Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, July 25, 2010

Cahaya Mata... belahan hati..

salam..
masa terus beredar memutarkan waktu, meningkatkan umur dan mematangkan manusia..
tanpa di sedari dah banyak perubahan yang berlaku disekeliling kita.. mana yang masih lena, pasti ketinggalan.. atau sapa yang takut untuk berjalan, mesti akan terus kekal di takuk lama..

isnin yang lalu bersamaan 19 julai, kakak iparku dah selamat menjalani pembedahan dan menerima cahaya mata barunya...
alhamdulillah.. setelah berderet melayan kerenah hero dalam keluarga tuh, akhirnya muncullah sang heroin.. Nur Adibah Najwa nama diberi.. mak mertuaku, dah seminggu lebih duk kat ipoh.. temankan baby baru ni...
aku jer masih belom berkesempatan nak tengok baby nih.. tak sabar nak balik umah.. boleh pegang dia..
hmm.. ni la anak buah baru aku.. kiranya cucu yang ke-7 dalam family suamiku..


ermm.. baby tunggu tau.. nanti mak teh bg ni erk.....


dan beberapa hari yang lalu gak, kawan lamaku baru add aku di laman facebook.. zulhapiz namanya.. dia ni kawan aku dari kelas sebelah.. dia dah kawen dah..
rasanya kalo tak silap, aku dulu nikah dari dia.. tapi majlis sanding kami pada hari yang sama.. so, tak dapat la aku pergi majlis sanding dia tuh.. sebab aku pun pengantin jugak masa tuh.. hehehe..
masa aku nampak dia dulu, ermm dah berisi badannya cam laki aku jugak masa baru kawin..
hahaha... memang gitu kot laki yang baru kawin ni erk..
sekarang dia keje buat perniagaan. akmaklumlah dia berkahwin dengan anak seorang peniaga
juga, kiranya dialah penerus kepada perniagaan keluarga mertuanya tuh..
seronok aku tengok dia.. paling aku jeles tengok anak dia, mohamad Noor Aliff bin Zulhapiz..
wahh.. sangat comel anak dia..
macam tak caya, kawan lelaki yang sebaya ngan aku sekarang dah jadi ayah.. dan rasanya seorang ayah yang sangat penyayang.. wah.. sweetnyer...
semoga diorang terus bahagia dan dikurniakan Limpah rahmat Allah s.w.t... dan semoga aliff jadi anak yang berguna... ameen.. ( doa dari aunty Intan.... hehehe)
sesungguhnya aku amat jeles sama dia... haha..

tak sangka.. kawan aku seorang suami dan ayah penyayang.. hehehehe
*thumbs up... tahniah..

waktu aku sembang2 ngan hubby dalam phone semalam, dia pun asyik duk cakap pasal anak buah kami yang baru lahir tuh.. lepas ni, si abang dah tak leh manja2 la sbb dah ada adik.. heehee....
hubby aku cakap, dia pun teringin dah nak ada anak.. waaaaa.... pedihnyer dengar ayat ituu, sedih sangat.. tak tau nak cakap cam ne.... bukan dia sorang jer, aku juga... tp nak buat cam ne... aku masih lagi bergelar pelajar IPG.. semoga suamiku terus sabar menanti detik 2 tahun lagi...

kalo aku dapat anak nanti, kalo diizinkan ALLAH, aku nak anak pertamaku lelaki..
sebab aku suka tengok baby boy.. dan dengan harapan dia akan menjadi pelindung dan pemudah cara kepada adik-adiknya yang lain sama macam ayahnya...

semoga ALLAH sentiasa berada disisi ku dan memudahkan segala urusanku.. mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta memberi hidayahNYA agar aku boleh menjadi isteri dan ibu yang baik.. ameen...


Monday, July 19, 2010

AngkaRA JiWa...

bagai satu tamparan kasar yang telah meragut jantungku.. aku tersentak dengan keadaan yang menghimpitku baru-baru ini.. setiap kali aku pulang ke rumah. patotkah aku meninggalkan suami dengan sebak di dada dan curahan air mata. agrhhh.. aku tak sanggup lagi.

dua minggu lalu.. aku menitiskan air mata seorang lelaki pencinta. bertapa berdosanya aku.. semuanya gara-gara seorang lelaki yang dah terlampau bijak agaknya namun masih lemah mengurus emosi dan mental sendiri.. tak perlu la aku huraikan dengan lebih mendalam tentangnya.. cukup la kalo aku labelkan bahawa tindakan kurang bermoralnya itu hampir saja meragut rasa percaya dan setia dalam ikatan kasihku ini.. aku tidak terlampau menyalahkannya, aku paham masing-masing punya kelemahan.. tp, aku cukup tersentap dengan kesan yang telah ditinggalkannya.. aku menghormatinya sebagai seorang rakan seperjuangan namun tidak ku duga dia sanggup meletakkan maruah sendiri di tapak kaki atas desakan keinginan yang tidak bermoral... arghh.. pedih aku fikirkan...

kerana detik dan peristiwa itu, aku dan suami bermasam muka. berdosanya aku apabila mengundang kemarahan dan kegusaran di hati suami tersayang.. berdosa lagi diriku apabila telah menjatuhkan air mata seorang suami.
lantaran ketegangan yang telah tercipta, aku pulang ke maktab dengan sebak di dada di sepanjang perjalanan memikirkan kekeruhan yang tercipta.
saban malam aku berendam air mata memikirkan madah cinta tak seperti sediakala. pantaskah aku dituduh sebagai menjaja maruah suami.. arghh.. tidak.. sesungguhnya aku tak rela.

keadaan dan situasi ini telah memaksa suamiku memandu hampir 3ookm dalam kepekatan subuh sebagai bukti cinta suami.. sungguh aku tersentuh..

percutian tidak terancang selama 2 hari 1 malam di Port Dikson itu akhirnya berjaya menjernihkan keadaan ini.. aku lafazkan dan berjanji mematuhi segala janji yang dipatri. tiada lagi urusan atau sua muka bersama dia yang bernama *****......
aku paham... aku juga tidak mahu..

selepas janji yang aku patri bersaksikan pasir pantai port dickson.. aku lihat senyuman suamiku kembali terukir.. alangkah bahagianya... selepas berjalan2 melawat muzium tentera, kami check-in ke tempat penginapan.. dan kami habiskan waktu petang dan malam dengan berbual mesra di pantai... maaf kerana tuntutan yang satu itu, tidak dapat aku tunaikan..
aku gembira melihat jenaka yang tak putus dari bibir suami.. aku suka saat sebegitu.. terasa diri di sayang dan di hargai..

doaku, semoga peristiwa ini mendatangkan hikmah pada hubungan kami.. moga ikatan kasih kami semakin subur mewangi..

beberapa hari ni jugak, aku amat cepat tersentuh dengan madah pujangga dan syair islam.. mungkin kerana permintaan suami yang satu, minta aku untuk kembali seperti intan yang pernah dikenalinya 4 tahun lalu... isyaALLAH.. hatiku juga terbuka ke arah itu.. sedikit demi sedikit akan aku usahakan..
aku juga mahu menjadi ketua bidadari buat suamiku di Sana nanti..InsyaALLAH.. aku damba redhaNYA...

kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,”

Friday, July 9, 2010

KiTa ANAK MELAYU??? ~ Panggil Aku Melaju...

Dalam kekalutan aku menerima tugasan dan pembentangan yang semakin panjang beratur menunggu untuk dilunaskan, tanggungjawab balik ke rumah tidak dilupakan...
untuk tugasan bahasa melayu semester kali ini iaitu BMM 3117, aku dan dua orang rakan iaitu Aqim dan Cypol telah ditugasankan untuk membentang tajuk teori pemerolehan bahasa dari segi intraksionalisme..
ironinya, memang la tugasan ni mudah je.. cari kat internet.. dapat maklumat then buat presantation..
tapi tetiba ada sesuatu yang terlintas difikranku apabila menyebut teori pemerolehan bahasa ni berulang kali.. aku teringat sebuah novel yang aku dapat waktu aku mengikuti pertandingan berbalas pantun IPG setahun yang lalu.. waktu majlis penutup, kami dapat cenderahati dari Dewan bahasa dan Putaka.. salah satunya sebuah novel sastera bertajuk Panggil Aku Melaju!

aku ambik masa yg agak lama untuk habiskan novel ni.. tak macam novel genre cintan yang aku selalu baca..
rasa give up sangat nak habiskan.. baca 3 helai dah buat aku terlena.. di awal permulaan aku hanya paham novel ini sebgai sebuah cerita epik mengenai pelayaran... menggunakan bahasa yaang kadang-kadang sangat mendalam untuk aku tafsirkan. tapi lama kelamaan ada sesuatu yg menarik aku untuk terus mengetahui perkembangan yang selanjutnya..
itu lah alkisah mengenai buku ini..

bermula dengan cerita-cerita epik dan agak membosankan tapi lepas aku baca sikit-sikit,lama-lama novel ni jadi satu perkara yang menyeronokka bagi aku..novel yang sarat dengan sejarah, trhiller, fakta dan segala bagai perkara yang boleh wat kite sedar sebagai seorang melayu..Panggil aku Melaju - novel tulisan Rahmat Haroun Hashim yang juga merupakan seorang Dr.. Novel ni secara ringkasnya menceritakan sejarah bagaimana kehidupan Melayu pada masa lampau dan menceritakan kisah kehidupan di Institut Mental Negara. Mr X ataupun Dr. Ridzuan ataupun Pengkhayal merupakan ahli arkeologi yang mengkaji perkara-perkara tentang kewujudan bangsanya sendiri. yang akhirnya ditemui berkeliaran dengan memakai cawat ditengah bandar raya Kuala Lumpur sehingga membawanya menjadi penghuni IM dengan sebarang pengenalan diri dan menjadi seorang yang amat asing dan pasif.. hanya gerak badan dan perkataan yg sukar difahami menjadi petunjuk tentang apa yang sedang dialami ketika itu.

sehingga lah berlaku kes pembunuhan wanita yang amat kejam dan mengerikan berlaku di institut tetsebut. kes pembunuhan yang berdasarkan modus operandi yang sama sebanyak 3 kes itu telah mengesyaki bahawa MR X mungkin terlibat..

namun kebenaran terbongkar apabila MR X atau dr Redzuan telah pulih dan membongkar disebalik pembunuhan itu iaitu pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh pengarah institut mental tersebut yang turut mengalami gangguan jiwa..

novel ini memang mempunyai garapan yang menarik dan sarat dengan input yang berguna terutama kepada mereka yang berada dalam lapang psikitri..

Sejarah Melayu digarap penulis dengan naratifnya yang tersendiri, menceritakan asal usul bahasa Melayu, perkataan-perkataan melayu dan sebagai contoh perkataan "makan" yang muncul daripada perkataan "ma" ( ataupun emak ) dan "kan" yang hadir daripada bunyi lelangit bersentuhan dengan leidah apabila gigi terkatup.. kemudian novel ni turut memerihalkan isu Bahasa Melayu yang semakin pupus penggunaannya dan Isu PPSMI turut dibahaskan dengan penceritaan penulis sendiri. Penulis turut menyedarkan pembaca mengenai keadaan bangsanya yang hanya tahu menggunakan dan bukannya mencipta sehinggakan penulis menyatakan hanya beberapa perkataan sahaja yang datangya asal dari bangsa Melayu dan apa yang menarik, perkataan yang dicipta oleh bangsa Melayu boleh dikira dengan jari sahaja! Asal-usul dan makna disebalik perkataan MELAYU turut diceritakan, dan penulis berpendapat perkataan MELAJU adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan MELAYU itu. Penulis sertakan dalil-dalil yang boleh diterima akal mengapa perkataan MELAYU itu harus diubah..

sampai sini saja ringkasan novel ni... hu3.. nak tau lgi baca sendiri..haha..

Aku rasa semua orang yang rasakan dirinya Melayu kena baca novel ni. Secara sedar atau tidak, novel ni telah membuatkan aku tepikir tentang keadaan bangsa aku skrang. hanya menjadi bangsa pengguna dan bukannya pencipta. Kat sini aku amik beberapa tulisan penulis untuk korang yang baca post aku ni berfikir k...

"Lihat juga pada Perancis.Selat Inggeris tak lebar mana. Pemuda Melayu dari air tawar dapat menaklukinya. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak mampu menyeberang Selat Inggeris itu kerana jati diri orang Perancis. Kita yang berada beribu kilometer jauh, sanggup karamkan bahasa sendiri, bila tampak bahtera bahasa global itu menghampiri perairan kita, kita dah tenggelam punca. Bocorkan bahtera Bahasa Melayu di perairan sendiri. Kita orang Melayu sudah hilang jati diri kerana mabuk kepada kemajuan. Kononnya,tidak mahu ketinggalan dalam persaingan global. Sepatutnya kita bentuk anak-anak bangsa menguasai kedua-dua bahasa secara mantap " - Panggil Aku Melaju, Rahmat Haroun Hashim,2008

seronok-seronok juga, fikir-fikirkan, dan selamat beramal... hahhaaha..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...