi nak cerita.. tapi tengok la jika ada kelapangan pada masa akan datang..... INSYAALLAH..

kalo nak tengok gambar sepanjang aku berpraktikum.. boleh la jenguk album Praktikum aku ni.

Wednesday, April 13, 2011

aku kah???? urgggg..

serius aku cakap.. seminggu lepas aku praktikum, aku terus hilang semangat... aku jadi tak de mood.. masa tuh.. aku tengah pikir macam mana nak siapkan assignment komik aku tuh.. then, 2 minggu lepas praktikum, aku balik umah jumpa incik asben aku.. dengan harapan dapat tenangkan hati yang lara.. korang tau tak.. sepanjang dalam bas tuh aku menangis.. hanya kerana asben aku tanya..

" balik ni, bawak assignment komik tu ker?"...

dengar jer perkataan komik tuh, terus tumpah air mata aku tanpa diminta.. dah tak kuhirau akak yang duduk sebelah aku.. lantak la dia nak kata apa kat aku.. tapi mmg aku tak boleh kawal perasaan msa tu..
aku cakap kat asben.... tolong jangan sebut perkataan keramat tuh.. sungguh aku jelik nak dengar... aku marah laki aku dalam mesej.. semuanya gara2 assignment tuh jer...

sampai kat ipoh... aku tak mampu nak bagi senyuman ikhlas buat suami aku yg dah tunggu hampir 2 jam kat stesen bas tuh.. hambar sangat aku rasa... padalah bukan main aku rindu dia...

sepanjang 2 hari kat umah.. pun aku tak banyak cakap.. bila laki aku ajak kuar.. aku tak nak.. kononya nak buat assignment tu sampai siap sebab isnin dah kena hantar.. sabar jer la asben aku layan... dia tolong buatkan air, suap buah kat aku, urutkan badan.. padahal tu semua aku yang patut buat kat dia...
tapi aku tak leh nak kata per.. hanya mampu menangis jer...

lepas balik maktab.. melalui hari praktikum seperti biasa... aku dah rasa macam zombie hidup.. semuanya dalam terpaksa.. aku cepat hilang fokus.. sakit pinggang bukan main... selera makan ada.. tp tak lalu nak telan.. sampai kawan2 aku pun pelik tengok aku.. hmmmm.. sori la guys... aku tak tahu apa yang ada dalam hati aku ni.. sangat tak stabil... kadang nak marah.. kadang nak nangis..... celaru sangat.....
sampai ada junior aku cakap...

" kak intan nak pregnant kot....... "..... ishhhhh.... i dont think so.... tapi kalau yer?????? hisshhhh.. ntah laa.. serabut sangat aku rasa... semua serba tak kena....

aku cuba bedek2 dalam google.. aku cari doa penenang hati dan yang seangkatan dengannya... sampai lah aku jumpa pasal kemurungan......

betol ker??? betol ker aku ada masalah kemurungan ni??? isk... isk.. isk..

meh kita baca sket.. ape ke diernyer...

Kemurungan...

RASA sakit dan lesu seluruh badan biasanya disebabkan keletihan dan kerja keras, namun tidak ramai daripada kita yang mengaitkannya dengan masalah kemurungan.

Keadaan itu menyebabkan ramai mereka yang mengalami kemurungan tidak menyedari mereka mempunyai masalah tersebut kerana menyangkakan sakit badan yang dialami adalah sakit biasa.

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean (AFPMH), Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil, berkata, sememangnya ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya berkait rapat dengan kemurungan.

Katanya, para penyelidik mendapati bahawa 82 peratus daripada pesakit murung yang datang mendapat rawatan daripada pengamal perubatan pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.

Ini menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya, sementara 18 peratus lagi hanya menerima ubat anti kemurungan.

Beliau yang juga Ketua Pakar Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata, pemahaman mengenai hubung kait kesakitan dan kemurungan amat penting bagi memudahkan proses rawatan penyakit tersebut.

"Ini terutama bagi pesakit yang berada di tahap yang lebih kronik sehingga terdorong kepada perasaan ingin membunuh diri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bengkel Kesakitan dan Kemurungan, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bengkel tersebut ditaja oleh Eli Lilly (M) Sdn. Bhd., dengan kerjasama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)

Dr. Mohammad Hussain berkata, kemurungan merupakan penyakit yang melanda kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia.

Malam menurut Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu.

"Perlu untuk diberitahu kepada masyarakat juga bahawa kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan.

"Ia adalah satu penyakit yang memerlukan rawatan dan banyak mempengaruhi kehidupan lebih-lebih lagi dalam negara yang mengalami krisis ekonomi," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata, terdapat beberapa simptom kemurungan yang boleh dikenalpasti secara mata kasar.

Ini termasuk hilang minat atau keinginan terhadap aktiviti yang lazim dilakukan seperti bersukan, riadah bersama keluarga, seks dan sebagainya.

"Pesakit juga mudah dilanda rasa sedih, cepat marah, hilang tumpuan dan lebih teruk lagi timbul rasa ingin bunuh diri.

"Kemurungan tidak mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima tahun dengan simptom yang berbeza," tambah beliau.

Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.

"Antara sebabnya ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya, kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid, hamil selepas bersalin dan putus haid.

"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.

Dari segi saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin.

Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.

Begitu pun, kajian turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.

Sementara itu, perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor Zuraida Zainal, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan Kesakitan pula menjelaskan, kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan menyebabkan kesakitan.

"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya membawa kepada kemurungan.

"Kemurungan pula boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.

Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus daripada orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi masalah kesihatan mental.

"Kemurungan menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi oleh para responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah menunjukkan tanda-tanda amaran.

"Didapati hanya sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am untuk mengatasi masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.

Dr. Jesjeet menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang enggan atau keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.

"Kami mendapati para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.

Pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang menegaskan kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak dan memerlukan rawatan segera.

"Sekiranya pesakit mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.

"Pesakit tidak harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan kemungkinan menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada doktor pakar. Perkara yang tidak harus dilakukan oleh doktor ialah dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar beliau.

Menerusi satu kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah yang mengadu mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut walaupun giginya telah dicabut.

"Menerusi perbualan dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut sebenarnya mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia mengalami kesakitan gigi.

"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan mudah sensitif.

Setelah diagnosis dijalankan, rawatan melibatkan ubat, terapi dan sokongan sosial terbukti membantu wanita tersebut mengembalikan keceriaan hidupnya. Bukannya kesakitan gigi yang menyebabkan beliau sakit, tetapi apa yang dipendam menjadi punca kemurungan tersebut," kata beliau.




kebanyakkan simptomnya ada pada aku.. entah la sukar diramal...
apa yang aku harap.. semua ni cepat lah berlalu... praktikum pun dah nak tamat.. assignment pun dah makin kurang.. aku nak balik kehidupan normal aku... sangat letih macam ni.. aku sendiri tak tahu apa punca aku jadi macam ni... nak kat aku banyak keje.. semua kawan aku buat menda yang sama macam aku..semua orang buat RPH & ABM.. kenaper mesti aku macam ni....

tolonglah Ya ALLAH kembalikan jiwaku....








Monday, April 11, 2011

kotak pancaran


ku terima satu anugerah..
indah, bersinar, memancar gagah...
sama berdiri..
sama melangkah..
penyedap rasa dan kata...
kekadang menjadi raja... lantas membawa kesal yang panjang..

dia tetap bersamaku..
berdegup di belahan dada..
memekik dan melolong..
terkadang ku gembira, terkadang tak ku hirau..

ku harap dia menjadi pendamping berguna..
siapa tahu, dia juga minta dibelai..
minta di suap santap rohani..
argghhh... aku terlupa...

tatkala sisi yang lain rancak mengundangku berdansa...
dia aku tinggalkan..

tanpa ku sedari.. dia semakin usang..
kotor dan berdebu..
cahaya terangnya semakin malap...
dilitupi habuk dan pasir....

aku takut....
sangat takut hilang cahayanya....
mahu saja ku gilap...
tapi kain apa yang mampu membersihkannya......
terdampar dihadapanku sebakul kain untukku pilih..
namun pandanganku kabur...
ku perlu tangan untuk meminpin..
tapi aku malu....................................

bersalahnya aku kerna tidak mampu berlaku adil......
tolong lah cahaya.. jangan kau pergi dari sisiku..
kerna tanpamu aku kosong tak bernyawa..

Friday, April 8, 2011

mengeluh.........


aku sangat letih sejak menjalani praktikum..
haaaa... amek ko... baru ko tau rasanya menjadi cikgu sebenar.. selama ni aku duk dengar asben aku mengeluh jer. sekarang rasa la sendiri.. ni pun baru sebulan....

aku penat sebab maybe kena pikir RPH stiap hari.. pastu ada assingment yang belom siap plak.. bertambah-tambah rasa beban kan bahu...
walau banyak mana asben aku kata sabar dan hadapi dengan tenang.. tu tak mampu nak redakan aku.. makin banyak aku pikir... makin banyak jerawat tumboh kat muka aku ni. huhhuuhu...
aku rasa nak marah2 dan tak de semangat....
badan2 aku sakit2.. hari-hari duk telan panadol.. sampai asben aku naik risau...

hmm.. baru ni, aku hantar satu assingment iaitu assignment multimedia dalam PSV.... yaaa ampun.. payahnyer laa aku nak siapkan keje ni.. waktu tulis refleksi... aku melalut kat situ.. ntah lecturer nk baca ke tidak.. aku tulih refleksi siap nangis2 lagii... haha... emosi sekejap.... tulih punya tulih sampai 3 pages. haaaa.. baru lega sikit.. tapi tak lega sepenuhnya sbb aku tau aku antar assignment tu dalam keadaan tak braper nak sempurna... hohohohoho.....

aku berharap sangat untuk praktikum yang seterusnya, aku mampu hadapi dengan tenang..

ya ALLAH.. tolong la aku.. berilah ketenangan, kemudahan dan kelancaran dlam urusanku...
ameen..

Thursday, April 7, 2011

Praktikum Fasa 1

tarikh 21 mac 2011, aku bangun awal pagi dan bersedia melangkah ke sekolah.. SK king George V, Ampangan, Seremban menjadi destinasiku.. yaaaaa.. ini langkah demi langkah aku untuk menghampiri bidang keguruan.. selama 4 minggu aku akan berasa di sini untuk menjalani praktikum fasa 1.
ketibaan aku dan rakan-rakan lain dari IPRM yang sama menjalani praktikum kat sini di sambut deruan ibu bapa dan murid-murid yang berpusu-pusu datang ke sekolah selepas seminggu bercuti.
murid-murid sekolah nak berhimpun pagi. kami pun memaniskan muka. senyum dan salam ngan mana2 cikgu yang lalu dekat ngan ktaorang.. sampai la ada seorang cikgu jemput kami ke dewan tempat berlangsungnya perhimpunan.. hahh.. amik ko.. duk depan sekali.. alasannya senang nanti Guru Besar nak perkenalkan.
selain kami yang menjalani praktikum fasa 1 yang seramai 8 orang ni, ada akak senior kami 2 orang, ada akak KPLI PJ 2 orang dan ada 3 orang maktab lain yang datang buat PBS kat sini.

lepas tamat perhimpunan, kami semua diarah menunggu di bilik gerakan untuk di taklimatkan.
sekali tu masuk lah si Guru Besar. aku tengok namanya, Encik Tamyes Bin Saimun, Guru Besar Cemerlang SKKGV.. hahaha.. tu yg tak tahan..
kami dengar taklimatnya.. perkara pertama yang diberitahu adalah prestij SKKGV. betapa sekolah ini menjadi rebutan ibu bapa untuk menghantar anak menutut ilmu. sekolah Cluster Cemerlang.. itu lah katanya.
pada hari tersbut selesai lah semua urusan awal kami, kami mendapat guru pembimbing dan jadual waktu mengajar pada hari yang sama. hmm.. terima kasih hajh Paridah..

dan aku telah memulakan sesi pengajaran aku yang pertama pada hari pertama masa terakhir.

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...