Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, January 19, 2010

selamat hari jadi abah....

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat kalian semua....
maaf andai blog aku ni semakin bersawang kerana jarang kali dijenguk tuan..
himpitan waktu dan rempuhan tekanan demi tekanan agak menyukarkan diriku mengemaskini ruang legarku ini...


kali ini,

aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 5I buat ayahandaku, ENCIK MOHIDIN BIN DIMAN....
semoga abah terus dilimpahkan rahmat dari yang maha Esa.. hanya itu yang mampu dilakukan oleh seorang yang bergelar anak..
sesungguhnya, aku amat merasa betapa cepat masa berlalu.. tanpa disangka usia abah dah menjangkau setengah abad.. aku sering kali tertanya, banyakkah sudah aku membalas budi ibu dan ayahku..
aku aku tahu bahawa bertapa nakalnya aku ketika menjadi anak dan berada dibawah tanggunganmu... saban waktu, aku mengingkari arahanmu..
aku terlalu degil untuk cuba hidup berdikari.. walau bagaimanapun, aku amat bersyukur dengan kebebasan yang pernah aku rasai sehingga berjaya menjadikan aku seorang insan yang dapat berdiri di atas kaki sendiri dan tidak menjadi seorang yang suka meminta-minta..
kini aku sudah menjadi milik orang lain. milik seorang lelaki bernama suami. sesungguhnya terputuslah hubungan dan tanggunganku daripada pundak ibu dan ayahku..
setiap kali aku memandang ke wajah tua ibu dah ayahku, aku dapat melihat perbezaannya.. betapa buta dan terlambatnya aku untuk menyedarinya.. di saat, sepenuh perhatianku hanyalah untuk suami dan hanya sekelumit pandang yang hanya dapat ku lemparkan. tak mungkin masa dapat diputarkan kembali...
sesungguhnya, sememangnya aku merindui saat masa aku membantu abah di kebun.. bepenat dan merasai kepayahannya.. mungkinkah dapat ku uanginya lagi..
semuanya amat menyesak dalam benakku..
apa yang mampu ku layarkan adalah jutaan ampun dan maaf dari ayahanda atas segala kekhilafan yang pernahku lakukan.. doakanlah anakmu ini bertemu kejayaan dalam hidup, kebahagiaan dalam rumah tangga, dan kecekalan mendidik anak bangsa..
semoga abah sentiasa dalam lindungan Allah selalu....

janganlah abah risau akan kehidupanku kini.. aku amat besyukur ditemukan dengan seorang suami yang amat bertanggungjawab dan berusaha sehabis baik untuk kebaikan bersama.. aku bersyukur..



SELAMAT HARI JADI ABAH... & TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...........

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...