Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, June 27, 2010

Masam dan Manis dUniaKu..

Esok bermula la semester baru.. dah semester empat rupanya.. mmg pantas masa berlalu..
rasanya sekejap sangat cuti 3 minggu...
terasa rindu pula pada sang suami... huhu..
dua hari lepas aku telah membuat dirinya berkecil hati.. katanya kau lebih mementingkan rakan-rakan daripada dirinya yang sepatutnya diletak di tempat yang pertama.. semuanya gara-gara aku asyik dengan facebookku.
arghhh.. bersalah rasanya... malam tuh, dia senyap jer tanpa jenaka yang biasanya tak penah lekang dari bibirnya.. aku tau mesti dia sedang marah. aku tak betah dengan situasi itu... tapi seperti biasa, terlalu sukar untuk aku melafaz maaf.. keesokkannya, aku masak makanan kegemarannya.. dia makan dengan berselera tp masih tak banyak bicara. hatiku sedih.. aku menangis..
macam mana caranya untuk aku mula berbicara dengan keadaan ketika itu.. arghh....
petangnya, dia datang memelukku dengan mata yang merah.. aku tahu dia menangis.. dia sanggup merendahkan egonya untuk mendamaikan keadaan.. sedangkan aku amat kekok untuk berbicara.. aku menangis semahunya... segalanya ku curah dengan air mata.. aku tahu, aku bersalah..
katanya, dia menyayangiku lebih dari segalanya.. dia sanggup melepaskan kelas tambahan yang banyak semata-mata untuk menghabiskan masa denganku.. terharu aku mendengarnya..
aku melafaz maaf dengan terketar...
jenakanya membuatkan hatiku segera terpujuk... aku amat menyanyangi suamiku. dialah penentu jatuh dan bangunku...

mengimbas memori itu, aku teringat moment yang dicipta sempena hari jadi kami...
hari itu, 5 jun.. aku baru sampai dari seremban.. badan pun masih letih.. aku terus terbaring lena lepas sampai rumah.. jam 10 malam, dia kejutkan aku.. katanya jom minum sebb dia dah buat air.. aku bangun ngan mamai, aku tengok atas meja makan kosong... pelik...
dia tarik tanganku ke luar rumah.... la rupanya, dia dah bentang tikar n susun banyak lilin kecil. rupanya dia dah merealisasikan hajat aku nak buat cam dalam citer "tasbih Cinta" tuh...
argghh.. ni yang sayang lebih kat suami aku nih..hehe.. dia siap buat air jus nanas lagi.. rajinnya dia.. ingatkan minum biasa jer.. rupanya dia bg hadiah birtday aku sekali walaupun dah lama berlalu, yer laa masa tuh tak sempat nak sambut..
dia bagi coklat n satu kad.. aku suka baca kad tuh.. sweet sangat ayat dalam tu semanis coklat hazelnut yang dia bagi...




aku pun tak nak ketinggalan, aku keluarkan hadiah yang dah siap aku bungkus untuk hari jadinya.. walaupun masanya belum tiba tp apa salahnya bg awal dan moment yang macam tuh..
satu kucupan singgah di dahiku..
arghh.. aku suka saat itu...

yee sayang, saya berjanji... tak mau buat abang kecil hati lagi... saya janji akan perbaiki diri... saya tahu, saya dah tak sama cam kawan2 saya kat sini.. saya tahu.... abang lebih penting..
abang jangan risau dan khuatir kerana saya sangat sayang abang.. abang la satu2nya.. pertama dan terakhir... dunia dan akhirat.. time kasih untuk segalanya.. sepanjang cuti ni, abang dah berusaha supaya masa cuti saya tidak kosong.. yee.. thanx a lot..

I LOVE MY HUBBY..............

Saturday, June 26, 2010

satu moment..

tanggal 2o jun yang lalu, semua rakyat malaysia mesti mengingati tarikh itu apabila kita semua menyambut Hari Bapa!
ermm apa aku dah buat ye?? untuk abah or untuk ayah....huhuhu..

pada hari tu, aku balik umah mak aku.. pleh yang demikian aku telah memasak mee kari untuk abahku...
SELAMAT HARI BAPA! Abah....
ermmm untuk ayah juga.. (bapa mertuaku) serta semua bapa di Malaysia dan dimana sahaja..















abahku ngan adik bongsuku... then, sebelah ni, mee kari yang aku masak tp laki aku plak yang makan banyak.. ahaha... tak pe laa... walaupun dia blom jadi bapa lagi.. hehehe

hari bapa je ker??
hari ibu buat pe??
masa hari ibu pada bulan mei yang lalu, aku dah sambut sekali dengan sambutan hari jadi adik2ku... masa ni, aku tak masak pape... just blanja satu family makan KFC jer.. heehe..


anyway.... SELAMAT HARI IBU DAN BAPA buat semua ibu, mak, mama, mummy, umi, abah, ayah, abi, papa atau apa2 je yang digelarkan kepada mereka yang telah berjaya melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak mereka sehingga berjaya dan berguna...
tanpa mereka, tiada lah kita untuk menatap bumi ALLAH ini...

Friday, June 25, 2010

ERTi SeBuaH PerKahWiNaN..

Pada 13hb jun 2010 yang lalu, sahabatku dubangku sekolah rendahku, mohd faiz bin hanafiah telah sah menjadi suami kepada sahabat di bangku sekolah menengahku, khairunnisa binti tiada.
Alhamdulillah.. sekalung tahniah buat mereka berdua.. tahniah kerana telah berjaya memusnahkan harapan syaitan yang durjana dan telah berjaya membina 'masjid' yang mulia.. semoga kalian berdua akan menjadi pasangan suami dan isteri yang bahagia dan dirahmati Allah senantiasa hingg ke akhir hayat di dunia dan di syurga...
moga kalian juga tabah dalam meneruskan pengajian yang masih panjang.. seorang di shah alam seorang lagi di melaka.. cuti pulang ke kampung pun belom tentu samakan? hehe..
buat faiz, baik2 jaga anak orang tuh.. sekarang nisa dah menjadi tanggunggan. dia bukan lagi tangungan ibu bapanya... pandai2 la bajet duit PTPTN tuh.. hehehee..

pasangan bahagia, nisa dan faiz....

dari kiri, naimah, fazlin, faiz, nisa, yana dan intan.....


sekarang ni mungkin masa dah kembali berputar seperti dahulu kala.. iya lah.. ramai yang kahwin muda termasuk la aku.. hahaha..
ada jugak kawan dan segelintir masyarakat yang bertanya bagusker kahwin awal ni... ada yang cakap, bagos kawin awal sbb boleh fokus pada pelajaran dan dapat mengelakkan maksiat, ada plak yang cakap, tak patot kahwin awal selagi belom balas jasa mak n ayah... hmm.. macam2 pendapat... bagi aku semuanya betol. terpulang lah pada kita macam mana nak menilai dan membangunkan sebuah institusi perkahwinan yang telah dibina tuh..

bila kita berkahwin, bagi seorang gadis atau perempuan, maka putus la hubungan dengan keluarga dan ibu bapa.. terlepas la dia dari beban dan tanggungan pundak si bapa dan semua berpindah ke pundak si suami... syurga beralih dari tapak kaki ibu ke tapak kaki suami.. berkahwin bukan semata-mata untuk menghalalkan mana yang haram dan melampiaskan kehendak batin sahaja.. apabila kita bergelar suami atau isteri maka sebuah tanggungjawab lain baru sahaja bermula.. kita perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab dab peranan itu serta membina haluan hidup kita sendiri.

bagi aku... perkahwinanku diusia muda, mungkin banyak membantu diriku apabila dipertemukan jodoh dengan seorang yang telah matang, berkerjaya dan mampu untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan baik. bahkan sekarang, suamiku telah menjadi tonggak yang amat penting dalah keluargaku.. semua urusan dalam keluargaku memerlukan campur tangannya.. kerana dia lah menantu harapan stakat ini.. aku sayang suamiku.. hahahaha...
aku tak kisah terlepas peluang untuk berfoya-foya atau menghabiskan masa remaja seperti rakan yang lain.. walau setiap kali aku keluar bersama rakan, risau dan cemburu suamiku bukan main lagi... huhu.. tak pe laa.. cemburu tanda sayang.. aku tahu, suamiku seorang yang sangat rasional.


ermmmm aku bersetuju dengan dengan curahan yang diluahkan oleh sahabatku Amalina...
dia kata nak sambung belajar tinggi2 dan bahagiakan mak dahulu sebelum kahwin.... mungkin betol jugak pendapatnya tuh..
bayangkan jika kita berkahwin dengan seseorang yang sebaya dengan kita di usia yang sangat muda dimana masing-masing masih memerlukan pertolongan orang lain atau ibu bapa.. macam mana dia nak memikul tanggungjawab baru dan menerima beban baru... ouhhhh.. sangat payah untuk aku fikirkan.. melainkan dia sudah mempunyai simpanan yang utuh atau ada melakukan kerja sampingan yang menjana pendpatan yang boleh digunakan untuk menyara sebuah keluarga...
arghhh.. besar sebenarnya erti sebuah perkahwinan ini... bukan sekadar memenuhkan nafkah batin tapi nafkah zahir itu lebih payah untuk dipenuhi.. kalo belom cukup kuat untuk menempuhi ini semua, kita mesti berfikr lagi... persolaalan kahwin bukan benda yang mudah... lebih2 lagi kepada lelaki.. tak kan la kita nak tanggung bini dengan duit pinjaman atau mintak kat ayah... ish.. kalo ayah orang kaya tak pe la kot.. hahahaha...



jangan marah yer.. sekadar meluahkan rasa..


ermmm.. kepada rakan2 diluar sana, sesiapa yang sudah memasang angan untuk melangsungkan sebuah tambatan janji dan penyatuan dua hati, sekalung tahniah dan alhamdulillah saya panjatkan buat semua dan diharapkan sudah difikirkan semasak-masaknya...

kalo belom bersedia tuh, elok la menumpukan perhatian kepada perkara yang sepatutnya.. dan elakkan la diri dari terjerumus ke jurang dan gaung yang membawa kesesatan yakni maksiat.. jaga lah harga diri kita sebagai seorang muslim dan hamba ALLAH yang Esa....

moga kita semua senantiasa dirahmatiNYA.... amin..

Thursday, June 24, 2010

CuTi2 Teluk SenangiN....

kemana lagi aku menghabiskan masa dalam cuti nie yer???

ouhh baru aku teringat, aku ngan hubby ada gi pantai.. pantai teluk senangin je.. haha..
itu pun gi tengok sepupu hubby aku yang bercamping sambil memancing kat sana.. kami datang sekejap je.. sebab pagi tuh, kami sempat menghadiri kenduri kahwin sepupu mak aku kat Langkap..
lepas balik dari kenduri kahwin tu, ktaorang terus tukar baju n pergi ke teluk senangin plak.. memang la tak jauh sangat tp dekat satu jam setengah perjalanan laa.. kami sampai kat chalet tempat angah n famili (mak cik dan sepupu belah suami aku daa.. hehe) masa tu dah dekat nak maghrib dah.. kira-kira jam 6.30 lebih kurang..

seronok tengok pak ngah, abang Rashid ngan rizal memancing.. boleh dapat ikan sembilang lagi.. hhaha...
puas tengok deme mancing, kami pun ambik le peluang gi jenjlan sekejap kat pantai tu.. teringat palk masa sambut 1st anniversary perkahwinan kami kat situ.. haha..
lepas solat maghrib n makan malam dengan masakan kak yong, kiah n mak ngah, kaami pun gerak balik.. niat hati nak join tdo kat situ sekali..

tp laki dah tak sabar nak balik sebab nak.....
nak tengok bola...
argh... bola je hari2....
adoi... laki aku siap salin semua keputusan perlawanan bola tuh.. siap tampal carta kat dinding lagi.. hmmm... lelaki dan bola tak boleh dipisahkan.....
pic for u allz...

aku ngan adik-adik aku kat umah kenduri.. sepupu mak kahwin..

berlatar belakangkan pantai teluk senangin..

B....... termenung aper tuh???? hmmmm..


asyik sembang jer.. tu ikan dah dapat tuh.. ngee

hahaha... ikan sembilang yang telah tertangkap telah selamat menjadi mangsa santapan...

jalan2 tengok MoVie...

semester baru dah nak bermula.. tp aku masih tak update blog aku nih.. sebenarnya banyak cerita nak share.. ada sebahagiannya dah basi dah pun.. hadoyai... apsal la aku susah sangat nak update blog aku nih.. huhuuhu..

ermm mana nak start ek..
sepanjang cuti ni, aku banyak hbs kan masa kat rumah.. jadi suri rumah jer.. kekadang pegi kenduri.. itu pun pilih orang yang best dan sdara terdekat jer.. ahakz.. haha..

awal masa aku balik hari tu, aku ngan suami sempat meronda bandar ipoh dan pergi menonton filem Prince of Persia. hubby aku nak sangat tengok citer ni kat panggung.. padahal cd dah melambak jual kat panggung.. sebabnya hubby aku cukup suka tengok filem or cerita yang banyak guna teknologi CGI.. time ktaorang sampai kat TGV, semua tayangan prince of persia dah full. ktaorang kena tunggu kira-kira 4 jam semata-mata nak tengok citer ni.. hadoyai.. layan je laa...


filem prince of persia, the sand of time ni adalah satu cerita yang diadaptasi dari sebuah permainan visual yang popolar sekitar tahun 80-an dan 90-an.. sekarang pun ada orang main lagi kot..
kebanyakkan scene dalam citer ni, memang diambil daripada aksi dalam game tuh.. kira pelakon dia hebat la sebab dapat tiru sebijik macam dalam game tuh.. walaupun teknologi CGI sangat membantu dalam filem ni.. banyak kesan effectnya...
hubby aku cakap dia bagi 3.5 /5 bintang untuk citer ni.. sebab dia cakap tayang masanya terlalu sekejap. cuam 2 jam jer.. tak berbaloi dengan harga tiket.. haha
>> apa2 la bang.. huhu..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...