Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, March 25, 2011

jalan2 di stadium dan menonton Hikayat Merong Mahawangsa...

sehari selepas balik dari kedah.. my incik asben terus bergegas pulak ke Ipoh.. bawa atlet untuk untuk kejohanan negeri perak ( SUPER)..
sepatutnya asben aku kena tinggal di sana untuk 3 hari 2 malam bersama atlit sampai kejohanan selesai.. tp memandangkan dia tak sanggup meninggalkan isterinya ini... ( cewahh... hahhaaha) maka dia berulang saja dari rumah ke ipoh... kadang2 tengok jadual atlitnya tu, bila ada pertandingan jer baru dia ke stadium.. hehehe..

so pada ketiga kejohanan aku bercadang nak ikot ke kejohanan.. venue di tuju mestilah stadium... tempat acara olahraga.. nak tengok bekas junior aku di sekolah menengah dan junior aku sekarang di maktab...
junior aku dimaktab ni nama dia jevaniswary.. kami sama2 rumah hijau.. aku tau dia ni orang perak bila dia selalu pakai track bottom negeri perak.. macam laki aku pnya. so dari situ, aku tau ni mesti atlit negeri perak. bila kau tanya pasal budak sekolah aku yang pernah mewakili perak, semua dia kenal.. hahaha.. bagos... so, sejak hari tu, kitaorang selalu bertegur sapa bila jumper.

waktu kejohanan SUPER ni, dia masuk 3 acara iaitu 400m, 4x400m dan 800m.. masa aku tengok petang tu adalah acara final 800m wanita.. dan dia yang mewakili daerah kerian dapat tempat ketiga... sori la terlupa nak snap gambar dalam stadium.. hihihihi..




habis acara di stadium untuk sesi pagi... kami suami isteri pun santap la makan tengahhari.. hehe.. lepas perut kenyang.. tengok jam, masih awal lagi... so.. kami pun mengorak langkah ke Jusco Ipoh dengan hasrat nak menonton filem terbaru, Hikayat Merong Mahawangsa..
lepas beli tiket, ada 2 jam lagi sebelum masuk panggung... maka, aku seret tangan asben aku ni pegi cari kasut untuk aku praktikum nanti... tapi biasa lah.. perempuan bila memilih memang la lambat.. selagi tak berkenan, selagi tu la duk pusing cari yang sesuai.. asben aku plak ikot aku dengan muka tak de perasaan jer.. cehh.. hmmm... lastnya aku cakap, biar lah aku pusing jusco tu sorang2.. asben aku pegi la kat surau Jusco.. sempat dia tido 1 jam sampai waktu zohor... hahahha.. nasib la badan..
dan akhirnya.. aku pun tak dapat jumpa jugak kasut idaman yang dicari.. lepas solat zohor, kami pun berpusu-pusu la ke panggung untuk menjamu mata.. hehe..

berbekalkan couple set of pop corn, kami masuk panggung n duduk kat seat couple.. baru aku tahu panggung TGV ada seat macam tuh.... isshhhh..... kurang sesuai aku rasa.... menggalakkan maksiat sungguh.. huhuhhuuhu....





maka selama 2 jam, kami pun menonton filem yang di beri judul 'Hikayat Merong mahawangsa' tersebut....

|
|
|
\/

SINOPSIS

Filem ini berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. stephen rahman yang merupakan tunggak filem ini mendukung watak dengan baik, amat bersesuaian dengan karakter beliau yang berimej keperkasaan.

mimik muka, gestur badan di lihat selari dengan wataknya. Begitu juga dengan watak Khir Rahman (Kamawas) yg berjaya membawakan watak antagonis Watak 'hitam' nya sangat berkesan di hati saya. Dan untuk Wan Hanafi Wan Su (Taji), Nell Ng (Ying Ying) dan Ummi Nazeera (Embok) telah menambahkan lagi warna filem ini. filem ini agak berat kerana berkait rapat dengan sejarah langkasuka iaitu negeri Kedah pada masa sekarang. maka tidak boleh sewenangnya memutarbelitkan faktas sejarah. puka Garuda dalam filem tersebut melambangkan seekor burung garuda yang pernah menghantui dan menjadi ketakutan kepada masyarakat pada masa itu. dan KRU telah berjaya menggarap peranan tersebut dalam filem ini.

|
|
|
\/

PERKAITAN SEJARAH



|
|
|
\/

perkaitan sejarah

hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

komen asben aku selepas tamat citer ni, dia kata bagus dan bagi 4 bintang!!!!

Friday, March 18, 2011

adik iparku bertunang......... 2

isnin 14hb mac 2011.. adik iparku, azuan selamat bertunang dengan seorang cikgu dari felda laka selatan, changlun, jitra, kedah.... munirah namanya...
bertunang juga akhirnya adik ipar aku ni.. cikgu munirah tu umur 26.. aku pun tak tau nak panggil apa kat dia.. kalo aku panggil akak kat dia.. nanti dia pun panggil aku kakak jugak.. hmm...
seawal jam 7.00 pagi kami dah gerak dari perkarangan rumah dengan 5 buah kereta... semua adik beradik dah ada kete so senang nak kemana-mana..



rombongan kami tu diketuai oleh abg sulung dalam famili kami, iaitu cikgu azlan... ( sampai sekarang aku masih panggil dia cikgu.. susah bebenor nak panggil dia abg..) huhu..

dalam perjalanan pergi, memang laju nak cepat sampai punya pasal kot.. aku tengok pengantin pun excited jerk.. (eh pengantin ker? hmm yang nak bertunang tu laa)
kami berhenti sekali jer di perhentian Bukit Gantang then meneruskan perjalanan.. pukul 12 tengah hari kami dah sampai di Felda Laka Selatan, changlun.. perjalanan ambil masa 4 jam..
waktu kami sampai pengantin perempuannya tak siap lagi.. so, kami rest dulu kat masjid yang terdekat sambil susun atur balik hantaran yang dah kucar kacir dalam perjalanan....





hmm.. 'pengantin' pun risau hantaran dia.. hehee..

pukul 12.30 kami tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan di sambut abang pengantin perempuan...
urusan 'seloka' kedua pihak lelaki dan perempuan berjalan lancar. sekejap jer. lpas bincang wang hantaran dan mas kahwin serta tetapkan tarikh perkahwinan maka lamaran meminang kami di terima. Tarikh nikah yang dipersetujui adalah 14 mei ini di kedah( waaa.. aku rasa time tuhminggu exam aku kot.. boleh ke nak ikot ni.. huhu) then 29 mei di perak... ( baru jer start cuti time nih)


hantaran dari pihak lelaki..




lepas mak mertua aku menyarung cincin dan bertukar barang hantaran, maka kami pun dihidangkan dengan makan tengah hari...
menunya kari kepala ikan ngan kari udang.. hmmm.. apa lagi rombongan yang memang tengah kelaparan tu, menatap pinggan dengan penuh asyik laa... senyap semua.... aku pun sampai tak sempat snap gambar.
dah hbs baru teringat.. hehehe...

sebelum berangkat balik, kami beramah mesra dengan keluarga perempuan... tak lama lepas tuh, kami pun angkat kaki la mengundur diri sebab pikir nanti lewat sampai umah.. bising pulak ayah kami kat rumah. lagi pun kami dah plan dari awal lagi.. alang2 sampai sini mesti teruskan ke Padang Besar.. hehehehe...



nway SELAMAT BERTUNANG KEPADA AZUAN DAN MUNIRAH

SEMOGA SAMPAI KE JINJANG PELAMIN DAN KEKAL KE AKHIR HAYAT..


adik iparku bertunang......... 1


ahad yang lalu, rumah mak mertua aku buat kenduri doa selamat sket sempena menghantar rombongan meminang adik ipar aku ke kedah...
hmm.. jauh tu.. dapat orang utara... hehehe...
kenduri ni, kami adakan secara kecilan jer selepas solat asar....

hmm.. tak tau nak cakap aper la.. erm biar la gambar bercerita yer......

makcik-mak cik aku duk 'bebincang'... hehehe.... siap dah masak pulut ngan rendang daging.. hehe

tetamu lelaki yang hadir..

tetamu perempuan..


masa hari ni jygak, siapkan hantaran yang nak di bawa.... tengok la hasik 'keras' tangan aku... hahaha..

kak yong tengah buat bunga rampai...

Thursday, March 17, 2011

resepi Agar-Agar Laici

setelah adik ipar aku memutuskan untuk melamar bakal isterinya maka mak mertua aku buat kenduri doa selamat sebelum menghantar rombongan ke utara kedah pada keesokkan harinya..
mak mertua aku nak buat kenduru kecik je masa tuh. just doa selamat.
tiba-tiba aku terfikir nak buat agar-agar untuk pencuci mulut.
fikir-fikir punya fikir.. petang tu aku ajak incik asben aku gi pasaraya cari bahan nak buat agar-agar laici sebab mak mertua aku suka.. hehehee...

nak resepi tak????
korang tak nak pun aku nak bagi jugak... hehehe..

RESEPI AGAR-AGAR LAICI...

bahan-bahan
1 paket agar-agar
2 cawan gula ( mengikut citarasa sendiri)
4 cawan air ( ni pesan mak aku... rendam dulu agar2 tuh pastu masuk dalam cawan/bekas.. air mesti 4 kali bekas/cawan tersebut)
1 sudu teh esen vanila

dikisar :
1 tin susu cair
1 tin laici
cedapkan tengok buah laici ni.. ermmmmmm..

cara memasak
masukkan agar-agar dan 4 cawan air kemudian masak sehingga agar-agar hancur. seterusnya masukkan gula. tunggu sehingga gula larut bersama agar-agar. kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan sedikit esen vanila. kacau sehingga mendidih dan larut. setelah mendidih, api boleh ditutup. teruskan mengacau sehingga ia agak sejuk. seterusnya boleh la dituangkan ke dalam acuan.

kalau nak sedap, letak buah laici tu sebijik atau yang telah dicobek-cobek.. kemudian boleh letak dalam peti sejuk sebelum dihidangkan......




senang jer kan??? ok la, hope korang sudi mencuba...
k, SELAMAR MENCUBA....

Wednesday, March 9, 2011

senang jadi orang BERADA??

hmm... aper yer yang membawa aku untuk menulis entry ni...
ntah la.. tapi ada sesuatu yang membuat aku terfikir..
hAaa.. mungkin kerana aku aku yang sorang ni kot yang membuat aku terdetik nak tulis entry ni..
kawan aku tu dia baru je beli Sketches Pad.. cantik, besar dan mahal..
pergghh.. dalam hati aku berkata.. seronoknya jadi dia..... bukan aku brmaksud nak kat dia punya Sketch Pad tu, tapi seronok kan kalo kita orang berada..
dulu masa kat sekolah.. cikgu kita mesti pernah tanya, kalau lah kita ada sejuta ringgit atau kita seorang jutawan, apa yang kita akan lakukan..........
hmmm.. masa tuh sampai tak boleh jawab kot, apa nak dibuat dengan duit sejuta tuh.. hahhahaha...

sejak akhir-akhir ni aku rasa duit aku mengalir laju sangat... saban minggu gi withdraw duit.. huhu..
semester ni memang banyak belanja dengan bayaran demi bayaran untuk sukan dan kejohanan yang kami kena arrange semester ni..
yang tu, aku tak kisah la... memang aku sebagai seorang pelajar dibanyar elaun untuk mencukupi mende2 ni semua la..
semester ni memang banyak belanja.. lagi2 sejak AHK bersama aku.. aku haruslah 'menyara' selama dia bersama aku..
pastu ditambah pulak dengan praktikum pertama yang bakal kami hadapi tak lama lagi..
memandangkan ianya praktikum pertama, so... masing2 excited.. semua nak baru dan nak pakai sesuatu yang bersesuaian dengan title 'cikgu' yang bakal disandang.. from head to toes... kalo boleh semua nak baru.. kasut baru, beg baru, baju baru, n macam2 lagi laa..

so.. biasa la.. bila dah keluar shopping, nafsu berbelanja ni kadang2 tak terkawal.. bila dah over dos, tu yang membuat aku sedikit menyesali apa yang aku beli.. hahaha... maka untuk backup aper yang telah terover budget tuh, maka aku akan potong melalui mkanan aku.. maksudnya tak leh makan sedap2 sampai dapat balik nilai yang dah aku belanjakan tuh..
boleh ker cam tuh??? ENTAH...... hahaha...
kawan aku sorang ni selalu cakap, jangan berkira pasal makan.. kalau rasa nak makan, beli jer..
hmm... tapi bagi aku.. aku makan untok hidop.. bukan mati pun kalo tak dpt makan menda tuh..
cenggitu lah pemikiran aku.. so boleh la save sikit kat situ..

aku selalu terkenang adik aku kat poly tuh.. cam mana lah dia menyara hidop dia kat bandar shah alam tuh.. dia dah masuk semester kedua tapi pinjaman PTPTN dia sampai sekarang tak dapat lagi.. padahal kos yang dia ambik tu memerlukan dia utk buat reserch dari satu negeri ke satu negeri... mesti makan belanja besar tuh.. aku kesian kat dia.. abah aku tak dapat nak bantu dia sngat.. abah aku kerja tak menentu.. adik aku ramai lagi kat rumah tuh.. semua nk pakai duit. abah aku mungkin boleh bagi kat adik aku sekitar RM2oo sebulan atau kurang..
aku sendiri pun tak tau nak bantu cam ne. aku pun hanya penerima elaun yng cukup2 untuk diri aku.. aku hanya dapat bg sekadar yang aku mampu.. bila abah tau, aku bg duit kat adik aku.. abah akan berterima kasih sgt2 kat aku.. dari situ, aku tau.. betapa susahnya abah nak kumpul duit....

orang yang tak melaluinya mesti tak kan paham situasi dan keadaannya kan?? sebab aku tengok ramai orang sekarang dah 'senang'.. macam2 boleh dapat. petik jari jer.. hahaha.. *cuba petik jari tengok, dapat ke tidak? haha..
perumpaannya lah.. sekarang semua nak senang.. orang dah pakai gadget yang cangeh2.. ipod, ipad, mp4 dan aper ntah lagi laa.. sedangkan aku masih lagi ngan hp yang ntah zaman bla ni.. haha.. tapi tak per, aku bersyukur..
aku tak pernah dan tak kan menyesal dilahirkan dan hidup dalam kalangan golongan sederhana. aku tau, ada orang yang lebih susah lagi dari aku.. sebab tu, satu masa nanti, kalau boleh, aku tak nak di postingkan ke kawasan bandar.. kalau boleh biar la dpat kawasan luar bandar. sesuatu yang amat dekat ngan jiwaku.

ramai orang cakap kat aku : alaahh.. intan senang la.. laki bergaji.. bulan2 boleh mintak belanja kat laki....
ouuhhhh.. sori.. aku bukan isteri cam tuh.. aku amatt jaarang minta belanja dari dia.. apa dia nak bg itu lah aku terima... cuma aku bernasib baik dapat seorang suami yang amat sayang isterinya.. kadang2 aku rasa seperti berhutang dengan dia sehingga terdetik di hati aku nak bayar balik apa yang telah dia belanjakan untuk aku walaupun aku tau, aku takkan mampu untuk bayar balik.. dari segi material dan kasih sayang..
dan sebab itu, aku sayang suami aku.. heheehe...


hmmm... dah la.. nanti makin melalut plak aku.. tiba-tiba aku rasa sebak plak.. hhuhuhu.
tapi sebelum aku benti, aku nak cakap.. di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung... ngee..


see u later... daa..

Wednesday, March 2, 2011

Ais Oyen

Sesampainya kami di Shah Alam pada 20hb februari hari tu dengan niat nak melawat ke Taman Pertanian Malaysia bukit cahaya...
tapi masa tuh, dah petang sangat dah.. aku pula gatal nak ambik adik aku kat Poleteknik yang letaknya kat syeksyen 13 tuh..
dulu waktu antar adik aku kat syeksyen 2, tak pulak aku rasa jauh.. ni bla hari tu, jauh plak aku rasa syeksyen 2 ngan syeksyen 13 tuh.. hahaha

maka.. lepas adik aku, kami solat kat pasaraya GIANT... sebabkan tak tau nak pergi mana, maka kami pun meneruskan agenda dengan menikmati Ais Oyen kat syeksyen 2 seperti yang dicadangkan oleh kawan aku, Rina..

korang tau tak ni aperAis Oyen sebenarnya?? bukan sengaja ngade2 sebut "ais oren" cam
.. budak tau... dah memang tuan punya kedainya buboh nama cenggitu.. kita ikot jer laa... haha..

Ni laa rupanya....

close up sket.. hehehehe


okeh...... ais oyen ni sebenarnya satu minuman sejuk ala-ala cocktel..di dalam nya terkandung 10 jenis buah-buahan seperti pisang, isi kelapa, dragonfruit, pelam, jambu batu, honey dew, tembikai, betik, nanas n nangka.... kemudian dibanjiri plak dengan santan kelapa, creamer dan air.. hmmm... sekali minum.. wauuu... freshhh.... hehehhe
Ais Oyen boleh di dapati secara eksklusif di depan medan selera, Syeksyen 2, shah Alam... lebih tepat lagi kat gerai no 10.

waktu ktaorang sampai kat tempat tuh, tengok cukup main ramai lag orang. nak cari kedai ni pun susah. terpaksa tanya dulu baru jumper.. hehehe..

gerai yang dimaksudkan... no 10..

akhirnya bertemu la ngan gerai seperti di atas. kalo korang kesini, mesti tettawan dengan deretan dan pelbagai jenis ait temasuk milkshake dan ice bkended dengan harga yang berpatutuan....


so.. ayuh.. kita serbu.................

adik aku yang belajar kat politeknik shah alam.

berkereta ke Kajang dan Shah Alam..


rasa dah lama plak tak up date bloh kan..
maaf kekangan kerja yang agak banyak ni membataskan waktu.. maklumlah ni tengah musim assignment.. kalo boleh semua nak settle sebelum mid sem break.. sebab lepas naik cutu, kami semua akan menjalani praktikum.. haa.. ni la saat merasanya diri dipanggil cikgu atau tecer biarpun belum sah lagi.. hehehe..

okeh, entry kali ni nak nak wat kesinambungan entry perkahwinan rakan seperjuangan saya,
memey norshida.

seperti yang telah dubagi tau dalam entry tuh, kami akan bertandang ke majlis persandingan sebelah suaminya di kajang.. jadi pada 20hb februari yang lalu, berlangsunglah majlis tersebut..

19hb, asben aku datang bawa kereta baru persona kami, lepas menginap satu malam di seremban, dia balik ke perak dengan naik bas dan tinggal kereta kat sini..

maka hari tuh, kami dari kelas PSV ni, gerak la dengan 2 buah kereta ke rumah pengantin.. 8 orang semuanya...

haai... mencabar jugk nk sampai ke rumah pengantin ni.. sbb tak de pelan atau direction pada
tangan kami.. main agak2 je n calling mana yang berkenaan... habis la rm20 top up hp aku hari tuh..

seawalnya kami gerak dua buah kereta.. tapi bila sampai di lebuh raya kajang, tetiba kami terpisah.. maka penat la duk berhubung satu sama lain tanya kat mana lokasi..

akhirnya kereta yang aku naik, jumpa ngan rumah pengantin.. itu pun tak sengaja.. cuma aku teringat tema pengantin hari tuh adalah hujau+putih.. so, bla aku nampak kenduru kawen ngan tema hijau+putih, aku terus bajet itu lah rumahnya.. alhamdulillah betul..

maka kami tunggu la kereta yang sebuah lagi kat tepi jalan.. tungu punya tunggu, tepon punya
tepon, tak jugak sampai2.. akhirnya kami ambik kputusan makan dulu... pengantin pun dah siap makan masa kami makan tuh...
tapi dalam hati kami semua masa tuh tak tenang duk risau mana kereta satu lagi pergi.. semua tak habis makan..
pastu ngan tergesa-gesa, tangkap gambar sekeping ngan pengantin, kami terus mintak diri nak
gi turut kerete kawan kami yang tercicir ni..

tepon punya tepon.. kami pergi la kat tempat2 yang dinyatakan.. tapi tak berjumpa.. salah tempat je pun... rasanya masing2 dah 'panas' n give up masa tuh... tapi dalam hati aku duk risau, kat mana la diorang ni..

akhir sekali petunjuk yg diberi, diorang kat Tesco Semenyih... Semenyih???? hmm.... semenyih.. terus terkeluar dari kajang... lepas tanya direction ke Tesco Semenyih kat orang sekitar tuh, maka kami pun teruskan perjalanan ke Semenyih kira-kira 12km lagi dari Tesco Kajang..

akhirnya.. baru la berjumpa dengan kenari yang di cari... sian aku tengok diorang, semua nmpak
penat terutamanya driver.. huuhhu..

lepas solat asar kat Tesco Semenyih tuh, dan mereka pun dah makan nasi ayam kat kedai, maka kami bawak semual ke rumah pengantin....
nasib baik pengantin masih menerima tetamu walau masa tu dah pukul 4.30 petang...
dapat la jugak bergmbar ngan pengantin.. terlepas hajat....

yang dirai...

jadi milik orang dah.... hehe

akem, intan, tasha n rafhan naik sebuah kete..


antara rakan sekelas pengantin, unik KS 2 yang hadir..


syafig aiman as fotogragher.. with jaja

geng kami... semua dah ada..

hmm.. jadikan pengajarannya.. lain kali kalo dah nama pergi konvoi, jgn sampai terpisah.. kalo tertinggal kena la tunggu..


usai kami mengundur diri dari rumah pengantin, masing2 tertanya nak kemana lagi pas ni....
fikir punya fikir, maka kereta kami pun bergerak lagi menuju ke Shah Alam.....
lepas makan malam di Shah ALam, maka kami gerak semula ke seremban..
jauh jugak lalo nak dikirakan perjalanan kami ni.. minyak kereta yang aku isi RM5o, selamat digunakn semua.. lebih banyak dari perjalanan dari umah aku ke Seremban.. biasanya habis RM4o jer.. bertapa la jauh dan berpusing2 nya kami berjalan hari tuh..
hahahaha........

itu semalam..



ku titipkan buat seseorang yang pernah menjadi 'teman' dalam duniaku..

untaian maaf aku hajati darimu...
tiada yang lain ku pohon..
kita tidak lagi sehaluan..
engkau dengan jalanmu dan aku ada jalan bahagiaku sendiri..
jangan la diimbas apa yang telah menjadi kenangan antara kita..
anggap semuanya pengalaman yang mendewasakan kita...

terima kasih aku ucapkan akan suatu detik yang pernah membuat aku rasa dihargai..
walau tak lama namun itu satu memori..
tiada yang bersalah antara kita.. semuanya ketentuan TUHAN..

ku doakan kau akan sampai ke sinar bahagia yang berpanjangan..
jangan pernah samakan dia denganku...
bina lah hidup mu sendiri..

ku pohon jua darimu,
restui lah kami...
tak mungkin aku akan berpatah arah..
ku tetap akan melangkah bersamanya hingga ke syurga..
suamiku adalah zaujku dunia dan akhirat.....
insyaALLAH....
kerna dialah aku mengecapi nikmat dunia..

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
maaf sungguh ku tak bisa untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

kau tetap teman dan saudaraku..

ameen...

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...