Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, May 30, 2010

apalah dosa mereka.............

aku suka tengok baby... espesially baby boy.. eeeii tomey nyer... tapi aku sedih bla dengar ada kes bayi dibuang... eeii.. kejam. sampai hati.. baby tuh tak berdosa pun.. pikir nak tutup malu konon.. selamat kat dunia, tapi akhirat nanti sape nak tanggung..
ish... nauzubillah.. mintak dijauhkan la dari kalangan orang yang hampir denganku..


detik ini, acap kali aku diajukan soalan, asyik berdua jer?? bla lagi nak bertiga.. arghhh... asyik2 tye anak.. hmm pasangan suami isteri mana yang tak mahu anak.. walaupun kadang2 aku merasa, masih terlalu awal untuk aku menjadi ibu.. tp perasaan ibu tetap terdetik dihatiku..
mau saje aku tanguhkan pengajianku... lepas setahun baru menyambung semula..
tapi itu semua, ku fikir lebih membebankan.. aku sudah cukup selesa dengan rakan2 ku yang sekarang..
jadi tungu laa sampai aku hbs belajar... susah ke nak paham yang tuh??? huhuhu





dewasa kini, makin menjadi-jadi plak masalah pembuangan bayi... hari2 ada je berita pasal pasangan yang membuang bayi.. alasannya, sudah terlanjur.. tak tahu nak buat ape.. lantas bayi yang lahir ditinggalkan.. ada yang lebih kejam, sanggup menanam bayi yang selama ini dikandung hidup-hidup...


arghh.. apa la dosa si kecil.. kenapa la tidak bagi kat pasangan yang dah lama kawin tp masih berlum beroleh rezeki menimang cahaya mata... hmmm dunia sekarang, dah makin dekat ngan penghujungnya..



aku amat tersentuh bla dengar berita atau kes pembuangan bayi... dalam hatiku, aku menyumpah pasangan 'kekasih' yang pada ketika itu hanya fikirkan nafsu semata.. lagi2 kalau aku tau, mereka masih budak sekolah dan seorang perempuan yang penampilannya bertudung..
tak guna berselindung di balik tudung fikirku.. tudung bukan la fesyen semata..


kadang-kadang, suamiku selalu bercerita, budak2 sekarang dah pandai bawak hp ke sekolah.. bla kena rampas, malu nak tuntut semula.. kenapa???? sebab di dalamnya, terkandung mesej dan gambar yang melampaui batas seorang pelajar yang berumur awal belasan tahun.. aku pun naik geli baca mesej tuh.. orang dah kawen pun pun tak cakap macam tuh..

hmmm... kdg kala aku bersyukur, aku ditakdirkan oleh Allah untuk melewati satu fasa.. aku ditakdirkan bertemu jodoh pada awal usia.. aku ditakdirkan untuk membina hubungan secara halal dan tidak hanyut dalam dunia remaja yang kadang-kala menjahanamkan. yee.. aku besyukur diketemukan jodoh bersama suamiku..
aku pasti kesal bla dapat tahu, ada rakanku ditangkap basah atau terjebak ke dlam kancah maksiat ni.. dulu masa skolah, bukan main baik lagi..
macam mana la bleh jadi macam ni..
huhu..



maaf kalau bicaraku kurang menyenangkan.. tapi inilah rasaku.. hanya secebis rasa...
disini, aku titipkan secalit puisi buat semua...





Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di rumpun bambu yang sukar dilihat
Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat
Dari pangkuan beralih rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat
Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat
Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat
Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat
Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat
Wahai rakan sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat
Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukan azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu ilahi sama disemat




kepada rakan2 sekalian, aku doakan semoga perhubungan cinta kalian diredhai ilahi.. kalo dah sampai seru nak kawen tuh, kawen jer.. aku seronok tengok gambar orang bersanding.. teringat masa aku sanding dulu.. indah saat tuh.. hheehe...
semoga kita semua senantiasa dalam limpahan Rahmat dan Redha ilahi...
amin..

Sunday, May 16, 2010

CERETERAKU....

Assalammualaikum...
sekali lagi aku dah membiarkan blog yang aku kasihi ini menjadi usang..
argghhh.. amat payah untuk mencuri masa meluangkan waktu bersama blogku ini.. yer laa.. dulu aku mmg dibebani dengan tugasan dan amali yang menjulang.. huhu
ini pun, naseb baik masih punya detik tatkala jam sudah menunjukkan 3.3o pagi..

banyak sebenarnya yang nak dikongsikan... kat mana nak start ek..
tak pe la, aku mula dari saat mana aku tinggalkan...

first skali, aku mulakan dengan lawatan kelasku ke negeri kelantan dan terengganu... lawatan atau kembara seni dah belangsung pada 8-11 april yang lalu.. kami ke sana untuk menjalankan aktiviti kembara seni.. tp sebenarnya banyak berhoye-hoye jer..kami menginap di Pantai Batu Burok.. antara tempat yang sempat kami lawati adalah ;
  • kampung seberang Takir - kami melawat tempat pembuatan keropol lekor dan sempat menghasilkan karya di sini..
  • masjid kristal dan taman tamadun Islam - ermm memandangkan hari itu adalah hari jumaat,maka menghabiskn masa di masjid kristal sementara menunggu yang lelaki menunaikan solat jumaat.. kemudian kami menjelajah ke Taman Tamadun Islam yang menempatkan 21 monumen binaan islam dari serata dunia... cantek2 smuanya.. ( nak pegi tengok yang real entah bla... dapat tengok monumen pun jadi laa...)

  • kampung losong - sempat singgah untuk menikmati keropok lekor segar n borong la keropok lekor tuh..

  • tumpat kelantan - tempat penghasilan seni Perak.. dapat la tau, cam mana nak ukir kat atas perak... namun perjalanannya dari terengganu amat memenatkn..-pusat pembuatan wau, PCB - walaupun tak lama disitu, tapi sempat la sampai ke tempat pwmbuatan wau yang penghasilannya bukan hanya sekadar untuk produk jualan malah boleh diterbangkan.

  • balai seni ukir wan po, besut, terengganu - hmm.. banyak ilmu yang berguna mengenai ukiran yang dapat kat tempat ni... boleh tengok sendiri macam mana produk ukiran komersial dihasilkan.




" Luv B..." di pantai batu burok....




satu pagi di tepi pantai....









sempat melawat taj mahal....












pengukir negara, Wan Po...









untuk tau lebih lanjut sila ke blog KAMI..

okeh... sekembalinya kami dari lawatan tuh, bermula la kerja2 dan usaha ktaorang nak menyiapkan amali masing-masing... kitaorang kena wat 3 amali iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan serta bidang mengenal kraf tradisional.. ia melibatkan penghasilan catan kanvas, produk 3D, dan ukiran kayu.. penilaian untuk projek tersebut telah selamat dijalankan pada 26 hingga 29 april 2010 yang lalu.. nanti kalo aku ada masa yang banyak, akan aku coretkan lagi pasal projek amali ku ini..selesai penilaian projek amali ni, kami satu kelas dengan cadangan dari pensyarah kami sepakatuntuk mengadakan potluck... kami buat makan2 sket n undang pensyarah dari jabatan kajian sosial yang mengajar kami..



















hasil karyaku.......

apabila tamat minggu itu, maka tamat la sengsara kami.. sekarang cuba tinggal buat persediaan menghadapi peperiksaan pada petengahan bulan mei ni..

namun aku sempat juga, jadi urussetia untuk kejohanan memanah MSSNS 2010.. kejohanan peringkat negeri ini telah berlangsung di padang sekolah SMK King George ke-V pada 4 dan 5hb mei yang lalu.. seronok tengok budak2 skolah yang dgn bangganya mengangkat bow dan melepaskan arrow ke sasaran..



antara scenery pertandingan memanah peringkat negeri, negeri sembilan...

















tamat je minggu tuh, aku pun bersiap-siap pulang ke kampung bertemu keluarga terchenta... biarpun cuti sekolah bermula, aku memandai je cuti seminggu.. hehehe...


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...